CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4020|Reply: 13

Resepi Biskut Maamoul Paling Menyelerakan

[Copy link]
Post time 4-3-2021 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Resepi Biskut Maamoul Paling Menyelerakan


Maamoul merupakan sejenis biskut wajib setiap kali terdapat perayaan di Mesir dan negara-negara Arab yang lain. Ia dibuat dari campuran tepung suji dan tepung gandum.
Biskut ini mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Terdapat juga pelbagai inti seperti kurma, kekacang dan campuran kurma serta kekacang. Untuk resepi ini, ia menggunakan inti kurma dan kacang pistachio.
Acuan tradisi yang sebenar adalah dari kayu seperti acuan kuih bakar atau kuih bangkit zaman dahulu. Untuk versi moden pula adalah seperti yang pemilik resepi gunakan.
Biskut Maamoul
Langkah 1:
Bahan-bahan:
  • Tepung semolina (1 ½ cawan)
  • Tepung gandum (½ cawan)
  • Minyak sapi cair (½ cawan) – jangan gunakan mentega kerana aromanya tidak sama
  • Minyak sayur (¼ cawan)
Cara penyediaan:
Satukan semua bahan, tutup dengan plastic wrap dan biarkan semalaman (suhu bilik). Selepas semalaman, sambung langkah seterusnya.
Langkah 2:
Kacau dahulu sedikit doh yang dibiar semalam tersebut. Selepas itu dalam bekas yang sama, masukkan lagi bahan-bahan berikut:
  • Tepung gandum (1 ½ cawan)
  • Tepung suji (½ cawan)
  • Gula serbuk (powdered sugar) (1 cawan)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Cordamom powder (1 sudu kecil)
  • Garam (secubit)
Cara penyediaan:
Kacau semua sehingga sebati.
Langkah 3:
Bahan-bahan:
  • Susu suam (¼ cawan)
  • Gula (1 sudu kecil)
  • Yis (1 sudu kecil)
Cara penyediaan:
Bancuh, tunggu yis berbuih.
Dalam doh tadi, tambahkan ½ cawan susu, beberapa titik esen vanila dan bancuhan yis tadi. Kacau sebati, tutup dan biarkan selama sejam.
Langkah 4 (inti):
Bahan-bahan:
  • Kurma (10 biji) – dikisar atau cincang
  • Serbuk pistachio (½ cawan)
  • Minyak sapi cair (1 tbs)
Cara penyediaan:
Gaul semua dan bulat-bulatkan.
Langkah 5:
Selepas sejam, bulat-bulatkan doh, letak inti kurma dalam doh dan masukkan dalam acuan (juga boleh gunakan acuan kuih bakar).
Nota: Jika ada kelihatan serbuk-serbuk pistachio pada doh, ianya kerana pemilik resepi sayang untuk basuh tangan selepas gentel inti tadi. Maka, pemilik resepi gaul serbuk pistachio yang tertinggal pada tangan, pada doh tersebut.
Langkah 6:
Bakar suhu 165° lebih kurang 20-30 minit atau sehingga warna bertukar menjadi keperangan, mengikut ketuhar masing-masing. Siap. Boleh taburkan dengan gula serbuk apabila sudah sejuk.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: AJ Idris


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 09:42 PM | Show all posts
Tak pernah lak aku makan
Abang angkat aku dulu yemeni selalu buat pai kurma
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa beli biskut ni di Mekah tak tahu nama dia. Jenuh google nak cari kat mana biskut tu kat sini. Sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:59 AM | Show all posts
nanti cuba
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mak ai sedapnya. Thanks for the recipe
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:35 PM | Show all posts
boleh cuba ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
thnks for sharing this recipe
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
looks so yummy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
feveret saye ., tq
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 10:33 PM | Show all posts
nak beli mn..malas nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq share resepi
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sedap
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau orang Jual ,terus beli la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2021 10:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.079789 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list