CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AeriSha

[VOL 2] YOUR TOP JAPANESE DRAMAS OF ALL TIME & RECOMMENDATIONS

  [Copy link]
Post time 27-2-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
AeriSha replied at 27-2-2022 06:36 PM
Tahun bila RTM siar cite Jdrama tu uols?
Hint lagi pls..Iols geram baca rasa mcm nak teka..

Iolz muda lagi time tu, tak ingat dah
Uolz tau tak? Please,cuma ingat watak hero nama Ayumu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni ha lalu kt fb

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 01:03 AM | Show all posts
Edited by Suke-dono at 1-3-2022 09:26 PM

Hi, semua. Assalamualaikum dan salam keluarga malaysia.

Baru register kat sini sebab ternampak thread ni. Rasa best jugak nak chit chat dgn komuniti Jdrama malaysia. Ingatkan org malaysia skang semua layan oppa je. Nasib baik masih ada lagi peminat setia Jdrama.

I dah lama jugak lah minat dgn Jdrama ni sejak zaman Moero Attack dulu2. Tapi lepas TV3 buat MOU dgn FujiTV dulu sekitar awal tahun 2000, terus rasa melekat dgn Jdrama. Kalau nak listkan drama favorite ni susah sikit sebab rasa payah pulak nak rankingkan. Byk jugak yg I suka TT dah letak kat dalam list. So, maybe I letak yg takda dalam list tu je la yek (in no particular order).

1. Shinzanmono (the series)

Cerita diadaptasi dari novel Higashino Keigo. Apa yg I suka dengan drama ni ialah cara penceritaannya yg kreatif di mana setiap episode akan mengkhususkan setiap suspek dan hero kita saudara Abe akan eliminate suspek sampai lah ke episode last. Walaubagaimanapun, plot utama dia cliche yg amat...so kalau dah biasa tgk misteri drama dah boleh agak mcm mana ending dia.

2. Juhan Shuttai

Sebuah drama yg menarik dengan watak heroin (dilakonkan Kuroki Haru) yg mudah disukai ramai. Cerita diadaptasi dari manga mengenai seorang editor yg baru bekerja di syarikat penerbitan buku dan dia ditempatkan di bahagaian Manga. Kelebihan drama ni ialah watak2 di sekitar heroin ni mmg rasa tersangat2 realistik. Contohnya, ada byk jenis pelukis manga ditampilkan dalam drama ni; yg otai+legend, yg legend tapi dah bersara dan hidup susah, yg hotseller, yg melukis manga yg susah difahami pembaca, yg bercita2 nak jadi pelukis manga tapi tak berjaya, yg baru nak masuk bidang manga dan byk lagi. Dalam drama ini proses penerbitan juga ada diceritakan secara ringkas misalnya bagaimana decision dibuat utk terbitkan atau tidak Tankobon (buku kompilasi manga seseorang artis), proses melukis manga itu sendiri, proses membuat cover Tankobon, serta apa itu erti mengulang cetak.


3. Roosevelt Game

Drama ini diterbitkan selepas fenomena Hanzawa Naoki meletop2 suatu ketika dulu. Juga dari penulis novel yg sama dan team produksi dari TBS pun sama. Apa yg I suka ttg drama ni ialah 2 cerita yg diletakkan dalam satu iaitu seorang CEO yg berhadapan krisis dgn syarikatnya dan Team Baseball syarikatnya yg asyik jadi lauk je kat dalam tournament semi-pro. Dua2 pihak ni tak berkaitan secara direct tapi semakin kehadapan episodenya nanti, Si CEO akan belajar dari semangat team Baseball dia yg lauk tu. Adakah CEO dapat hadapi krisis depan belakang kiri kanan yg mahukan dia berundur? Kena tengak lah beb!

4. The Confidence Man JP

Sebuah cerita kelakor mengenai sekumpulan ConMan. Yes, bunyi agak cliche tapi best jugak layan utk hilangkan stress. Very light dan tiga watak utama dia pun menarik. Drama ini juga disusuli dengan 3 filem sequel plus 1 special (setakat ini). Salah satu filemnya telah dishooting di Langkawi dan sekitar Masjid India.


5. Saikou no Rikon

TT ada tulis betapa geniusnya Sakamoto Yuji dekat first post. So ini adalah salah satu cerita kelakor dia yg I suka (lebih dari Quartet 4x400 tu...hihi). Chemistry antara 4 watak utama dalam cerita ni mmg superb dan plot development dia mmg susah nak ramal. Kalau dah biasa dgn Sakamoto Yuji, please expect Sakamoto's kind of ending dari drama ni. BTW, drama ini mengisahkan ttg pasangan suami isteri yg telah berkahwin beberapa tahun. Mereka dah muak dgn perangai masing2 dan merasakan perlu membawa haluan berbeza. Namun utk mencapai perceraian, bukan lah semudah yg disangka. Keadaan menjadi lebih hangat dgn hadirnya bekas kekasih si suami serta seorg lagi lelaki (Ayano Go). Bunyi macam cliche tapi percayalah ia bukan seperti sangkaan anda. Saikou no Rikon jika diterjemahkan bermaksud Perceraian Terhebat.


6. Gomen ne Seishun

Sebuah drama hasil nukilan legend Kudo Kankuro. Kalau dah Kudo Kankuro, dah tentu2 lah drama dia jenis pecah perut dgn plot development yg agak di luar jangka. Drama ni pada I, adalah hasil yg paling balance antara drama2 beliau yg lain (yg lain pun best tapi I tetap pilih yg ni sebagai no.1, tigerdragon pun no.2). Simple tapi pengupasan dan olahan cerita dia tu sgt2 menarik dan kelakor dia tahap gaban. Aspek kebudayaan Jepun turut ditonjolkan dalam drama ni walau secara melawak (seperti beberapa drama beliau yg lain juga to be fair). BTW, drama ini mengisahkan seorg Cikgu yg telah melakukan kesilapan semasa zaman sekolahnya. Beliau ingin menebus kesilapan itu dengan menjadi guru di sekolah yg sama, iaitu sekolah semua lelaki. Di sebelah sekolah tersebut ada sekolah Katolik perempuan. Oleh kerana faktor kewangan, dua sekolah ini merancang utk bergabung. Jadi mereka mulakan dgn progam perintis satu kelas terlebih dahulu dan hero kita akan in-change utk kelas ini.


7. Nobunaga Concerto

Drama historical plus time slip lakonon Oguri Shun dan Shibasaki Kou. Walaupun drama bergenre time slip dah acap kali kita tgk, tapi Nobunaga Concerto sgt2 berbeza dari aspek penceritaannya. Kisahnya mudah, seorg remaja time slip ke zaman Sengoku jepun dan bertukar identiti secara mutual consent dengan Oda Nobunaga. Rasanya kita dah boleh agak perjalanan drama ini, tapi seperti biasa plot yang beshe2 jika dikupas dan diolah dgn menarik akan jadi luar biasa. Drama ini menampilkan watak2 yg lucu dan menarik. Chemistry antara Oguri Shun dan Shibasaki Kou sgt2 lah best sampai penonton akan ship dua org ni. Cuma fakta2 sejarah yg ditampilkan dalam drama ini semuanya dah jadi mengarut lah sikit (walau tak lari jauh dari segi outcomenya). Wholesome drama lengkap dengan element suka, duka, kelakor, jiwang dan action.

8. Dakara Watashi wa Oshimashita

Sebuah drama dengan plot yg unik dan agak berinformasi secara tak langsung. Ia mengisahkan seorang wanita bekerjaya (lakonan Sakurai Yuki) yg agak obses dgn Underground Idol. Dalam drama ini kita akan dihidangkan dgn dunia Idol underground dan apa sebenarnya tarikan para Idol ini sehinggakan peminat sanggup berhabisan duit untuk menyokong Idol kegemaran mereka. Sesuatu yg tak dapat I bayangkan dulu tetapi baru faham lepas tengok drama ni. Dakara Watashi wa Oshimashita secara literalnya bermaksud "Sebab Itu Lah Saya Sokong".

9. Kounodori

Drama yg sngt berinformasi tentang kehamilan dan kelahiran. Pelbagai jenis kelahiran cuba ditonjiolkan serta masalah2 yg dihadapi oleh ibu2 serta mereka yg bertugas di wad bersalin. Cerita yg agak straight forward tetapi heartwarming dalam masa yg sama. Sesuai utk tontonan semua.

10. Ryuusei Wagon

Temanya agak cliche di mana watak utama akan diberi peluang utk mengubah nasib dengan kembali kepada masa lampau yg diinginkan. Hero dalam drama ini mempunyai keluarga yg tunggang langgang, isteri yg disyaki curang, anak yg jadi social withdrawal...sehinggakan satu peringkat beliau hampir kehilangan nyawa akibat terdampar kesejukan di tepi jalan. "Ryuusei Wagon" yg dikendalikan oleh "Dr.Koto" dan anaknya, telah menyelamatkan hero kita tadi dan memberi tawaran utk menukar masa lampau. Di manakah punca permasalahan keluarga Si Hero? Sebuah drama yg penuh dgn nilai2 kekeluargaan yg tinggi...terdapat twist and turn dalam plot drama ini yg agak menarik utk disaksikan terutamanya hubungan Si Hero (lakonan Nishijima) dan ayah beliau (lakonan Kagawa).


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 01:13 AM | Show all posts

Dah start dari 14hb aritu dah ni. Sempat jugak I tgk beberapa movie.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 01:20 AM | Show all posts
tintin22 replied at 23-2-2022 09:40 AM
dulu kan,kat RTM ada 1 J Drama.
Tak ingat sgt,tapi rasa mcm best drama tu.
Ada watak hero nya n ...

Tahun bila tu? Susah nak cari dgn nama Ayumu tu.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2022 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Suke-dono replied at 1-3-2022 01:20 AM
Tahun bila tu? Susah nak cari dgn nama Ayumu tu.

Itulah, memang susah nak cari.
Tahun 90an
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2022 09:32 PM | Show all posts
tintin22 replied at 1-3-2022 07:10 AM
Itulah, memang susah nak cari.
Tahun 90an

Cer try cek kat thread ni
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 173&fromuid=2509317

Kot2 dari poster dalam thread tu U boleh ingat.


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2022 09:13 AM | Show all posts
Suke-dono replied at 1-3-2022 09:32 PM
Cer try cek kat thread ni
https://b.cari.com.my/forum.php? ... 173&fromuid=2509317

tak ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
tintin22 replied at 3-3-2022 09:13 AM
tak ada

Cuba cari sini kot ada

https://mydramalist.com/list/b4q67Ko1
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:07 AM | Show all posts
Berries09 replied at 4-3-2022 09:36 AM
Cuba cari sini kot ada

https://mydramalist.com/list/b4q67Ko1

thanks uolz nti iolz tgk
kalau tak silap iolz rasa,heroin nya org korea
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 05:20 PM | Show all posts
chesfa2 replied at 14-2-2022 06:08 PM
Hahahahahhaha ada extra ASMR ya? Selamat mute sound masa tengok, lama lak nak kena tune telinga :' ...

ntahapeape..haha...ada part yg kena censor kat neflix malaysia..

mat salleh ni pun kecam..it seems wrong on every level..

https://portlandfoodanddrink.com/kantaro-sweet-tooth-salaryman/



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
tintin22 replied at 27-2-2022 07:39 PM
Iolz muda lagi time tu, tak ingat dah
Uolz tau tak? Please,cuma ingat watak hero nama Ayumu.  ...

Dah jumpa belum drama yg uols cari tu?
Iols mmg takdek idea langsung.. Iols pun muda lagi agaknya, iols rasa mcm tak pernah jumpa plak RTM siar cite Jepun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Berries09 replied at 28-2-2022 08:44 AM
Ni ha lalu kt fb

Oh tidak iols dah terlambat rupanya..
Apehal mcm senyap sunyi takdek promosi jah event ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2022 06:48 PM | Show all posts
Suke-dono replied at 1-3-2022 01:03 AM
Hi, semua. Assalamualaikum dan salam keluarga malaysia.

Baru register kat sini sebab ternampak thre ...

Hai uols.. Waalaikumussalam.. Tak tahu nak cakap mcmana betapa happy nya iols ada forumer peminat Jdrama mcm uols ni.. Tolong jgn hilang.. Sila meriahkan benang ni, & benang lagu2 Japanese sana ahahha.. Yup iols dah nampak uols kat sana tadi..hihi..
Oh sebelum tu SELAMAT DATANG..

Sila2 borak jah benda uols nak borak pasal Japan ni.. Iols akan try masuk lebih kerap kalau ada geng yg nak borak pasal Jdrama mcm ni..


Yup Sakamoto Yuji, iols kalau tak kerana sibuk irl mmg akan usaha jugak cari drama2 yg heols tulis.. Mmg ternanti2 rekemen dr org lain mcmni..

Anyway manalah kaka @takayama ni.. Lama tak nampak sheols kat sini..


Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 07:05 PM | Show all posts
AeriSha replied at 13-3-2022 06:48 PM
Hai uols.. Waalaikumussalam.. Tak tahu nak cakap mcmana betapa happy nya iols ada forumer peminat  ...

Terima kasih Sis! Mmg akan masuk sini pasal tujuan I register pun nak borak2 pasal jdrama....haha

BTW, I ada bukak thread lain jugak, tapi yg tu utk review jdrama paling last ditonton....dan tak semestinya yg disukai...kalau yg menyampah pun boleh update kat situ

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Suke-dono replied at 13-3-2022 07:05 PM
Terima kasih Sis! Mmg akan masuk sini pasal tujuan I register pun nak borak2 pasal jdrama....haha
...

Ya Allah manalah uols pegi selama iols dok mencari2 geng Jdrama selama ni? Nak nangis rasa..

BTW uols tengok anime tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
AeriSha replied at 13-3-2022 05:47 PM
Dah jumpa belum drama yg uols cari tu?
Iols mmg takdek idea langsung.. Iols pun muda lagi agakn ...

Dulu2 kala ada uols time late 80s yg igt time i kecik2 org tua2 tgk oshin.. kalo yg kecik2 tgk meoro attack, satu lg cite stewardess tu ntah apa tajuknya tk igt
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2022 09:11 PM | Show all posts
AeriSha replied at 13-3-2022 07:31 PM
Ya Allah manalah uols pegi selama iols dok mencari2 geng Jdrama selama ni? Nak nangis rasa..

...

Ada je tapi masa tu malas nak masuk forum...biasa silent reader je kat d-addicts....last2 sekarang d-addicts pun sunyi mcm library dah...forum melayu biasa kureng sambutan jdrama ni....kdrama pun tgk beshe2 je tu... tapi byk lah sikit peserta dari jdrama kan...kalau minat Kdrama elok pg mydramalist lah...sana ramai...geng BL pun ramai gak tu

Ohh...anime I tak berapa layan sgt sebenarnya...bygkan anime yg famous pun I tak follow tau...haha tapi anime yg short episode ada lah tgk satu dua...mcm initialD ke death note ke


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 10:11 AM | Show all posts
AeriSha replied at 13-3-2022 05:47 PM
Dah jumpa belum drama yg uols cari tu?
Iols mmg takdek idea langsung.. Iols pun muda lagi agakn ...

sampai ke sudah x jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AeriSha replied at 27-2-2022 06:22 PM
Waaahhh ada Abg Takashi Sorimachiiiiiii..Mekaseh link ni..
Mcm best,nnt nak tengoklah,r ...

Tak perasan hero GTO tu mata fokus buat benda lain. Nampak ler kubota masataka, sato takeru dan miura shohei zaman muda main bass, jadi lead happy2 nyanyi sutsugyou lagu2 dalam tu best

Kamiki ryunosuke no satsukyu tengok? Untuk rilek2 dan santai2. Cite berat2 kita peram dulu walaupun cite tu ogushun jadi ML

Manga elitist jangan dikutuk anime and manga otaku awakkk tunggu LA one piece lak,  watak monyet d'luffy tu dia kasi kat pelakon yang tader dalam senarai pilihan. Kita letak personal opinion kat porem tuuuut tuuuut kena bash lak, bukannyer produser nak amik opinion tu pun, malas nak layan otaku2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.303322 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list