CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1478|Reply: 2

Zed Zaidi Bengang Kena ‘Troll’, Dituduh Cadang Adakan Karnival Jom Heboh

[Copy link]
Post time 3-3-2021 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia meluahkan rasa bengang dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menyiarkan berita palsu mengenai dirinya.


Menerusi entri di laman Instagramnya, Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Jamil, 41, memuat naik satu gambar dengan tajuk 'Zed Zaidi mahu Liga Bola Sepak Malaysia ditunda bagi memberi laluan untuk Karnival Jom Heboh'.


Pihak terbabit turut menyalahgunakan logo sebuah syarikat media pada artikel palsu berkenaan seolah-olah Zed tidak sensitif dengan keadaan isu semasa apabila menyarankan penganjuran sebuah karnival hiburan di kala negara masih berdepan dengan masalah pandemik Covid-19.




Foto: IG




"andai orang buat fake news ni. Ni bukan aku buat tau, interview dengan Metro pasal benda ini pun tiada.


"Ni saja orang nak troll aku takpe aku adjust sikit, TV3 tak pakai nama Jom Heboh lagi, dia pakai Sure Heboh," katanya.


Susulan penyebaran berita palsu itu, Zed menjelaskan dia telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang percaya itu adalah kata-kata yang keluar daripada mulutnya.


Namun, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang memberikan komen tersebut kerana mereka turut menjadi 'mangsa' apabila termakan fitnah pihak berkenaan.




  



"Tapi yang geng-geng komen ini pun mengecam aku pasal artikel ni pun, mereka tak salah sebab mereka termakan fitnah jadi tak mengapa aku maafkan orang yang komen menghina aku ni.


"Tapi yang mana ikhlas menghina tu boleh cari aku di akhirat nanti," katanya.




  



Zed juga turut mengingatkan penggendali laman berita fitnah itu untuk berhati-hati dalam menyebarkan cerita dengan memberi contoh sebuah portal media yang baru-baru ini telah dikenakan denda sebanyak RM500,000 gara-gara komen yang ditinggalkan seorang pembaca di laman web mereka. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 01:04 PM | Show all posts
sikitnya follower dia

jom jom jom jom

jom cebok cebok
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 01:18 PM | Show all posts
apakah fungsi persatuan seniman ni sebenarnya ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.136483 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list