CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2648|Reply: 1

Dua Helikopter TUDM Bantu Hantar Bantuan Ke Temerloh - AKT

[Copy link]
Post time 9-1-2021 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 14-1-2021 12:55 PM


Dua Helikopter EC725 AP dari 10 Skuadron digerak bagi menghantar bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh, Pahang, hari ini. FOTO NSTP/ Mohd Rafii Mamat


Berita Harian

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengatur gerak dua Helikopter EC725 AP dari 10 Skuadron bagi menghantar bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh, Pahang, hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 6.6 tan bekalan makanan dan keperluan asas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibawa ke dua pusat pengumpulan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh dan Kem Batu 3 untuk diagihkan ke kawasan terjejas.

"Keadaan semasa banjir di sekitar Temerloh yang masih belum surut menyebabkan banyak laluan ke kawasan penempatan tidak dapat dilalui kenderaan darat bagi menghantar bantuan.

"Justeru, sebanyak lapan penerbangan dilaksanakan oleh No 10 Skuadron untuk membawa lebih kurang 6.6 tan bekalan makanan dan keperluan asas.

"Operasi diketuai Mejar Mohd Asrul Junid bermula pada jam 9.10 pagi dan selesai sepenuhnya pada jam 6.15 petang," kata kenyataan itu, hari ini.

Selain itu, TUDM turut menghantar lima enjin bot 40 kuasa kuda bagi kegunaan Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) bagi melaksanakan operasi penghantaran bekalan makanan ke kawasan terjejas menggunakan bot.

Kata kenyataan itu, seramai 18 anak kapal terbabit bagi menjayakan misi penghantaran makanan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2021 04:18 PM | Show all posts
Helikopter tu nampk hebat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.232122 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list