CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51275|Reply: 306

Dulu bekas radiografer PPUM. Kini pemilik Mamasab. Usia 36 tahun, hasil jualan t

  [Copy link]
Post time 13-2-2021 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 13-2-2021 01:44 PM

Sabrina wanita di sebalik kejayaan kek Mamasab
    Oleh KHAIRIYAH HANAFI
    12 Februari 2021, 10:30 am

SEBUT sahaja Mamasab, bayangan kotak rona merah jambu dengan aroma haruman manisan kek pasti berlegar-legar di kotak fikiran umum.

Biarpun baharu sahaja memasuki pasaran pada tahun 2015, namun kek keluaran bumiputera itu kini semakin dikenali dan mampu berdiri sama tinggi setanding kek-kek popular yang lain selepas mula membuka cawangan pertamanya pada tahun 2017 di Petaling Jaya, Selangor.

Begitupun di sebalik populariti yang ada pada jenama kek ini, pasti ramai yang tidak tahu, Mamasab International Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat yang menjual produk-produk bakeri dan manisan sebenarnya diasaskan oleh bekas radiografer di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Biarpun bidang yang diceburinya berbeza, namun pemilik nama Siti Noor Sabrina Soobri, 36, ini tidak menjadikan situasi tersebut sebagai alasan untuknya terus maju ke hadapan.

Buktinya, bukan sahaja melebarkan perniagaan sehingga dikenali masyarakat di negara ini kerana kek cita rasa premium pada harga berpatutan yang dijual, ibu kepada empat orang cahaya mata ini juga berjaya merangkul beberapa anugerah hasil daripada berniaga kek.

Antara anugerah yang berjaya dirangkulnya ialah NONA Best Growing F&B Business Award pada tahun 2018 dan Best Networking Business Award (tahun 2020).

“Saya tidak pernah menyangka akan terlibat dalam dunia perniagaan kerana secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang pandai berniaga.

“Pada awalnya, saya bermula dengan membuat durian crepe untuk dijamu kepada kawan sepejabat.

“Oleh kerana, mereka menyukai durian crepe tersebut, saya mula menerima tempahan. Di situ, bermulalah kehidupan awal saya sebagai seorang pembuat dan penjual kek,” katanya.
IBU kepada empat cahaya mata ini tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang perniagaan.

Ketika baru berjinak-jinak dalam perniagaan manisan, Sabrina masih lagi bekerja sebagai radiografer.

Bagaimanapun, kesibukan harian dan memikirkan anak yang masih kecil, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja serta menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya.

“Dahulu semuanya dilakukan sendiri. Bermula daripada membeli bahan mentah hingga produk yang dihasilkan dihantar.

“Aktiviti harian penuh sehingga ada satu masa, saya berasakan seperti tidak mampu untuk meneruskan kerana terlalu penat.

“Tetapi sekarang selepas menubuhkan syarikat dan berjaya, rasa berbaloi dengan pengorbanan yang dicurah selama ini,” katanya.

Memulakan perniagaan kek dan bakeri dari rumah pada tahun 2014, Sabrina banyak mempelajari resipi kek melalui kelas-kelas dihadirinya. Begitupun tanpa disedarinya, dia sebenarnya mula membina kepercayaan umum terhadap manisan yang djual.

Bermula dengan durian crepe, Sabrina kemudian mula menjual brownie dan diikuti dengan pelbagai jenis manisan lain.

Percaturan wanita ini ternyata berhasil apabila dia kemudian mula memasarkan makanan lain seperti kuih raya dan daging kambing perap.

Bermula dengan beroperasi di dapur kediaman, siapa sangka Mamasab International kini memiliki 13 cawangan seluruh Malaysia dengan hasil jualan sebanyak RM100 juta bagi tahun 2020.

Meskipun perniagaan awalnya berasaskan makanan, namun Sabrina melangkah satu tapak ke hadapan dengan menceburkan diri dalam dunia kosmetik, fesyen dan kelengkapan rumah.

“Ada orang takut nak memulakan perniagaan sebab tidak jelas adakah boleh berjaya.

“Ada juga yang takut dengan cakap-cakap orang sekeliling. Keadaan itu menyebabkan ramai takut untuk menceburkan diri dalam perniagaan.

“Paling penting, kita perlu berguru dengan individu yang betul,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh 100 juta celah mana? Habaq mai...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tunggu sis @dudaberhias memberi komen2 yang bernas. Saya peminat sis tau.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nk tengok muka mamasab ni...kenal mamasab pun sebab forumer cik duda berhias selalu ketengahkan nama beliau....dan akak ada beli produk kuih dia.. sekali jela....dlm harga RM 35...sedap juga kuih cornflake beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
La baru 36 patutla masih membiak aritu. Dah kenapa panggil mamasab? Igtkan dah acik2/nenek2 nk kena panggil mama.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apooo mamasab baru 36 tahun? Betolke cik duda sila clarifykan. Ingatkan 45 tahun dh tgk rupa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2021 01:23 PM | Show all posts
100 juta...??
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:23 PM | Show all posts
Bff kaka duda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 01:25 PM | Show all posts
mama hisab?

haaaaaaaaaaaaaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
100 juta??
Satu kek rm50 pon dia perlu jual 2 juta kek
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok mamasab dan penjual lubna laleh yg maki2 orang tu macam adik beradik je rupa dia orang. Betul ke jual kek 100 juta jualan. Ok tahun depan saya pun nak jual kek lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriously, tak sedap kek mamasab ni.
Rupa je nampak cantik.
Honest review.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Sis Dudaberhias tak meratib nama Mamasab kat sini, memang tak kenal langsung. Mamasab patut bagi sikit share kat Duda
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
100 juta?
Company weol keja nk dapat sales 3,4 juta sebulan pn kena keja mcm apa, tu bisnes byr in USD tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
adaakukesah replied at 13-2-2021 01:36 PM
Kalau Sis Dudaberhias tak meratib nama Mamasab kat sini, memang tak kenal langsung. Mamasab patut ba ...

Kadang2 akak rasa mamasab dan cik duda adalah orang yg sama kut...



Amponnn
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jemput @dudaberhias masuk mencemar duli beri sepatah dua kata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti byr zakat dgn tax juta2 jugek kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2021 01:45 PM | Show all posts
aku perasan kek Mamasab sekarang RM35
bukan ke dulu RM80 ka?
ka ada byk jenis atau harga turun?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:47 PM | Show all posts
olaklempit replied at 13-2-2021 01:27 PM
Tengok mamasab dan penjual lubna laleh yg maki2 orang tu macam adik beradik je rupa dia orang. Betul ...

X tau nape aku x bleh dgr or baca nama klubna & laleh ni.
Allergic rase
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana blh dpt sales sampai ratusan juta? Insurance company pon klu korang tengok annual report derang x setinggi duit yg mamasab dpt..propa !!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.077547 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list