CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4302|Reply: 5

Hukum Meraikan Perayaan Krismas

[Copy link]
Post time 2-1-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru-baru ni hangat dengan beberapa public figures yang tak segan-silu meraikan perayaan krismas siap kongsi dalam media sosial masing-masing. Kelmarin aku ada terlihat gambar di twitter pasal hukum sambut krismas di kalangan umat islam, so aku nak kongsikan sikit hukum sambut krismas tu kat sini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik semula pada zaman Rasullulah SAW.  Hukum ugama jgn dipersulitkan.

Macam Pokchik, ibu bapa mertua masih katolik...adik beradik ipar juga katolik.

Masa Krismas la Pokchik dan Isteri balik ke Sabah. Anak anak buah pun sambut krismas.

Dosa ke Pokchik pandu dan bawa ibu mertua pergi Gereja St.Dom malam krismas untuk misa? Pak Mertua mata dah tak nampak nak pandu kereta.

Dosa ke Pokchik makan masakan halal pada malam hari krismas semasa majlis thanksgiving krismas?

Dosa ke Pokchik bersalam dan letak tangan Mak Pak
Mertua kat dahi untuk blessing dan ucapan krismas?

Jatuh murtad ke apabila Pokchik...isteri Pokchik ucap Merry Xrismas pada Mak Bapak mertua dan Mak Bapak kandung?

Dosa ke anak perempuan Pokchik ucap Merry Krismas pada Atuk dan nenek kandung dia sendiri?

Apa lak hukumnya...Pokchik solat 5 waktu dalam bilik yg ada Salib Katolik?  Salah kah Mak Mertua Katolik Pokchik beli dan simpan kan 3 sejadah untuk kegunaan anak menantu dan cucu muslim?

Adakah perlu kami tiga beranak muslim menjauhkan diri dan tak ikut ahli keluarga katolik ke perkuburan katolik pada sehari selepas krismas menziarahi kuburan abg ipar/ adik kandung?

Kalau Pokchik ikut bulat bulat apa yg alim ulama atau PU ka Dai ka punya terjemahan hukum pasal sambut krismas nih - Abis la.... kena cop menantu derhaka la Pokchik...dikata ipar yang sombong la Pokchik.....dikata Uncle yg kedekut la oleh anak anak buah...

Dan paling utama.....akan membenarkan sangkaan dan persepsi penganut katolik la....bahawa orang islam tu jumud....tu tak boleh....ini tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaubagaimana pun Pokchik bersetuju atas teguran netizen dan ulama pasal artis artis sibuk pasang pokok krismas dan kemain sakan mcm sambut krismas...kunun kunun hipster dan urban la....walao tak ada dua pupu yg berugama kristian pun.
Apa lagi datang dari keturunan kristian atau mix.

Urban la sangat dan mengikut atas dasar tren.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada nmpk kat wall fb aku mamat jual kete, tp pki topi santa.
Apa kaitan dia jual kete dgn topi santa pun ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 02:58 AM | Show all posts
PristineOne replied at 2-1-2021 05:03 AM
Walaubagaimana pun Pokchik bersetuju atas teguran netizen dan ulama pasal artis artis sibuk pasang p ...

Sebenarnya isu krismas ni yang jadi sampai bergaduh ni sebab tauhid tak sama.
Kristian kata tuhan bapa tuhan anak ( trinity )
Islam dah terang terang nyatakan dalam AL quran Surah Al ikhlas.

Lagipun Krismas bertentangan dengan sifat 20 Wajib bagi Allah.

Kalau sekadar ucapan Merry Krismas tu boleh je.
tapi kalau dah siap bertopi berpokok santa clause bagai tu jadi masalah.


Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2021 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
25 hb december pun ramai scholar yang nafikan kelahiran Yesus.
Gospel & Koran sebut Yesus lahir pada bukan musim winter. So 25 hb december itu celebrate birthday siapa? Pagan God menurut dakwaan sesetengah orang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 1.917116 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list