CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3367|Reply: 3

Ujian Getir Anggota PDRM - AKT

[Copy link]
Post time 31-12-2020 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 14-1-2021 12:53 PM



Berita Harian

ASP Dr Mohd Roslan Mohd Tahir

BILALAH Covid-19 ini akan berakhir? Persoalan itu kerap diperkatakan ketika ini kerana kehadiran Disember bermakna genap setahun wabak berkenaan dikesan di Wuhan, China pada hujung tahun lalu sebelum merebak ke seluruh dunia.

Ramai sudah letih dan tidak tahan dengan norma baharu yang terpaksa dihadapi namun semuanya kuasa Allah SWT dan sudah pasti ada hikmah tersembunyi yang kita tidak tahu. Kehidupan perlu diteruskan dengan rasa bersyukur kepada-Nya, apatah lagi kita masih bernafas dan mampu menikmati segala kurniaan Ilahi pada waktu sukar ini.

Penulisan kali ini akan membincangkan mengenai petugas keselamatan pada era Covid-19. Peranan dan kesiapsiagaan hampir 120,000 pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadapi situasi ini amat besar, malah dianggap ujian paling getir pada saat ini.

Penugasan demi negara dan melindungi rakyat tercinta sebagaimana diamanahkan harus diteruskan, bukan setakat kerana memikirkan soal gaji semata-mata.

Amanah harus dijaga dengan menitik beratkan unsur keselamatan diri sendiri dan keluarga.

Apabila kita dengar kira-kira 11,000 anggota PDRM dikuarantin disebabkan penugasan harian yang rata-rata berkisar kepada pengawalan keselamatan dan menjaga masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai rakan sepasukan memasang niat untuk pencen awal dan duduk di kampung sambil melayan anak cucu atau ke masjid setiap hari tanpa memikirkan apa jua masalah yang timbul.

Namun, jika berbuat demikian, ia boleh dianggap tidak bertanggungjawab kerana kita lari meninggalkan medan perang yang belum dimenangi.

Penulis tidak menyentuh mengenai agensi lain sebagai petugas barisan hadapan, tetapi hanya berkisar kepada PDRM.

Syabas dan tahniah kepada semua warga PDRM kerana hingga saat ini, semangat belum padam dan masih membara dalam peperangan yang masih belum dimenangi ini.

Namun, beberapa saranan dalam penugasan haruslah dipatuhi dan dilaksanakan kerana jika PDRM sebagai antara bala tentera terbabit dalam peperangan melawan Covid-19 ini tumbang, maka tiada siapa lagi akan mempertahankan kubu ini daripada serangan wabak ini.

Kita boleh menjadikan tatacara kerja petugas keselamatan di luar negara melawan isu global ini sebagai pedoman ketika penugasan harian dan mengambil kira tiga perkara penting iaitu waktu bersama keluarga di rumah, waktu bekerja dan waktu pulang semula dari tempat kerja.

Pada waktu di rumah, di samping berperanan sebagai ketua keluarga, kita haruslah menekankan dan mempraktikkan norma baharu era Covid-19 dengan mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jagalah kebersihan di rumah jika tinggal di rumah sendiri dan jika duduk di berek polis pula, ahli jawatankuasa harus memainkan peranan membersihkan kawasan dan melaksanakan SOP ditetapkan kerana segalanya harus bermula dari rumah.

Pada waktu bekerja, pematuhan SOP harus diteruskan di sebalik peranan dimainkan ketua bahagian.

Jangan sekali-kali melanggar SOP kerana kita membawa tanggungjawab berat kepada masyarakat dan keluarga.

Uniform mestilah sentiasa bersih dan dibasuh setiap hari. Pastikan memakai pelitup muka, sarung tangan serta pensanitasi tangan kerana kita berurusan dengan orang ramai dalam penugasan harian dan tidak tahu siapa pembawa wabak ini.

Sudah pasti, cabaran pada waktu bekerja amat sukar termasuk tangkapan dilakukan haruslah ditapis dengan memberi keutamaan kepada kes penting.

Malah, lokap bagi orang disyaki atau hendak dituduh haruslah mempunyai SOP tersendiri dan harus diingat, penjara turut mengalami waktu sukar pada masa ini.

Setiap langkah hendak dilaksanakan perlu ditapis dengan teliti tanpa menyebabkan masyarakat tidak puas hati dan pada masa sama, keselamatan kita haruslah dijaga. Kita hanya mempunyai satu nyawa dan jangan sekali-kali berlagak sebagai hero buat masa ini.

Mungkin 'situasi menang menang' adalah pilihan terbaik iaitu masyarakat puas hati dengan tindakan yang kita buat dan kita pula berasa selamat dalam penugasan harian.

Kita tidak usah risau jika perhubungan dengan masyarakat agak kurang pada masa ini kerana mereka juga memahami situasi sekarang.

Selepas selesai penugasan, haruslah mandi dulu dengan menyimpan atau mencuci baju di pejabat atau minta isteri atau keluarga menyiapkan kelengkapan di luar rumah dengan membasuh baju dan mandi dahulu sebelum masuk ke dalam rumah.

Kita tidak mahu menjadi penyebab seluruh keluarga dikuarantin.

Keutamaan ini jelas dan perlu dilaksanakan pada setiap hari untuk kepentingan dan keselamatan dalam perjuangan melawan Covid-19.

Jika kita tumbang seluruh masyarakat akan 'tumbang' dan ahli keluarga kita akan terasa tempiasnya nanti.

Pujian kepada pihak atasan PDRM yang bertungkus-lumus setiap hari memberikan arahan dan amanat kepada petugas dan anggota di lapangan.

Segenap anggota bawahan haruslah mematuhi arahan dibuat untuk kepentingan diri, keluarga dan pasukan amnya.

Pekerjaan dan penugasan haruslah nawaitu kerana Allah kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan dibalas dengan kebaikan juga.

Jangan putus harapan atau semangat dalam menjalankan penugasan di era Covid-19 ini.

Insya-Allah, kita sama-sama berjuang bersama petugas barisan hadapan lain dalam melawan Covid-19 kerana peperangan belum tamat ketika ini.

Kita sama-sama doakan kejayaan menempuh waktu sukar ini dan hidup perlu diteruskan.

* Penulis adalah Ketua Polis Balai Nusa Bestari, IPD Iskandar Puteri, Johor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2021 04:07 PM | Show all posts
Bukan senang jadi anggota PDRM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2021 04:07 PM | Show all posts
Bukan senang jadi anggota PDRM
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 11:41 AM | Show all posts
Edited by oneword at 26-4-2021 11:42 AM

Peranan dan kesiapsiagaan hampir 120,000 pasukan Polis Diraja Malaysia.
Play cookie clicker online.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.241840 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list