CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3732|Reply: 2

[ASTRONOMI]: OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI

[Copy link]
Post time 23-2-2021 08:14 PM | Show all posts |Read mode
OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI

Observatori Negara Langkawi (ONL) telah siap di bina pada tahun 2006. Tujuan pembinaannya adalah dalam usaha memupuk keupayaan R&D negara dalam bidang sains angkasa di samping meningkatkan minat golongan muda untuk merintis ilmu sains dan teknologi baru dalam jangka masa panjang di samping membangkitkan semangat perpaduan dam sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang astronomi.
Lokasi
Empangan Bukit Malut, Langkawi
 Longitude : 99d 46m 52s T
 Latitude : 06d 18m 25s U
 Altitude : 111m

Fungsi ONL

Fungsi utama Observatori Negara Langkawi (ONL) menyediakan fasiliti pencerapan bertaraf antarabangsa bagi penyelidikan dalam bidang astronomi optikal di Malaysia. Penyelidik dan pelajar yang menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang astronomi dan sains angkasa adalah dijemput untuk menggunakan kemudahan ini.
ONL juga berperanan menyedia serta melengkapkan negara dengan infrastruktur asas bagi penyelidikan astronomi khususnya kepada penyelidik tempatan. Ianya juga untuk meningkatkan dan menarik minat masyarakat bagi memahami sains angkasa yang dapat bermanfaat kepada negara. Selain itu, ONL ini juga diharap dapat menarik penyelidik antarabangsa dalam penyelidikan langit khatulistiwa dengan menggunakan fasiliti di Malaysia.

Perkhidmatan ONL

1.        Astrometri, fotometri dan spektroskopi stellar dan fizik suria (solar).
2.        Data dan imej cerapan stellar, solar dan cuaca angkasa.
3.        Latihan pengendalian instrumen dan praktikal cerapan.
4.        Pengujian instrumentasi.
5.        Penempatan instrumentasi saintifik berkaitan.
6.        Program kerjasama penyelidikan berkaitan.
7.        Pencerapan atas talian (secara kawalan jauh).
8.        ONL turut menawarkan perkhidmatan bagi program pendidikan dan kesedaran awam secara terpilih.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2021 08:14 AM | Show all posts
Elok le tu...ni kat Kedah...


Penduduk dakwa lihat lintas cahaya di ruang udara

https://www.utusan.com.my/berita ... aya-di-ruang-udara/

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR
22 Februari 2021, 3:52 pm


BENTUK lintasan cahaya hijau terang dipercayai meteor yang didakwa melintasi ruang rumah beberapa penduduk di Kedah malam semalam. - Gambar hiasan

SUNGAI PETANI: Beberapa penduduk di negeri ini mendakwa terlihat lintasan cahaya berwarna hijau terang dipercayai meteor melintasi ruang udara rumah mereka, malam tadi.

Penduduk dari Kampung Berapit, Tikam Batu, Muhammad Ridzuan Osman, 33, berkata, dia ternampak cahaya terang berwarna hijau itu melintasi di ruang udara ketika sedang berbual bersama enam penduduk lain di sebuah gerai makan berdekatan rumahnya pada pukul 9.30 malam.

Menurutnya, dia merupakan orang pertama yang melihat lintasan cahaya terbabit sebelum memaklumkan kepada rakan-rakan lain.

“Ketika sedang rancak berbual, kami tiba-tiba terdiam selepas masing-masing ternampak cahaya hijau terbabit.

“Cahaya hijau berkenaan bergerak sangat pantas sehingga tiada dalam kalangan kami yang sempat merakam kejadian terbabit,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, cerita mengenai kejadian itu telah dikongsikan dalam laman Facebook miliknya malam semalam dan terdapat beberapa individu lain turut mendakwa melihat kejadian sama di tempat masing-masing.

Penduduk lain dari Kampung Sungai Korok Balai Polis Jitra, Azlina Ali, 51, berkata, dia turut ternampak lintasan cahaya terbabit.

Katanya, ketika kejadian, dia sedang duduk berehat di depan rumahnya sebelum ternampak lintasan cahaya hijau terbabit.

“Pada mulanya saya hanya berdiam diri kerana ingat ianya cahaya mercun namun selepas terlihat status di Facebook milik Muhammad Ridzuan itu baru saya tahu ianya bukan cahaya mercun,” ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia di ruangan komen status Facebook milik Muhammad Ridzuan itu juga mendapati terdapat beberapa lagi individu lain yang berada di lokasi berlainan mendakwa melihat kejadian sama.

Antara lokasi yang dimaklumkan dalam ruangan komen terbabit adalah Sungai Lalang dan Titi Semeling serta Kelang Lama di Kulim.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, pihaknya belum menerima maklumat berkaitan kejadian terbabit.

“Kita belum terima sebarang maklumat berkaitan hal ini, kebarangkalian cahaya yang dilihat penduduk terbabit adalah meteor, namun perkara ini perlu disahkan terlebih dahulu oleh pihak yang lebih arif,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2021 04:30 PM | Show all posts
seribulan replied at 24-2-2021 08:14 AM
Elok le tu...ni kat Kedah...

xde pun statement dari MYSA ke apa kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.068463 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list