CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10766|Reply: 42

Bunga Penyedap Masakan - Harian Metro

  [Copy link]
Post time 27-12-2020 03:30 PM | Show all posts |Read mode

Bunga kantan tanpa semburan racun berbahaya.


Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my

PADA hari biasa, harga sebatang bunga kantan di pasaran adalah sekitar RM1.50 hingga RM2, namun menjelang musim perayaan harganya boleh melebihi RM5 sebatang.

Bunga kantan sememangnya menjadi buruan ramai kerana selain menjadi ramuan penting dalam pelbagai jenis masakan, ia juga boleh dimakan segar sebagai ulam terutama dalam menu nasi kerabu.

Sesuai dengan harganya yang boleh tahan, sayur itu bukannya mudah untuk diperoleh kerana penanamannya memakan masa hampir dua tahun.

Peladang bunga kantan dari Bangi, Selangor, Saqdam Zaim Arffain, 29, berkata, meskipun tanaman itu mudah dijaga, tidak ramai yang sanggup mengusahakannya lantaran tempoh yang lama untuk mendapatkan hasilnya.

Kata Saqdam Zaim, secara keseluruhan, tanaman kantan mengambil masa kira-kira dua tahun sebelum ia mula berbunga dan boleh dipetik.

Cara penanamannya juga mudah iaitu melalui rizom yang diambil daripada pokok yang sudah matang dan menghasilkan bunga.

"Pengambilan rizom daripada pokok tidak matang kurang digalakkan kerana ia boleh menyebabkan tumbesaran kurang menggalakkan.

"Rizom yang dicantas batangnya boleh ditanam di dalam tanah gambut yang lembap dan dekat dengan mata air.

"Tanah berpasir, tanah liat mahupun tanah berpaya tidak sesuai untuk penanaman pokok bunga kantan. Sebaiknya ia ditanam berhampiran sumber air," katanya kepada Agro.

Menurut Saqdam Zaim, rizom yang baru ditanam perlu disiram sekali sehari bagi memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok baharu dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Katanya, selepas empat minggu, ia sudah boleh bergantung kepada cuaca dan penyiraman perlu dikurangkan.

"Baja NPK yang tinggi kandungan nitrogen juga boleh diberi bagi menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun.

"Ibu rizom (batang yang sudah tua) boleh dipotong bagi membolehkan anak pokok mendapat nutrien secukupnya," katanya. Jelas Saqdam Zaim lagi, dalam tempoh empat hingga enam bulan, ia akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok dan apabila mencapai usia satu tahun, tingginya sudah mencecah antara lapan hingga 10 kaki.

Dalam tempoh dua tahun, tingginya akan mencecah 16 hingga 20 kaki dan mula mengeluarkan bunga di celahan batang pokok.

Kata Saqdam Zaim, dianggarkan dalam serumpun, ia memiliki antara 10 hingga 15 batang pokok dan sebatang pokok kantan matang boleh menghasilkan antara satu hingga dua batang bunga.

"Bunga kantan akan membesar dan berubah warna dalam tempoh empat hingga tujuh hari dan boleh dipetik sebelum ia kembang. "Secara purata, bunga kantan boleh dipetik dalam tempoh empat hingga lima hari sekali.

"Bunga kantan yang sudah kembang tidak boleh dijual dan ia biasanya akan dibiarkan begitu sahaja di pokok," katanya.

Dalam pada itu, bekas cef kilang itu berkata, penjagaan pokok kantan sememangnya mudah kerana ia sukar diserang penyakit atau serangga perosak kerana baunya tidak disenangi.

Namun, pada masa sama perlu waspada serangan kulat dalam tanah yang tidak kelihatan secara luaran.

Katanya, tanaman itu juga tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi dan semua boleh mengusahakannya.

"Saya hanya bermula dengan 300 rumpun pokok kantan pertama dan kini ia berkembang kepada lebih 800 rumpun dalam tempoh hampir empat tahun.

"Untuk 300 rumpun pertama dahulu, ia mampu memberi pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan.

"Pokok kantan boleh dibaratkan sebagai sekali sahaja bersusah payah menanam, tetapi hasilnya berpanjangan. Apa-apa pun jika berbudi pada tanah memang ada hasilnya," katanya yang tidak menggunakan sebarang racun kimia untuk tanamannya.

Sementara itu, Saqdam Zaim memasarkan hasil tanaman berkenaan secara terus kepada pengusaha restoran dan kedai runcit sekitar Bangi dan Dengkil.

Ia sememangnya laris kerana orang ramai tertarik dengan kesegaran bunga kantan selain kaedah penanamannya yang tidak menggunakan racun berbahaya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah ke kedai runcit..nak beli sayur..
Tengok harga bunga kantan adalah rm7 sekuntum
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak oi, mahalnya bunga kantan
Nasib baik aku tak pernah beli. Petik je belakang umah
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 27-12-2020 03:56 PM
Iols pernah ke kedai runcit..nak beli sayur..
Tengok harga bunga kantan adalah rm7 sekuntum


Tu diaaaa...sini dok jumpa dlm rm3.. tp alahai..kudup kecik jaaaaa

Mmg mahai skrgni...dulu tok tanam..merimbun...tinggi2 naik mcm dlm gmbr...selalu fefeeling sesat dlm hutan main dlm tu.

Jiran sekamoung tok..rajin dtg beli..tok bg free ja..tp depa byr juga..

Kat rmh arwah mak pun ada...kira jiran2 taman mai amik kat mak ja..alhamdulillah...segar subur. Tp skrg tkdak dah...sedih
..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah tok ada pokok.. Susah juga nak jaga
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-12-2020 04:20 PM
Rumah tok ada pokok.. Susah juga nak jaga

Tok sihat kaa chek..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-12-2020 08:20 AM
Rumah tok ada pokok.. Susah juga nak jaga

Susah jaga ke? Baru ingat nk tanam sbb bila berbunga cantik.. ala2 tulip.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 27-12-2020 04:27 PM
Tok sihat kaa chek..?

Baru ok sikit pokcik.. Tu boleh lepak lama forum.. Hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 27-12-2020 04:27 PM
Susah jaga ke? Baru ingat nk tanam sbb bila berbunga cantik.. ala2 tulip.

Kalau rajin siram ok.. Dia tak boleh kering cepat mati..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jd petani bunga kantan nih yg ad tanah
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokok kantan ni suka sangat baja bakar.

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-12-2020 04:35 PM
Baru ok sikit pokcik.. Tu boleh lepak lama forum.. Hahaha..

Chek antara yang terpilih....sanggup berlemuih dok jaga Tok...
Pahala dak payah nak habag... Jenuh berebut dewa dewa dok tunggu kat syorga .. Moga sentiasa sihat di tawun baru nih..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 27-12-2020 05:36 PM
Chek antara yang terpilih....sanggup berlemuih dok jaga Tok...
Pahala dak payah nak habag... Jenu ...

Hahahaha... Dosa banyak dari pahala... Ni tengah translate tentang swiss guard... Nanti siap sy post kat bod pokcik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 27-12-2020 04:56 PM
Boleh jd petani bunga kantan nih yg ad tanah


Wat ladang kantan pastu sediakan space untuk instaworthy caj RM5 sekepala. Bergambarlah sampai lebam.



Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 27-12-2020 05:43 PM
Wat ladang kantan pastu sediakan space untuk instaworthy caj RM5 sekepala. Bergambarlah sampai l ...

Sis mmg minat bercucuk tanam kn.. iols tidakkk ahahaa tp ini idea yg bagus sbb bila bbunga mmg cantik
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau nak tanam dalam ladang kelapa pandan boleh dak? dy kata dekat dgn sumber air kan? abah kami tanam kelapa pandan korek parit keliling ladang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2020 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka bau bunga kantan. Wangii
Dulu2 aku kalau masak asam pedas pun suka letak bunga kantan. Tapi menjak harga makin naik aku letak daun kesom aje
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bro ni ka dok tanam tepi sungai tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Waktu kecik hari2 ratah bunga kantan. Pokok blkg umah tiap hari berbunga. Sebelum kembang aku dah cabut
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
MissyMolly replied at 27-12-2020 05:53 PM
Sis mmg minat bercucuk tanam kn.. iols tidakkk ahahaa tp ini idea yg bagus sbb bila bbunga mmg can ...

Laman rumah iols sempit je. Takat jamu mata sendiri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.200732 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list