CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6196|Reply: 0

Kenal ke? Puyu Jantan Dengan Puyu Betina

[Copy link]
Post time 15-2-2021 08:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 15-2-2021 08:57 PM

Kenal ke? Puyu Jantan Dengan Puyu Betina

Sejak dari kecil memancing ikan puyu ini, tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran untuk membezakan jantina ikan ini. Apa yang selalu difikir ialah bagaimana hendak memancingnya dan apa yang hendak dibuat apabila sudah memperolehinya.


Bagi tidak menghampakan beberapa soalan dari follower Umpan yang bertanyakan perbezaan spesies ini, berikut dikumpulkan beberapa penjelasan bagi membezakan puyu jantan dan puyu betina. Ikan puyu jantan biasanya berbadan kecil, sirip bawah agak panjang, bentuk badan memanjang.


Tips paling senang, urut perlahan-lahan di bahagian abdomen ke arah alat sulitnya. Perhatikan ada cecair putih keluar sedikit dari alat sulitnya. Itu menunjukkan ia ikan puyu jantan.

Ikan puyu betina pula badan agak lebar, perut buncit. Urut perlahan-lahan di bahagian abdomen, perhatikan betul-betul akan ada keluar butiran kecil (telur ikan). Namun pastikan ikan-ikan ini sudah cukup tempoh kematangannya.


Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina. Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.


Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya.


Dan apabila ikan jantan diurut pada bagian perutnya ke arah bawah akan mengeluarkan cairan sperma berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut ke arah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.


Ciri-Ciri Ikan Puyu Jantan

  • Bentuk badannya ramping dan panjang
  • Warna badan agak cerah
  • Sirip ekornya lebih panjang
  • Bahagian bawah perut rata
  • Jika perut diurut akan keluar cecair sperma berwarna putih susu


Ciri-Ciri Ikan Puyu Betina

  • Bentuk badannya gemuk dan lebar
  • Warna badan agak gelap
  • Sirip ekornya lebih pendek
  • Bahagian bawah perut agak melengkung
  • Jika matang bahagian perut jika diurut akan keluar telur
  • Alat kelamin berwarna kemerahan


Sumber : https://www.umpan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.057954 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list