CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5382|Reply: 9

Realme Smart TV,dilengkapi Android TV

[Copy link]
Post time 17-12-2020 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Realme Malaysia hari ini mengumumkan bahawa TV pintar pertama mereka, Realme Smart TV akan mula dijual di Malaysia pada 22 Disember 2020. Hari pertama jualan ini diadakan bersama Hari Jenama Super Realme di Shopee.Jualan pada hari pertama ini dibuat secara eksklusif di Stor Rasmi Realme di Shopee. Selain itu, Realme turut mengadakan promosi istimewa pada jualan hari pertama ini, iaitu diskaun sebanyak RM200. Tidak pula dinyatakan sama ada ia jualan terhad, atau untuk sepanjang hari.







Terdapat dua saiz Realme Smart TV yang akan mula dijual di Malaysia pada 22 Disember kelak. Harganya semasa promosi diskaun RM200 adalah seperti berikut:
SpesifikasiTV pintar Realme ini menggunakan sistem operasi Android TV, bermakna pelbagai aplikasi dari Google TV Playstore boleh dipasang dan dijalankan di dalamnya. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah Netflix, YouTube, Facebook, Spotify, iflix dan banyak lagi.





Realme Smart TV 32″ memiliki skrin berukuran 80cm, dengan resolusi 1366×768. Manakala Realme Smart TV 43″ dipasang skrin 108cm dengan resolusi HD Penuh 1920 × 1080. Lain-lain perkara adalah sama antara kedua-dua TV ini.
Kuasa pemproses TV pintar ini digerakkan oleh pemproses ARM Cortex A53 4-teras, bersama GPU Mali-470 MP3 yang menyokong teknologi Chroma Boost. Ia dipadankan dengan RAM 1GB dan storan dalaman 8GB. Sistem bunyi TV ini diuruskan oleh empat pembesar suara stereo berkuasa 24W, dengan teknologi Dolby Audio.

Alat kawalan jauh dilengkapi butang khas Netflix dan YouTube, serta butang Google Assistant. Ini membolehkan kawalan dan carian dibuat menggunakan suara.Untuk sambungan, Realme Smart TV memiliki 3 port HDMI, 2 port USB, port AV, port LAN, port Digital Audio SPDIF dan antena. Ia juga boleh bersambung ke internet secara Wifi 2.4Ghz, serta aksesori secara wayarles dengan bluetooth 5.0, serta menyokong Cast untuk memancar paparan dari telefon ke TV.


Maklumat lanjut berkenaan TV ini boleh didapati di laman produk Realme Smart TV.
[Sumber: Realme] sumber

--------------

saya masih suka tv melengkung tu
kalau boleh nak upgrade ke 85 inch

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 09:02 PM | Show all posts

Hmmm...

Edited by AceHand at 17-12-2020 09:29 PM

[AceHand SPECTaceLAR]

Macang nak test market jer dulu ni... Spesifikasi dia rendah jer...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 09:09 PM | Show all posts
AceHand replied at 17-12-2020 09:02 PM
Macang nak test market jer dulu ni... Spesifikasi dia rendah jer...

harga yang 43 inch pun   RM1,299 siap diskaun 200rm tu
bolehlah nak beli kot siap dah tak payah beli androix box dah tu
sesambil makan burger  king  boleh tengok tv
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 09:18 PM | Show all posts

Hmmm...

Edited by AceHand at 17-12-2020 09:28 PM
trunks replied at 17-12-2020 09:09 PM
harga yang 43 inch pun   RM1,299 siap diskaun 200rm tu
bolehlah nak beli kot siap dah tak payah b ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Sebab tu kata nak test market jer... Lepas ni kalau talibiseng macang ni dah meluas... Alamatnya ke arah melingkop lar TV box tu... Astro pong lagi terkesang...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2020 04:02 PM | Show all posts
masih low spec. quality screen hanya 1080p. kalau 2k screen ok jugak..yg 4 speaker tu je ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2020 03:19 AM | Show all posts
syaeyedan replied at 18-12-2020 04:02 PM
masih low spec. quality screen hanya 1080p. kalau 2k screen ok jugak..yg 4 speaker tu je ok..

betul tu,kalau sayala nak beli TV baru,mesti yang kita kena upgrade
yang kita ada sekarang,terutama daripada segi high quality gambar
dan size
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2021 06:00 PM | Show all posts
Realiti menunjukkan bahawa, dengan teknologi yang maju dan kehidupan manusia moden yang sibuk, orang mempunyai waktu yang lebih sedikit sehingga telefon pintar secara beransur-ansur menggantikan peranti seperti televisyen. Ini sangat mudah kerana penyedia perkhidmatan membuat aplikasi untuk menonton TV dalam talian di telefon bimbit yang sangat mudah dan senang ditonton kapan saja, di mana sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2021 10:44 PM | Show all posts
Macedonia replied at 25-3-2021 06:00 PM
Realiti menunjukkan bahawa, dengan teknologi yang maju dan kehidupan manusia moden yang sibuk, orang ...

ya betul, cuma bukan semua orang ada citarasa yang sama kan hehe
macam saya,saya lebih suka menonton Tv di big screen di rumah
malah main game pun sama tidak sama sekali guna Smarthone

walaubagaimana pun.Smartphone sudah jadi keutamaan sekarang
tak makan pun tak apa,asal kan ada smartphone dan internet
unlimited quota
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 01:07 PM | Show all posts
tv2 jenama yang tak popular macam xiaomi ni semua kena pastikan warranti panjang minimum 3 tahun. jenama tak popular ni alat ganti bukan senang dapat, kalau jenama popular yang biasa orang guna samsung/sony/panasonic/lg tu semua alat ganti pasaran baru atau terpakai banyak dan mudah cari. kritikal waktu habis warranti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2021 12:53 PM | Show all posts
yang tak popular...nasib tak baik..pakai buang huhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.067385 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list