CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2613|Reply: 1

Polis Buru Kereta Lawan Arus Di Lebuh Raya Butterworth - AKT

[Copy link]
Post time 29-1-2021 09:09 AM | Show all posts |Read mode

Klip video yang dikongsi dalam talian menunjukkan sebuah SUV dipandu melawan arus di sebuah lebuh raya Butterworth.


FMT

Predeep Nambiar

GEORGE TOWN: Polis sedang menyiasat satu klip video menunjukkan sebuah kereta dipandu melawan arus di sebuah lebuh raya di Butterworth.

Klip video itu dipercayai dirakam seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata, tarikh dan masa kejadian itu belum dapat ditentukan.

Dipercayai, pemandu itu cuba mengelak satu sekatan jalan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Katanya, kenderaan dalam video itu dilihat melawan arus di laluan kira-kira KM2.5 lebuh raya itu, di mana sekatan jalan untuk memeriksa perjalanan rentas daerah diadakan.

Shafee berkata, penyiasat sedang memeriksa rakaman CCTV lebuh raya itu untuk mendapatkan gambaran lebih jelas nombor pendaftaran kenderaan itu.

“Kami akan mengesan kereta itu dan mereka yang menyaksikan kejadian itu diminta hubungi polis.”

Kes itu disiasat kerana memandu secara cuai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2021 04:50 PM | Show all posts
Sudah berjaya tangkap x?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.089254 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list