CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9888|Reply: 17

Permainan Tradisi Yang Patut Dimainkan Semula Bersama Anak

[Copy link]
Post time 5-2-2021 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Permainan Tradisi Yang Patut Dimainkan Semula Bersama Anak



Jika diimbau kembali zaman kanak-kanak kita, kita akan berkumpul setiap petang di padang, halaman rumah mahupun taman permainan untuk bermain bersama rakan-rakan.

Walaupun permainan yang dimainkan ketika itu tidak secanggih permainan di gajet anak-anak pada masa kini, ianya tetap  menghiburkan dan menyeronokkan serta menjadi kenangan terindah buat kita, bukan?

TINGKATKAN KEMAHIRAN SAMBIL BERMAIN
Terdapat banyak permainan tradisi yang kita mainkan pada zaman dahulu melibatkan anggota badan yang besar iaitu tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Ianya termasuklah merangkak, berjalan, berlari, melompat, memanjat, membaling, menangkap, mengejar, menarik, menolak dan sebagainya. Tanpa kita sedari, sebenarnya kesemua pergerakan ini mengukuhkan lagi kestabilan serta keseimbangan seluruh anggota badan kita sekaligus meningkatkan kemahiran motor kasar atau lebih dikenali sebagai ‘gross motor skills’.

Sesetengah permainan pula memerlukan pergerakan anggota badan yang kecil seperti pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain. Melalui permainan tersebut, kemahiran motor halus atau ‘fine motor skills’ dapat diasah dan ditingkatkan.

10 PERMAINAN TRADISI YANG PATUT DIMAINKAN SEMULA BERSAMA ANAK
Berikut merupakan senarai 10 permainan tradisi yang mempunyai banyak manfaaatnya dan patut dimainkan bersama anak-anak atau dimainkan semula oleh mereka.

1. TINGTING
Sebagaimana yang kita semua tahu, tingting merupakan permainan tradisional yang sememangnya popular sejak zaman dahulu lagi.



Bermain tingting dapat meningkatkan kemahiran motor kasar anak sekaligus menguatkan lagi otot mereka kerana mereka perlu mengawal dan menyeimbangkan badan mereka untuk melompat ke dalam kotak-kotak tingting tanpa terjatuh.

2. LOMPAT TIKUS
Permainan lompat tikus ini memerlukan pergerakan berlari, melompat dan juga merangkak bagi melepasi halangan tangan serta kaki dua orang rakan sepermainan.



Melalui pergerakan-pergerakan dalam permainan ini, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran motor kasar anak.

3. LOMPAT GETAH
Lompatan melintasi rantaian gelang getah pada tahap yang rendah sememangnya melegakan. Tetapi apabila ketinggian ditingkatkan, kita pasti memikirkan teknik terbaik untuk melakukan lompatan di atas rantaian gelang getah tersebut. Kadang kala kita perlu berlari dari jauh untuk mendapatkan impak lompatan yang tinggi bagi melepasi gelang getah.



Pasti seronok jika kita dapat bermain permainan lompat getah ini bersama anak. Pergerakan dalam permainan ini dapat melatih kemahiran motor kasar anak dan membantu anak untuk membina otot yang lebih mantap.

Jika dahulu kita menggunakan rantaian gelang getah untuk bermain lompat getah, kini anak-anak boleh bermain lompat getah dengan menggunakan ‘skipping rope’.

4. KONDA KONDI
Permainan konda kondi memerlukan fokus yang tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk menyungkit kayu anak menggunakan kayu ibu dan berlari sambil mengejar kayu yang dibaling sebelum menangkap kayu tersebut.



Kita pasti gembira melihat keseronokan anak-anak bermain permainan tradisi ini kerana secara tidak langsung ianya dapat memperkasa kemahiran motor kasar mereka.

5. PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU
Masih ingatkah lagi kita dengan adegan tarik menarik rakan dan baju rakan kita tatkala dikejar oleh ‘sang harimau’ dalam permainan ‘Pukul Berapa Datuk Harimau’ ini? Akhirnya apabila salah seorang daripada rakan kita terlepas pegangannya, kita semua akan lari bertempiaran. Walaupun debaran sentiasa mencengkam dada kerana takut ditangkap oleh ‘harimau’, tetapi permainan ini tetap menyeronokkan!



Permainan ini melibatkan pergerakan aktif anak dengan berlari, mengejar dan menangkap rakan-rakan mereka sekaligus dapat meningkatkan lagi kemahiran motor kasar anak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2021 03:03 PM | Show all posts
6. GALAH PANJANG
Memandangkan permainan galah panjang ini memerlukan ramai pemain, anak-anak mungkin boleh bermain bersama sepupu-sepupu mereka atau jiran-jiran terdekat. Lebih ramai yang dapat bermain, permainan ini pasti lebih meriah!



Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai kemahiran berlari laju serta berhenti dengan cepat ketika melepasi petak permainan yang dikawal oleh pasukan lawan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat melatih fokus dan meningkatkan kemahiran motor kasar anak, malah dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan dengan rakan-rakan sepermainan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 03:04 PM | Show all posts
7. BATU SEREMBAN
Walaupun permainan batu seremban ini merupakan permainan tradisional yang hanya memerlukan kita duduk sahaja untuk bermain, ianya memerlukan fokus yang sangat tinggi serta koordinasi tangan dan mata yang baik untuk membaling dan menangkap semula batu yang dibaling itu.



Dengan pergerakan pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain batu seremban ini, kemahiran motor halus anak dapat ditingkatkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 03:05 PM | Show all posts
8. CONGKAK
Jangan kata anak, ibu bapa juga pasti akan berasa seronok sekiranya dapat bermain congkak ini. Permainan congkak memerlukan pergerakan tangan, pergelangan tangan dan jari jemari tangan yang cekap untuk bermain.



Dengan bermain congkak, ianya bukan sahaja melatih tahap fokus anak, tetapi juga dapat meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta kemahiran motor halus mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 03:05 PM | Show all posts
9. MAIN GULI
Bermain guli juga merupakan salah satu permainan yang memerlukan fokus yang tinggi untuk membaling atau menjentik guli tepat pada sasaran. Selain itu, anak-anak juga perlu mempunyai koordinasi tangan dan mata yang baik untuk bermain permainan ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2021 03:06 PM | Show all posts
10. MAIN LIDI
Jika dahulu kita menggunakan lidi sate untuk bermain lidi ini, kini, anak-anak mempunyai alternatif untuk bermain lidi dengan menggunakan lidi bewarna-warni yang dijual di pasaran.



Sama seperti bermain guli, bermain lidi juga memerlukan teknik tertentu serta tahap fokus yang tinggi untuk mengambil lidi daripada timbunan lidi tanpa menggerakkan lidi-lidi lain. Dengan koordinasi tangan dan mata yang baik ketika bermain, anak-anak pasti berasa gembira kerana berjaya memperoleh banyak lidi hasil daripada usahanya itu.



KEMBALIKAN NOSTALGIA ZAMAN SILAM
Walaupun kesemua permainan ini sangat popular pada zaman dahulu, tetapi ianya jarang dimainkan pada masa kini. Peredaran masa telah mengubah populariti permainan-permainan tersebut.

Memandangkan terdapat banyak manfaat dengan bermain permainan-permainan ini, jadi apa tunggu lagi? Ayuh kembalikan nostalgia zaman silam kita dengan bermain permainan tradisi ini bersama anak-anak! Semoga dengan cara ini, permainan-permainan tersebut akan sentiasa segar sepanjang zaman dan tidak hilang ditelan arus kemodenan dunia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekcot.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 03:15 PM | Show all posts
ya, aku masih lagi main mainan zaman dulu dgn anak2 aku dan anak2 sedara..

drg pun kalau berkumpul gadjet tolak tepi...memang main yang mengeluarkan peluh busuk masam lah semuanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2021 03:19 PM | Show all posts
kucingitam replied at 5-2-2021 03:15 PM
ya, aku masih lagi main mainan zaman dulu dgn anak2 aku dan anak2 sedara..

drg pun kalau berkumpu ...

zaman skng jauh skali smua permainan ni.. skng zaman judi online
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dolu2 main lidi masa p mengaji quran
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman kecik2 dulu selalu main batu seremban
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lompat tikus & lompat getah tu zaman sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 09:00 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 1-4-2021 01:01 PM

main dam haji
main cengkek= main ting2
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2021 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Congkak dgn dam ular
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Carrom kira tradisi tak? Sebab kat rumah nenek i ada papan carrom yg berat gila tu. Dia sekali dengan congkak. Nk i cakap tu dari kayu solid. Arwah onyang i ukir and tebuk lubang.

So i ingat nk ajak my sons main carrom. Boleh latih motor skill and kuat kan jari.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya back to the 90s. I guess 90s are the best years to spend. Kalau la boleh patah balik. Main batu seremban, congkak, carom, chess, main sorok2, main masak, main galah panjang, main kejar2 ternakan nenek (ayam, itik), panjat2 pokok petik buah, main air, mcm2 lagi lah kenangan dulu. Anak2 aku xdpt rse lgi2 jaman cobid ni. Haih…..kampung pun dah kat bando dah. Mne lh nk main kejar2 ayam itik angsa bagai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baling selipar
Tuju tin
Batu seremban
Polis sentri
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2021 03:08 PM | Show all posts
sempat la ajar anak2 buah & anak2 org main teng teng, galah panjang dan baling selipar
mcm biasa, acara baling selipar mcm kekita dulu jgk, membawa gado sampai ke mlm
esok main semula, sambong lg ungkit gado hal semalam
tp gado takat ejek2 je... menganjing gitu.. takde la sampai tahap tepuk tampo pukul lesing bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.047124 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list