CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 899|Reply: 2

[Tempatan] untunglah...Peruntukan RM30 Juta untuk peminjam PTPTN

[Copy link]
Post time 5-3-2021 10:34 PM | Show all posts |Read mode
Sarawak Sedia Peruntukan RM30 Juta Bantu Pelajar Bayar Balik Pinjaman PTPTN

Kerajaan Sarawak mengambil langkah proaktif dengan menyediakan peruntukan khas untuk membantu pelajar dari kalangan anak Sarawak yang berdepan masalah untuk melunaskan kembali bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Dengan peruntukan sebanyak RM 30 Juta inisiatif mereka menjadikan Sarawak satu-satunya negeri yang membantu pelajarnya secara terus dalam membayar kembali pinjaman itu.

Menerusi laporan Bernama, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau mendengar sendiri masalah yang dihadapi para pelajar Sarawak tersebut sewaktu menghadiri satu dialog bersama mereka yang berada di Semenanjung Malaysia dalam Program Lan Berambeh Anak Sarawak di Kuala Lumpur pada sekitar Oktober 2019.

“Hasil dialog itu, saya memberi peruntukan dalam bajet yang lepas sebanyak RM30 juta untuk membantu mereka membayar hutang kepada PTPTN,” kata Abang Johari sewaktu ketika berucap di Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak dan PTPTN di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Sarawak.




Selesaikan 30% dari baki pinjaman
Difahamkan menerusi memorandum tersebut, Yayasan Sarawak akan memanfaatkan peruntukan yang disediakan dengan membantu menyelesaikan 30% daripada baki hutang pinjaman PTPTN.

Namun untuk melayakannya peminjam mestilah terdiri daripada anak-anak Sarawak yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% pinjaman mereka.

Dengan inisiatif ini dan mekanisme yang digunapakai Yayasan Sarawak, beliau berharap ia akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi para pelajar.

Peruntukan yang diberikan kerajaan negeri untuk melunaskan pinjaman pendidikan mereka turut mendapat pujian Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid .

“Sewajarnya inisiatif kerajaan negeri Sarawak ini dipuji dan menjadi ikutan serta contoh kepada kerajaan negeri lain dalam membantu rakyatnya membayar baki hutang pinjaman PTPTN,” katanya.

9,000 anak sarawak yang layak
Difahamkan menurut Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang, terdapat 9,000 orang pelajar Sarawak layak untuk mendapat manfaat daripada insentif itu setelah melalui tapisan oleh PTPTN.

Pertukaran MoU ini telah disaksikan oleh YAB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sarawak. Sesi pertukaran telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azmi Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak dan YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN.


https://www.buzzkini.com/trendin ... lik-pinjaman-ptptn/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 10:54 PM | Show all posts
mb selangor tak rasa tecabau ke?

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
rajamoney replied at 5-3-2021 10:54 PM
mb selangor tak rasa tecabau ke?


itu air free...apa celita..sumer dapat...bukan 9000 saja......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.059380 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list