CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: keypochino

Edisi Trivia Tanahairku : Geografi Malaysia

[Copy link]
Post time 25-12-2020 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tinot7 at 25-12-2020 06:23 AM
keypochino replied at 25-12-2020 12:50 AM
sbb kurang pendedahan so kita pun xpasti peluang pekerjaan yg ada dlm bidang ni.. sbb tu student x ...


Ni iols gugel.
Getting into these careers may rely on having the appropriate skills from the modules you choose, so think about this when choosing subjects throughout your degree.

Cartographer

Climate Change Analyst

Climatologist

Emergency Management Specialist

Geomorphologist

Geospatial analyst

GIS specialist

Hydrologist

Location analyst

Meteorologist

Pollution Analyst

Remote Sensing Analyst

Soil Conservationist

Surveyor

Town planner

Water conservation officer

Kalau info cuaca salah, voley salahkan org yg blaja geografi... hihi
Mak iols blaja geografi masa menengah atas, rasanya. Dia suka. Iols tak berapa nak suka sbb tak nampak peluang pekerjaan di situ.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 08:43 AM | Show all posts
Tepek sini gak...


Bukan 
di Kelantan, tetapi 
di Perak


MOHAMAD ATHIR ISMAIL  

APABILA menyebut sahaja Kota Bharu, pasti kita akan membayangkan bandar berstatus ibu negeri terletak di Kelantan. Tidak ramai yang tahu, negeri Perak juga mempunyai tempat bernama Kota Bharu. Terletak dalam daerah Kampar, pekan kecil Kota Bharu mempunyai sebuah stesen kereta api kecil, balai polis, klinik komuniti serta beberapa deretan rumah kedai.

Jaraknya dengan pekan yang lebih dikenali ramai, Gopeng adalah kira-kira tujuh kilometer, manakala perjalanan memandu dari bandar raya Ipoh memakan masa sekitar 40 minit. Tiada yang menarik di Kota Bharu, tetapi pekan kecil itu kaya dengan khazanah sejarah. Selain kisah penjajahan British, Kota Bharu turut memiliki sejarah berkaitan kerabat diraja Perak.

Antara kisah penting di Kota Bharu ialah landasan kereta api yang dibina menghubungkan Kuala Teja dengan pekan kecil Kota Bharu, serangan komunis, perlombongan bijih timah dan kisah Almarhum Teja serta Tengku Syed Jaafar.

Secara ringkasnya, pembukaan kawasan di Kota Bharu ada kena mengena dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Jika anda ke sana, pasti akan ternampak banyak bekas lombong yang kini menjadi tasik dan kolam air, sekali gus membentuk pemandangan yang cantik.

Bercerita tentang sejarah Kota Bharu, seorang bekas ketua kampung, Abdullah Mohd. Sham, 70, memberitahu, kawasan itu menjadi sebuah pekan kecil sekitar kurun ke-19 atau mungkin lebih awal sedikit.

Menurutnya, Kota Bharu merupakan antara kawasan yang menjadi persinggahan Sultan Perak dalam program menziarahi makam-makam diraja dalam istiadat pertabalan.

“Di Kota Bharu, terdapat makam diraja yang dipanggil Almarhum Teja. Baginda merupakan Bendahara Raja Alang Sikandar yang bersemayam di Kuala Keboi, Kampar.

“Baginda bertugas mengutip hasil seperti cukai atas segala barang yang keluar masuk di Kota Bharu, umumnya Kuala Sungai Kinta. Di Kota Bharu ketika itu, terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah.

“Tidak lama selepas dilantik menjadi Bendahara oleh Sultan Perak ke-22, Sultan Abdullah Muhammad Shah I, baginda telah mangkat dan dimakamkan di Kuala Teja, Kota Bharu dan digelar sebagai ‘Almarhum Teja’,” katanya ketika ditemui S2 di Kota Bharu baru-baru ini.

Tambah beliau, ketika Raja Alang Iskandar dilantik sebagai Bendahara, nama baginda sudahpun berada dalam sistem giliran untuk dinobatkan sebagai Sultan Perak. Namun baginda mangkat sebelum menaiki takhta. Baginda merupakan ayahanda kepada Sultan Idris Murshidul Adzam Shah iaitu Sultan Perak ke-28.

Makam baginda terletak tidak jauh dari makam Orang Kaya Besar Seri Maharaja Diraja iaitu Tengku Syed Jaafar, tidak jauh dari pekan Kota Bharu.

Menurut Abdullah, Tengku Syed Jaafar merupakan pembesar Perak yang menjaga hal ehwal agama Islam. Terdapat sebuah kisah menarik berkaitan dengan makam beliau suatu ketika dahulu.

“Makam Tengku Syed Jaafar terletak berhampiran dengan sebatang sungai yang bersambung dengan Sungai Kinta. Dahulu, terdapat sebuah masjid yang digunakan segenap masyarakat, termasuk mereka yang datang jauh dari Kampar,” ujarnya.

Katanya, setiap kali menjelang hari Jumaat, jemaah dari kampung yang terletak jauh dari masjid itu akan tiba sehari lebih awal. Mereka menaiki rakit melalui Sungai Kinta dan tiba lebih awal iaitu pada Khamis untuk menunaikan solat Jumaat, keesokan harinya.

“Di masjid berkenaan, terdapat sebuah tempayan yang digunakan jemaah untuk membasuh kaki. Hairannya, orang dahulu cerita, air di dalam tempayan itu tidak pernah habis sehinggakan ada orang mengambilnya untuk dijadikan penawar,” ujarnya.

Beliau menambah, disebabkan kisah air perigi tidak pernah surut itu, orang kampung menaruh bermacam-macam kepercayaan. Kini, masjid tersebut sudah tiada lagi dan hanya tinggal tapak sahaja.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.wL2G6lSk.dpuf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Spongeiibob at 28-12-2020 01:42 PM

CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA (II)

*Iklim dan Faktornya*

a)   Kedudukan
       -    Malaysia terletak berhampiran Garisan khatulistiwa ; suhu agak tinggi (27C) – pancaran  
matahari lebih banyak.

b)  Angin Monson
      -     sistem angin monson barat daya dan angin monson timur laut membolehkan Malaysia
menerima hujan sepanjang tahun.
      -     Angin sumatera juga turut menyumbang jumlah hujan yang banyak di Msia.

c)   Ketinggian
       -    Kawasan yang rendah mempunyai suhu yang tinggi (purata suhu 27C).
      -     Kawasan yang tinggi suhu lebih rendah kerana semakin tinggi kawasan tersebut, udara
kurang tumpat.
     -      Kenaikan ketinggian sebanyak 165m dari aras laut menyebabkan suhu turun sebanyak
1C. (cth: Cameron Highland(1448m) dan Kundasang suhunya 18C.
      -     Hujan bukit menurunkan hujan lebat di cerun bukit yang menghadap angin lembab.

d)   Kepulauan
      -     Kawasan pinggir laut mempunyai julat suhu harian kecil berbanding dengan kawasan pedalaman
      -     Perbezaan disebabkan oleh pengaruh tiupan bayu laut dan bayu darat.

e)   Bebas dari taufan dan kemarau panjang
      -     Angin siklon tropika terbentuk di kawasan garis lintang 6U hingga 20U.
    -       AMBD dan AMTL adalah angin lazim yang membawa hujan lebat; Malaysia bebas dari
kemarau panjang.



*Pengaruh Pergerakan Bumi terhadap Sistem Suria*

Pergerakan bumi di bahagikan kepada 2 :

i.             Putaran bumi
            a.     kejadian siang & malam
            b.     pasang dan surut
            c.     pembiasan angin

ii.            Peredaran bumi mengelilingi matahari
            a.     kejadian 4 musim
            b.     siang dan malam tidak sama panjang



*Kejadian 4 Musim*


    i.  Ekuinoks musim bunga (21 Mac)
     a.       matahari tegak di atas kepala di g. khatulistiwa.
     b.       Siang dan malam sama panjang di hemisfera utara.
     c.       Siang dan malam sama panjang di hemisfera selatan

     ii. Soltis musim panas
     a.      matahari tegak di garisan sartan
     b.      siang lebih panjang  di hemisfera utara.
     c.      Malam lebih panjang di hemisfera selatan

  iii. Ekuinoks musim luruh (23 Sept)
            a.     matahari tegak di garisan khatulistiwa.
            b.     Siang dan malam sama panjang di hemisfera utara.
            c.     Siang dan malam sama panjang di hemisfera selatan.

        iv. Soltis musim sejuk (22 Dis)
             a.    matahari tegak di garisan jadi.
             b.    Malam lebih panjang di hemisfera utara.
       c.    Siang lebih panjang di hemisfera selatan


Fakta Geografi

  Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya sambil berputar.

  Bahagian orbit yang paling dekat (Perihelion)matahari berukuran 147 juta km. Manakala bahagian orbit yang paling jauh dari matahari (aphelion) berukuran 152 juta km)

  Orbit bumi adalah laluan edaran matahari berbentuk ‘elips’ atau bujur telur.

  Bumi mengelilingi matahari mengikut pusingan melawan jam; dengan kelajuan 107182 km/j.
  Satu peredaran lengkap mengambil masa 356 hari ( 1 tahun).

Info Bistari

  Soltis : perhentian matahari iaitu matahari behenti di garisan Khatulistiwa sebelum berada di utara atau selatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 11:52 AM | Show all posts
Tempurung Cave is the largest limestone cave in Peninsular Malaysia and is estimated to be 400 million years old. Visitors to the cave can enjoy an exciting walk along the walkway and feast on the magnificent stalactites and stalagmites found in the cave. One of the biggest limestone cave in Peninsular Malaysia which is 1.9km long, located in Gopeng and believed to be in existence since 8000BC. The cave consist of five big dome. It is called ‘tempurung’ as the ceiling is dome in shape which resemble a coconut shell. each dome has different shape of stalagmite and stalactite. This cave was used by the communist terrorist as their hiding place between 1950 till 1960. However, in 1970, tin mining activities were done in the cave.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2020 08:10 AM | Show all posts
kawasan paling kering dan kurang menerima hujan adalah Kuala Klawang dan Jelebu N9...

Kawasan paling lembab dan paling banyak menerima hujan Bukit Larut Perak

kawasan paling selatan dalam benua Asia adalah di Tg Pia Pontian Johor..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2021 02:28 PM | Show all posts
keypochino replied at 25-12-2020 12:34 AM
Yela sampai form 3 je la.. kalau form 4 & 5 aliran sains tak dpt ambil geo kalau dah max matapelaj ...

Akak belajar geografi sampai form 6.. sangatlah menariknya subjek ni terutamanya geo fizikal....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-1-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
midori_katana replied at 1-1-2021 02:28 PM
Akak belajar geografi sampai form 6.. sangatlah menariknya subjek ni terutamanya geo fizikal....

Akak amik cost apa dulu? Sy belajar sampai form 3 je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2021 03:24 PM | Show all posts
keypochino replied at 1-1-2021 02:50 PM
Akak amik cost apa dulu? Sy belajar sampai form 3 je..

Masuk u tak amik bidang berkaitan geo... dulu f6 sekolah kami bolh pilih nak amik akaun, sastera, geo (ni yg bukan aliran sains).. jadi akak amik geo sbb minat dan mmg tak salah pilih, njoy sangat blajar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2021 03:27 PM | Show all posts
midori_katana replied at 1-1-2021 03:24 PM
Masuk u tak amik bidang berkaitan geo... dulu f6 sekolah kami bolh pilih nak amik akaun, sastera,  ...

oo sy aliran sains tulin.. so xdpt amik geo sbb tambahan pun sy ambil seni.. belajar sendiri.. buat kje kursus sendiri (kerja khusus ke apa tp ada projek la x ingat dah) tu pun cikgu tnya byk kali betul ke nak ambil.. sbb kne belajar sendiri.. sy minat seni so ok je baca buku sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2021 05:28 PM | Show all posts
keypochino replied at 1-1-2021 03:27 PM
oo sy aliran sains tulin.. so xdpt amik geo sbb tambahan pun sy ambil seni.. belajar sendiri.. bua ...

Heran kan... kenapa aliran sains tak bolh amik subjek sains sosial padahal gabungan kedua perkara tu boleh jadikan student lebih baik...good for you... akak suka dengar cerita budak2 otak sains tapi berjiwa dan berjari seni ni! 🥰🥰🥰
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2021 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
midori_katana replied at 1-1-2021 05:28 PM
Heran kan... kenapa aliran sains tak bolh amik subjek sains sosial padahal gabungan kedua perkara  ...

Sy dlu tak nak masuk aliran sains tulin sbb nak ambil seni.. tp cikgu x kasi sbb result bagus.. dan ms tu kat sek saya pelajar melayu x ramai dlm aliran sains.. so sy pun duduk la kelas tu.. tp mmg jiwa seni.. apa2 pertandingan sayembara puisi, sajak, pantun saya masuk.. even sy wakil sek utk pertandingan pantun dari sek rendah sampai sek men..masuk U pun sy masih masuk pertandingan n kelab pemuisi.. even kat u sy masuk kelab teater.. dan berlakon teater.. hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 01:37 PM | Show all posts
Sinaran Matahari
Sebagai sebuah negara yang dikelilingi laut dan terletak berhampiran khatulistiwa, Malaysia secara semulajadi menerima cahaya matahari yang banyak dan seterusnya sinaran matahari. Bagaimanapun adalah jarang terdapat dalam sepanjang hari tidak diliputi awan langsung walaupun ketika tempoh kemarau. Litupan awan dapat mengurangkan kandungan cahaya matahari dan seterusnya sinaran matahari. Secara purata, Malaysia menerima sebanyak 6 jam sinaran matahari sehari.

Walau bagaimana pun, terdapat perbezaan mengikut musim dan tempat jumlah cahaya matahari yang diterima. Secara purata, Alor Setar dan Kota Bharu menerima lebih kurang 7 jam cahaya matahari sehari sementara kuching menerima hanya secara purata 3.7 jam sehari dalam bulan Januari. Sementara Alor Setar secara purata menerima nilai maksima sebanyak 8.7 jam sehari pada bulan yang sama.

Sinaran matahari adalah berkaitan rapat dengan tempoh cahaya matahari. Perubahan bermusim dan bertempatnya adalah lebih kurang sama dengan cahaya matahari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 01:46 PM | Show all posts

Taburan Hujan
Corak tiupan angin bermusim bersama sifat topografi lokal menentukan corak taburan hujan di Malaysia. Semasa musim timur laut, kawasan yang terdedah seperti kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kawasan Barat Sarawak dan kawasan pantai timur laut Sabah mengalami beberapa tempoh hujan lebat. Sebaliknya, kawasan pendalaman atau kawasan yang dilindungi banjaran gunung adalah secara relatifnya bebas dari pengaruh ini. Adalah lebih baik taburan hujan di Malaysia diterangkan mengikut musim.

Pengkelasan Intensiti Hujan
Pengkelasan
Intensiti
Hujan  renyai
Kadar  curahan kurang dari 0.5mm setiap jam
Hujan  sederhana lebat
Kadar  curahan antara 0.5mm hingga 4.0mm setiap jam
Hujan  lebat
Kadar  curahan lebih dari 4.0mm setiap jam
Hujan  curah renyai
Kadar  curahan kurang dari 2.0mm setiap jam
Hujan  curah sederhana lebat
Kadar  curahan antara 2.0mm hingga 10.0mm setiap jam
Hujan  curah lebat
Kadar  curahan antara 10.0mm hingga 50.0mm setiap jam
Hujan  curah sangat lebat
Kadar  curahan lebih dari 50.0mm setiap jam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 01:47 PM | Show all posts
Sejatan
Di antara kesemua faktor-faktor yang mempengaruhi kadar sejatan, keadaan berawan dan suhu adalah merupakan dua faktor terpenting yang saling berkait. Hari yang berawan bermakna kurangnya cahaya matahari seterusnya kurang sinaran matahari menyebabkan suhu menjadi rendah. Ujian daripada data-data sejatan menunjukkan bahawa bulan-bulan berawan atau hujan mempunyai kadar sejatan yang rendah sementara bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi. Stesen Senai , salah satu dari stesen yang letaknya di tanah rendah mempunyai purata sejatan terendah dalam sehari iaitu 2.6mm dalam bulan November, sementara Kota Kinabalu pula mempunyai purata sejatan tertinggi iaitu 6.0mm sehari dalam bulan April.

Bagi kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands di mana suhu udaranya adalah rendah, kadar sejatannya juga rendah. Sementara kawasan tanah rendah mempunyai purata sejatan tahunan 4mm hingga 5mm sehari, Cameron Highlands mempunyai kadar yang hanya lebih kurang 2.5mm sehari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 01:48 PM | Show all posts
Taburan Suhu
Sebagai sebuah negara yang terletak di khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang sekata sepanjang tahun. Perbezaan tahunan suhunya adalah kurang daripada 2°C kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang kerap dipengaruhi oleh luruan angin sejuk dari Siberia semasa Monsun Timur Laut. Walau bagaimanapun perubahan suhu tahunannya kurang daripada 3°C.

Julat suhu harian adalah besar, 5°C hingga 10°C bagi stesen¬-stesen berhampiran pantai dan antara 8°C hingga 12°C bagi stesen-¬stesen di pedalaman tetapi suhu harian yang tinggi seperti yang terdapat di kawasan benua tropika tidak pernah dialami. Walaupun siang selalunya panas, tetapi di waktu malam ianya sejuk.

Walaupun perubahan bermusim dan bertempat suhu secara perbandingan adalah kecil, tetapi dalam beberapa hal ia dapat ditentukan. Bagi Semenanjung Malaysia, terdapat perubahan suhu yang jelas semasa monsun dan ini terdapat di kawasan pantai timur. Bulan April dan Mei adalah bulan di mana suhu purata bulanan adalah paling tinggi sementara Disember dan Januari pula adalah bulan di mana suhu purata bulanannya paling rendah.

Purata suhu harian di kebanyakan daerah di timur Banjaran Besar adalah rendah berbanding dengan daerah di barat. Perubahan-perubahan nilai ini adalah disebabkan suhu harian yang rendah yang dialami di kawasan daerah timur semasa Monsun Timur Laut hasil daripada hujan dan litupan awan yang luas. Di Kuala Terengganu, sebagai contoh semasa Monsun Timur Laut suhu pada waktu siang jarang mencapai 32°C dan kerapkali tidak mencapai 27°C. Beberapa keadaan telah direkodkan di mana suhu tidak melebihi 24°C iaitu suhu terendah di capai pada waktu malam di kebanyakan tempat. Purata suhu pada waktu malam biasanya di antara 21°C hingga 24°C. Tetapi nilai suhu di hampir semua stesen boleh menurun jauh lebih rendah daripada suhu tersebut , malam yang sejuk biasanya di ikuti dengan siang yang panas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 01:49 PM | Show all posts
Kelembapan Bandingan
Seperti yang diperkatakan, Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi. Purata kelembapan bandingan bulanannya adalah di antara 10% hingga 90%, berubah mengikut tempat dan bulan. Bagi sesuatu kawasan yang khusus, julat purata kelembapan bandingannya berubah dari minimum 3% (Bintulu) ke maksimum lebih kurang 5% (Alor Star). Di Semenanjung Malaysia, julat minimum terdapat di Sitiawan di mana purata kelembapan bandingan berubah¬ubah dari nilai serendah 80% dalam bulan Februari ke setinggi hanya 88% dalam bulan Februari. Julat maksimum pula terdapat di kawasan barat ¬laut Semenanjung (Alor Star) di mana purata kelembapan bandingan berubah-¬ubah dari 72% hingga 87% pada bulan Februari.

Adalah diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan minimum biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari kecuali bagi negeri¬-negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu di mana kelembapan bandingan minimumnya adalah pada bulan Mac. Kelembapan bandingan maksimum pula lazimnya adalah pada bulan November.

Seperti dalam kes suhu, perubahan harian kelembapan bandingan adalah lebih besar berbanding dengan perubahan tahunan. Purata minimum hariannya boleh serendah 42% semasa bulan¬-bulan kering dan menghampiri setinggi 70% semasa bulan¬-bulan lembab. Bagaimanapun purata harian maksimumnya pula tidak banyak berubah dari tempat ke setempat iaitu melebihi 94%.Ia mungkin mencapai setinggi 100%. Negeri-¬negeri di barat¬ laut iaitu Kedah dan Perlis mempunyai perubahan kelembapan bandingan harian terbesar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2021 12:13 PM | Show all posts
Nasi tambah-

Hulu Perak merupakan daerah yang terletak di timur laut negeri Perak. Disebelah timur daerah negeri ini, ialah negeri Kelantan, manakala diutaranya pula ialah daerah Baling, Kedah. Di selatan daerah ini ialah daerah Kuala Kangsar. Bersempadan dengan negera Thailand disebelah timur laut, daerah ini juga merupakan salah satu pintu masuk diantara Malaysia dan Thailand. Dibelah barat daya daerah ini ialah daerah Larut, Matang dan Selama.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 07:46 AM | Show all posts
Tempat paling hujung di Malaysia... dan Asia!!

...ialah Tanjung Piai.
Ini adalah di Pontian, Johor lah kan, mana lagi
Ianya walupun berpaya bakau, tetapi adalah destinasi yg popular juga


Dan... jika anda lihat betul2 peta dunia, tidak ada tanah yang paling selatan dari benua Asia ini, melainkan di dalam Tanjung Piai inilah.


satu keunikan yg jarang kita tahu!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 03:21 PM | Show all posts
Tempat Paling Utara Borneo atau Tip of Borneo

Negeri di Bawah Bayu, Sabah, adalah negeri kedua terbesar di Malaysia, yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Dengan kawasan yang menjangkau 72,500 kilometer persegi, dipenuhi dengan pantai yang dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur, Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan juga merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia.

Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia. Merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Tanjung ini telah dibangunkan sebagai tarikan pelancong. Sebuah taman berbentuk persegi telah dibina dengan meletakkan tiang bendera Malaysia dan glob gangsa besar. Glob gangsa menandakan lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur dengan peta yang memaparkan pulau Borneo adalah timbul dan diletakkan di atas permukaan yang rata pada sudut dengan tulisan untuk menandakan Peta Borneo. Tanjung Sampang Mengayau juga menghidangkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam kepada pelancong.

Nama asal Tanjung Sampang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat. Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan merujuk kepada lokasi ini pertempuran berlaku apabila Rungus etnik mempertahankan wilayah mereka terhadap serangan dari lanun. Menurut legenda, tempat ini adalah dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 08:21 PM | Show all posts
Geografi + Sejarah



Banjir Besar Punca Menara Condong Teluk Intan Senget Tapi Kukuh Hampir 100 TahunBy
Husna -

June 13, 2019





Menara Condong adalah sebuah menara jam yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak sekian lama. Binaannya yang condong itu, mirip The Leaning Tower of Pisa di Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 setinggi 25 meter dan mempunyai 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun struktur menara ini masih berdiri kukuh berdiri walaupun kelihatan senget dan tercondong.



Dari bahagaian luar kelihatan seolah-olah menara ini mempunyai 8 tingkat, namun apabila masuk sahaja ke bahagian dalam, menara ini hanya mempunyai 3 tingkat sahaja. Terdapat sebuah tangki air terletak di aras tiga diperbuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki isi padu air. Namun hari ini, tangki air tersebut tidak lagi berfungsi.

Pengunjung diberi peluang untuk naik sampai ke tingkat atas dan boleh melihat sendiri tinggalan sejarah yang masih dipelihara dengan baik di Teluk Intan ini. Terdapat beberapa info dan keterangan yang disediakan di dalam dan luar menara ini untuk panduan pengunjung.

Sejarah Pembinaan Menara Condong

IKLAN




Menara Condong asalnya tidaklah condong dan senget seperti sekarang. Individu yang bertanggungjawab membina menara ini ialah Leong Choon Cheong atau dikenali sebagai Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk Menara Condong berdasarkan struktur binaan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun dibina, pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menyebabkan menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.

Jepun Takluk

Pada zaman Jepun sekitar tahun 1942 hingga 1945 bangunan Menara Jam ini dijadikan menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu ini juga ketika itu digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun hingga menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian paling atas.

Fungsi Menara Jam

Mendalami sejarah pembinaannya, struktur yang dibina beratus tahun yang lalu ini dahulunya dikenali sebagai Menara Jam, menjadi petunjuk waktu kepada penduduk di bandar ini. Menara tersebut juga pernah menjadi penunjuk arah kepada laluan kapal ke bandar ini suatu masa dahulu. Selain itu, menara itu berfungsi memberikan perkhidmatan kepada rakyat kerana terdapat tangki air untuk kegunaan pada musim kemarau selain mempunyai kemudahan untuk memadam api.

Pasar Malam Menara Condong

Di sekitar menara ini terdapat dataran berbatu bata yang lapang menjadi pilihan penduduk tempatan untuk bersiar-siar pada waktu pagi, petang hari atau hujung minggu. Pelbagai pilihan premis jualan makanan juga terdapat di sekitar Menara Condong ini jika pengunjung ingin menjamu selera.

Pada setiap malam minggu Sabtu dan Ahad pula, suasana sekitar menara ini begitu meriah dengan kehadiran pengunjung yang datang untuk menyaksikan panorama sorotan warna-warni lampu yang dipasang. Selain itu juga deretan kawasan Pasar Malam telah dibuka berhampiran menara ini sebagai tarikan lebih ramai pengujung melawat Menara Condong Teluk Intan.

Jom cuti-cuti Malaysia ke Teluk Intan, Perak!







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.294179 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list