CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3333|Reply: 1

Anak Muda Pilih Hobi Bertemakan ‘Permainan Raksasa’ Elektronik

[Copy link]
Post time 25-1-2021 05:35 PM | Show all posts |Read mode

Permainan Digimon, sejenis permainan elektronik yang memerlukan 2 orang pemain untuk bertarung. (Gambar Hafidz)


FMT

PETALING JAYA: Permainan raksasa elektronik atau Digimon, satu lagi hobi yang semakin diminati di kalangan anak muda. Digimon adalah sejenis permainan elektronik yang memerlukan 2 orang pemain untuk bertarung.

Konsep permainan ini adalah pemain akan memelihara raksasa elektronik pilihan mereka, dan apabila raksasa mereka yang dikenali sebagai Digimon mencapai tempoh tertentu, mereka akan bertarung.

Untuk bertarung, kedua gajet Digimon akan dihubungkan melalui sentuhan. Digimon juga boleh dimainkan secara solo dan setiap gajet Digimon mempunyai fungsi “in game gameplay”, di mana pemain boleh bertarung dengan Digimon sedia ada yang terdapat dalam gajet tersebut.

Di Malaysia telah ujud sebuah kelab dipanggil Digimon-Digi Destined Malaysia (DDM) ditubuhkan sejak 2015.

Menurut pengasasnya, Muhammad Hafidz bin Selamat, DDM bermula dengan 4 orang ahli dan kini ahlinya sudah menjangkau ke 10 ribu orang.


Antara ahli kelab DDM sewaktu Pertandingan Digimon Grand Prix yang diadakan setiap tahun. (Gambar Hafidz)


“Pada asal menubuhkan DDM, kami cuma ada 4 orang ahli termasuk saya, namun apabila kelab ini mula dikongsi di media sosial, saban tahun dari 4 orang ahli, kini sudah mempunyai hampir 10 ribu ahli,” ujarnya.

Menurutnya lagi, hobi ini mengimbau nostalgia era 90-an yang permainannya begitu sinonim.

Namun, keunikan kelab ini adalah ahlinya yang berbilang bangsa dan permainan ini seakan mengeratkan lagi persahabatan ahli tanpa mengira kaum.

“Latar belakang yang pelbagai juga menjadikan aktiviti bermain Digimon bukan sekadar hobi, namun tempat untuk menjadi rujukan kepada perkara-perkara lain dalam kehidupan,” kata Hafidz.

DDM tidak mempunyai markasnya sendiri, selalunya para pemain akan menetapkan lokasi perjumpaan.

Jelas Hafidz, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permainan ini sedikit terjejas.

Walaupun ia masih boleh dimainkan secara sendiri, namun tidak boleh bertarung bersama pemain lain kerana memerlukan sentuhan 2 gajet untuk bertarung sesama pemain.

“2020 adalah tahun yang sangat sukar dan mencabar kepada semua ahli. Sebelum ini, kami sering berjumpa untuk bermain Digimon, namun disebabkan oleh pandemik Covid-19, kami tidak dapat melaksanakan aktiviti seperti kebiasaannya.

“Walau sedih, namun semua ahli kelab hobi Digimon menyokong tindakan kerajaan dalam menjalankan perintah kawalan pergerakan bagi menyekat penyebaran wabak COVID-19,” jelasnya.


Ahli Digimon akan berkumpul di hujung minggu. (Gambar Hafidz)


Pada awal April 2020, DDM telah melancarkan “Kempen Kita Semua Pejuang” di kalangan ahlinya sebagai tanda sokongan kepada barisan hadapan

Bukan hanya di Malaysia, kelab Digimon turut berada di luar negara seperti Indonesia, Amerika, Jepun dan Thailand.

Malah, mereka telah beberapa kali membuat perancangan untuk menganjurkan pertandingan persahabatan namun terpaksa menunda pertandingan tersebut berikutan faktor kewangan.

“DDM sudah menganjurkan pertandingan peringkat kebangsaan sebanyak empat kali dan ianya mendapat sambutan dari ramai pemain di serata Malaysia.


Digivice, antara gajet Digimon yang menjadi pilihan pemain. (Gambar Hafidz)


Mengembalikan nostalgia di era 90-an dahulu, ramai pemain ‘senior’ yang mengagumi kejayaan DDM yang berupaya mengumpul ahli yang ramai selain mengembalikan semula hobi permainan ini.

“Hobi ini boleh menarik minat semua golongan usia. Malah, ia boleh membina perpaduan antara kaum dan mengisi masa selain belia dapat berkumpul melakukan aktiviti bersama.

“Kerana itulah kami memerlukan sokongan kerajaan dalam mengiktiraf DDM sebagai kelab hobi yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” akhirinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 06:13 PM | Show all posts
sama cm kereta antik dan rxz seratus ribu, kalau minat tu market besar dan boleh buat duit sila teruskan.

kalau tak boleh buat duit sila tengok muka ahli keluarga kt rumah takut duit hobi tu hak makan minum pakaian ahli keluarga.

- rindu zaman dinasour-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.372999 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list