CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23616|Reply: 136

Dollah Sarawak & Legasi: Siput Sarawak, Anita Sarawak dan Murni Sarawak

  [Copy link]
Post time 22-12-2020 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sharlenetexas at 22-12-2020 04:05 PM

Dollah Sarawak atau yang dikenali sebagai Pak Dollah merupakan pelakon zaman hitam putih juga ayah kepada Siput Sarawak. Antara cucu-cucunya adalah Anita Sarawak dan Murni Sarawak. Mereka menyambung legasi dunia seni beliau.

Dilahirkan pada tahun 1899. Pak Dollah berasal dari Pulau Pinang yang juga tempat asal P Ramlee dan Nordin Ahmad. Dari muda dah berhijrah ke Sarawak dan jadi anak angkat di sana. Iols pernah baca Pak Dollah pernah tinggal di Hong Kong sebab tu beliau boleh berbahasa Hokkien.

Pak Dollah bergiat aktif di pentas bangsawan yang membawanya ke Singapura bersama anaknya Siput Sarawak. Bila kumpulan bangsawan di zaman kemerosotan, beliau berlakon dengan studio Cathay Keris. Oleh kerana studio tersebut tiada pelakon veteran, maka Pak Dollah sering kali memegang watak orang tua. Watak yang paling iols ingati ialah sebagai ketua kumpulan samseng geng tangan hitam dalam filem Che Mamat Parang Tumpol dan sebagai orang asli dalam Pontianak Gua Musang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2020 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih beri kacang @friedfishsoup

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup pada zaman moden ni iols teringin nak tengok pentas bangsawan. Nak tengok.kehebatan seri panggungnya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg nama dia ke dollah swak tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2020 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila google tak banyak gambar Pak Dollah jadi kena screenshot kat youtube.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
boojaat replied at 22-12-2020 03:49 PM
Mmg nama dia ke dollah swak tu?

Nama asalnya Mohammad bin Haji Sulaiman.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Murni sarawak tu yg cikgu murni kan dlm citer nasib labu labi. Kelakar tul haji bakhil duk gilakan cikgu murni.
Xtau plak adik beradik anita sarawak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
laaa org penang rupanya..mati2 iols ingat arwah asal org indonesia, mcm seniwati normadiah tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2020 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 22-12-2020 04:07 PM
exclusive_vvip replied at 22-12-2020 03:56 PM
laaa org penang rupanya..mati2 iols ingat arwah asal org indonesia, mcm seniwati normadiah tu.


Ayah orang Cina Yunnan. Selalunya orang Yunnan memang asal Islam. Ibu orang Melayu.

Asalnya produser Keris Film (lepas tu dikenali sebagai Cathay Keris), Ho Ah Loke ingatkan Pak Dollah orang Cina masa minta kerja kat situ.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 22-12-2020 03:56 PM
laaa org penang rupanya..mati2 iols ingat arwah asal org indonesia, mcm seniwati normadiah tu.


Seniwati Normadiah ni tak silap ada mix kokesen. Asalnya dia kristian.

Normadiah dan Maria Menado muka lawa tapi jenis cepat matang.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 22-12-2020 08:37 PM



DOLLAH SARAWAK

Di Cathay Keris banyak pelakon yang hebat seperti, Nordin Ahmad, S. Roomai Noor, Umi Kalthoum, Latifah Omar, Fatimah Ahmad, Salmah Ahmad, Siti Tanjung Perak dan banyak lagi.

Salah seorang pelakon yang dianggap setia dengan Cathay Keris ialah Dollah Sarawak. Pelakon itu sering membawakan watak bomoh, pengasuh, tukang kebun dan banyak lagi watak orang tua di dalam filem-filem terbitan syarikat itu.

Minggu lalu tentu peminat filem-filem Melayu lama menonton filem Wan Perkasa. Watak seorang tua yang melindungi Wan Perkasa (lakonan M. Amin) daripada dilihat oleh orang ramai dilakonkan oleh Dollah Sarawak.

Dollah Sarawak atau nama sebenarnya Mohamad Sulaiman adalah bapa kepada pelakon Siput Sarawak dan datuk kepada penyanyi Anita Sarawak. Dollah meninggal dunia pada 1994 kerana sakit tua ketika berusia 96 tahun.

Memandangkan masa itu tidak banyak pelakon tua bernaung di bawah bumbung Cathay Keris, Dollah Sarawak mendapat banyak peluang berlakon apabila sesebuah filem yang memerlukan watak lelaki tua.

Sebagaimana kebanyakan pelakon lain, Dollah juga bermula sebagai pelakon bangsawan sebelum melangkah ke filem. Dia meninggalkan kampungnya di Sarawak untuk ke Malaya (ketika itu termasuk Singapura).

Semasa mengikuti rombongan bangsawan, Dollah turut membawa anaknya Siput. Tidak hairanlah apabila Siput kemudiannya mengikuti jejaknya sebagai pelakon.

Dollah juga kerap diberi watak sebagai orang Cina tua (apek) dalam filem lakonannya kerana dia memiliki wajah mirip orang Cina. Sebenarnya Dollah adalah berketurunan Cina (muslim) dari Yunan, China.

Malah watak jenakanya seorang Cina memikat penonton yang melihat persembahan di pentas. Dia pernah mendapat pujian daripada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew ketika mengadakan persembahan di Singapura pada zaman kegemilangannya.

Tetapi wajahnya yang mirip Cina itu membuatkan dia pernah ditolak daripada tawaran berlakon kerana Keris Filem (selepas itu dikenali sebagai Cathay Keris) hanya memerlukan pelakon Melayu.

Penerbit Ho Ah Loke menyangkakan Dollah berbangsa Cina. Dia terpaksa meyakinkan Ho Ah Loke bahawa dia hanya berdarah keturunan Cina.

Walaupun terkenal dengan nama Dollah Sarawak, tetapi dia sebenarnya berasal dari Pulau Pinang.

Dilahirkan tahun 1898 dan bermastautin di Sarawak pada 1920. Apabila kembali ke Malaya, dia digelar Dollah Sarawak kerana terlalu banyak yang bernama Dollah di kalangan rakan-rakannya.

Antara filem lakonannya ialah, Cinta Gadis Rimba, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih Bawang Merah, Mata Syaitan, Masuk Angin Keluar Asap, Tun Fatimah, Sial Wanita dan banyak lagi.

Dollah tidak pernah berpeluang melakonkan watak besar jauh sekali watak utama, kerana kemunculannya di dalam perfileman pada usianya yang agak tua.

Namun sebagai pelakon, dia tidak pernah fikirkan mengenai watak. Apa lagi berlakon adalah pekerjaannya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm penah tengok dia, ada tek lalat kat dagu tu kan?
Dia orang sarawak ke ye?

Btw dulu masa kecik iols tak gemor ngn siput sarawak sbb muka dia sejenis muka mak tiri/penyondol.
Muka bekeng huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka macam arwah Yalal Chin
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-12-2020 04:00 PM
Seniwati Normadiah ni tak silap ada mix kokesen. Asalnya dia kristian.

Normadiah dan Maria Me ...

Biar betul normadiah mix kokesen tp muka dia seiras sgt dgn suami dia aziz tu.
Normadiah ni bestfrend pelakon labu labi tu M.Zain tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiol sampai sekarang hairan kenapa Siput Sarawak, dinamakan Siput Sarawak. Tapi memang cukup unik nama tu, berzaman orang ingat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 22-12-2020 04:15 PM
Rasa mcm penah tengok dia, ada tek lalat kat dagu tu kan?
Dia orang sarawak ke ye?


Pernah tinggal Sarawak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2020 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 22-12-2020 04:22 PM
Aiol sampai sekarang hairan kenapa Siput Sarawak, dinamakan Siput Sarawak. Tapi memang cukup unik na ...

Tak silap Siput tu nama gelaran. Adiknya dipanggil Kuyung. Sejenis siput gak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejarah bangsawan



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2020 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 22-12-2020 04:32 PM

Sambungan post di atas...

#MusikaFactoid

OPERA BANGSAWAN BERMULA DI PENANG

Zaman Keemasan film klasik Melayu pada tahun 1950an harus terhutang budi kepada Bangsawan Opera. Ini kerana ia telah melahirkan ramai bukan sahaja para pelakon, tapi juga pemuzik2, komposer, pelawak, penari dan juga pelukis ‘backdrop’.  Maka lahirlah bintang-bintang barisan pelakon yang diantaranya adalah Ahmad Nisfu, Pak Yem, Udo Omar, Bab Jan, Aman Belon, Momo Latiff, Habsah Buang, Mak Dara, S. Kadarisman. Dan diantara para pemuziknya pula adalah Zubir Said, Osman Ahmad, Ahmad Jaafar dan beberapa lagi pemuzik2 handalan pada masa itu. Jadi sejak bilakah Opera Bangsawan itu bermula?

Persembahan Opera Bangsawan bermula di Pulau Pinang apabila kumpulan drama pentas dari Bombay, yang dipanggil Wayang Parsi, telah membuat beberapa persembahan pada tahun 1870an. Oleh kerana persembahan itu dalam bahasa Hindustan, maka keinginan untuk mengadakan persembahan itu dalam bahasa Melayu telah di usulkan.  Seorang peranakan jawi yang bernama Aboo Bakar Siddiq Marican atau lebih dikenali sebagai Toh Pusi telah menyahut seruan penduduk maka pada awal tahun 1880an beliau telah menubuhkan opera bangsawan yang pertama yang diberi nama Wayang Pusi Indera Bangsawan di Pulau Pinang.  Setelah kegiatan bangsawan ini menjadi rancak di Pulau Pinang, ianya pun berkembang ke negeri- negeri selat, Sumatra dan beberapa negeri di Nusantara.

Perkataan Bangsawan dipercayai berasal dari bahasa sanskrit yang bermakna ‘orang golongan atasan’ atau ‘mulia dan ternama,’ Maka perkataan bangsawan ini telah dikaitkan dengan opera melayu kerana pada permulaan persembahan seni ini, ia telah banyak mementaskan kisah raja-raja dan orang-orang bangsawan. Cerita-cerita dari pementasan bangsawan ketika itu selalunya di petik daripada cerita dongengan dari India, Arab, Barat, China, Jawa dan juga cerita-cerita dari sejarah Melayu.

- Sumber: buku MUSIKA. Muzik latar - "Beautiful Village"- David Fesliyan

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 22-12-2020 04:18 PM
Biar betul normadiah mix kokesen tp muka dia seiras sgt dgn suami dia aziz tu.
Normadiah ni bestf ...

Org philippine kalau tak silap.

Nama dia pun sblm convert jd normadiah ada nama lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.076036 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list