CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3051|Reply: 2

PDRM Daftar Nama Ketua Kongsi Gelap China Di INTERPOL - AKT

[Copy link]
Post time 31-1-2021 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 13-2-2021 05:19 PM


Abdul Hamid mendedahkan Jabatan Imigresen gagal mengesan Kuok Koi selepas ketua kongsi gelap China itu keluar dari Malaysia untuk ke Hong Kong pada 18 Mac tahun lalu.-Foto/ NSTP


Berita Harian

Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses mendaftarkan nama ketua kongsi gelap dari China, Wan Kuok Koi dalam senarai notis merah agensi polis antarabangsa (INTERPOL) selepas lelaki itu didakwa bersembunyi di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata mengikut rekod, Kuok Koi dikesan berada di Malaysia pada 2019 dan 2020 atas urusan perniagaan.

"Namun, selepas satu laporan dibuat terhadapnya atas dakwaan penipuan wang berjumlah RM6 juta, Kuok Koi terus menghilangkan diri.

"Kita akan usaha menangkapnya sekiranya dikesan berada di Malaysia. Ada satu rekod menunjukkan Kuok Koi keluar dari Malaysia pergi ke Hong Kong, pada 18 Mac tahun lalu.

"Semakan rekod Jabatan Imigresen setakat ini gagal mengesan keberadaan Kuok Kou di Malaysia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, The Straits Times di Singapura melaporkan, Kuok Koi dipercayai bersembunyi dan meneruskan aktiviti jenayah di Malaysia.

Lelaki berusia 65 tahun itu lebih dikenali sebagai 'Broken Tooth', dipercayai dikehendaki PDRM sejak 16 Oktober tahun lalu atas dakwaan terbabit kes gangsterisme dan penipuan berjumlah RM6 juta.

Kuok Koi sebelum ini menjalani hukuman penjara 14 tahun di Macau, selepas disabitkan kesalahan sindiket ceti haram atau along, pengubahan wang haram dan mengetuai kumpulan penjenayah, sebelum dibebaskan pada 2012.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat pula mendakwa Kuok Koi mengetuai kumpulan kongsi gelap dikenali 14K dan terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah, perjudian haram, pemerasan serta pemerdagangan manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2021 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Daftar pastu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2021 05:20 PM | Show all posts

Aq pun x jelas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.258611 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list