CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3269|Reply: 3

Teknik Bottom Fishing Lebih Berjaya Berbanding Jigging

[Copy link]
Post time 4-2-2021 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Teknik Bottom Fishing Lebih Berjaya Berbanding Jigging


Kenapa teknik pancingan dasar atau bottom lebih berjaya berbanding teknik pancingan moden seperti jigging? Pertama sekali kita kena tahu bahawa banyak faktor yang mempengaruhi kebarangkalian untuk ikan memakan jig yang kita gayakan. Tetapi perlu juga untuk kita lihat lebih dalam tentang diet ikan tersebut.



Diet ikan amat dipengaruhi oleh metabolisme ikan itu sendiri, metabolisma adalah indikasi fisiologi ikan tersebut, sebagai contoh ikan bermetabolisma tinggi mempunyai bilangan `rod’ yang lebih tinggi dari `cone’ di dalam retina matanya.

Maknanya ia lebih sensitif kepada perubahan cahaya berbanding warna. Hal sedemikian berlaku sebaliknya untuk ikan bermetabolisma rendah.

Mengapa metabolisme ini penting adalah kerana ia akan menentukan hirarki cara ia memburu makanan?

Ikan yang mempunyai metabolisma tinggi mempunyai pelampung yang kecil dan lebih aktif. Sebagai contoh seperti ikan tenggiri, talang dan gerepoh atau GT. Ikan sebegini mempunyai hirarki pemakanan berikut: Deria penglihatan (mata) – diikuti oleh getaran dikesan oleh lateral line – dan akhir sekali deria bau.

Sementara ikan yang mempunyai metabolisma rendah, akan mempunyai pelampung yang jauh lebih besar. Sebagai contohnya seperti ikan kerapu, jenahak, merah dan lain-lain lagi. Ikan sebegini mempunyai hirarki pemakanan berikut: Deria bau – diikuti getaran dikesan oleh lateral line – dan akhir sekali deria penglihatan.

Secara rumusan, jig amatlah sesuai untuk memburu ikan bermetabolisma tinggi, kerana deria penglihatan dan getaran adalah lebih tinggi dari deria bau.

Dalam pada masa yang sama jig juga juga sesuai untuk memburu ikan bermetabolisma rendah. Akan tetapi menggunakan teknik bottom atau pancingan dasar (deria bau) tetap tiada tolok bandingan berbanding teknik jig kerana mereka lebih peka kepada deria bau secara semula jadi.

Setelah kita tahu apa ikan yang hendak diburu, maka strategi yang lebih tepat boleh diatur. Tidak kiralah sama melalui pancingan dasar, jigging atau sebagainya. Sekiranya memilih untuk jigging, pemilihan berat jig perlu ditimbal balas dengan kekuatan rod untuk mendapatkan aksi yang bersesuaian.

Dari segi aksi pula, rencahan laju lebih menggamit ikan bermetabolisma tinggi kerana mata mereka adalah senjata utama. Tumpukan pada getaran yang dihasilkan untuk memburu ikan yang bermetabolisma rendah.

(kredit: Fhirdaus Amran)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 04:31 PM | Show all posts
Opah saudara saya rajin pi mancing dgn suaminya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2021 05:42 PM | Show all posts
seribulan replied at 4-2-2021 04:31 PM
Opah saudara saya rajin pi mancing dgn suaminya

saya pun rajin.. tp sy pancing anak dara
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 05:55 PM | Show all posts
piao replied at 4-2-2021 04:42 PM
saya pun rajin.. tp sy pancing anak dara

kwang3x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.071896 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list