CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Bedah.Cun

[Politik] ‘Kerakyatan Melayu’ untuk semua kaum – Ku Li

   Close [Copy link]
Post time 28-12-2020 02:37 PM | Show all posts
org bukan melayu nak ke digelar sebagai melayu ? ......makin dekat dia ke alam barzakh makin merepek si yoda star wars ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 02:57 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 28-12-2020 01:11 AM
Semua penjajah2 tue menyemak kat negara orang lain masa zaman perang dunia tue sebab utamanya bukan  ...

Thisss... tepat sangat-sangat sis. Penjajah ni guna pecah & perintah asingkan Melayu kat kampung-kampung which majority terlibat dgn pertanian. India kat estet & Cina kat bandar. Tang ni dah nampak, bila pembangunan tertumpu kat bandar sapa yg dpt benefit nya?
Skrg masing-masing duk laung kuota bagai. Aku pelik sbb aku yg dari kampung ni tak pernah dpt pun kuota or tongkat yg jd bahan geng tak guna tu semua duk laung. Yg aku nampak bertongkat ni geng bangsawan Melayu & Cina yg duk dpt project sana sini. Ada la sikit time 70an/80an yg dpt biasiswa sambung study kat oberseee. Tp balik mai depa dah tukar jd geng urban yg perjuang meritokrasi tu semua. Maklumla apa barang perjuangkan kepentingan Melayu, tak urban la. Ikutkan biarla negeri2 Melayu mundur dari bergabung dlm persekutuan yg tak pernah dpt apa benefit pun. Asik kena jaga kepentingan "negeri emas" federal buat hapaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 02:58 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 28-12-2020 01:11 AM
Semua penjajah2 tue menyemak kat negara orang lain masa zaman perang dunia tue sebab utamanya bukan  ...

Thisss... tepat sangat-sangat sis. Penjajah ni guna pecah & perintah asingkan Melayu kat kampung-kampung which majority terlibat dgn pertanian. India kat estet & Cina kat bandar. Tang ni dah nampak, bila pembangunan tertumpu kat bandar sapa yg dpt benefit nya?
Skrg masing-masing duk laung kuota bagai. Aku pelik sbb aku yg dari kampung ni tak pernah dpt pun kuota or tongkat yg jd bahan geng tak guna tu semua duk laung. Yg aku nampak bertongkat ni geng bangsawan Melayu & Cina yg duk dpt project sana sini. Ada la sikit time 70an/80an yg dpt biasiswa sambung study kat oberseee. Tp balik mai depa dah tukar jd geng urban yg perjuang meritokrasi tu semua. Maklumla apa barang perjuangkan kepentingan Melayu, tak urban la. Ikutkan biarla negeri2 Melayu mundur dari bergabung dlm persekutuan yg tak pernah dpt apa benefit pun. Asik kena jaga kepentingan "negeri emas" federal buat hapaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 06:58 PM | Show all posts
boleh nggak kalo mau minta sama malaysia kalo lelaki malaysia nikah wanita bukan warganegara jadi kalo setahun udah nikah bisa dapat warganegara malaysia? susah ya mau asyik  renew visa aja..kmi ini udah jadi sebahagian dri malaysia apabila nikah sama rakyat malaysia apatah lagi kalo punya anak warga negara malaysia..jadi mohon kerajaan pertimbangkan..kasian sama kawan2 ku yang terpisah juga sama somi bila covid ga boleh dtg malaysia terpisahh..blik indonesia kerna perlu renew visa kmudian sudah kuarantin ga bisa pulang ke malaysia..kasian sama mereka..

sekadar berkongsi kalo 10 orang laki malaysia yang nikah, 7 darinya nikah sama warga asing 3 laki nikah sama wanita malaysia mnunjukkan permintaan wanita warga asing lebih tinggi.. dri 7 boleh kira 5 drinya adalah wanita indonesia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 27-12-2020 12:58 AM
Abis tu Melayu kat mana2 dunia depa tak kekal kan budaya depa ka?

Melayu yg g duk overseas ada tak mintak nak buat sekolah khas utk melayu je? Ada tak demand nak special area utk buat MalayTown? Ha? Ade ke? Ade ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 07:52 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 28-12-2020 08:08 PM

Masalah ini berpunca dari sikap orang Melayu yang terlalu taksub dengan kuasa.

Perlembagaan Persekutuan 1957 telah dirangka bagi tujuan keseimbangan. Namun telah dirosakkn oleh pemimpin melayu sebab kuasa.

Orang melayu pula, sebab juga taksub dengan kuasa-merelakan perbuatan pemimpin mereka.

Tidak payah la nak cakap Perjanjian 1963, Perjanjian 1957 pun dah hancur dikerjakan dengan restu orang melayu sendiri. Akhirnya yang merena negeri-negeri melayu sendiri.

Contohnya, kuasa yang diberikan kepada Persekutuan utk kutip cukai datang dengan syarat yang  Kerajaan Persekutuan berlaku adil tanpa memilih kasih. SebaB itu dlm laporan, Reid juga mencadangkan penubuhan National Financial Council.

Realitinya, apa yang berlaku? yg untung adalah pemimpin elite melayu yang berkuasa di Persekutuan. Yang merananya, negeri2 yg tidak sebulu dengan pemimpin elite tersebut.

Selama ini, melayu tidak kisah pemimpin elite mereka menyalahgunakan Perlembagaan/kuasa-sebab janji melayu makin berkuasa.

Sama juga pemimpin melayu menyalahgunakan klausa 4(1) Perlembagaan -Undang2 tertinggi dalam Persekutuan dalah persekutuan. Klausa ini telah digunakan oleh Parlimen untuk menindas.

Sedangkan tujuan asal klausa tersebut adalah untuk bagitau Parlimen perlu menghormati Perlembagaan..Bukannya digunakan oleh Parlimen untuk tunjuk kuasa.
Dewan Negara itu-asalnya adalah untuk mencantas Dewan Rakyat...apabila Parlimen cuba memwujudkan undang2 untuk mengawal negeri..tapi pemimpin melayu sendiri telah memansuhkan fungsi asal Dewan Negara-tanpa bantahan org melayu. Fungsi DEwan Negara sekarang? Mengabiskan beras.

Kenapa tiada cerdik pandai melayu, kesatuan melayu yang lantang menegur pemimpin mereka selama ini.

Sabah,Sarawak-berpuluh tahun mendiamkan diri sebab kena belenggu darurat. Bila darurat ke atas Sabah, Sarawak ditarik balik-rasa la mulut celupar dari Borneo menghentam KL


Raja-Raja Melayu dulu sepakat tidak akan tandatangan Perjanjian Malaya sekiranya tanah bukan dibawah kuasa Negeri. Sekarang apa jadi? Rizab melayu pun dah lunyai. Sebab siapa? Pemimpin melayu  sendiri.
Tidak pelik-kenapa Sultan Johor suatu ketika dulu lagi percayakan penasihat British dari pemimpin melayu sendiri..

Selama berpuluh tahun ini...Malaysia tidak kenal pun Perlembagaan...yang kita kenal adalah kuasa dan politik. Perlembagaan muncul bila melibatkan kepentingan melayu sahaja...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2020 08:11 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 28-12-2020 08:21 PM
Bedah.Cun replied at 27-12-2020 07:47 PM
Mana Commission nak meninjau pendapat penduduk dalam negeri2 Melayu masa Perjanjian Persekutuan Tana ...


Pemimpin melayu juga yg menyebabkan Penang terlepas dari Kedah.

Sekarang, tunggang terbalik mcm mana pun Kedah, Penang bukan milik Kedah..sebab dalam Perlembagaan, tercatat Penang adalah sama tara dengan negeri-negeri lain. Utk pujuk Kedah, bayar la pajakan setiap tahun yg berapa ringgit tu...


Perlembagaan 1957:

(1) Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (dalam bahasa Inggeris Federation of Malaya).

(2) Negeri-Negeri Persekutuan ialah Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu (yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu) dan Melaka dan Pulau Pinang (yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat Melaka dan Pulau Pinang).

Perlembagaan 1963:

(1) The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia.

(2) The States of the Federation shall be—

(a) the States of Malaya, namely, Johore, Kedah, Kelantan,Malacca, Negri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis,Selangor and Trengganu ; and

(b) the Borneo States, namely, Sabah and Sarawak ; and

(c) the State of Singapore.
[size=13.3333px]

Perhatikan, Perlembagaan 1963 sehingga sekarang, ada klausa Malay and in English, by the name Malaysia. Cuba teka untuk tujuan apa?




Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 08:27 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 28-12-2020 08:40 PM
cmf_shalom replied at 28-12-2020 08:11 PM
Pemimpin melayu juga yg menyebabkan Penang terlepas dari Kedah.

Sekarang, tunggang terba ...

Disebabkan klausa Pertama, baik dalam Perlembagaan 1957 dan 1963-kesemua neger-negeri melayu terikat sebagi satu entiti dikenali Tanah Melayu tanpa ada pilihan lain.

Sabah, Sarawak? Ada beberapa opsyen yang British bagi semua opsyen tersebut dimasukkan dalam Perlembagaan dan Akta Malaysia. Tpulang kpd Sabah, Sarawak nak guna mana satu, dan boleh guna semuanya dalam satu masa yg sama.

Sabah, Sarawak boleh bergabung sebagai the Borneo States seperti mana Article 1.

Sabah, Sarawak juga boleh asing-asing sebagai A Borneo State seperti mana dalam Article lain.

Malahan dalam Malaysia Act Chapt 35, Sabah, Sarawak dan Singapura boleh begabung dalam bentuk satu persekutuan berbeza dengan Persekutuan Tanah Melayu

Ini adalah Preamble dalam Malaysia Act Chapt. 35 yang dikeluarkan oleh Parlimen UK.

An Act to make provision for and in connection with the federation of North Borneo, Sarawak and Singapore with the existing States of the Federation of Malaya


Dalam Malaysia Act tersebut- Sabah, Sarawak dan Singapura diistilahkan sebagai the new states untuk membezakan Negeri-Negeri lain yang dirangkumkan sebagai the Federation.

1.-(1) For the purpose of enabling North Borneo, Sarawak Malaysia.and Singapore (in this Act referred to as " the new States ") tofederate with the existing States of the Federation of Malaya(in this Act referred to as " the Federation "), the Federationthereafter being called Malaysia





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
trisnalovezul replied at 28-12-2020 06:58 PM
boleh nggak kalo mau minta sama malaysia kalo lelaki malaysia nikah wanita bukan warganegara jadi ka ...

Cakap Melayu pun tak fasih, no jose
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 08:38 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 28-12-2020 12:11 AM
Pemimpin melayu juga yg menyebabkan Penang terlepas dari Kedah.

Sekarang, tunggang terba ...

Sikap weols Melayu marhaen neh takde lar gila kuasa ker hape. Ai suspect orang zaman dulu macam orang zaman sekarang jugak. Ah, malaslah nak pikior banyak-banyak bior jer sultan aturkan, bior sultan jer sign. Deme terkesima kejap sampai tunjuk perasaan Malayan Union 1946 tue tapi takde sape pun yang bagitau deme pasal proses dalam pembuatan keputusan dalam politik macam referendum bagai.

Sedih betul dengan Malaya neh.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 08:40 PM | Show all posts
Satu lagi ai nak highlight, British Military Administration pun paksa dan conspire dengan menteri2 dalam negeri2 Melayu yang gila kuasa dan menyebelah ke deme macam kes Sultan Ali, Terengganu. Heols more leaning kepada Bangkok, tapi BMA conspire racun dia. Komer sebelah Borneo especially Serawak maybe tak experience kesialan gini, weols glad komer takyah lalui macam neh. Tapi weols sama jugak pikiran macam komer, weols benci Federal punya politicians. Hate THEMMM!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 08:45 PM | Show all posts
Innrukia replied at 27-12-2020 06:58 PM
Thisss... tepat sangat-sangat sis. Penjajah ni guna pecah & perintah asingkan Melayu kat kampung-k ...

Cina dengan Tamils yang dibawak tue kebanyakannya dalam negeri2 Bersekutu dan Persekutuan sekarang neh. Komer nengok estet, bandar2 bijih banyak di Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Penang, Melaka yang industrial area banyak tue. Situ lar penyumbang parasit2 dalam negeri2 lain dalam Persekutuan Malaya neh. Sekarang neh deme buat sistem buang penjenayah2 Tamil atau Cina masuk dalam negeri2 komer. Komer maybe tak perasan, but this happens, sistoer hei. Kalau komer perasan dulu hader ker Tamils kat Kangar? Now kehadiran deme dirasai disebabkan oleh Federation yang membolehkan deme merayap sesuka hati bapak deme dalam negeri2 komer. Sungai Petani, sebelah Kedah komer tue. Kulim, semua menerima kebanjiran parasit dari Perak dan Penang. Perak neh memang lahanat punya negeri. Anak gampang betul!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 08:48 PM | Show all posts
Pahang weols pulak menerima parasit yang membanjiri dari Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Semua negeri2 bersekutu neh memang vavee walaupun negeri mak pon negeri bersekutu. Siyaaal, sape nak bersekutu dengan negeri2 penyumbang parasit migrant worker dunia ketiggaaaa???!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 09:40 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 29-12-2020 08:38 PM
Sikap weols Melayu marhaen neh takde lar gila kuasa ker hape. Ai suspect orang zaman dulu macam or ...


Ini mungkin disebabkan budaya...sebab sebagai etnik monarki...rakyat biasa boleh dianggap tiada suara..rakyat biasa hak ikut apa sahaja kata istana/pemimpin elite mereka

Iaanya berbeza dengan etnik egalitarian-disebabkan weols tiada sistem beraja..maka weols sebagai tukang kebun pun boleh bercakaran dengan ketua...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
CaqJora replied at 28-12-2020 07:16 PM
Melayu yg g duk overseas ada tak mintak nak buat sekolah khas utk melayu je? Ada tak demand nak sp ...

Konar ke town pulok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 03:44 PM | Show all posts
trisnalovezul replied at 27-12-2020 10:58 PM
boleh nggak kalo mau minta sama malaysia kalo lelaki malaysia nikah wanita bukan warganegara jadi ka ...

Bagi jer lar kerakyatan Indonesia kat laki mengkomer. Suh deme berambus meremput kat Indonesia tue. Kurang sikit jantan melayu kepam tak guna dalam Malaya neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2020 04:01 PM | Show all posts
Bolehkah Persekutuan Malaysia berpecah?Mohd Hazmi Mohd Rusli
Oktober 19, 2015 11:58 MYT



Malaysia sudah wujud sebagai sebuah negara merdeka yang berdaulat hampir 6 dekad. Tidak seperti Hong Kong dan Singapura yang merupakan nadi perdagangan British di Timur, pihak penjajah British tidak banyak membuat pelaburan di Tanah Melayu dan British Borneo untuk tujuan pembangunan infrastruktur.

Pihak penjajah British menjarah habis-habisan hasil kekayaan negara untuk tujuan kepentingan ekonomi British sahaja. Nasib rakyat tempatan tidak terbela.

Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia muncul kini sebagai salah sebuah negara perdagangan yang terbesar di dunia. Pembangunan yang begitu pesat dikagumi seantero dunia.

Kualiti hidup rakyat dan tahap pendidikan anak bangsa mengalami peningkatan yang memberansangkan terutamanya di kalangan Bumiputra, golongan yang terpinggir sewaktu zaman penjajahan.

Walaubagaimanapun, kini terdapat suara-suara yang mendorong terhadap pemisahan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. Adakah ini sesuatu yang tidak mustahil menurut amalan undang-undang antarabangsa?

Sejarah

Malaysia bersusur-galurkan kesultanan-kesultanan Melayu pra-penjajahan. Tanah Melayu pernah didominasi kesultanan Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Perak, Kedah dan Perlis. Kesultanan Johor merupakan kerajaan Melayu terakhir yang tunduk kepada tekanan British pada tahun 1914.

Kesultanan Johor berasal dari Empayar Johor-Riau yang mempunyai wilayah luas mencakupi negeri Johor dan provinsi-provinsi Riau dan Kepulauan Riau di Indonesia. Kesultanan Johor-Riau telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kesultanan Johor moden dan Kesultanan Riau pada tahun 1824 oleh pihak British dan Belanda yang mengambil kesempatan ke atas ketidakstabilan politik terkait soal perebutan takhta. Sebelum itu, Johor telahpun kehilangan pulau Singapura apabila wilayah ini telah diserahkan kepada British pada tahun 1819, dan sehingga kini kekal sebagai sebuah negara yang berbeza.

Di seberang Laut China Selatan, Kesultanan Melayu Brunei mendominasi Sarawak sebelum menyerahkannya kepada James Brooke. Sarawak kemudiannya dijadikan negeri persendirian keluarga Brooke sebelum ianya diserahkan kepada British di akhir Perang Dunia Kedua. Sabah pula diperintah oleh Brunei dan Sulu sebelum kedaulatan keatasnya dipindahkan kepada British menerusi Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Senasib Johor, wilayah Kesultanan Brunei yang dahulunya luas membentang ke seluruh pelusuk perairan Pulau Borneo mengecil secara drastik ke keluasannya yang sekarang kerana kegagalan pemerintah tempatan untuk menghalang kemasukan kuasa asing.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, pihak British menguar-uarkan gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Gagasan ini dikatakan akan menghakis ketuanan dan hak orang-orang Melayu di Tanah Melayu. Akibatnya, Malayan Union ditentang hebat dan akhirnya diganti dengan Persekutuan Malaya pada tahun 1948. Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 lebih awal dari Singapura dan British Borneo.

Pihak British membenarkan Sabah dan Sarawak berkerajaan sendiri pada tahun 1963 dan negeri-negeri ini bergabung dengan Malaya (yang merupakan negara berdaulat pada ketika itu) untuk membentuk Persekutuan Malaysia. Walaupun Malaysia dibentuk pada tahun 1963, tahun keahlian Malaysia sebagai negara ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tetap kekal pada tahun 1957, yakni tahun Malaya mencapai kemerdekaan.
Sesuai dengan pembentukan Malaysia, Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaya pada ketika itu dijawatkan semula sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ketua negara Malaya (Yang di-Pertuan Agong), lagu kebangsaan, ibu negara dan Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai oleh Persekutuan Malaya yang merdeka dan berdaulat tidak diubah, melainkan dengan beberapa pindaan untuk menerima masuk penggabungan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan bersama Malaya.

Singapura telah dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia oleh kerajaan Persekutuan pada tahun 1965.

Bolehkan Persekutuan Berpecah?

Malaysia pada hari ini dibentuk oleh 14 buah negeri, seperti yang dipamerkan oleh bilangan jalur pada panji negara, Jalur Gemilang.

Malaysia juga boleh dikatakan dibentuk oleh tiga komponen – Malaya, Sabah dan Sarawak.

Walaubagaimanapun, deskripsi yang pertama adalah lebih tepat kerana ianya berketepatan dengan peruntukan Fasal 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
Persekutuan Malaysia telah berjaya menggabungkan 14 buah negeri ini bersama sejak 1963.

Namun, terdapat pernyataan kontroversi yang mengusulkan idea bahawa negeri-negeri dalam Malaysia berhak untuk keluar dari Persekutuan. Sebagai contoh, Perlis berhak keluar sekiranya ia berkehendak sedemikian, dan hak yang sama terpakai untuk Perak, Selangor, Johor, Sarawak atau negeri-negeri lain di Malaysia.

Adakah ini tidak mustahil menurut amalan undang-undang antarabangsa?

Malaysia telah menjadi negara berdaulat untuk separuh abad. Masyarakat dunia menerusi konsep precription telah mengiktiraf semua negeri-negeri di dalam Persekutuan sebagai sebahagian dari Malaysia. Oleh itu, negeri-negeri di dalam Malaysia tidak berhak untuk keluar sewenang-wenangnya kerana perlakuan ini akan melanggar Fasal 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat tanggapan salah yang menganggap sekiranya Singapura boleh jadi negara merdeka, pilihan ini boleh terpakai untuk negara-negara lain juga.
Perlu diingatkan bahawa Singapura tidak keluar tetapi dikeluarkan dengan kehendak dan kebenaran Kerajaan Persekutuan pada ketika itu.

Sejak 1965, Singapura tidak lagi dianggap negeri bagian Malaysia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tuntutan kemerdekaan bukanlah perkara asing bagi negara-negara di Asia Tenggara.

Tiga wilayah paling selatan di Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat telah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dari Bangkok selama satu abad.

Trend yang sama berlaku di Indonesia ketika ini dengan Maluku Selatan dan Papua cuba untuk melepaskan diri dari pentadbiran Jakarta. Operasi Papua Merdeka (OPM) masih lagi aktif di pedalaman provinsi Papua manakala kerajaan tidak diiktiraf Republik Maluku Selatan masih beroperasi dalam buangan.
Bangsamoro di selatan Filipina masih lagi bergiat dalam gerakan pemisahan dari kerajaan pusat di Manila sehingga hari ini. Contoh-contoh amalan negara-negara lain di dunia menunjukkan kemerdekaan hanya boleh tercapai untuk sesebuah wilayah sekiranya gerakan kemerdekaan ini mendapat persetujuan dari kerajaan pusat negara pemerintah.

Timor Leste v. Indonesia


Provinsi Timor Timur di sudut timur Nusantara telah dijajah oleh Indonesia tanpa kerelaan rakyat tempatan pada tahun 1975.
Akibatnya, keganasan meletus di Timor Timur mengakibatkan banyak nyawa terkorban. “Seruan pemisahan sebarang negeri-negeri dari Persekutuan Malaysia adalah suatu yang sangat membimbangkan”- Mohd Hazmi Mohd Rusli.

Pada awalnya, Indonesia tidak mempunyai sebarang niat untuk memberikan kemerdekaan kepada wilayah ini dan mentadbir provinsi Timor Timur selama 25 tahun. Walaubagaimanapun, tekanan masyarakat antarabangsa yang muncul daripada keganasan yang memuncak telah memaksa Presiden Indonesia pada ketika itu, B.J. Habibie untuk meminta pihak PBB menganjurkan referendum kemerdekaan di wilayah bergolak itu pada tahun 1999. 70% rakyat Timor memilih kemerdekaan dan provinsi ini menjadi negara berdaulat di bawah nama Timor-Leste pada tahun 2002.

Scotland v. United Kingdom


Scotland adalah negara bagian United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) sejak 1707. Walaupun mempunyai status negara maju, terdapat tuntutan dari sebahagian rakyat Scotland yang mahukan kemerdekaan. Dengan kebenaran kerajaan pusat di London, referendum kemerdekaan telah dijalankan pada 18 September 2014 dengan sebahagian rakyat Scotland memilih untuk tetap bersama dengan UK.

Greenland v. Denmark


Greenland juga adalah satu lagi contoh yang baik buat penerangan. Digelar Kalaallit Nunaat dalam bahasa Greenlandic, Greenland telah menjadi jajahan Denmark sejak 1814. Ia menjadi wilayah di dalam Denmark pada tahun 1953. Greenland mencapai taraf berkerajaan sendiri pada tahun 2009, yang menyaksikannya mengambil alih kuasa penguatkuasaan undang-undang dan pelaksanaan sistem perundangan dari tangan Denmark. Bahasa kebangsaan Greenland ditukarkan dari bahasa Danish ke bahasa Greenlandic. Denmark bagaimanapun masih bertanggungjawab menguruskan hal-hal pertahanan dan hubungan luar Greenland. Walaupun diletakkan di bawah penguasaan Denmark selama 200 tahun, Greenland kini sedang bergerak ke arah kemerdekaan penuh menjelang tahun 2021. Sebagai negara penaung, Denmark tidak membantah aspirasi kemerdekaan yang ditunjukkan segenap rakyat di Greenland.

Di Afrika pula, kemerdekaan Sudan Selatan pada tahun 2011 adalah manifestasi bahawa sesebuah provinsi dalam sesebuah negara hanya boleh mencapai kemerdekaan sekiranya kempen tersebut disokong oleh kerajaan pusat negara pentadbir.

Presiden Sudan, Omar al-Bashir menyokong referendum kemerdekaan Sudan Selatan dengan menyatakan bahawa beliau akan menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat di selatan. Sudan Selatan menjadi negara berdaulat pada tahun 2011.

Tidak seperti Timor-Leste, Scotland, Greenland atau Sudan Selatan, belum pernah ada sebarang tuntutan pemisahan atau kemerdekaan secara rasmi yang dibuat oleh rakyat dan/atau kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia.

Lagi pula, tidak terdapat sebarang konflik ketenteraan atau gerakan militan di Malaysia seperti negara-negara lain di Asia Tenggara, seperti Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) di Thailand, OPM di Indonesia dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Filipina.
Indeks Keamanan Global 2015 mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap keamanan yang tinggi.
Malaysia ditempatkan di tangga 28 dari 162 negara-negara di dunia dari sudut keamanan dan kestabilan mengalahkan negara-negara yang lebih maju seperti UK, Perancis dan Itali.

Dengan keamanan, kesejahteraan dan kestabilan yang berpanjangan ini, mana mungkin Persekutuan Malaysia boleh berpecah? Sememangnya, rakyat Malaysia secara amnya amat menyayangi negara ini dan tidak mempunyai niat atau kehendak apa pun untuk menuntut pemisahan mahupun kemerdekaan.

Kesimpulan

Seruan pemisahan untuk memecahbelahkan sebarang negeri-negeri dari Persekutuan Malaysia adalah suatu yang sangat membimbangkan kerana perkara ini bakal menjejaskan kestabilan dan kedaulatan negara ini. i tidak seharusnya dibiarkan dan perlu dibendung sewajarnya.
Setelah 58 tahun bernegara, adalah mustahil bagi mana-mana negeri di dalam Malaysia untuk meninggalkan Persekutuan seperti yang ditunjukkan di dalam amalan undang-undang antarabangsa.

Semua rakyat Malaysia perlu berusaha dan bekerja keras untuk kesejahteraan negara.

Bagi memupuk perpaduan kebangsaan, rakyat Malaysia sepatutnya berhenti melabelkan diri masing-masing sebagai Bangsa Johor, Bangsa Perak, Bangsa Putrajaya atau Bangsa Kuala Lumpur sekalipun. Ini tidak penting kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. Marilah kita kekal bersatu demi Malaysia.
Selagi rakyat menyayangi negara dan berdiri teguh bersamanya, kedaulatan Persekutuan Malaysia tidak akan luntur dan akan tetap terpelihara.


        Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph. D) ialah seorang pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 04:08 PM | Show all posts
Mak nak komen artikel atas tue:

1. Deme sebut tuntutan "negeri" untuk keluar dari Federation of Malaya or Malaysia neh melanggar artikel 2(1) Federal Constitution. Mak nak question jugak, kalau Federal government failed untuk respect Federal Constitution dan langgar dengan aniaya negeri-negeri Melayu dalam Malaya neh. Federal government tak langgar Federal Constitution jugak ker? If deme boleh buat sewenang2 nyer, so Federal Constitution neh berat sebelah terhadap negeri2 Melayu weols dan tak adil terhadap negeri2 weols.

2. Kenapa deme asek sebut jangan label diri bangsa Johor, bangsa Pahang bagai, yang set Tamil dibagi melabel bangsa deme sebagai India padahal deme bukannya pegang ID India pun. Negeri asal tuk nenek deme generasi estet British bawak jadik foreign migrant worker di Perak estet yang sekarang neh Sime Darby pegang pun asal dari negeri Tamil Nadu. Kenapa Cina dibagi label bangsa deme sebagai Cina dalam dokumen JPN? Double standard ker memang negara Malaysia neh double standard terhadap etnik Melayu dan rakyat negeri2 Melayu yea?   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 04:11 PM | Show all posts
Federal Constitution Art. 2(1) wajib dipinda dan komer yang selaku warganegeri patutnya tekan wakil2 rakyat mekomer untuk bawak benda neh masuk dalam Parlimen. Bukannye duk memekak bab2 kecik yang tak sentuh isu ketidakadilan terhadap negeri2 Melayu neh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 04:12 PM | Show all posts
Constitution boleh diubah yea. Thailand snirik dah ubah Constitution deme lebih daripada 8 kali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.211622 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list