View: 1152|Reply: 3
|
[SARAWAK] Covid 19 26/01/2021
[Copy link]
|
|
COVID-19 CASES IN SARAWAK (26/1/2021)
new positive COVID-19 case (total 3,704):
1. Sibu (51)
2. Kanowit (41)
3. Miri (32)
4. Dalat (22)
5. Bintulu (19)
6. Kuching (10)
7. Kapit (5)
8. Lawas (5)
9. Julau (4)
10. Sarikei (4)
11. Simunjan (3)
12. Pakan (2)
13. Betong (2)
14. Meradong (2)
15. Samarahan (1)
16. Saratok (1)
17. Marudi (1)
new PUI cases (total 14,486 & 10,755 negative)
fatality from COVID-19 today (total 33)
patients recovered & discharged (total 1,958)
CPRC JKNS CONTACT NO.
For those who were in close contact with people who have been tested positive for COVID-19, or show symptoms of COVID-19, please contact:
082-473 387
082-473 333
082-473 266
082-473 304
SDMC OPERATIONS ROOM CONTACT NO.
For any other COVID-19- related enquiries, do contact:
082-513 340
082-649 813
082-536 512
082-646 634
082-313 158
011-4085 9282 (Whatsapp Messages Only)
Stay Home, Save Lives. We can all make a difference
SDI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 26-1-2021 07:25 PM
Hari ini terdapat tiga (3) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 33 kes.
Manakala terdapat 205 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (51), Kanowit (41), Miri (32), Dalat (22), Bintulu (19), Kuching (10), Kapit (5), Lawas (5), Julau (4), Sarikei (4), Simunjan (3), Pakan (2), Betong (2), Meradong (2), Samarahan (1), Saratok (1) dan Marudi (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 3,704 kes.
A. Kes Kematian Baharu COVID-19 I.
I. Kes Kematian ke-31.
Kes kematian ke-31 merupakan kes ke-3,460 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 59 tahun yang telah mendapat rawatan di Hospital Sibu pada 22 Januari 2021 dan mula mengalami gejala demam dan batuk. Saringan ujian rapid
test kit antigen pada 22 Januari 2021 dan rT-PCR COVID-19 adalah positif.
Keadaan kesihatan kes merosot dan telah disahkan meninggal dunia pada 9:17 pagi, 24 Januari 2021. Kes mempunyai komorbid iaitu penyakit darah tinggi dan atrial fibrilasi.
II. Kes Kematian Ke-32
Kes kematian ke-32 merupakan kes ke-3,461 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 76 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada 22 Januari 2021 kerana mengalami kesesakan pernafasan dan telah mengalami simptom demam, batuk berkahak sebelum ini. Kes telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Saringan ujian rT-PCR COVID-19 yang dijalankan di hospital adalah positif COVID- 19. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4:45 pagi, 25 Januari 2021.
III. Kes Kematian Ke-33
Kes kematian Ke-33 merupakan kes ke-3,659 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 91 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada 24 Januari 2021 kerana didapati tidak sedar diri oleh keluarganya dan dimasukkan ke Hospital Sibu. Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Januari 2021.
Ujian saringan rapid test kit antigen dan rT-PCR yang dijalankan di hospital adalah positif COVID-19. Kes mempunyai komorbid seperti penyakit buah pinggang kronik, darah tinggi dan penyakit paru obstruktif kronik (COPD).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ingin mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.
B. Kes Baharu COVID-19
I. Daerah Sibu (51 Kes)
a) 29 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 11 kes merupakan individu yang disaring melalui
pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
c) 6 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Sibu. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
d) 3 kes saringan petugas kesihatan di fasiliti kesihatan di Sibu. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
e) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Sibu. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
II. Daerah Kanowit (41 Kes)
a) 41 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
III. Daerah Miri (32 Kes)
a) 11 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
b) 10 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
c) 7 kes yang melibatkan Kluster Jelita.
d) 3 kes yang melibatkan Kluster Rakut.
e) 1 kes yang melibatkan Kluster Bah Sayap.
IV. Daerah Dalat (22 Kes)
a) 22 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
V. Daerah Bintulu (19 Kes)
a) 12 kes yang melibatkan Kluster Rakut.
b) 7 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
VI. Daerah Kuching (10 Kes)
a) 8 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
b) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat kesihatan di Daerah Kuching. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
c) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Kuching. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
VII. Daerah Kapit (5 Kes)
a) 3 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan
kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
VIII. Daerah Lawas (5 Kes)
a) 3 kes saringan untuk melakukan perjalanan ke Sabah. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
b) 2 kes saringan individu pulang dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes Import B iaitu mendapat jangkitan dari Sabah.
IX. Daerah Julau (4 Kes)
a) 3 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
b) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 yang hadir ke pusat
kesihatan di Daerah Julau. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
X. Daerah Sarikei (4 Kes)
a) 2 kes saringan petugas kesihatan di fasiliti kesihatan. Kes dikategorikan sebagai kes Import C dari daerah Sibu.
b) 1 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
c) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu
bergejala di pusat kesihatan di Daerah Sarikei. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
XI. Daerah Simunjan (3 Kes)
a) 3 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
XII. Daerah Pakan (2 Kes)
a) 2 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
XIII. Daerah Betong (2 Kes)
a) 2 kes yang melibatkan Kluster Pasai.
XIV. Daerah Meradong (2 Kes)
a) 2 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Meradong. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
XV. Daerah Samarahan (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
XVI. Daerah Saratok (1 Kes)
a) 1 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif COVID-19. Kes dikategorikan sebagai kes Import C dari daerah Samarahan.
XVII. Daerah Marudi (1 Kes)
a) 1 kes lain-lain saringan COVID-19 melibatkan individu bergejala di pusat kesihatan di Daerah Marudi. Kes dikategorikan sebagai kes Import C dari daerah Miri.
C. Kluster Yang Masih Aktif.
Hari ini terdapat lapan (8) kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak iaitu:
I. Kluster Rakut, Miri : terdapat penambahan 15 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 94 kes. Sejumlah 300 individu telah disaring, dimana 180 negatif dan 26 masih menunggu keputusan makmal.
II. Kluster Bukit Sekubong, Sebauh : tiada penambahan kes hari. Jumlah keseluruhan kekal 30 kes. Sejumlah 280 individu telah disaring, dimana 250 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
III. Kluster Jelita, Miri : terdapat penambahan tujuh (7) kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 53 kes. Sejumlah 290 individu telah disaring, dimana 217 negatif dan 20 masih menunggu keputusan makmal.
IV. Kluster Pasai, Sibu : terdapat penambahan 108 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,582 kes. Sejumlah 16,550 individu telah disaring, dimana 13,680 negatif dan 1,288 masih menunggu keputusan makmal.
V. Kluster Keranji Tabuan, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kes kekal 15 kes. Sejumlah 181 individu telah disaring, dimana 166 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
VI. Kluster Bah Sayap, Miri : terdapat penambahan satu (1) kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 96 kes. Sejumlah 810 individu telah disaring, dimana 714 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
VII. Kluster Stutong, Kuching : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal 41 kes. Sejumlah 570 individu telah disaring dimana 529 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.
VIII. Kluster Mador, Meradong : tiada penambahan kes hari ini. Jumlah keseluruhan kekal lapan (8) kes. Sejumlah 1,238 individu telah disaring, dimana 1,230 negatif.
D.Status Kes Covid-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).
Terdapat 142 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dari Hospital Sibu (105), Hospital Miri (22), Hospital Umum Sarawak (8) dan Hospital Bintulu (7). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 1,958 orang atau 52.86% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 1,706 orang dimana:
• 1,088 kes di bawah Hospital Sibu;
• 304 kes di bawah Hospital Miri;
• 162 kes di bawah Hospital Umum Sarawak;
• 97 kes di bawah Hospital Bintulu;
• 40 kes di bawah Hospital Kapit;
• 14 di Hospital Sarikei; dan
• 1 kes di Hospital Limbang.
Dengan penambahan tiga (3) kes baharu kematian akibat jangkitan COVID-19 pada hari ini, jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Sarawak telah meningkat kepada seramai 33 orang atau 0.89% dari jumlah keseluruhan kes psitif COVID-19.
Hari ini, 230 PUI baru telah dilaporkan dan 27 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.
E. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Dalat telah bertukar dari status Jingga kepada status Merah dengan sejumlah 59 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas dalam daerah ini.
Daerah Sarikei telah bertukar dari status Kuning kepada status Jingga sejumlah 21 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Lawas telah bertukar status dari status Hijau kepada status Kuning setelah melaporkan tiga (3) kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Sebauh telah bertukar dari status Jingga kepada status Kuning dengan baki sejumlah 11 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Limbang telah kembali berstatus Hijau pada hari ini
setelah tiada kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Bintulu, Kanowit, Beluru, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1683 kes jangkitan tempatan dilaporkan di enam (7) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Subis, Betong dan Song kekal berstatus Jingga dengan 82 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Daerah Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Bau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Lubok Antu, Sarikei, Limbang, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 83 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Manakala 11 daerah lain kekal berstatus Hijau.
Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak
|
|
|
|
|
|
|
|
Pihak PDRM telah menangkap 13 wanita warganegara China iaitu penjaga dan pekerja Refleksiologi di Kuching kerana telah melanggar dibawah aktiviti yang tidak dibenarkan semasa PKPB. Selain itu, sebanyak 10 kompaun telah dikeluarkan di daerah Samarahan (4), Sibu (3), Kuching (2) dan Padawan (1) kerana telah melanggar SOP.
Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah mengeluarkan 126 notis amaran lisan dan bertulis di bawah PBT seliaan mereka iaitu MPP (44), DBKU (32), SMC (26), MD Serian (8), MD Marudi (8), MBKS (4) dan BDA (4).
OPERASI OP JALA
Op Jala telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada 20 Januari 2021 bagi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berisiko COVID-19.
Sehingga kini, sebanyak 22 tapak pembinaan dan 14 buah premis kopitiam telah diperiksa di sekitar Kuching, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan telah diperiksa adalah 36 premis.
Seramai 601 orang tempatan dan 589 orang warganegara asing termasuk Indonesia, Pakistan, India, Filipina, China dan Myanmar telah diperiksa. Daripada jumlah warga asing tersebut, seramai 58 orang PATI telah ditahan di bawah Seksyen 15(1) APPPB (Akta 342) dan ditahan di pusat kuarantin sementara.
OPERASI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI SARAWAK
Hari ini, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak telah melakukan operasi di Bahagian Sibu. Hasil operasi tersebut, seramai 161 orang telah diperiksa.
Daripada jumlah tersebut, 72 orang daripadanya telah ditangkap di atas kesalahan kerana Tinggal Lebih Masa dan Tidak Memiliki Pas yang sah semasa berada di Sarawak.
SDI
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|