CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4722|Reply: 8

Cara Tanam Nenas Teknik Belahan Jambul

  [Copy link]
Post time 5-2-2021 07:55 PM | Show all posts |Read mode
Cara Tanam Nenas Teknik Belahan Jambul

Siapa di sini yang merupakan peminat buah nenas? Mempunyai rasa yang masam-masa manis, buah nenas bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah sesuai dijadikan bahan sampingan dalam masakan. Masakan seperti asam rebus, pajeri dan kerabu adalah antara yang sesuai digandingkan bersama buah ini kerana dapat memberi rasa yang lebih manis.

Jadi, tak salah untuk anda tanam sendiri buah nenas ini di rumah supaya lebih mudah untuk ada ‘stok’ di masa akan datang. Dengan menggunakan teknik belahan jambul, yang menariknya adalah dengan satu belahan jambul anda boleh dapat sebanyak 4 anak pokok sekaligus! Barulah banyak buah nenas yang terhasil nanti kan?

CARA TANAM NENAS TEKNIK BELAHAN JAMBUL
1. Ambil jambul nenas, buang sedikit daun-daun pada pangkal. Kemudian belah empat, potong sikit pucuk daun seperti dalam gambar lalu terus tanam.




2. Dari empat jambul dapat 16 semaian. Bermakna 16 pokok akan muncul. Tak perlu siram hari-hari untuk elak jambul busuk.



3. Dah nampak anak pokok dari jambul nenas yang dibelah empat. Selepas dua minggu akan nampak mata tunas pada celah daun. Ini anak pokok berusia sebulan lebih.





4. Anak-anak pokok usia lebih kurang empat bulan dari tarikh belahan. Boleh tanam dalam polibeg atau bekas yang sesuai. Letak ditempat yang panas sepenuhnya. Ini baru sekali baja dari baja kopi Amino beli di kedai rm2.



Sumber: Siti Samsiah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww..baru tau nihh.pkp 1.0 dah tanam 10 pokok.klau tau teknik ni dah dapat 40 pokok.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai dah ni musim pkp
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh bagusnya teknik tanamnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah menarik ni. Boleh try
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 07:21 AM | Show all posts
Boleh try ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2021 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanas klu tanam jambul lambat berbuah compare tanam anaknya. Klu chuols tanam suka suki xpe la. Pastu pilih species nanas klu nk tnm yaaa.. Chuols tanam nanas sarawak mmg kematu nk tggu berbuah
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2021 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya baru tanam 2 pokok nenas dr jambulnya itu..harap menjadi la hendaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenas MD2.. mak guna sulur nenas tu . semai di dalam botol yang berisi air, tunggu sehingga akar keluar, lebih kurang seminggu baru tanam di tanah…

Akar tu akan keluar mcm dlm gambar ni. Ni Sulur yg mak dah rendam hingga akarnya keluar.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.082585 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list