Edited by FanTasyCreaTioN at 25-1-2021 08:54 AM
Sekarang ni ramai adik-adik belajar secara online ... mengharap latihan dari Cikgu memasing ...
Cikgu-cikgu pula tentu nya nak buat yang terbaik untuk pelajar memasing.
Selain dari masalah yang sering kita dengar dan baca luahan dari ibu bapa ...susah itu ... susah ini ...
FC terbaca tulisan seorang insan yang baik hati yang berkongsi dengan kita cara mengatasi masalah yang mungkin ada antara Cikgu alami.
KUALA LUMPUR: Sebelum ini pembelajaran dalam talian hanyalah satu pilihan, namun pada ketika dunia berdepan dengan situasi pandemik, ia menjadi satu keperluan.
Persoalannya, bagaimana dengan ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai dan perlu menyediakan alat bantuan pembelajaran secara serentak.
Jurukamera Astro AWANI, Sallehin Hussain berkata, bagi ibu bapa yang hanya mempunyai seorang atau dua anak, perkara itu mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah.
Namun bagi dirinya, dengan hanya memiliki satu komputer riba, enam anaknya yang berusia enam hingga 13 tahun terpaksa berebut sesama sendiri apabila sesi pembelajaran dilakukan secara serentak.
“Komputer riba hanya ada satu, jadi, agak kelam-kabut. Saya dan isteri perlu duduk semeja dengan anak sulung yang sekolah menengah pada hari orientasi persekolahan.
“Pada masa sama, saya perlu pantau anak kedua, ketiga dan keempat, kerana mereka ada sesi orientasi dan sesi pengenalan dengan ibu bapa dan macam-macam lagi,” jelasnya.
Selain berdepan masalah capaian internet yang lemah, Sallehin juga terpaksa membuat keputusan untuk mendahulukan kelas-kelas yang mempunyai interaktif dua hala.
“Mungkin ada ibu bapa yang senasib dengan saya, dan mungkin ada yang lebih teruk. Kalau anak tak ramai, mungkin kurang sedikit kelam kabutnya, masih boleh diuruskan.
“Bagi situasi saya, mungkin agak kelam-kabut kerana anak yang ramai. Kalau saya tak bekerja, saya berikan telefon pintar saya untuk digunakan oleh anak.
“Pun begitu, penggunaan telefon bimbit ada kekangannya sendiri kerana power point yang dikongsi guru tidak begitu jelas, memandangkan paparan skrin terlalu kecil,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Justeru, Sallehin meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meneliti semula pelan pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR) ini bagi mengelakkan mana-mana pelajar tercicir dalam proses tersebut.
Katanya, adalah sesuatu yang sukar dan tidak releven bagi keluarga yang sederhana atau kurang mampu untuk menyediakan setiap anak dengan sebuah komputer riba. – Astro AWANI
Hakak nak share pun tak pandai.Cuma yg Tt share ni boleh bagi pada guru anak2.
Mmg PdPR ni ada pro contra nya..tgk juga comunication guru dgn pelajar atau pelajar dgn guru.
Untuk anak2 yg kena share phone atau laptop utk belajar tu mmg kesian.Harap depa dapat lah bantuan yg sewajarnya.
PdPR: Masalah peralatan, internet, isu keberkesanan antara keluhan
Masalah kekurangan peralatan, kelemahan capaian internet serta kurang keyakinan kepada keberkesanan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan antara keluhan kebanyakan penduduk di sini berhubung kaedah pembelajaran itu yang bermula Rabu lepas.
Bernama hari ini menghubungi beberapa ibu bapa serta guru untuk melihat penerimaan mereka terhadap amalan baharu ini.
Seorang bapa, Bernard Aman, 57, berkata beliau terpaksa berbelanja agak besar untuk membeli pelbagai peralatan untuk pembelajaran melalui PdPR bagi anaknya yang merupakan pelajar sekolah menengah.
Katanya beliau terpaksa membelanjakan sekitar RM3,000 untuk membeli komputer riba baru-baru ini, dan perbelanjaan bulanan isi rumahnya juga kini bertambah dengan langganan internet.
“Ini membebankan, harga komputer serta gajet lain sepatutnya diturunkan memandangkan ia kini satu keperluan setiap pelajar,” katanya yang turut membangkitkan mengenai keberkesanan PdPR berbanding dengan pembelajaran bersemuka.
Bagi Bernard, apa yang paling membimbangkan bagi kaedah PdPR ini adalah capaian internet yang tidak menentu yang boleh mengganggu interaksi guru dan murid.
Kementerian Pendidikan (KPM) pada 16 Jan lepas memaklumkan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020.
Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Jan.
Seorang guru di sebuah sekolah menengah di sini, Rayner Kuit, 33, pula berkata berkata penggunaan data internet yang tinggi terutamanya untuk memuat turun video serta audio semasa PdPR melibatkan kos internet yang tinggi.
Katanya data percuma 1GB sehari yang diberikan secara percuma oleh kerajaan tidak mencukupi untuk menampung keperluan penggunaan semasa PdPR yang melibatkan beberapa sesi dalam satu hari.
Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah itu, pihak guru memberi tugasan melalui aplikasi Whatsapp atau secara mesej biasa yang tidak memerlukan penggunaan internet yang tinggi.
“Ada juga guru yang mengunjungi murid terutamanya di kampung-kampung serta kawasan pendalaman untuk mengedarkan nota serta tugasan untuk murid,” tambahnya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Wisma Saberkas yang merupakan lokasi utama bagi masyarakat setempat mendapatkan alat elektronik seperti komputer riba, gajet dan telefon pintar mendapati aktiviti ekonomi di sini semakin rancak setelah agak suram tahun lepas.
Seorang peniaga dari Napoleon Online Sdn Bhd Muhamad Sabri Piee, 26, berkata sebelum pengumuman pembelajaran secara PdPR, perniagaan mereka agak perlahan akibat situasi penularan COVID-19 yang menyukarkan operasi perniagaan mereka.
“Selepas pengumuman KPM mengenai kaedah PdPR, kami terima banyak pelanggan terutamanya pelajar. Peningkatan jualan juga agak ketara, dengan anggaran kira-kira 40 hingga 50 peratus di mana majoritinya adalah ibu bapa yang mencari gajet untuk anak-anak mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.
Berkongsi pengalaman sama, seorang peniaga dari One Two Call Telecommunication Sdn Bhd Reyes Chong, 31, juga mengakui permintaan telefon pintar dan ‘tablet’ di kedainya semakin meningkat.
“Ada peningkatan sekurang-kurangnya 10 peratus. Bagaimanapun, apa yang saya perhatikan, walaupun ibu bapa berkenaan mempunyai anak lebih daripada seorang, mereka hanya membeli satu sahaja ‘tablet’. Ini mungkin sebagai langkah penjimatan,” katanya.
Bagi Nelson Chin, 21, dari Ezzee Telecomunication Sdn Bhd, katanya, ramai ibu bapa yang datang ke kedainya untuk membeli telefon pintar untuk anak-anak mereka dan rata-ratanya mencari peranti itu dalam lingkungan harga RM300 hingga RM500. - BERNAMA
Bila laksana PdPR, ikutlah 3 prinsip ni;
1. Pengajaran kena ada
2. Bimbingan kena beri
3. Kalau 1 & 2 tak dapat, cari alternatif Youtube ke, Nota Rujukan ke untuk murid rujuk. Bukan campak latihan je...