CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2696|Reply: 8

MBM Rancang Perkenal Mercedes-Benz EQ

[Copy link]
Post time 18-2-2021 09:52 AM | Show all posts |Read mode

Mercedes-Benz C300e antara model di bawah segmen EQ keluaran Mercedes-Benz.


Harian Metro

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) merancang membawa masuk jenama di bawah segmen kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya, Mercedes-Benz EQ ke pasaran Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Claus Weidner berkata, ia bagaimanapun bergantung kepada semakan semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan insentif dan peraturan.

Katanya, pengumuman yang sangat dinantikan peserta industri itu akan menjadi titik tolak khususnya kepada MBM untuk mempersiap diri bagi pelaksanaan EV jenama itu untuk pasaran tempatan.

"Kami menanti keputusan kerajaan mengenai EV membabitkan semakan NAP yang baharu khususnya berkaitan aspek permintaan dan kebolehlaksanaan ekonomi khususnya membabitkan kenderaan 'plug-in hybrid' (PHEV) dan EV.

"Peraturan dan insentif yang akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi penting untuk kami menetapkan hala tuju MBM, termasuk cadangan memperkenalkan segmen EV," katanya pada sesi taklimat media secara maya, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang MBM, Michael Jopp.

Julai tahun lalu, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan sedang menyusun semula pelan tindakan dalam melaksanakan NAP 2020, bertujuan menjadikan sektor automotif negara lebih berdaya saing dan maju.

Penyusunan semula pelan tindakan itu dilihat akan membantu menyegerakan pemulihan sektor automotif negara menerusi galakan pelaburan dalam segmen kenderaan berteknologi tinggi dan mesra alam sekitar.

Semakan semula insentif berkaitan itu sudah pun dimuktamadkan dan kini menunggu kelulusan kerajaan sebelum diumumkan kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 09:51 AM | Show all posts
I think yall can look into the Passat elegance. Have you guys test drive it?? I heard the car is real powerful especially given the look and price if it.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2021 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada baca kat satu artikel yang Passat Elegance ni torque power. Pick up dia kuat. Memang puas hati untuk siapa yang suka kereta high performance. Passat Elegance ni memang ada ""kick""
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayangkan drive dengan bergaya atas jalan raya dengan lampu depan LED yang bergaya. VW Passat Elegance dapat bagi pengalaman itu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts

Harga berpatutan. Ciri ciri lampu depan LED dipadankan dengan rim yang cool gila pada Passat Elegance dah memikat hati. On my way ke showroom Volkswagon untuk test drive lepas lockdown
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak menarik tapi hati tetap berminat dengan VW Passat Elegance.  Berminat betul dengan feature android car play dan blind spot assist. Bagi keselesaan dan keselamatan
dalam sebuah kereta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2021 10:15 AM | Show all posts
Aku lebih terinzal dgn merc glb…thn depan rasanya nk beli..xde sape2 dh pki atau book?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 11-7-2021 10:15 AM
Aku lebih terinzal dgn merc glb…thn depan rasanya nk beli..xde sape2 dh pki atau book?

Kaka cuma merc A200 new.. ni pun dah cukup berdezuppp dah pd meolss.. hihihi. Kaka punya spec baru.. panas2 kuar dr kilang teruss berdezupp kaka dpt. Tp la ni dah 2 tahun pakai walau jarang2 bawak pkp punya pasal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 11:01 AM | Show all posts
makiting replied at 8-8-2021 12:23 AM
Kaka cuma merc A200 new.. ni pun dah cukup berdezuppp dah pd meolss.. hihihi. Kaka punya spec baru ...

Wah...mmg bestkan drive kete merc ni..hopefully tercapai la cita2 iols...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.064610 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list