CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18823|Reply: 159

[Politik] ‘Kerakyatan Melayu’ untuk semua kaum – Ku Li

   Close [Copy link]
Post time 26-12-2020 10:38 PM | Show all posts |Read mode
IDEA negara bangsa (nasion) Melayu yang pernah diperjuangkan tokoh politik yang juga bekas presiden PAS, Dr Burhanuddin al-Helmy perlu dihidupkan semula.

Cadangan itu dikemukakan Pengerusi Lembaga Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mengelak pertikaian antara kaum.

Beliau berkata, gagasan itu kini bermaksud semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan adalah satu negara bangsa Malaysia.

“Dr Burhanuddin pada ketika itu telah mengusulkan supaya kita semua rakyat di Malaya ini, tak kira apa keturunan, akan dinamakan Melayu.
“Kerana kita daripada gagasan Nusantara ini yang sudah jadi Tanah Melayu, wajar difikirkan semula, bahawasanya kita ini adalah orang Melayu,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Beliau berkata demikian dalam bual bicara Minda Profesor Negara Mengenai Masa Depan Malaysia di Kajang, semalam.
Tengku Razaleigh juga memberikan contoh negara bangsa (nasion) Indonesia yang hanya menggunakan satu nama kerakyatan sebagai identiti kebangsaan yang tidak mengira kaum atau keturunan.

“Kita pun (boleh lakukan sebegitu), supaya takkan ada lagi pertikaian antara kaum.
“Saya rasa tak ada apa yang hendak direbutkan. Sama-sama boleh dikongsi,” katanya.
Burhanuddin merupakan pemimpin parti politik Melayu pertama selepas perang dunia kedua yang menuntut kemerdekaan, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang kemudian menubuhkan gabungan sayap pertubuhan berideologi kiri Pusat Tenaga Rakyat (Putera).

Sementara itu, Kesatuan Malaya Demokratik (MDU) di Singapura dan beberapa kumpulan lain, membentuk Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya (AMCJA) yang bersifat pelbagai kaum.

Gabungan Putera-AMCJA kemudian menggagaskan Perlembagaan Rakyat pada 1947 yang mengandungi 10 prinsip teras bagi menggantikan Malayan Union yang menimbulkan kontroversi hebat di Tanah Melayu pada tahun 1946.

Prinsip keenam Perlembagaan Rakyat menggariskan bahawa: Kerakyatan yang serata bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaannya tanpa berbelah bagi.

Prinsip kesembilan pula berbunyi: Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu.

Perlembagaan Rakyat terkubur apabila British mengharamkan pertubuhan-pertubuhan dalam Putera-AMCJA ketika mengisytiharkan darurat 1948.
Perlembagaan Persekutuan yang digubal hari ini dirangka oleh sebuah suruhanjaya yang dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957 dan berkuatkuasa secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.

Sumber Malaysia Post

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2020 10:42 PM | Show all posts
Komer raser? Agree? Disagree?  Relevan ker idok?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 10:45 PM | Show all posts
Boleh tapi kena buat mcm kat Indon. Mengamuk puak chauvinis nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerakyatan melayu tapi cakap bahasa cina,tamil. Tak hormat bahasa kebangsaan,perlembagaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita bangsa Malaysia.

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hapuskan dulu sekolah vernakular. Haramkan penggunaan sebarang bahasa selain bahasa melayu dan inggeris di semua medium elektronik,bahan cetak dan iklan. Buat ni dulu baru sembang pasal bangsa malaysia.kalau idea nak melingkupkan bangsa melayu tu laju je keluar.
Bodoh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-12-2020 10:55 PM | Show all posts
Kadang-kadang bagi mak yang lahir tahun 70an neh rasa neh semua bukan generasi tahun 1948 expect. Mak rasa deme nak merdeka macam Brunei, bukan nak Malaysia yang macam sekarang neh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 10:56 PM | Show all posts
bila politician cakap beginilah

KETUANAN MELAYU DAN KETUANAN RAKYAT DARI PERSPEKTIF ISLAM
https://khalifmuammar.wordpress. ... -page-1/#comment-22

what happened in indonesian is assimilation

sebba tu i sceptic bila politician ckp sebab ia berkenaan the numbers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2020 10:59 PM | Show all posts
mustahil terjadi kerna pemimpin2 politaik melayu ni berpecah belah ikot ideologi dan kehendak partai masing2...

Indon berjaya kerna pak karno tu diktator .. 1 suara 1 kuasa .. tadak siapa buleh pertikaikan.. ni sesama MP melayu pun masing2 berbeda pendapat kerna lapaq sangat undi non malay..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembalikan nama Tanah Melayu dulu laa dol
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:02 PM | Show all posts
adm7 replied at 26-12-2020 10:53 PM
Hapuskan dulu sekolah vernakular. Haramkan penggunaan sebarang bahasa selain bahasa melayu dan ingge ...

Ha ha ha.. Baik PKR UMNO DAP mana berani nak hapuskan sekolah vernakular.......... Mau susut mendadak undi nanti..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2020 11:02 PM | Show all posts
silencekiller replied at 26-12-2020 02:59 AM
mustahil terjadi kerna pemimpin2 politaik melayu ni berpecah belah ikot ideologi dan kehendak partai ...

Kalau kes di Thailand, deme jadi nation-state macam skang neh pon sebab tentera yang pegang pemerintahan deme. Komer rasa kalau demokrasi biasa pegang, sana akan jadi macam mana? Sebab Thailand pun banyak state, ade state Melayu (14 province south), Khmer, Tai-Lanna (Chiangmai), Northeast (Laos) bagai. Plus dengan migran kat sana, Burma, Cina yang berlambak serata negara deme dan lain-lain.


Komer rasa perlu ker propose tentera yang pegang Malaysia? Instead of demokrasi? Menengok kepada keadaan sekarang yang tak terkawal sejak dari lepas merdeka?  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2020 11:05 PM | Show all posts
foxs replied at 26-12-2020 03:00 AM
Kembalikan nama Tanah Melayu dulu laa dol

Malaysia neh memang mengandungi Tanah Melayu, Sabah dengan Serawak. Cuma sekarang neh orang banyak paham yang Malaysia neh Semenanjung Tanah Melayu. Yang sebenar nama Malaysia neh sepatutnya dalam passport kita ditulih Persekutuan Malaysia.  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2020 11:07 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 26-12-2020 02:56 AM
bila politician cakap beginilah

KETUANAN MELAYU DAN KETUANAN RAKYAT DARI PERSPEKTIF ISLAM

Konsep yang si abang Ku Li tue cakapkan sebenar lagi dekat dengan konsep bangsa Thai (Buddha). Konsep di sini Melayu (Islam). Tapi Thailand dah tanda ICERD. Deme inclusive kan term Thai tue kepada ethno-religious people macam Melayu, macam bangsa lain yang tak berkaitan dengan Thai pun semua jadi Thai keturunan (Melayu), Thai keturunan (Cina), Thai keturunan (Khmer), Thai keturunan (India) dan sebagainya.


Indonesia punya konsep lain. Deme gunakan rujukan 'regional'.


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu puak sepet tu takkan dema hendak jd 1 bangsa. Dorang tu kat pelusuk mana kat dunia ni pun masih nak kekalkan budaya tanah besar dorang tu. Puak tu mana nk fikir psl negara, dorang pk psl survival dorang je. Sbb tu aku suka ank2 muda dorang pakat migrate ke Aus la, Canada la, US la, UK la. Pergi berambus je la dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
foxs replied at 26-12-2020 11:00 PM
Kembalikan nama Tanah Melayu dulu laa dol

Bukit St Paul kat Melaka pon takdak sapa yang ada teloq nak tukaq balik inikan pulak nama negara. Kena ada pemimpin yg benar2 berteloq macam Presiden Duterte la kot baru boleh. Tu pon ntah berjaya ka tidak nak tukaq nama Filipina ke Maharlika
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2020 11:16 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 26-12-2020 11:07 PM
Konsep yang si abang Ku Li tue cakapkan sebenar lagi dekat dengan konsep bangsa Thai (Buddha). Kon ...

u know what i think - ini semua political ploy
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
silencekiller replied at 26-12-2020 10:59 PM
mustahil terjadi kerna pemimpin2 politaik melayu ni berpecah belah ikot ideologi dan kehendak partai ...

Walaupun bung karno berjaya, cina tetap kena serang juga atas dasar identiti cinanya tak kira la nama dia dah jadi nama indonesia dan dia pun fasih bahasa Indonesia takde sekolah vernakular bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:17 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 26-12-2020 11:02 PM
Kalau kes di Thailand, deme jadi nation-state macam skang neh pon sebab tentera yang pegang pemeri ...

Sudah terlambat... suasana sekarang tak sama & kondisi 2 negara berbeda..
Negara buleh dipegang tentera jika keamanan dah hilang tapi kesan economy amat buruk untuk negara ini.. sama ada kita sanggup berkorban untuk hadapi atau tidak... hakikat setiap perubahan harus ada pengorbanan & ada orang2 or pihak akan sengsara..

Cara terbaik adalah ahlul2 politaik berbangsa Melayu & bumiputera yang kena bersatu dengan kerjasama majoriti pengundi melayu & bumiputera yakni undi hanya calon berbangsa melayu & bumiputera tanpa mengira partai politaik mana2... jika satu kawasan tu, dua2 calon non malay... pengundi melayu kaa bumiputera kaa undi bebas yang malay/bumiputera.. jika tadak.. undi rosak... ini lebih berkesan ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 11:18 PM | Show all posts
Iols setuju cuma belom tentu umeno setujuuu *ngilai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.092137 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list