Dah masuk tahun 2021 tapi masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tiada kemudahan internet ataupun signal internet yang baik. Masalah ini bukanlah perkara yang asing dan baru-baru ini, satu syarikat start-up yang baru, KLIX Services Sdn. Bhd. telah menyiarkan iklan mengenai akses internet berkelajuan tinggi fiber optik dan menjemput orang ramai untuk pra daftar melalui program tersebut. Beberapa orang pelanggan yang bertuah pula berpeluang untuk memenangi sebuah 4K/UHD TV.
Jika ada sesiapa di sini yang ingin mencuba nasib dan merasai sendiri pengalaman akses penggunaan internet berkelajuan tinggi bolehlah ke laman web berikut. Saya antara salah seorang yang telah mendaftarkan diri untuk program berikut. Saya sertakan sekali link microsite web tersebut.
|