CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3386|Reply: 13

Tip Bekerja Di Rumah

[Copy link]
Post time 25-2-2021 09:18 AM | Show all posts |Read mode

Pastikan anda mempunyai ruang berkerja bagi memastikan tiada gangguan daripada anak-anak.


Harian Metro

Hafiz Ithnin
hafizithnin@mediaprima.com.my

KETIKA ini masih ramai antara kita bekerja dari rumah dan tidak dinafikan jika mempunyai anak yang masih kecil terutama bagi golongan ibu pasti berdepan cabaran tersendiri.

Wanita Metro (WM) ingin berkongsi tip untuk memastikan anda tetap mampu menjalankan tugas sebagai pekerja dan dalam masa yang sama menguruskan si kecil di rumah:

1. Minta kerjasama dengan suami

Sekiranya anda dan suami bekerja dari rumah, tidak ada salahnya untuk meminta suami bersama-sama menjaga si kecil yang mungkin perlukan perhatian lebih daripada kedua ibu bapanya.

2. Sediakan ruang untuk bekerja

Perkara ini paling penting kerana kadang-kala jika anda perlu menghadiri mesyuarat secara dalam talian misalnya, sudah pasti tidak mahu gangguan daripada si kecil. Jadi, pastikan terdapat bilik khas untuk anda berkerja dan maklumkan kepada anak, anda tidak boleh diganggu dalam tempoh masa tertentu kecuali kecemasan.

3. Disiplin

Meskipun bekerja dari rumah, bagi si ibu kadang-kala perlu menguruskan hal membabitkan kerja-kerja rumah yang mungkin menyebabkan anda tidak dapat memberi fokus kepada kerja pejabat yang sudah ditugaskan.

Jadi, sediakan satu jadual dan ikut jadual berkenaan dari segi memasak, membasuh pakaian dan tempoh waktu berkerja. Perkara ini dapat membantu anda daripada menjadi kelam kabut untuk menguruskan hal rumah tangga dan kerjaya.

4. Didik anak untuk memahami diri anda

Kanak-kanak sebenarnya jika di asuh dengan cara berkomunikasi dengan baik, mereka dapat memahami tugas ibu bapa mereka. Gunakan gaya pendidikan kanak-kanak dengan betul terutama dari segi berkomunikasi supaya anda dapat memahami kehendak si anak dan anak juga dapat mengetahui tugas anda.

5. Pastikan anak mempunyai tugas sendiri

Jika anda hanya membiarkan si kecil hanya membuat suatu perkara sahaja mereka sudah pastinya akan bosan. Tidak ada salahnya jika anda mempelbagaikan aktiviti kepada anak ketika di rumah seperti membaca, melukis atau bermain alat permainan yang dapat menguji kepintaran minda mereka.

Sekiranya mereka berjaya melakukan aktiviti itu, jangan lupa untuk ucapkan tahniah atau berikan ganjaran tanda anda menghargai usaha mereka. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin tidak diganggu ketika berkerja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tips 6-kurung sebentar anak-anak meow jika ingin fokus work from home.hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hhai susah betui nak produktif kerja kat rumah ni tapi takpe daku cuba
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah nak fokus kerja dari rumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 08:32 PM | Show all posts
Lvstar replied at 17-3-2021 12:15 AM
Susah nak fokus kerja dari rumah ni



Setuju.. Haih bila WFH, mcm byk pulak keje.. Mlm2 work call/ meeting. Dulu masa keje kt Opis, takde pulaks..

Comments

sangat setuju   Post time 30-6-2021 10:34 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Iddels replied at 18-3-2021 08:32 PM
Setuju.. Haih bila WFH, mcm byk pulak keje.. Mlm2 work call/ meeting. Dulu masa keje kt Opis,  ...

Iya betul sangat wfh ni makin banyak kerja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2021 09:49 PM | Show all posts
Lvstar replied at 18-3-2021 09:29 PM
Iya betul sangat wfh ni makin banyak kerja..

Kannn.. Iols ada gak tanya kengkawan, mereka pun sama..

Dulu kalu kt opis, ada colleagues boley borak2/ gelak2.. seronoks..
now, rasa isolated semcm..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
saya perasan masa awal pkp dulu memang tak reti nak bahagi ruang kerja dan rumah .. sebab duduk dalam ruang yang sama .. pastu praktis
macam waktu ofis .. time ofis hour duduk di ruang kerja .. jangan masuk bilik atau naik katil kecuali sakit .. sebab kalau masuk bilik dah tak
keluar dah .. selamat pejam sampai asar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Iddels replied at 18-3-2021 08:32 PM
Setuju.. Haih bila WFH, mcm byk pulak keje.. Mlm2 work call/ meeting. Dulu masa keje kt Opis,  ...

Seeloknya mind set kalau kat ofis 9-6pm so kalau kat rumah  pun 9-6pm. Weekend kalau boleh elak dr reply wsp psl kerja nnti dorg makin biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
makankuihku replied at 20-3-2021 03:07 PM
saya perasan masa awal pkp dulu memang tak reti nak bahagi ruang kerja dan rumah .. sebab duduk dala ...

Betul lagi2 kalau kat katil tu scrol ig ke twitter ke sampai ke sudah dlm bilik sambil baring
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 01:22 AM | Show all posts
mula2 wfh punyalah payah. sbb bnyk sgt distraction. pastu asik ke dapur je.
last2 order meja keje kat shopee bt satu ruang khas utk keje. baru la ok skit.
klu tidak sblm ni skjp kat meja mkn, pastu kat sofa, kat katil , last2 keje pon ntah ke mana..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 08:29 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 12:23 PM | Show all posts
tips ni kalau untuk yang ada anak dah besar boleh la ikut kot..macam tahun lepas awal-awal pkp ada anak tadika, boleh la jugak wfh dengan berkesan, sebab anak-anak pun dah paham bahasa kan.. tahun ni dah ada baby baru, memang susah nak ikut tips-tips pelbagai ni, baby bukan paham pun. tambah bila baby kecik-kecik ni, nampak muka kita je, nak berkepit je.. dengan anak-anak lain makin galak pdpr.. so kesimpulannya, kena la berkorban sikit, waktu orang tidur, waktu baby tidur, masa tu la kita buat kerja-kerja, selesaikan kerja pejabat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.084308 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list