CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4192|Reply: 4

Projek Sayur Bantu Asnaf, Belia

[Copy link]
Post time 31-1-2021 11:05 AM | Show all posts |Read mode

Antara peserta Projek Kebun Mini MPKK sedang menanam sayur di tapak projek di Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA


Harian Metro

Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my

Port Dickson: Projek tanaman sayur antara projek rintis bagi mencari solusi masalah ekonomi yang semakin mencengkam ramai penduduk selepas diserang wabak pandemik Covid-19 sejak setahun lalu.

Seramai lapan peserta, empat asnaf dan empat belia Kampung Sawah Sunggala memulakan projek rintis sejak sebulan lalu dengan mengusahakan tanah terbiar milik kerajaan seluas 0.4 hektar di sini.

Idea dan perancangan awal projek ini dilakukan sendiri Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Muhammad Saufi Miad.

Menurutnya, buat masa ini, hanya kawasan bersebelahan Taman Al Quran Kampung Sawah Sunggala sesuai sebagai permulaan projek rintis pertanian bagi menambah pendapatan penduduk terutama golongan asnaf dan juga belia yang tiada pekerjaan.

"Sejak pandemik Covid-19, ramai yang terkesan terutama golongan asnaf dan juga belia yang tiada atau hilang pekerjaan menjadi sasaran saya untuk memulakan projek tanaman sayur jenis terung dan cili.

"Saya juga menggalakkan penduduk membuat kawasan tanaman sayur di rumah sendiri manakala kami menyediakan benih cili atau terung secara percuma di Projek Kebun Mini MPKK yang kami sediakan," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, dia nampak peluang bagi menambah pendapatan melalui bidang pertanian cukup besar jika diusahakan bersungguh-sungguh.

"Kebanyakan orang kampung ini tak tahu bagaimana cara memasarkan produk seperti sayur yang ditanam secara komersial. Sebagai jalan penyelesaian, saya beli semua hasil mereka untuk memudahkan mereka tanpa memikirkan bagaimana ia dipasarkan.

"Saya nak bantu asnaf dan belia di kampung ini dan buka kios menjual sayur dari ladang untuk melahirkan asnaf usahawan dan akhirnya keluar dari masalah kemiskinan dan gelaran asnaf itu sendiri," katanya.

Muhammad Saufi berkata, bagi menyahut seruan kerajaan, dia mencari tanah terbiar milik kerajaan atau persendirian untuk diusahakan bagi menambah pendapatan penduduk terutama di sekitar Port Dickson ini.

"Di seluruh Negeri Sembilan ada beribu hektar tanah terbiar dan tanah persendirian yg tidak diusahakan yang mana boleh menghasilkan pendapatan lumayan jika diusahakan dengan gigih.

"Bagi saya masalah ekonomi yang berlaku sekarang berpunca kerana pandemik Covid-19 tetapi kalau kita bijak mengisi masa lapang dan juga rajin berusaha, kita pasti berjaya asalkan tidak mengenal erti penat dan lelah," katanya.

Tambahnya, untuk Projek Kebun Mini MPKK ini, pihaknya mengeluarkan modal permulaan sebanyak RM5,000 keseluruhan dan berharap akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik la usaha ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnyaa ada usaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 05:09 PM | Show all posts
Bagus usaha ni..Bagus juga pesertanya..

Harap dapat mengurangkan beban mereka yang berbabit dan juga menjana ekonomi negara..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.062901 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list