CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6377|Reply: 22

[HISTORY OF GEOGRAPHY]: Gunung Everest, Cara Menyebut Namanya Dan Ketinggian Bar

  [Copy link]
Post time 10-12-2020 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Sempena International Mountain Day esok (11/12/2020), jom kita selidik sedikit pasal Gunung Everest.

Selepas lama bertelagah dan setelah berkurun2 pelbagai pendapat diketengahkan oleh scientists tentang ukuran, cara mengukur dan procedures yang perlu, 2 hari lepas kita diberitahu bahawa ketinggian terbaru Gunung Everest sudah dipersetujui (biarpun oleh sesetengah pihak??). Ianya adalah 8848.86 meters (29, 032 kaki). Di beritakan, Nepal bersetuju dengan ukuran mengguna kan procedures pihak PRC, yang sebelum ini diadukan pada tahun 2012 oleh Nepal sebagai memberi tekanan kepada negara itu untuk menerima procedure mereka.  Kita belum tahu apa pandangan India atau UK tentang ini, atau pendapat Royal Geographical Society. Ketinggian yang diterima pada tahun 1954 (8848m adalah dari ukuran Survey of India). Ukuran pada tahun 2005 adalah oleh PRC. Inilah pertama kali nya Nepal berjaya mengukur Gunung Everest secara sendirian.
Beberapa tahun lalu, 4 Surveyors dari Nepal berlatih selama 2 tahun untuk tugas ini dan 2 darinya berjaya sampai ke puncak Everest untuk meletakkan equipments yang diperlukan pada tahun 2019. Mengambil paras laut di Bay of Bengal sebagai paras laut, kerajaan Nepal lalu meletakkan sebaris measuring stations sepanjang jarak 250km dari situ ke tempat pertama Mt Everest mula dapat dilihat dengan mata kasar dan ukuran dibuat tepat pada 0300 yang merupakan masa terbaik untuk tujuan seumpama itu. Ketua team Surveyors ini kehilang jari kakinya kerana frostbite. PRC menggunakan Yellow Sea sebagai paras laut mereka.


Gunung berusia 50-60 million tahun ini dinamakan mount Everest oleh Andrew Waugh, pengganti Colonel Sir George Everest, sebagai Surveyor General Of India. Everest adalah surname dari England, dan ianya disebut ''iiv reast'' (seperti EVE dalam ''Adam & Eve'' dan -REST dalam ''Dearest'').


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2020 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Everest hasn’t stopped growing

Earth scientists estimate that Everest is 50 to 60 million years old, a youngster by geological standards. The mountain was formed by the upward force generated when the Indian and Eurasian tectonic plates collided, pushing up the rocks that formed the highest mountain on Earth. That force is still at work today, pushing Everest’s summit about a quarter of an inch higher each year.

Source:
https://api.nationalgeographic.com/distribution/public/amp/adventure/everest/reference/climbing-mount-everest

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2020 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ahli Pasukan Ekspedisi Everest 97, Ramakrishnan meninggal dunia
- Berita Harian, December 4, 2020 @ 11:57pm


KUALA LUMPUR: Penggemar aktiviti pendakian hari ini dikejutkan dengan pemergian aktivitis alam sekitar yang juga ahli pasukan misi menawan Gunung Everest 1997 R Ramakrishnan.

Menurut rakannya Dilip Martin, mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung malam tadi di Brinchang, Cameron Highlands pada usia 55 tahun.

Ramakrishnan pernah dianggap mempunyai kemampuan untuk menjadi pendaki negara pertama menawan puncak tertinggi dunia itu tetapi tidak mendapat pelepasan mendaki kerana 'frostbite' atau luka beku.

Sehingga nafas terakhir beliau, mendiang aktif sebagai Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH) selain sebagai ahli Malaysia International Search and Rescue (MISAR) serta Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia (MVFRA).

Beliau juga adalah rakyat Malaysia pertama menawan puncak Annapurna IV setinggi 7,525 meter di Nepal dan diletakkan dalam senarai pertama untuk tiba di puncak Everest.

Rakan sepasukannya dalam ekspedisi itu, Datuk M Magendran, rakyat Malaysia pertama menakluk Everest, berkata Ramakrishnan adalah seorang rakan yang berdedikasi dan berkebolehan.

"Beliau adalah pendaki yang amat berpengalaman. Semasa latihan pra-ekspedisi pada 1996, kira-kira 20 pendaki dalam kumpulan kami telah diasingkan kepada dua kumpulan, saya dalam kumpulan ke India manakala beliau dalam kumpulan ke Nepal.

"Beliau berjaya dalam usaha di Annapurna IV dan tampil sebagai yang pertama serta satu-satunya rakyat Malaysia yang menakluk puncak itu pada 1996. Malangnya, beliau mengalami kecederaan kaki dan luka beku, jadi terpaksa mendapatkan rawatan di Malaysia.

"Mendiang akhirnya berjaya menyertai kami di Kathmandu setelah mendapat pelepasan daripada doktor Malaysia namun gagal memperoleh permit daripada doktor di Nepal untuk mendaki. Saya amat positif beliau akan berjaya sampai ke puncak jika dibenarkan, beliau adalah seorang pendaki yang kuat serta aktif dalam aktiviti pendakian sehingga kini," katanya kepada Bernama.

Seorang lagi wira Everest negara, Datuk N Mohandas turut meluahkan rasa duka cita dengan pemergian Ramakrishnan, yang menurut beliau adalah individu yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental, amat kental serta tidak mudah patah semangat. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 11:40 PM | Show all posts
keypochino replied at 11-12-2020 01:20 AM
Everest hasn’t stopped growing

Earth scientists estimate that Everest is 50 to 60 million years  ...

ya keypo, dan inilah juga sebabnya Nepal ukur kembali, sebab lepas gempa bumi besar di area tu few years ago, depa takut ianya makin tinggi (atau makin rendah). Juga Nepal nak la jugak kata depa boleh ukur sendiri (Everest ni didalam boundaries mereka)
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 13-12-2020 11:40 PM
ya keypo, dan inilah juga sebabnya Nepal ukur kembali, sebab lepas gempa bumi besar di area tu few ...

I wonder.. in terms tourism negara mana yg dpt benefit.. ke ikut route mana yg diorg naik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2020 11:45 PM | Show all posts
keypochino replied at 11-12-2020 01:25 AM
Ahli Pasukan Ekspedisi Everest 97, Ramakrishnan meninggal dunia
- Berita Harian, December 4, 2020 @ ...

wah terer Magendran tu, sampai dia ke puncak ya?
4,469 pernah sampai kesana mengikut audit setakat tahun 2016 dan dia adalah antara 4469 yg terpilih ni lah.
tahun itu (2016), 667 org sampai ke puncak (dalam tahun 2018, 800 sampi.. record katanya wikipaedia).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah masa MISI everest ni gov funded dan ada tabung kutipan juga..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 12:07 PM | Show all posts
Dua anak Malaysia, M. Magendran dan N. Mohanadas mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest menjelang tengah hari 23 Mei 1997 waktu Nepal. Tepat pukul 2.10 petang waktu Malaysia.

Mereka adalah dua daripada empat pendaki akhir dalam pasukan 10 pendaki yang ketika itu menggalas cabaran untuk menjadi rakyat Malaysia pertama berjaya menawan kemuncak dunia itu. Mereka adalah bahagian daripada pasukan 20 anggota dalam misi yang dinamakan Projek Malaysia-Everest ’97.

Seramai 120 orang dilaporkan menjalani ujian kelayakan sebelum 40 orang terpilih untuk mengikuti latihan kecergasan di dalam dan di luar negeri termasuk di India, New Zealand dan Nepal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di Banjaran Himalaya. Daripada 40 pelatih itu, 10 orang kemudian terpilih untuk disenaraikan sebagai pasukan pendaki.

Peserta Projek Malaysia-Everest ’97 itu adalah perintis dalam projek besar idea Dr Mahathir Mohamad. Bekas perdana menteri itu mahu membebaskan pemikiran rakyat daripada rasa rendah diri dan menggantikannya dengan semangat mahu berjaya dengan slogan “Malaysia Boleh”.

Projek itu menelan belanja RM4.5 juta dengan penglibatan bersama kerajaan dan swasta serta sumbangan orang ramai melalui tabung derma khas, Tabung Seringgit Ke Everest ’97.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2020 05:54 AM | Show all posts
keypochino replied at 13-12-2020 11:50 PM
Haah masa MISI everest ni gov funded dan ada tabung kutipan juga..

i see.. terima kasih keypo for the additional info
sy dgr sikit2 je masa tu ada malaysians planned nak ke summit of everest
sampai ye depa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2020 05:57 AM | Show all posts
keypochino replied at 14-12-2020 12:07 PM
Dua anak Malaysia, M. Magendran dan N. Mohanadas mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest ...

i see.. so this was how it happened.. sy recalled that masa tu adalah pertama skali sy dengar tentang ''jalur gemilang'' utk malaysian flag.
terer mereka.. benar2 terpilih
also thanks for the extra info
nak gi CI control panel jap.. nak tgk2 reports, spams dan rates
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2020 12:30 AM | Show all posts
keypochino replied at 13-12-2020 11:50 PM
Haah masa MISI everest ni gov funded dan ada tabung kutipan juga..

i see...
macam tabung rakyat dulu utk tayang world cup 1982 kat rtm
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 30-12-2020 12:30 AM
i see...
macam tabung rakyat dulu utk tayang world cup 1982 kat rtm

Ooyeke.. yela license World Cup tu mahal kan.. sbb tu Astro cas mahal utk langgan astro sports channel..

Misi Everest 97 adalah perintis kepada  kempen kibar jalur gemilang ni..lepas tu ada misi merentas selat inggeris Malik Maiden, misi kapal layar Azhar Mansur
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendaki nikmati teknologi komunikasi 5G di Gunung Everest -BERNAMA

GUNUNG Everest. FOTO AFP
Kuala Lumpur: Lebih dua dekad lalu apabila dua pendaki pertama negara Datuk M. Magendran and Datuk N. Mohanadas menjejakkan kaki di puncak Everest, mereka berkomunikasi dengan walkie-talkie dan terpaksa menunggu lebih 10 hari, untuk memproses foto yang diambil di gunung tertinggi dunia itu.

Kini semuanya pantas dan canggih, hasil kejayaan Huawei dan China Mobile memasang dua stesen pangkalan 5G di gunung itu pada April lalu, pendaki kini boleh gunakan pelbagai peralatan komunikasi termasuk telefon pintar, dan memuat naik terus gambar dan video perjalanan dengan peranti itu sehingga ketinggian 6,500 meter.


Menceritakan kisah nostalgik Ekspedisi Malaysia-Everest 97, Magendran menjelaskan bahawa, ekspedisi yang diketuai Allahyarham Nor Ramlle Sulaiman ke gunung tertinggi dunia itu dibekalkan dengan peralatan yang paling canggih pada ketika itu, dalam percubaan untuk menawan puncak setinggi 8,848m.

Ia termasuk walkie-talkie, telefon satelit Inmarsat-B yang dibekalkan Telekom Malaysia (TM) yang turut memasang pemancar di puncak Gunung Kala Patthar, sebuah gunung dengan ketinggian 5,643m berdekatan Everest untuk memudahkan komunikasi di antara pendaki dengan Kem Induk Everest (EBC).

Selain itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penaja siaran telah menghantar krew untuk menyediakan studio mini di EBC dan memasang peralatan telekomunikasi, seperti parabola untuk siaran langsung daripada ketinggian 5,400m.

Magendran, Pengetua SMK Taman Sri Muda, Shah Alam, berkata ahli pasukannya juga telah membawa satu tong bateri AAA yang dibekalkan oleh sebuah syarikat bateri, kerana terpaksa menukar bateri walkie-talkie dengan kerap.

"Apabila berada dalam keadaan yang begitu sejuk, kuasa bateri cepat menurun jadi kita kena sentiasa tukar atau ada masa kita balut bateri dengan selimut, untuk memastikan bateri itu tak sejuk. Walaupun kami mempunyai enam kamera ketika berada di puncak, tapi kebanyakannya dah jam.

"Pada masa itu kita menggunakan 'filem roll', jadi kita tak dapat periksa sama ada gambar yang diambil itu jadi atau tidak jadi. Kita kena balik ke KL untuk hantar filem ke kedai untuk cuci filem itu, barulah kita tahu sama ada gambar itu jadi atau tidak.

"Bukan macam sekarang, kita terus dapat tahu kalau gambar tak cantik, kita boleh ambil sekali lagi dan masih boleh memuat naik 'selfie' dari EBC. Daripada segi komunikasi peralatan sekarang memang canggih," katanya ketika satu pendakian santai bersama kakitangan Bernama di Bukit Wawasan, Puchong dekat sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut Magendran, 57, berkata sejurus beliau dan Mohanadas tiba di puncak Everest pada 23 Mei 1997, mereka telah menghubungi 'radio base' yang disediakan oleh pasukan Malaysia di Kem 2 (6,500m) menerusi walkie-talkie, yang kemudian menyampaikan mesej itu ke EBC.

Beliau berkata, dari EBC, RTM telah membuat siaran langsung mengumumkan berita yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia ketika itu.

Malangnya, pasukan itu tidak dapat bercakap dengan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun), yang berada di London kerana cuaca di Himalaya kurang baik.

Sementara itu, mengenai kesesakan di puncak itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mohanadas berkata ia disebabkan oleh ketidakseriusan kerajaan Nepal, dalam mengehadkan jumlah pendaki bagi setiap tahun.

Menurut beliau, lebih 500 pendaki menggadai nyawa mereka untuk berdiri di puncak tertinggi itu setiap tahun, berbanding kurang daripada 200 pendaki setahun 20 tahun dahulu.

"Aktiviti pendakian sudah menjadi popular sekarang dan ramai berkemampuan. Laluan perjalanan dan pendakian memang sempit dan berbahaya, apabila ramai diberikan permit, keadaan akan sesak sehingga pendaki beratur menunggu giliran mereka.

"Apabila terlalu ramai, agak sukar untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku apa-apa bencana seperti runtuhan salji (Avalanche) atau cuaca buruk. Kami bertuah kerana dapat meluangkan masa selama sejam di puncak pada 1997, tetapi kini hanya dapat berada di puncak selama beberapa minit sahaja," kata Mohanadas yang menyambut ulang tahun ke-59 pada Isnin.

Bagi mengelakkan luka beku (frostbite) ketika pendakian di tempat beraltitud tinggi dan sejuk, beliau menasihatkan para pendaki supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berwajib dan memakai pakaian tahan sejuk yang berkualiti tinggi.

Daripada 20 pelatih terakhir, hanya 10 peserta dipilih untuk meneruskan misi pendakian ke Everest dengan empat pendaki daripada itu - Magendran, Mohanadas dan juga Allahyarham Mohamed Fauzan Hassan serta Gary Chong Kim Wah - sampai ke kem 4 (kem terakhir) di paras 8,000m, sebelum dua rakan mereka itu menarik diri kerana faktor kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2020 @ 9:14 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 06:19 AM | Show all posts
keypochino replied at 30-12-2020 01:22 AM
Pendaki nikmati teknologi komunikasi 5G di Gunung Everest -BERNAMA

GUNUNG Everest. FOTO AFP
Terimakasih rajin menyumbang
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2020 03:05 PM | Show all posts

sama2.. topik ni interesting pd keypo.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2020 08:41 AM | Show all posts
keypochino replied at 30-12-2020 03:05 PM
sama2.. topik ni interesting pd keypo.. hehe

sebenarnta, Everest sendiri tak lah suka nama gunung tu diletak atas nama dia.. rasanya dia tak suka sebab nak eja dan pronounce dlm hindi susah.. if im not mistaken
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2021 11:40 PM | Show all posts
ipes2 replied at 31-12-2020 08:41 AM
sebenarnta, Everest sendiri tak lah suka nama gunung tu diletak atas nama dia.. rasanya dia tak su ...

Kan.. saya pun terfikir kenapa nama gunung ni tak guna bahasa local.. macam kita ada gunung kinabalu.. sebab kalau guna nama dlm bahasa local, menunjukkan jatidiri dan kebanggaan penduduk di situ dgn aset yg mereka ada..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2021 05:18 AM | Show all posts
keypochino replied at 2-1-2021 11:40 PM
Kan.. saya pun terfikir kenapa nama gunung ni tak guna bahasa local.. macam kita ada gunung kinaba ...

ye, ada.. pergaduhan jugak tau pasal ini, dan ianya sangat tidak adil. sekejap, saya buka thread berkenaan sejarah penamaan Everest ini. sangat menarik kerana ianya memasuki isu2 perkauman, colonialism dan tradisi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan dulu pernah terpilih untuk summit Everest. Tapi dia tak lepas saringan yang keberapa entah. Pernah tengok movie Everest - based on true story. Tengok challenges and routes nak sampai puncak tu no wonder la kena betul2 fit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tau pasal gunung everest xsilap masa tadika kot baca kt paper..masa tu baru pandai membaca..so rajin le..news psl pendaki malaysia..rasanya atuk tu india kot..nth la..lama sgt..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.076170 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list