Author|Post time 22-12-2020 04:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bila pencen berlakon Pak Dollah berniaga warung di boon teck road. Siput turut sama tolong Pak Dollah bila tak berlakon. Pak Dollah turut ada pengetahuan tentang herba dan akar kayu. Di akhir hayat beliau jadi bomoh untuk tampung hidup.
Iols rasa menarik kisah Pak Dollah. Dari muda dah merantau. Jadi pelakon bangsawan dan studio hitam putih serta ada kelebihan lain.
Author|Post time 22-12-2020 04:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 22-12-2020 04:52 PM
Ada pakai apa2 ka aruah ini sampaikan isteri2 asyik meninggal?
Isteri2 nya meninggal sebab tumpah darah. Tragis sangat rasa. Yang last sekali sempat hantar ke Hospital Kandang Kerbau tapi umur tak panjang. Nak kata memakai pun, tengok anak2 cucu2 umur panjang.
Norma binti Abdullah, dilahirkan sebagai Edith Sumampow, namun lebih dikenali sebagai Normadiah (14 Ogos 1932–8 Ogos 2000) merupakan seorang pelakon wanita Singapura–Malaysia. Beliau ialah anak kandung Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè. A. R. Tompel ialah orang yang bertanggungjawab menukarkan nama beliau dari Norma kepada Normadiah.
Post time 22-12-2020 05:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sharlenetexas replied at 22-12-2020 04:54 PM
Isteri2 nya meninggal sebab tumpah darah. Tragis sangat rasa. Yang last sekali sempat hantar ke Ho ...
Tumpah darah lagik tu, huhu. Kot2 ada yang 'makan' darah tu kata akak penuh khurafat. Tapi cepat2 bersihkan hati. Mungkin kebetulan la kot semua isteri meninggal tumpah darah.
Post time 22-12-2020 05:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
limau_lemon replied at 22-12-2020 04:47 PM
Arwah makcik sedara iols nama lobak.
Kenapaaaaaaaa
Kan savage kan orang dedolu. Macam sengaja nak kenakan anak pun ada. Elok lagi orang2 sekarang namakan anak Puteri Natasya Damia Ariani bagai walau sering dikutuk tak seiring rupa. At least namanya cantik la daripada orang dedolu, dah la muka anak tak seberapa, diberinya lagik nama hodoh jadik bahan tertawa orang sekeliling saja dari kecik sampai mati.
Author|Post time 22-12-2020 06:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pak Dollah dan Siti Tanjong Perak sebagai pengantin lama dalam Gila Talak arahan Hussain Haniff. Iols suka suka tengok filem lama sebab nak tengok suasana kampung yang ketika itu wujud di Singapura. Selalunya kampung tempat shooting dekat dengan studio Cathay Keris.