CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1977|Reply: 6

Bedtime revenge procrastination

[Copy link]
Post time 30-1-2021 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Hari semakin lewat dan anda keletihan.Tiba waktu untuk mandi dan makan malam selepas penat bekerja. Mungkin anda menonton beberapa episod drama, membaca satu bab dalam sebuah novel ataupun membuat rutin harian kecantikan anda. Nah, sekarang anda diatas katil bersedia untuk tidur. Tetapi, apa yang anda lakukan adalah membelek telefon pintar hingga anda berasa puashati. Mata dah semakin kuyu dan semakin tertutup kerana esok perlu bangun awal untuk bekerja esok hari. Tetapi, mental anda masih belum bersedia untuk rehatkan badan. Terasa seperti sesuatu yang kurang kan kan kan...


Perbuatan anda dalam bahasa omputihnya adalah "bedtime revenge procrastination".


"rocrastination" maknanya perbuatan melambatkan atau melewatkan sesuatu perbuatan ataupun pekerjaan. Bahasa mudahnya sesuatu yang menghalang manusia dari melakukan kebiasaan seseorang.
Perkataan ini dipopularkan oleh warga alaf baru generasi Z di China, beritahu Sandra yang berumur 24 tahun dan bertutur dialek Mandarin kepada Glamour.
Di U.S., pandemik covid telah memburukkan lagi keadaan cara hidup manusia dimana persekitaran sesuatu pekerjaan menentukan tahap kesihatan seseorang manusia.
"Terbeban dengan tugasan kerja, ditambah dengan norma baharu kerja dari rumah dan juga kepantasan perkembangan teknologi pada masa kini memanglah menyumbang kepada senario ini berlaku," kata Aliza Shapiro, seorang pekerja sosial dan terapi di Manhattan.
"Kita tahu badan kita perlukan rehat untuk segar semula, jadi kita mula mencuri masa untuk melakukan aktiviti yang boleh menyegarkan minda kita - walaupun waktu tido perlu dikorbankan."

Minta maaf jika ayat pokok mengelirukan sebab tak pandai alih bahasa...

Boleh baca selanjut dilink di bawah...
https://www.glamour.com/story/revenge-bedtime-procrastination-is-real-according-to-psychologists/amp

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2021 05:10 PM | Show all posts
mohon share full artikel di sini kalau share separuh2 kaka report sampai ke admin6 dan supermoderator

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala....nnt jap kaka pokok skit tgn ler naip bebyk2..hehehe..
Jap nak skodeng gosip retis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Smbgn artikel di ats...


Memang kenelah perkataan dengan maksud perbuatan ini dan anda tidak keseorangan semasa ianya berlaku. Terma "balas dendam waktu tido" telah digunakan secara meluas dan menggambarkan semakin ramai yang terjebak.
Pada bulan Jun yang lalu  penulis i.e. Daphne K. Lee memperkenalkan perkataan ini di burung biru sebagai fenomena di mana manusia masih belum dapat menjadualkan kehidupan seharian dan menolak untuk tido lebih awal semata2 kerna nak kekalkan rasa "bebas" pada waktu malam. (ye lar...siang wat kj sek,umah,opis..nak2 yg wfh...mmg akn rase terkongkong klu x dpt kawal tahap stress...)
Saman Haider, pelajar psikologi berusia 20an di Uni of Iowa memberitahu dia terjumpa perkataan ini dlm en google Januari yang lalu semasa dia tiber2 terjaga dari tido pada pukul 3 pg. "Selepas saya memahami maksudnya saya perasan saya juga begini". Cik Saman berasa tenang setelah berkongsi masalahnya di Tik Tok untuk mengetahui jika ada pengguna medsos sepertinya. Kini video tersebut sudah dilihat sebanyak 13.6 juta kali. "Saper dia tak nak tido sebab berasa tidak bebas pada siang hari, tetap tido lewat walaupon terlalu letih hanya kerana mahu mengisi masa senggang yang tak dapat ditemui pada siang hari dan tak mahu hari esok bermula?"kater cik Saman dalam Tik toknyer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
SMBGN ARTIKEL DIATAS

KENAPA KITA JADI BEGINI?

Chel’sea Ryan, juga seorang pekerja klinikal dan terapi di Southwest Center for HIV/AIDS in Phoenix berkata dia telah mengalaminya secara peribadi dan melihat pengalaman orang lain.
Selepas seharian bekerja di pejabat dan menjalankan tugas sebagai surirumah, dia raser terlalu letih hingga tak dapat tido. "Waktu malam baru saye boleh bernagas, menjadi manusia, menjadi wanita". Tatapi, sikapnya telah mencetus satu penyakit baru yang berulang iaitu..
SERANGAN PANIK.
Si Ryan juga melihat perkara ini berlaku kepada pesakitnya. "Kebanyakan kehidupan pesakit dipenuhi masa melayan karenah anak2, membuat pelbagai kerja ataupun kehidupan dirumah tidak menggembirakan, oleh itu kebiasaannya pesakit memilih waktu malam waktu untuk diri sendiri...".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
SMBGN...

KENAPA SITUASI SEMAKIN MEMBIMBANGKAN?

Ashley Whillans, Ph.D., saintis yang juga penyelidik dalam bidang siat kelakuan manusia diHarvard Business School, berkata:

# Beban kerja bertambah bila bekerja dari rumah terutamanya ibu yang bekerja (jika para suami kurang membantu).
# Kesunyian kerana kuarantin - manusia suka bersosial, berhubung satu sama lain dan media sosial adalah tempat terbaik untuk melakukannya (bagi penjarakkan sosial sama juga).
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namemysoul at 13-9-2022 06:31 PM

Gone with the wind
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.062438 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list