CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 911|Reply: 0

[SARAWAK] Tabung Darah Hospital Miri rayu orang ramai tampil derma darah

[Copy link]
Post time 30-1-2021 01:52 PM | Show all posts |Read mode

JOM DERMA: Orang ramai boleh berkunjung terus ke Tabung Darah Hospital Miri untuk menjalankan tanggungjawab menderma darah.


MIRI:
Tabung Darah Hospital Miri di sini merayu ihsan orang ramai agar tampil menderma darah bagi menampung bekalan darah yang semakin berkurangan di hospital berkenaan.


Pakar Perubatan dan Transfusi Darah Dr Norkhazarina Omar berkata, pendermaan darah di situ menyusut sehingga 50 peratus dalam tempoh tiga minggu lepas.


“Anda tidak perlu membuat temu janji untuk datang menderma darah kerana kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda pada waktu operasi yang ditetapkan.
“Waktu operasi ialah setiap Isnin hingga Khamis dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari dan jam 2 hingga 4.15 petang serta hari Jumaat pada jam 8 hingga 11.15 pagi dan 2.15 hingga 4.15 petang, manakala tiada operasi pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.
“Untuk makluman, semua jenis darah adalah amat diperlukan sekarang terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) di sini semalam.
Di samping itu, beliau berkata kakitangan Tabung Darah Hospital Miri sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) demi memastikan keselamatan dan kesihatan kakitangan dan para penderma darah sentiasa terpelihara.
“Setiap kakitangan juga sentiasa dipantau oleh Unit Kawalan Jangkitan Hospital Miri untuk memastikan pihak kami sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan tertinggi Hospital Miri.
“Selain itu, Tabung Darah Hospital Miri juga terletak di bangunan yang berjauhan dengan wad atau tempat kuarantin pesakit COVID-19 dan tempat meletak kereta khas untuk para penderma turut disediakan,” ujar beliau.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058118 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list