CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
Post time 10-11-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih TT for the update..
Sentiasa menunggu dengan sabar untuk cerita baru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2021 03:02 PM | Show all posts
semakin bes citernya
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2021 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks tt...   
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2021 05:05 PM | Show all posts
setiap hari login mesti bukak thread ni. tazabaarrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2021 01:40 PM | Show all posts
terima kasih pada semua yang sabar menunggu update terkini dari I. sorry tau lambat update biasala tuntutan kerjaya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2021 02:09 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 16-11-2021 02:12 PM

Bila Ayah Yang Suruh...

Citer ni agak berpusing-pusing sikit, aku akan ceritakan dalam beberapa bahagian, tapi bahagian yang benar-benar terjadi ni memang aku tak pernah cerita kat orang pun sebab aku rasa takde orang nak percaya cerita aku ni.  

Mula-mula biarlah aku ceritakan latar belakang aku dulu. Ayah dan abangnya yang aku panggil Pakcik Gary sama-sama bekerja sebagai penternak lembu dan mereka mengerjakan tanah masing-masing yang cuma bersebelahan je di Wisconsin.  Jarak rumah kami cuma 2 batu je.  Ayah dan Pakcik Gary ni memang saling bantu membantu, diorang ni memang rapatlah.  Kadang-kadang, kalau nampak aku tak buat ape je, ayah aku akan suruh aku pegi rumah Pakcik Gary, 'pegilah rumah Pakcik Gary tu. Tolong apa yang patut'.  Macam tulah eratnya ikatan adik beradik antara ayah dan Pakcik Gary.

Nak dijadikan cerita, ayah dah tak larat mengerjakan tanah jadi akulah yang ambil alih urusan tanah ayah tu.  Tanah Pakcik Gary pula diserahkan pada anaknya, Mike.  12 tahun yang lalu, Pakcik Gary meninggal dunia.  Janda Pakcik Gary berkahwin lagi jadi dia pindahlah ikut laki baru.  Pakcik Gary dan isterinya dah berumur 70an la jugak masa tu.  Mike yang mewarisi tanah Pakcik Gary tu pun balik kampung la dan berpindah masuk ke rumah lama dia.  Tapi selepas kematian Pakcik Gary, Mike jual lembu-lembu dia, lepas tu dia dapat kerja makan gaji dan tanah bahagian dia tu disewakan kepada aku.  6 tahun yang lalu, ayah aku pulak meninggal dunia setelah 18 tahun dalam jagaan aku.  Ayah lahir, membesar dan meninggal pun di rumah kami ni, memang ayah pun tak pernah berpindah ke mana-mana.

Nak dijadikan cerita, setahun selepas ayah meninggal, pada satu malam di bulan Oktober, Mike nyalakan api di pendiang kayu di bahagian bawah rumah untuk hangatkan rumah tu, lepas tu dia masuk tidur.  Kebetulan, adik perempuan Mike pun tinggal kat situ jugak, dia baru balik dari kerja waktu tengah malam tu.  Dia pergi tambah kayu dalam pendiang api tu lepas tu dia pegi tidur.  Mungkin sebab terlalu penat dan terlalu selesa tidur dalam keadaan hangat-hangat ni, api yang mulanya kecil jadi kawan tu jadi marak sampai jadi lawan.  Dalam pukul 3 pagi, rumah Mike terbakar dijilat api tapi yang perasan masa tu adalah aku. Yang panggil bomba pun aku.

Aku pun kene pegi balai untuk kasi keterangan sikit, dan ini keterangan rasmi aku macam mana aku pulak yang perasan rumah Mike tu terbakar.  Malam tu, aku baru balik dari perjalanan window-shopping peralatan berkebun yang murah-murah, jauh aku berjalan mencari serata negeri. Dalam perjalanan balik ke rumah tu, aku singgah kejap di bandar sebelah nak tengok wayang larut malam.  Dah habis tengok wayang, aku makan di restoran 24 jam.  Tang tung tang tung, hampir 3 pagi jugak aku sampai ke rumah aku tapi aku kan kene lalu rumah Mike dulu, aku ternampak cerobong asap rumah Mike keluar api dan rumahnya berasap.  Aku terus telefon 911 panggil bomba, lepas tu aku pun singgahlah di rumah Mike dan kejutkan Mike, nasib baik rumah Mike ada pemadam kebakaran jadi kami pun kawallah kebakaran tu setakat mana kami mampu.  Nasib baik bomba cepat sampai dan kebakaran tu tidak merebak ke seluruh rumah.  Adalah kerosakan sikit-sikit, tapi kalau lambat sikit api tu dah nak sampai ke dapur dah.



Ok yang ni kenyataan rasmi yang memang direkod oleh pihak berkuasa.  Kenyataan nilah jugak yang aku cerita kat orang bila ada orang yang tanya macam mana aku boleh jadi saksi kebakaran tu.  Tapi yang sebenarnya...

Malam tu sebenarnya aku balik awal, pukul 10.30 malam dan terus masuk tidur.  Memang aku masuk tidur awal malam tu.  Ni aku tak pastilah samada aku bermimpi ke atau aku berhalusinasi, tapi pada pukul 3.00 pagi, ayah bukak pintu bilik aku siap pasang lampu.  "Cepat bangun, pegi rumah Pakcik Gary tu".  Aku pulak masih mamai-mamai, aku cakaplah kat ayah, 'ala esok pagi jelah ayah'.  Tapi ayah berkeras jugak, 'tak boleh! Sekarang jugak ko kena pegi!'.  Tinggi suara ayah sampai aku terus terbangun.  Pastu baru aku teringat, ayah dah setahun takde... Tapi ni pintu bilik terbukak, lampu terpasang....Aku cuba yakinkan diri sendiri eh aku mimpi je ni, tapi aku tak lupa yang aku memang dah tutup lampu tutup pintu bilik.  Nak tidur balik dah tak boleh, jadi aku pun tukar baju dan memandu ke rumah Pakcik Gary. Masa tulah aku nampak kebakaran tu...

Aku duduk sorang diri jadi aku memang takde saksi yang boleh sahkan peristiwa ni.  Tapi korang paham kan kenapa aku kena beri kenyataan palsu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2021 02:34 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 16-11-2021 01:40 PM
terima kasih pada semua yang sabar menunggu update terkini dari I. sorry tau lambat update biasala t ...

chaiyok2, kami tetap menunggu haptedan daripada TT di kala menghambat dateline closing acc 30 Nov ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita semakin best..
Best..best..best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2021 05:05 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 18-11-2021 09:52 AM

Sumpahan Pasu Basano

Pasu Basano ni adalah sebiji pasu perak yang dibuat pada kurun ke-15.  Mengikut lagenda, pasu ini dihadiahkan kepada seorang pengantin perempuan dari sebuah kampung kecil di Napoli, Itali sebagai hadiah perkahwinannya.  Walaubagaimanapun, pengantin malang tersebut tak sempat memeterai pernikahan kerana dia mati dibunuh pada malam sebelum kendurinya dengan tangannya memegang pasu ini...

Sejak itu, pasu ini seolah-olah mengundang kematian kepada sesiapa yang berani untuk memilikinya.  Namun begitu, tiada siapa pun tahu apa punca dan kenapa pasu ini seolah-olah memiliki kuasa sumpahan yang terlalu kuat.  Yang lagi misteri, pasu ini telah hilang tanpa dapat dikesan dan sehingga kini tiada siapa tahu di mana keberadaannya...  Diikutkan cerita, pasu itu berpindah dari keluarga mendiang pengantin malang itu kepada keturunan seterusnya, tetapi pasu itu disorok dari pengetahuan orang lain kecuali keluarga tersebut.  Pasu itu dikatakan ditanam di sebuah lokasi rahsia. Sehinggalah pada 1988,pasu itu dijumpai semula.

Individu yang menemui pasu itu telah memeriksa pasu tersebut, dalam pasu tu ada tertulis satu nota, "berhati-hati...pasu ini mengundang kematian".  Tapi nota itu dibuang begitu sahaja kerana individu itu tidak percaya pada perkara tahyul.  Lalu pasu itu dilelong dan berjaya dijual dengan harga 4 juta lira, satu harga yang cukup mahal pada ketika itu.  Ianya dibeli oleh seorang ahli farmasi.

Ahli farmasi itu meninggal 3 bulan setelah membeli pasu itu.  Keluarga mendiang menjual pasu itu kepada seorang doktor, doktor tu pun mati 3 bulan kemudiannya di usia yang sangat muda, iaitu 37 tahun.  Lagi sekali, pasu itu bertukar tangan kepada seorang ahli arkeologi yang juga penggemar barangan antik.  Sama jugak, 3 bulan kemudian dia meninggal dunia secara mengejut. Punca kematiannya adalah akibat jangkitan misteri.  Akhirnya, tiada siapa pun yang berani nak membeli pasu itu walaupun dijual dengan harga tak balik modal.

Keluarga mendiang ahli arkeologi itu sangat kecewa dan pada masa yang sama, risau sekiranya sumpahan itu akan beralih kepada mereka memandangkan tiada siapa yang sanggup nak simpan pasu tu.  Kerana terlalu kecewa, salah seorang ahli keluarga mendiang itu telah melempar pasu itu keluar tingkap, dan kebetulan pasu itu terkena pada kepala seorang polis yang sedang meronda.  

Nasib baiklah polis tu tak mati.  Geram punya pasal, ahli keluarga itu telah disaman oleh pihak polis, tapi keluarga itu tetap enggan nak menerima semula pasu itu.  Mereka lagi sanggup bayar denda.  Pihak polis cuba nak serahkan pasu itu kepada muzium, tetapi pihak muzium menolaknya.  Mungkin sebab reputasi pasu itu.  Dan itulah kali terakhir pasu itu dikenalpasti keberadaannya.  Ada yang kata pasu itu ditanam semula oleh polis di lokasi yang dirahsiakan, ada yang kata disimpan di tapak perkuburan di dalam kotak plumbum.  

Di bawah ni aku letak satu-satunya gambar pasu Basano yang berjaya direkodkan sebagai bukti bahawa pasu ini wujud.  Manalah tau kan kot-kot korang ada pasu ni....



Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 17-11-2021 05:05 PM
Sumpahan Pasu Basano

Pasu Basano ni adalah sebiji pasu perak yang dibuat pada kurun ke-15.  Mengiku ...

tahan lama btl pasu ni...tak pecah2....atau xdpt di pecah kan...
ada 1 thread forummer crta psl pasu..pasu tu ada campuran abu manusia
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2021 05:33 PM | Show all posts
Misteri Rumah Tinggal

2 tahun lalu, aku bertemu dengan seorang lelaki di sebuah parti.  Lelaki itu bercerita pada aku dan rakan-rakanku tentang sebuah rumah tinggal yang dia selalu pergi, saja nak teroka sambil tangkap-tangkap gambar.  Kami pun ajaklah dia bawak kami ke rumah tinggal tu, pada mulanya dia macam enggan tapi setelah dipujuk dia pun setuju dan kami pun rancanglah untuk pergi ke situ 2 hari kemudiannya.

Aku dan rakan-rakanku dibawa oleh lelaki itu ke lokasi yang dimaksudkan, rupa-rupanya rumah tu tak jauh pun dari rumah aku, dalam 10 minit perjalanan je. Tapi sebab kedudukannya yang tersorok memang aku tak sedar kewujudan rumah tu walaupun seumur hidup aku membesar kat situ.  Dalam perjalanan tu, lelaki tu sempat menceritakan sejarah rumah tinggal tu.  Rumah tu dibina pada awal 1900, pada mulanya rumah tu adalah rumah anak yatim yang diuruskan oleh seorang paderi lelaki.  Paderi lelaki tu mula berkelakuan pelik, jadi pihak gereja pun hantarlah penghalau hantu atau exorcist ke rumah tu.  Penghalau hantu tu kata ada beberapa ekor syaitan cuba nak lepaskan diri ke dunia ni melalui sebuah perigi di rumah tu, jadi dia pun 'tutup'lah perigi tu dan buat perigi di tempat lain pulak. Tak lama lepas tu, paderi lelaki tu tiba-tiba mengamuk dan membunuh semua kanak-kanak dan penghuni rumah tu, lepas tu dia bunuh diri.  Sejak dari kejadian tu, rumah tu ditinggalkan begitu sahaja.  Tiada siapa yang berani nak memiliki atau mendiami rumah tu lagi....



Walaupun sejarah rumah tu agak menyeramkan, tapi aku masih lagi skeptikal dengan cerita lelaki itu.  Aku sendiri seorang yang tak percaya dengan kewujudan makhluk yang tak boleh dilihat dengan mata kasar ni, termasuklah dengan roh jahat ke ape ke.  Walaupun rumah tu dekat je, tapi perjalanan kami ambil masa jugak sebab kami terpaksa berpusing-pusing nak cari jalan masuk ke rumah itu.  Ini kerana, jalan berturap nak masuk ke rumah tu dah bersemak-samun tanda dah lama takde orang ke situ, tu yang makan masa jugak untuk lelaki tu cam jalan masuknya.  Dah jumpa tu, kami rempuh je semak samun tu dengan kereta kami.  Semak samun tu macam pagar sebab lepas semak tu je, ada kawasan lapang dan dihadapan kami tersergam indah rumah tinggal tu...

Rumah tu diapit dengan sebuah rumah kecil dan sebuah bangsal di kiri kanannya.  Lelaki tu memberi amaran pada kami, tak perlu masuk rumah kecil dan bangsal tu sebab kedua-dua bangunan tu sebenarnya dah reput tunggu masa nak roboh je, tak selamat untuk dimasuki.  Jadi kami pun beramai-ramai masuk ke rumah utama je.  Kawasan rumah tu memang tak terjaga, pokok-pokok meninggi mengelilingi rumah tu, dah macam dalam hutan je.  Tapi kami beranikan diri melangkah masuk ke rumah tu diketuai oleh lelaki tadi.  Kami berkumpul dulu di ruang hadapan rumah tu, dan lelaki itu bercerita lagi.

Lelaki tu cakap, beberapa bulan lalu, dia dan kawan-kawan dia saja datang situ lepak-lepak hisap rokok, di ruang yang kami tengah berdiri nilah, apabila mereka semua ternampak ada lembaga hitam keluar dari sebuah bilik di sebelah kanan kami.  Bilik tu penuh dengan kulat dan lumut hitam.  Lelaki itu mendakwa, lembaga itu telah mengejar mereka jadi mereka pun bertempiaran keluar dari rumah tu.  Lembaga tu kejar mereka sampai mereka naik kereta dan selepas mereka melepasi semak yang jadi sempadan rumah ni barulah lembaga itu tidak kelihatan lagi.  Sebab tulah dia sebenarnya rasa berat hati nak datang sini lagi.  Tapi dah kau pun gatal nak cerita pasal kewujudan rumah ni pada kitorang dah kenapa?  Aku dan kawan-kawan aku lagilah rasa teruja dan kami ambil keputusan untuk meredah masuk ke dalam lagi rumah besar itu.

Mula-mula kami sekumpulan naik ke tingkat atas.  Masa ni aku dah rasa seronok dah mungkin sebab adrenalin.  Kami meneroka tingkat atas tu tapi tiada apa penampakan, jadi kami pun turun semula ke tingkat bawah.  Lelaki yang bawak kami tu kata dia asyik rasa seram je kalau kat tingkat bawah ni.  Kami dibawa masuk ke sebuah bilik, lelaki tu cakap inilah bilik paling gelap dan kami semua diminta untuk tutup lampu suluh masing-masing supaya mood angker tu sampai.  Sebelum tu aku memilih untuk duduk di bawah tangga dalam bilik tu dan sebaik sahaja aku tutup lampu suluh, perasaan seronok tadi bertukar jadi seram.  Tiba-tiba bahuku terasa berat macam ada seseorang tengah duduk di atas bahu aku itu.  Aku terkaku seketika bila terasa begitu, pastu aku terus bukak balik lampu suluh aku dan aku gesa yang lain pun sama-sama bukak lampu masing-masing.  "Pasai apa wei pasai apa?".  Aku pun cakaplah aku rasa macam ada benda kat bahu aku, tapi takde apa pun.  Semua orang tersenyap bila aku cakap macam tu.  Kemudian adalah seorang kawan perempuan aku berterus-terang dia rasa macam tak sedap hati jadi dia minta untuk ekspedisi ni ditamatkan sahaja.

Kami pun keluar dari rumah tu dan menuju ke kereta. Sebelum tu, aku dan lelaki yang bawak kami tu hisap rokok dulu buat hilangkan gementar.  Tengah layan rokok tu aku terpandang bangsal di tepi rumah tu, aku ternampak kat bahagian atas bangsal tu ada lampu terpasang.  Entah kenapa aku rasa macam tertarik nak pergi situ dan tanpa disedari kaki aku melangkah sendiri ke arah itu.  Lelaki yang temankan aku merokok tu terperasan, dia terus tarik aku balik ke kereta.  Dia sempat berbisik pada aku, 'aku tau ko teringin nak pergi situ. Samalah macam aku masa pertama kali aku datang sini'.  Lelaki tu cakap kat aku, dalam masa beberapa hari ni, aku akan rasa nak sangat datang sini, macam dia. Hari-hari dia datang sini selepas pertama kali menjejakkan kaki ke rumah tu macam ada sesuatu yang pujuk dia suruh kembali. Hari-hari dia datang sampailah insiden kene kejar lembaga tu.

Kami pun memandu balik ke rumah masing-masing dalam keadaan senyap.  Malam tu aku tak boleh tidur, dan betullah apa yang lelaki tu cakap, hari-hari aku teringat-ingat je rumah tu.  Aku rasa macam nak sangat balik ke situ tapi aku lawan perasaan itu.  Berhari-hari jugaklah aku rasa macam aku tidak pernah keseorangan.  Agaknya sebab terlalu 'rindu' dengan rumah tu, sampai aku jadi demam.  Demam yang sangat teruk sampai sakit tekak.  Aku kehilangan suara sampai berhari-hari.  Bukan kesihatan fizikal aku je, kesihatan mental aku pun turut terjejas.  Aku selalu marah-marah dan rasa tertekan.  Walaupun aku ada sejarah isu berkenaan mental, tapi aku dah okay sebab aku rajin makan ubat dan buat rawatan di hospital.  Selepas 2 minggu aku melawat rumah tu, aku dapat rasakan yang aku ni macam makin teruk fizikal dan mental jadi aku pun relakan diri masuk wad di hospital untuk dirawat.  2 minggu jugaklah aku kena tahan.  Barulah aku kembali normal.

Sejak dari hari tu, setiap kali aku terpaksa lalu depan semak nak masuk ke rumah tu, aku macam ditarik-tarik nak datang ke situ.  Tapi aku gagahkan diri jugak, sebab aku tau itu suma cuma ajakan entiti rumah tu je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2021 07:21 PM | Show all posts
Dirasuk penunggu istana

Kejadian ni terjadi semasa tahun 2001, waktu tu aku baru berusia 19 tahun dan tinggal di London.  Pada tahun itu, aku melawat sahabatku dari Melbourne yang kini tinggal di utara England di luar bandar Leeds, di sebuah bandar kecil bernama Harrogate.  Di bandar tempat dia tinggal tu, ada sebuah istana lama yang dibina pada kurun kt 14, tapi sudah lama ditinggalkan.  Pada petang itu kami sempat berjalan-jalan di kawasan tu dan masa tulah kami terjumpa istana lama ni.  Kami ada bertanyakan pada ahli keluarga kawan aku tu tentang sejarah istana itu, tapi keluarga dia melarang sama sekali kami untuk pergi ke istana itu pada waktu malam. Siang-siang je boleh.  Tapi kami berdua sama-sama kepala batu, malam tu pukul 11.30 malam kami senyap-senyap menyelinap keluar pergi ke istana itu.

Istana itu sebenarnya dalam proses pembaikan dan pemulihan semula, harga kontrak yang ditawarkan sampai 1 juta pound dan kontraktor pun dah dilantik, tapi kerja-kerja belum dimulakan lagi.  Cuma istana itu sudah dinaikkan penghadang di sekeliling kawasannya jadi untuk memasuki istana itu, kami terpaksa melalui paya lama yang dah kering tapi masih berselut . Namun begitu kami berjaya jugak menempuh paya lama tu dan masuk ke istana itu.


Malam itu malam yang berangin tanpa awan di langit, tapi bulan tengah mengambang, jadi penglihatan kami agak jelas dek sinaran bulan itu.  Kami bersiar-siar di dalam istana itu, dan kawan aku terjumpa satu tangga berpusing ni, dia pun ajaklah aku naik tangga tu.  Tangga itu membawa kami ke tembok di tingkat paling atas bangunan itu.  Tapi tangga itu memang gelap gelita sebab ianya tersembunyi, masa nak naik tu memang meraba-rabalah kitorang, tapi akhirnya bila kami sampai di tingkat atas tu memang sangat sangat berbaloi sebab pemandangan dari situ memang cantik.  Kami pun duduk kat tepi tembok tu, lepak-lepak sambil bersembang di bawah sinaran bulan dan menikmati tiupan bayu malam.  Sedar tak sedar sejam lebih jugak kami kat situ je, waktu pun dah melepasi tengah malam jadi kami bercadang nak turun dan balik rumah terus je.  Aku yang turun tangga dulu diikuti oleh kawan aku di belakang.

Sambil melangkah turun dengan berhati-hati tu, aku dan kawan aku sambung bersembang dalam gelap tu.  Di pertengahan jalan tu tiba-tiba kawan aku senyap je.  Walaupun masa tu gelap dan aku tak nampak apa, tapi aku dapat rasakan yang kawan aku tu tiba-tiba dah berhenti bergerak.  Aku pun tanyalah dia, eh ko ok ke ni? Dia diam tidak berkata apa-apa.  Berkali-kali aku tanya tapi dia senyap je.  Aku pun berundur dan pegang tangan dia, tapi dia kaku je. Ah sudah, hati aku dah berdegup kencang.  Apa dah jadi dengan kawan aku ni? Aku tarik tangan dia dan perlahan-lahan dia mula buka langkah nak turun tangga.  

Aku berjaya sampai dulu ke anak tangga terbawah, tanpa menunggu apa-apa aku terus lompat ke bawah.  Aku berpaling ke belakang, aku nampak kawan aku perlahan-lahan turun, dari samar-samar cahaya bulan tu aku dapat nampak muka kawan aku, tapi muka dia macam takde emosi, macam berkhayal dengan pandangan mata dia tak lepas dari merenung aku.  Tiba-tiba, aku nampak bahu kanan kawan aku tu macam ditepuk seseorang dengan kuat, sampai dia terlonjak jatuh ke bawah, pastu siap berpusing dan akhirnya dia terbaring di belakang dengan kaki ke atas.  Agak jauh jugakla dia terpelanting tu, dalam 6 kaki jugaklah dari tangga tu.  

Belum sempat aku nak dapatkan dia,  kawan aku tu tiba-tiba menjerit kesakitan dengan sekuat-kuat hatinya.  Kemudian dia terus membangunkan diri, dan terus berlari pecut mengelilingi dewan yang berbentuk empat segi tu dengan jeritan yang tak putus-putus.  Panik sekejap aku tengok kawan aku tu.  Aku kira-kira adalah lima kali jugak dia berpusing kat situ, dari pemerhatian aku kawan aku tu sebenarnya nak cari jalan keluar, tapi mungkin dia terlampau takut atau bingung sampai dia jadi macam tu.  Terkial-kial jugak aku nak tangkap kawan aku tapi aku berjaya jugak dan aku pun tarik dia menuju ke pintu keluar.  

Kami dah sampai ke pagar penghadang yang kami panjat untuk masuk ke sini tadi, pagar tu tingginya 10 kaki, dan di sebalik pagar tu paya berselut tadi. Dengan kekuatan yang luar biasa, kawan aku melompat melepasi pagar tu, dia jatuh terguling-guling sampai tenggelam dalam paya tu.  Nasib baik kawan aku tu tak lemas, tapi memang seluruh badan dia diselaputi lumpur yang busuk.  Itupun kawan aku masih boleh berlari macam tak cukup tanah balik ke rumah kami.  Aku pulak yang terpaksa mengejar dia.

Akhirnya dia sampai dulu ke rumah.  Barulah nampak kawan aku macam tenang sikit, tapi ayah dia dah terbangun dan agaknya baru lepas berleter kat kawan aku tu.  “Kan ayah dah pesan jangan pegi situ malam-malam!”.  Esoknya aku tanya kawan aku tu, apa yang terjadi sebenarnya? Kawan aku cakap, entahlah, dia pun tak ingat. Dia macam tengah tidur, bila terjaga tu tiba-tiba dia dah ada kat istana tu.  Sebab tu dia sangat terkejut sebab dia ingatkan dia tengah tidur kat rumah.

Kadang-kadang bila aku ingat balik kenangan ni, aku rasa macam kelakar pun ye sebab kawan aku punyalah kelam kabut, macam kartun pun ye.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang terbaik semua cerita yang TT kongsikan ni.. Memang selalu dok x sabar2 tunggu next update.. Terima kasih ya TT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2021 05:30 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 25-11-2021 05:24 PM

Legenda Tasik Ronkonkoma, Long Islands USA

Tasik Ronkonkoma adalah sebuah tasik yang paling lusa dan paling dalam di negeri Long Islands, USA.   Tasik ini pada asalnya merupakan kawasan asal Orang Asli Amerika.  Sebagai penduduk asal, orang asli di situ percaya yang tasik ni takde dasar sebab sesiapa saja yang terjatuh dalam tasik itu akan mati lemas dan mayatnya takkan ditemui lagi.  Walaubagaimanapun, tasik ni ada je dasar, tapi kedalaman dasar tasik ini mencecah 70 kaki.  Tasik ini ada sumpahan tersendiri, dalam setahun, mesti ada sekurang-kurangnya satu mangsa mati lemas di tasik ini.

Sumpahan ni berkait rapat dengan sebuah cerita yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi sehinggalah sekarang.  Nama tasik ni diambil dari nama seorang puteri Orang Asli Amerika bernama Puteri Ronkonkoma.  Pada tahun 1600-an, puteri ini sedang berjalan di atas permukaan tasik yang ketika itu membeku kerana musim sejuk, dia terjumpa seorang penebang kayu berbangsa Inggeris bernama Hugh Birdsall yang tinggal di seberang tasik.  Puteri tersebut jatuh cinta pandang pertama dengan orang Inggeris itu, malangnya  ayah tuan puteri yang merupakan ketua kaum Setauket melarang sekeras-kerasnya perhubungan itu.  Jadi, setiap hari selama 7 tahun,  tuan puteri itu akan menulis surat cinta di atas kepingan-kepingan kulit kayu, kemudian dia akan mendayung kanunya ke tengah-tengah tasik dan menghantar surat itu kepada Hugh Birdsall dengan mengapungkannya ke arah beliau.  Agaknya, bertahun-tahun cinta terhalang dan macam tak ada harapan nak bersama dengan Hugh, puteri itu telah membunuh dirinya sendiri di tengah tasik itu.

Ada beberapa versi kisah kematian puteri itu, ada yang kata puteri tu tikam diri sendiri, ada yang kata puteri tu terjun ke dalam tasik dan mati lepas bila dapat tahu yang kekasihnya sudah meninggal dunia.  Mayatnya dikatakan hanyut sampai ke Connecticut.  Sebenarnya tiada dokumen bertulis yang mencatatkan kewujudan puteri ini, tapi Hugh Birdsall tu memang wujud, cuma lepas tu dia pindah balik ke England dan berkahwin di sana.  Sejak itu, dikatakan bahawa puteri itu akan meragut nyawa seorang pemuda setiap tahun untuk membalas dendam atas kematian kekasihnya.  Ada jugak orang tua yang mendakwa, puteri tu cuma nak cari kekasih semati.  Walaupun kisah ini cuma diperturunkan dari mulut ke mulut dan tidak dapat disahkan kesahihannya, tapi berdasarkan statistik, majoriti kematian akibat lemas di tasik ni terdiri daripada lelaki-lelaki muda.

Data ini disokong oleh Dr David S Igneri.  Beliau merupakan ketua penyelamat di tasik ni dan beliau telah menggalas tanggungjawab itu untuk 32 musim panas.  Sepanjang beliau bertugas di situ, ada 30 kes lemas yang beliau uruskan sendiri, semua mangsanya adalah lelaki. Dr Igneri kata, salah satu cabaran penyelamat adalah keadaan tasik itu sendiri,  lepas menyelam 10 kaki ke dalam memang tak nampak apa dah.  Sesiapa yang pernah masuk ke dalam tasik itu dan menyelam 10 kaki ke dalam mesti tahu yang tasik itu jadi gelap gelita.  Pada 1965, Dr Igneri berulang-ulang bermimpi tentang satu ops menyelamat ni.  Dalam mimpi tu, dia menyelam jauh ke dalam tasik tu, tapi dia panik sebab keadaan sekeliling dia yang terlalu gelap sampai dia hilang orientasi.  Dia pun cepat-cepat menyelam semula ke permukaan tasik.  Bila dia menjegulkan mukanya je, dia terdengar bunyi letupan mercun dan bunga api.  Sebab mimpi ni berulang-ulang, Dr Igneri rasa ini petanda bakal ada mangsa baru pada 4hb Julai nanti.  Dia meminta 11 orang staf yang bekerja di bawah dia untuk lebih berhati-hati menjelang hari kemerdekaan USA itu.  Sekali tu memang betul, lewat tengahari itu seorang budak lelaki berumur 15 tahun kene sawan dan terjatuh ke dalam tasik. Semua ahli pasukan penyelamat termasuklah Igneri menyelam mencari remaja itu selama 45 minit tapi tak jumpa-jumpa mayatnya.  Igneri berenang balik ke permukaan dan tepat-tepat pada saat itu, dia terdengar letupan bunga api, sebijik macam dalam mimpi dia.

Legenda tentang tasik ini menarik perhatian peminat paranormal dan pengkaji-pengkaji untuk menjalankan kajian dan menguji sejauh mana kebenaran kisah ini.  Menurut seorang pengkaji bernama Erbert, dia ni pun anak jati tempat tu jugak.  Semasa beliau masih junior di sekolah menengah pada  1990an, salah seorang murid lelaki di sekolah itu mati lemas di tasik itu.  Tapi tiada yang misteri tentang kematiannya, mendiang pada ketika itu mabuk-mabuk di atas bot semasa sedang berpesta, dia terjatuh dan malangnya sebab mendiang memakai baju sejuk yang tebal, mendiang tenggelam dan mati lemas.  Erbert berpendapat mungkin sebab remaja lelaki ni kurang berhati-hati semasa di tasik tu yang ramai mati tu lelaki.

Penduduk tempatan pun dah lali dengan kes-kes pemuda mati lemas di tasik itu.  Mereka merasakan ianya sudah menjadi tragedi tahunan dan penduduk tempatan sendiri pun dah tak berani nak bermandi-manda di tasik yang telah menelan banyak nyawa itu.  Kini, bagi memperingati lagenda Puteri Ronkonkoma itu, sebuah patung puteri itu telah didirikan di tepi tasik itu.  Tasik Ronkonkoma terus menjadi tarikan pelancong dan pemancing tegar, tapi kepada lelaki-lelaki muda yang teringin nak datang, berhati-hatilah....






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal jer layan youtube pasal ronkonkoma lake ni. Huhuhuhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2021 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Weller replied at 23-11-2021 11:42 AM
Tak pasal jer layan youtube pasal ronkonkoma lake ni. Huhuhuhu.

Wah, ade ya.. Memang nak kena cari ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 03:50 PM | Show all posts
TQ TT yg x jemu menghidangkan kisah2 misteri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2021 12:39 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 28-11-2021 12:42 PM

Pengalaman aku seorang penghantar pizza

Kejadian ni sebenarnya dah agak lama jugak, ianya terjadi semasa aku baru habis sekolah menengah.  Masa tu aku bekerja sambilan sebagai penghantar pizza di Texas, aku berniat nak kumpul duit sikit nak sambung belajar.  Sepanjang aku bekerja sebagai penghantar pizza tu, memang macam-macam orang aku jumpa, tapi apa yang terjadi pada malam itu memang aku tak boleh lupa sampai sekarang.

Malam tu adalah Jumaat malam.  Restoran aku beroperasi sehingga 3 pagi setiap hari Jumaat dan Sabtu.  Jam dah menunjukkan pukul 2.45 pagi, kami pun bersiap-siaplah nak tutup kedai, tapi di saat-saat akhir tu pengurus aku cakap ada orang pesan pizza pulak.  Lokasi penghantaran tu cuma 20 minit je pun.  Pekerja lain dah malas nak hantar, tapi sebab aku masa tu agak terdesak nak pakai duit, aku pun tawarkan diri nak hantar pesanan terakhir tu.

Zaman ni, telefon pintar memang tak wujud lagi, tapi kami ada alat gps jenama Garmin, jadi aku pun ikut jelah alat tu.  Tau-tau je rupa-rupanya alamat tu di sebuah tempat yang kat ceruk mana ntah.  Destinasi rumah tu dalam sebuah kawasan hutan yang takde rumah lain dah selain rumah tu.  Yang lagi cuak, rumah yang pesan pizza tu rumah buruk 2 tingkat yang gelap, tak nampak pun cahaya lampu terpasang.  Rumah tu agak besarlah jugak.  Tapi yang aku perasan, rumah tu walaupun buruk dan gelap, tapi masa aku sampai tu pintu depannya ternganga luas seolah-olah memang tunggu kedatangan aku.  Aku berkira-kira jugaklah nak masuk ke tak ni, tapi takkan aku nak balik dengan tangan kosong dan pizza yang masih panas ni, nanti bos aku bising pulak aku tak hantar. Tu pun, beberapa minitlah jugak aku dalam kereta tu mengumpul keberanian nak hantar pizza tu.

Walaupun pintunya terbukak, tapi aku takdelah terus masuk.  Atas dasar kesopanan dan kesusilaan, aku ketuk pintu dulu. “Hello, encik. Ada pesan pizza ke?” Uih, senyap ja. Takda orang ke ni?  Aku nak patah balik dah, tapi muncul pulak satu suara garau dari tingkat atas rumah tu. “Ada ni, kat atas!”.

Suara orang tu agak pelik sikit pada pendengaran aku.  Aku pun melangkah masuk ke rumah tu, tapi rumah tu memang gelap gelita, menggagau jugaklah aku dalam gelap tu sampai aku terpegang satu tiang ni. Oh rupanya itu tangga.  Aku pun berdiri la kat situ. “Encik, kat mana saya nak letak pizza ni ye?”

“Naiklah atas.  Pakcik tak boleh bangun ni”.  Bila dah dekat tu, baru aku perasan apa yang pelik tentang suara pakcik tu.  Suara pakcik tu tak normal.  Aku pun tak tau nak gambarkan macam mana, tapi suara pakcik tu garau macam suara anjing yang boleh bertutur perkataan manusia. Meremang bulu roma aku bila dengar suara pakcik tu.  Memang takdelah aku nak naik atas.  Kalau dikasi tips beribu-ribu pun aku tak rela.

Aku letak je pizza tu di atas anak tangga tu. “Takpelah pakcik. Saya dah lewat ni. Saya letak atas tangga jelah ye”.  Aku pun berpusing nak keluar dari rumah tu.  Tapi pakcik tu tegah aku. “Tak boleh! Naiklah atas. Pakcik tak boleh bangun ni”.  Aku jawab balik, “maaf pakcik. Sebenarnya ikut protokol saya ni tak boleh masuk rumah orang.  Kalau bos saya tau nanti teruk saya kene marah.  Pakcik amek sendiri la ye”.

Sejurus selepas tu, aku terdengar bunyi BANG! Yang sangat kuat dari tingkat atas tu. Macam ada orang lompat atas lantai. “NAIKLAH ATAS! PAKCIK TAK BOLEH BANGUN NI!”, pakcik tu menjerit kat aku dengan kuatnya.  Pakcik tu berulang-ulang kali menjerit kat aku pakai ayat tu.  Pada masa yang sama, bunyi bang tu makin lama makin dekat menuju ke arah tangga di tingkat atas tu.

Aku pun apa lagi, cabutlah angkat langkah seribu keluar dari rumah tu.  Aku bawak kereta macam orang gila keluar dari hutan tu.  Aku tak ingat apa alamat sebenar,yg aku ingat nama tempat tu Heaven,Texas. Sejak tu, kalau nampak ada penghantaran nak ke situ je memang aku tolak siap-siap lantaklah bos nak kata pun.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2021 01:33 PM | Show all posts
Baba Harbhajan Singh, Hantu Pengawal Sempadan

Nathula Pass di sempadan Indo-China di negeri Sikkim, India merupakan sebuah lokasi strategik untuk Tentera India.  Semasa musim sejuk, kawasan ini diliputi salji yang sangat tebal, dan ianya juga merupakan salah satu daripada 4 lokasi rasmi bagi mesyuarat tentera sempadan untuk tentera Cina dan tentera India.  Laluan ni jugak merupakan kawasan jagaan Baba Harbhajan Singh.

Mendiang Harbhajan Singh merupakan tentera berpangkat Sepoy yang ditugaskan dalam regimen Punjab pada 9 Februari 1966.  Mendiang dilahirkan di Browndal di daerah Kapurthala, negeri Punjab.  Beliau sukarela mendaftarkan diri untuk menjadi askar dan beliau ditugaskan di Nathula Pass semasa era pertelingkahan sempadan tersebut.  

Pada 1968, kawasan itu dilanda hujan lebat yang mengakibatkan banjir kuat.  Pada 4 Oktober 1968, semasa mengiringi sekumpulan karavan keldai dari ibupejabat batalionnya di Tukla ke Deng Chukla, Harbajan Singh terjatuh ke sebatang sungai yang deras dan beliau hanyut entah ke mana. Mayatnya pun tak boleh dikesan.

Pada suatu malam, Harbajan Singh muncul dalam mimpi rakan seunit beliau yang turut berpangkat sepoy.  Di dalam mimpi tersebut, Harbajan singh memaklumkan kepada rakan beliau yang beliau sudah meninggal dunia, tapi beliau sempat memberikan lokasi tepat di mana mayat beliau berada kini. Tapi beliau kasi syarat, nanti kalau dah jumpa mayat dia, tolong dirikan samadhi kat tempat tu.  Harbajan Singh pun dalam mimpi tu turut berjanji, walaupun dia dah tak hidup di dunia, dia takkan tinggalkan tugas dia sebagai askar, dan dia akan terus mengawal sempadan tu bersama-sama mereka.

Pada mulanya, sepoy tadi beranggapan ah itu semua hanya mainan tidur je.  Sehinggalah, pada hari yang lain, agaknya hantu Harbajan Singh tu tak puas hati kot sepoy tu buat bodoh je, ada pulak tentera lain dalam unit sama tu bermimpi benda yang sama.  Mimpi yang mereke berdua alami tu memang sebijik sebijan, jadi mereka berdua pun ambil keputusan nak laporkan pada pegawai atasan mereka.

Satu misi pencarian tu dimulakan di lokasi yang diberikan oleh Harbajan Singh tadi.  Memang betul, mayat mendiang ada kat situ.  Mayat mendiang telah dibakar dalam upacara peringatan tentera dan sebuah samadhi di bina situ.  Tempat tu namanya Chhokya Cho dan sehingga sekarang samadhi tu masih tegak berdiri lagi.

Sejak itu, ada bermacam-macam laporan tentang penampakan seorang lelaki berkawal seorang diri di kawasan tu.  Askar-askar yang baru datang ke situ dan tak tau tentang kisah Harbajan Singh selalu ternampak seorang lelaki beruniform naik kuda sorang-sorang. Cerita paling popular di sempadan tu, kalau ada yang tertidur mereka akan terjaga sebab ditampar oleh seseorang, tapi takde orang pun.  Mereka percaya yang tampar mereka tu adalah hantu Harbajan Singh yang tak suka kalau askar curi tulang. Bukan setakat di sebelah India, di sebelah sempadan sana pun mereka melaporkan penampakan yang sama.  Selama 40 tahun, tak kiralah Cina, India, Hindu, Muslim, Buddha atau sesiapa pun yang bertugas di situ, mereka mesti ada kisah tersendiri tentang Harbajan Singh ni

Bagi tentera yang bertuah, Harbajan Singh akan muncul dalam mimpi mereka dan memaklumkan kawasan sempadan mana yang tengah bolos, kawasan mana yang terdedah kepada serangan China, dan setakat ini mimpi-mimpi tu memang 100% tepat.

Kisah tentang Harbajan Singh ni menarik perhatian Tentera India pada ketika itu.  Walaupun Harbajan Singh secara teknikalnya telah meninggal dunia, tetapi gaji beliau masih dibayar kepada keluarga beliau di kampung. Mendiang turut diberikan cuti tahunan pada setiap 14 September. Mendiang jugak diberikan kenaikan pangkat seperti biasa dan pada 2006 yang lalu, mendiang telah dibersarakan dalam perkhidmatan dengan pangkat terakhir mendiang adalah Kapten.  Dikhabarkan juga, setiap kali ada mesyuarat di antara tentera India dan China, sebuah kerusi akan dikosongkan di meja mesyuarat khas untuk mendiang.  

Sehingga kini, samadhi mendiang masih dilawati oleh tentera-tentera tak kiralah India atau China.  Pengikut-pengikut mendiang turut mendakwa, kalau letak botol air semasa sembahyang di situ, air tersebut boleh digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit. Harbajan Singh terus dihormati dan disanjungi walaupun kini beliau sudah pencen…


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.430456 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list