CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4546|Reply: 3

Sejarah Penciptaan Basikal

  [Copy link]
Post time 5-2-2021 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Sejarah Penciptaan Basikal



BMX bermula pada awal 1970-an apabila kanak-kanak mula berlumba-lumba basikal mereka di trek berpasir Southern California, ia menjadi sumber inspirasi oleh seorang Superstar Motocross untuk mewujudkan basikal BMX ( Basikal Motocross ). Pada masa itu basikal jenama Schwinn dari model Sting-Ray menjadi pilihan pengemar bmx kerana saiznya dan mereka mudah untuk mengendalikannya dengan baik dan berprestasi.

Pada bulan April 1981, Persekutuan BMX Antarabangsa ditubuhkan, dan kejohanan dunia pertama telah diadakan selepas itu. Perlumbaan BMX telah diintegrasikan ke dalam Kesatuan Penunggang Basikal Antarabangsa (UCI) bermula tahun 1993.

Setelah sekian lama, beberapa penunggang BMX bertukar untuk menceburi sukan berbasikal lain seperti Australia Olympian iaitu Jared Graves, bekas "anak emas" Eric Carter, dan pelumba BMX belia Aaron Gwin. Sebaliknya pula, pelumba Mountain Bike kadang-kadang beralih ke Racing BMX, seperti pemenang Pingat Gangsa Olimpik 2008, Jill Kintner dari Amerika Syarikat.



Basikal pada awalnya telah dicipta di Eropah pada abad ke-19 iaitu orang yang dikatakan paling awal mencipta basikal ialah Von Drais pada tahun 1817 dan kemudian basikal tersebut di patentkan pada tahun 1818.

Namun, ada teori yang mengatakan bahawa basikal telah di reka bentuk pada seawal tahun 1493 lagi iaitu oleh Giacomo Caprotti. Teori ini telah dibuktikan dengan terjumpanya gambar atau lakaran basikal yang dibuat oleh Giacomo Caprotti.

Tak kira siapa yang paling awal mencipta basikal, ia telah menjadi sebuah kenderaan yang sangat popular di mana-mana negara.

Sejarah Perkembangan Basikal

1817

Pada tahun ini Baron von Drais iaitu seorang rakyat Jerman telah mencipta basikal yang dinamakan Draisienne.

Basikal ini diperbuat daripada kayu. Ianya mempunyai tempat duduk dan handle tetapi ia tidak mempunyai pedal(pengayuh).

Pada masa itu, mereka menggerakkan basikal tersebut dengan cara mengayuh kaki ke lantai.

1839

Pada tahun ini, seorang tukang besi berbangsa Scottish yang bernama Kirkpatrick Macmillan telah mencipta basikal yang boleh bergerak sendiri.

Sistem bagi basikal ini ialah ia menggunakan sebatang besi yang terletak pada tayar hadapan yang dihubungkan dengan tuil pada tayar belakang.

Basikal ini sangat iaitu seberat 56 punds dan hanya pengguna yang gagah sahaja yang mampu menunggang basikal ini.

1863

Pierre Michaux of Paris telah mencipta basikal yang diberi nama Michaux Velocipede. Basikal ini mempunya pedal dan tuas yang terletak dihadapan roda basikal.

Basikal ini telah menjadi kenderaan tunggangan yang paling banyak dikeluarkan pada masa itu. Basikal ini juga dinamakan sebagai "boneshaker” dan ianya popular sehingga ke tahun 1870.

1870

James Starley mencipta basikal yang boleh dikatakan sebuah basikal biasa dimana basikal tersebut mempunya roda hadapan yang besar manakala roda belakangnya pula adalah kecil sedikit dari roda hadapan.

Ciri-ciri ini membenarkan penggunanya bergerak lebih jauh dalam apa bila melakukan setiap kayuhan. Untuk menunggang basikal ini, penggunanya perlulah mempunyai latihan dan skil yang tinggi kerana basikal ini sukar unutk ditunggang.

1884

H.J Larson telah mereka bentuk basikal yang digerakkan menggunakan rantai. Basikal ini dinamakan Safety.

Roda basikal ini bersaiz medium dan ianya adalah lebih stabil dan mudah untuk ditunggang jikan dibandingkan dengan basikal Ordinary.

1885-1900

John Kemp Starley, iaitu anak buah James Starley telah mencipta basikal yang dinamakan Rover Safety.

Basikal ini sangat menarik keran ia mempunyai kerusi yang memberi keselesaan kepada penggunanya. Selain itu, pemegang basikal ini juga di pasang dengan”grip”.

Basikal ini boleh dikatakan mempunya aspek keselamatan.

1888

John Boyd Dunlop telah mencipta tayar pneumatik iaitu tayar tersebuat berisi dengan udara. Tayar ini memberi tunggangan yang selesa kepada penunggangnya.

1890-an

Harga basikal telah jatuh dan ia mampu dimiliki oleh semua orang. Oleh itu ramai orang membeli basikal sebagai pengangkutan ke tempat kerja ataupun bersiar-siar.

Sekitar tahun ini, kaum wanita melihat basikal sebagai tiket ke arah kebebasan. Kaum wanita dibenarkan menunggang basikal dengan memakai skirt.

Susan B. Anthony berkata bahawa basikal telah membebaskan kaum wanita daripada segala benda yang ada di dunia ini.

Circa 1900

Seorang pengusaha Inggeris mencipta”wheel hub” yang mempunyai tiga kelajuan yang membenarkan penunggang berbasikal di kawasan yang berbukit.

Circa 1910

Basikal untuk kanak-kanak mula dicipta dan dijual.

1940-an

“Kick stand” basikal dicipta. Ia digunakan dalam perang. Pelumba basikal Eropah mula menggunakan “derailleur” yang mempunyai lima tahap kelajuan.

1963

Schwinn memperkenalkan Sting-Ray iaitu basikal pertama yang menggunakan tempat duduk “banana” dan mempunyai handle yang tinggi.

Basikal Sting-Ray telah membuka jalan basikal BMX unutk menjadi terkenal pada tahun 1970-an.

1960-an

Basikal yang mempunya gear 10-speed telah menjadi satu kemestian dalam reka bentuk sesuatu basikal.

1970-an

Akibat kesedaran terhadap alam sekitar, basikal telah menjadi kenderaan yang popular kerana ianya tidak menggunakan minyak.

Dalam tahun 1978, jualan basikal di US adalah lebih tinggi berbanding dengan jualan kereta.

1984

Roda bergigi ditambah pada bahagian gear menyebabkan kelajuan basikal bertambah dari 15 ke 18, 21 dan 24.

1986

Satu survey dibuat oleh The International Bicycle Fund. Hasil dari survey tersebut didapati bahawa basikal adalah sukan ke-3 paling popular selepas renag dan senam robik.

Semoga memberi manfaat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2021 04:50 PM | Show all posts
zaman kecil2 dulu basikal ada speed tu fikir basikal orang kaya. rupanya basikal made in china
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 06:05 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-2-2021 04:50 PM
zaman kecil2 dulu basikal ada speed tu fikir basikal orang kaya. rupanya basikal made in china

apa beza beskal dgn basheecall?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-2-2021 04:50 PM
zaman kecil2 dulu basikal ada speed tu fikir basikal orang kaya. rupanya basikal made in china

Haha sama la kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.051016 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list