CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
 Author| Post time 14-12-2020 02:19 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 14-12-2020 02:27 PM

Kisah Kawan Satu Ofis : Manusia Tanpa Muka Di Tengah Hutan

Bila aku dah start share kisah-kisah misteri dalam hutan kat reddit ni, rupa-rupanya ada kawan satu ofis aku yang follow citer-citer aku ni.  Berdasarkan cerita-cerita aku tu, dia dah dapat agak ha ni mesti aku ni.  Tapi dia ucap terima kasih pada aku sebab buat pendedahan macam ni.  Kawan aku ni bekas tentera jugak, dan bagi dia Jabatan Perhutanan ni macam sengaja nak sorok kisah-kisah kehilangan dan kematian misteri dan mengerikan dalam hutan negara US.  Sepatutnya kalau dah ada kes, tutupla hutan tu, tapi ni tak.  Sambil-sambil mengata kerajaan ni kawan aku sempat la jugak share pengalaman dia jumpa tangga dalam hutan, tapi terbalik.  korang bayangkan mcm ni la, anak tangga yang atas tu jadi yang paling bawah kat tanah.  

Kawan aku ni cerita, beberapa tahun yang lalu, dia ada join satu latihan yang memerlukan diorang satu team ni kena bermalam dalam hutan.  Kawan aku ni masuk tidur awal, dan khemah dia ni antara yang paling hujung la dalam tapak tu.  Tetiba dia terdengar ada orang berjalan kat luar khemah dia.  Eh bukan luar khemah, tapi kat luar tapak perkhemahan tu.  Sebagai otai, dia ingatkan tu agaknye rookie ke atau budak baru yang join sekali pegi sebab nak pegi kencing kot, tapi dia risau kenapa budak ni pegi sorang-sorang nanti sesat jadi cerita lain la pulak. Jadi kawan aku ni pun bangun la dan dari luar khemah tu dia panggil orang tu suruh patah balik ke kem, jangan masuk hutan.

Tapi orang tu degil, dan selamba je masuk dalam hutan, jadi kawan aku ni pun ikutla orang tu. Dalam sebatu dia berjalan ikut orang tu, orang tu akhirnya berhenti di tepi sebuah sungai.  Kebetulan malam tu tengah bulan mengambang, jadi kawan aku ni nampakla sikit susuk tubuh orang tu, macam lelaki biasa, pakai baju siap pakai backpack lagi tu.  Cumanya, dalam samar-samar tu dia perasan yang  lelaki tu tengah menghadap dia.  Kawan aku pun tanya, ko ni ok tak?  Tapi tak berjawab, lelaki tu sekadar gerak-gerakkan kepala macam orang yang tengah berjalan dalam tidur.  

Kawan aku ni pun bergerak lagi dekat ke arah lelaki tu.  Kawan aku ni ada pisau serbaguna yg ada lampu suluh kecil, jadi kawan aku ni suluhla lelaki tu. tapi sebab lampu tu kecik kan bukan saiz lampu suluh biasa, mula-mula suluh kat dada, kawan aku perasan yang orang ni bernafas lain macam sikit, macam orang tarik nafas panjang-panjang pastu hembus slow-slow siap dengan dada dan bahu terangkat sekali. Alah kalau macam korang habeh berzumba kan ada sesi sejukkan badan tu.  Kawan aku ni tanya, ko ni sape. Tapi cuma dijawab bunyi macam tersekat, macam kalau korang bungkus muka dengan kain pastu try bercakap.  Kawan aku ni pun suluh la kat muka, ha tu dia, orang tu takde muka.  Licin macam kulit telur.  

Kawan aku ni terkejut la sampai nyaris-nyaris terlepas lampu suluh tu dari tangan dia.  Tiba-tiba, dia nampak makhluk tu makin dekat kat dia, tapi takde pulak makhluk tu bergerak.  Pastu, makhluk tu ada kat tepi sungai pulak, dah tu tetiba ada 5 kaki di sebelah kawan aku ni.  Kawan aku ni memang memang tak berkelip la mata, kawan aku  explain macam makhluk tu ada kuasa teleportasi tak sampai sesaat boleh berada kat tempat lain pulak.

Kawan aku ni cuba berundur nak lari sekali tu jatuh terduduk la pulak.  Dah jatuh tu tetiba dia ternampak macam ada kelaran pada leher makhluk tu.  Kelaran tu dari telinga ke telinga, bila makhluk tu mendongak, kelaran tu nampak macam bentuk senyuman.  Tapi leher makhluk tu tak berdarah, cuma nampak kosong takde ape.  Kawan aku ni pun ape lagi cepat-cepat bangun dan bukak langkah seribu la.  Kawan aku ni dok terbayang yang makhluk tu tengah kejar dia walaupun dia tak dengar benda tu kejar.

Sampai ke tapak khemah, kawan aku ni nampak masih ada yang lepak-lepak kat tepi unggun api.  Jadi dia tenangkan diri macam takde ape yang berlaku, dan join lah group tu.  Kawan aku punyalah takut dia layan je geng lepak-lepak tu sampai pukul berapa ntah, barulah dia berani nak masuk tidur.  Untuk kembalikan keberanian dia, dia anggap apa yang berlaku malam tu cuma mainan tidur je, sampailah aku bukak thread kat reddit ni.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 05:20 PM | Show all posts
Ngeeri2..seram jugak hutan kat US ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila aku baca pasal tangga tu aku terus teringat zaman blogsite famous dulu. Ada blog ni dia ada blog entry pasal tangga to nowhere ni yang wujud di kawasan istana. Misteri ni faham la dia misteri.
Tapi aku curious yg dalam cerita TT pasal rookie naik tangga berkarpet tu iaitu apa kaitan dengan hilang scent terus
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sub reddit mana? R/nosleep ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt. Best baca. Tapi hati macam sayu aje bila baca bab2 yg mangsanya adalah budak2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2020 09:13 AM | Show all posts
sranua replied at 14-12-2020 05:20 PM
Ngeeri2..seram jugak hutan kat US ni.

hutan kt us memang besar. taman negara usa paling kecik pun  5550 ekar. tu paling kecik tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2020 09:16 AM | Show all posts
wikedsaikel replied at 14-12-2020 05:39 PM
Bila aku baca pasal tangga tu aku terus teringat zaman blogsite famous dulu. Ada blog ni dia ada blo ...

i rasa macam ni. maybe tangga-tangga misteri tu macam pintu masuk makhluk halus ke hutan tu.  makhluk halus tu maybe dah 'culik' remaja perempuan tu, nak pinjam kejap je kot. tapi bila penyelamat hutan tu kacau tangga tu, tu yg makhluk halus tu pun terus blah dan bawak remaja perempuan tu sekali ke alam dia. tu pasal kapten die kabo remaja tu dah hilang terus takkan jumpa dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2020 09:17 AM | Show all posts
Babyarissa replied at 14-12-2020 07:53 PM
Sub reddit mana? R/nosleep ?

ye uols, tapi thread ni lama dah. last i check 5 thn lepas punye thread
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2020 09:18 AM | Show all posts
kuzaime replied at 14-12-2020 10:29 PM
Tq tt. Best baca. Tapi hati macam sayu aje bila baca bab2 yg mangsanya adalah budak2

sayu memang sayu tapi i pun kadang2 pelik jugak org putih ni mmg suka bawak anak masuk hutan ke? kalau makbapak malaysia ni masuk kebun pun tak kasik
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 14-12-2020 11:30 AM
tq tq uols.  i tak suke share kt fb sbb i jarang bukak fb hehehe

Sata tkdok fb..bagus lah tt share sini..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-12-2020 09:18 AM
sayu memang sayu tapi i pun kadang2 pelik jugak org putih ni mmg suka bawak anak masuk hutan ke? k ...

Tang orang putih suka bawak anak2 depa masuk hutan tu macam nak setuju aje, dlm movie2 depa pun banyak ada scene mak bapak bawak anak ke hutan. Entahlah pada aku hutan tu macam 1 tempat yg scary. Sebab ada banyak hidupan lain yg kita akan jumpa, dari sekecik2 binatang macam pacat sampailah ke bapak rimau pun ada. X termasuk lagi hal2 mistik. Fizikal n mental pun kena kuat sebab apa yg akan dihadap maybe x terjangkau dek akal yg waras, lagi2 hutan tebal. Kalau takat masuk nak seronok2 hutan bukan tempat yg sepatutnya utk pergi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2020 10:13 AM | Show all posts
Kisah Kawan Aku : Lelaki Misteri Dengan Muka Berdarah

Antara aktiviti yang org USA suka buat ni bila bercamping dalam hutan adalah duduk keliling unggun api sambil share-share cerita hantu.  ni memang style orang US la, kalau org Malaysia memang pantang ko sebut2 pasal hantu kalau masuk hutan.  Selalunya penyelamat-penyelamat yang masih baru, budak baru la yg suka share-share citer macam ni, tapi kawan aku cakap, ada satu cerita yang diceritakan oleh seorang wanita yang dia masih ingat sampai sekarang.  Mestilah kalau orang citer hantu confirm diorang akan ngaku ni kisah benar, walaupun sebenarnya nampak nau la cerita rekaan macam cik es.

Ok la kita panggil wanita tu, Cik A (dalam posting original mmg tak letak nama tapi aku saja letak sbb payah plak nk tulis wanita banyak2 kali).  A ni citer, dia ni membesar di kawasan utara Maine (aku google Maine ni macam negeri yg agak ulu jugakla kat US tu).  Belakang rumah die je ada hutan tebal yang takde orang duduk.  Hutan yang diorang tengah camping tu pun tak setebal macam hutan tu, memang hutan tu masuk je jadi gelap sebab banyak sangat pokok yang hadang cahaya matahari.  Tapi sebab A dan kawan-kawan die membesar kat situ jadi hutan tu dah macam tempat permainan diorang la. Tapi diorang ni setakat main sebatu dua je dari rumah diorang.

Sehinggalah pada satu musim panas, berlakunya ribut yang menumbangkan banyak pokok, dan satu lot hutan yang cuma beberapa batu je dari rumah A ni terbakar akibat ribut tu.  Ahli bomba pun turun la untuk kawal kebakaran tu agar tidak merebak,  tapi dia perasan, bila abang-abang bomba tu selesai padamkan api dan keluar dari hutan tu, diorang macam orang yang baru balik perang.  ye betul abang bomba berperang dengan api, tapi dari raut wajah diorang yang sentiasa nampak macam terkejut, tak bermaya.  Senyum tak, ape tak, bile ditegur pun taknak jawab.  Sebahagian besar pasukan bomba tu habis je operasi terus keluar dari tempat tu macam tak sabar-sabar nak blah.  

Bila kawasan tu dah kembali selamat, A dan kawan-kawan dia pun cadang nak pegi tengok lah tempat yang terbakar tu.  Tapi A dan kawan-kawan tak mintak izin dari keluarga diorang pun.  Biasala kan budak-budak masa ni fasa nak memberontak.  Dah berjalan dalam hutan dalam 2 batu gitu,  dah kelihatan dah batang-batang pokok yang terbakar.  Diorang terjumpa rangka rusa di bawah sebatang pokok, salah seorang kawan A ni nak tanam rangka tu, tapi A tak kasi dan suruh biarkan je. Seingat A, dia rasa lain macam sebab tanduk rusa tu bentuknya macm pelik.

Makin jauh diorang berjalan masuk hutan tu, kesan-kesan kebakaran tu makin ketara.  Sampailah diorang sampai ke pusat hutan yang terbakar tu, yang sekarang ni dah jadi padang jarak padang tekukur. A kata perasaannya macam duduk kat planet lain. cuma ada abu-abu hitam dan tanah coklat kat situ.  Tetiba, dari kejauhan A dan kawan-kawan dia terdengar ada suara orang menjerit.  A jadi panik sebab dia ingatkan tu ayah dia, salah sorang kawan A pulak pegi lari tinggalkan kumpulan tu dan menyorok belakang sebuah batu.  Nak tak nak, yang lain pun terpaksalah join menyorok jugak.  Kawan A tu cakap dia nipu makayah dia cakap nak tengok wayang, padahal masuk hutan.  

Diorang pun menyoroklah belakang batu tu, dan jeritan tu makin lama makin dekat dengan diorang.  A perasan yang jeritan tu adalah jeritan meminta tolong.  A ingatkan mungkin tu hiker yang sesat dalam hutan kot. A memang selalu je terserempak dengan hikers sesat. A pun jeritlah balik kat orang tu suruh ikut suara dia,  A nampak orang tu terus berlari ke arah A dan kawan-kawannya.  Bila orang tu dah makin dekat, A perasan yang muka orang tu merah macam berdarah.  Diorang pun siap-siaplah keluarkan kit first-aid diorang.  Tetiba sorang kawan dia tegur, eh ko perasan tak muka dia tu? si A ni marahlah kawan die tu, A pun pegilah dapatkan orang tu.

Bila dah berhadapan dengan orang tu, baru si A ni perasan, hidung, bibir dan dahi lelaki tu macam kena hiris dengan pisau.  Darah memang membuak-buak, dan A perasan yang lutut lelaki tu pun merah berdarah jugak.  Terkejut gila A sampai terkaku kat situ. A cuba berundur nak pergi tapi lelaki tu sempat tangkap bahu dia.  Lelaki tu mula membebel-bebel sesuatu yang A tak boleh nak paham, tapi yang A sempat tangkap, bila lelaki tu tanya dah berapa lama aku hilang, mana pegi unit aku.  A cuma mampu geleng-gelengkan kepala je.  Lelaki tu ternampak Walkman A, dan dia menjerit lagi.  Lelaki tu pegang-pegang muka dia dan membebel-bebel lagi, dan A perasan yang lelaki tu pakai baju yg agak pelik.   Lelaki tu pakai jaket kain berwarna kelabu dengan butang-butang dan garisan-garisan merah, pastu seluar formal.  

Walaupun dah macam tu, A cuba nak letak ubat pada luka lelaki tu, tapi lelaki tu tepis tangan A dan jerit pada A 'Jangan sentuh aku.  Nanti aku kene balik sana lagi!'.  Pastu lelaki tu terus lari meninggalkan A dan kawan-kawannya. Sambil lari sambil menjerit. Tak penat ke lelaki tu asyik menjerit je tak sure pulak aku.  Kawan A ada yang dah nangis, jadi A dan kawan-kawan dia pun balik la pulang ke rumah masing-masing.  Kawan dia yang menangis tu bertanya-tanya apa yang berlaku tadi tapi A pun tak tau nak cakap ape.  Cuma lepas tu, A dan kawan-kawan dia dah tak penah masuk hutan tu lagi. Tapi A masih berkawan la ngan diorang, cuma diorang tak penah ungkit pasal peristiwa tu langsung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2020 10:21 AM | Show all posts
kuzaime replied at 15-12-2020 09:55 AM
Tang orang putih suka bawak anak2 depa masuk hutan tu macam nak setuju aje, dlm movie2 depa pun ba ...

mungkin sebab org putih ni jenis tak percaya pada benda-benda mistik tu, ataupun terlampau bosan duduk kat bandar ke.  nak cari pengalaman masuk hutan gitu.  tapi kawan meols cakap kt usa tu mane ada air-air terjun bleh parking tepi macam kt malaysia tu yg diorang kene masuk hutan kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-12-2020 09:16 AM
i rasa macam ni. maybe tangga-tangga misteri tu macam pintu masuk makhluk halus ke hutan tu.  makh ...

Kisah tangga ni mcm pernah ada thread duluuu...lama dah..sbb pernah bc.
Mcm2 jenis tangga..mostly tgga batu..
Mmg unik..dan misteri
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 10:56 AM | Show all posts
mod tolong bagi TT tacang 1000

aku dh bc cite2 ni kat reddit tapi nak translate tuuu, memerlukan keazaman yg tinggi. thanks TT for sharing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2020 11:28 AM | Show all posts
raihaneem replied at 15-12-2020 10:33 AM
Kisah tangga ni mcm pernah ada thread duluuu...lama dah..sbb pernah bc.
Mcm2 jenis tangga..mostly ...

oh kirenye tangga dalam hutan ni kisah benar la ye?  tapi mcm tak penah plak dengar orang malaysia citer pasal tangga dalam hutan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2020 11:30 AM | Show all posts
duri_durians replied at 15-12-2020 10:56 AM
mod tolong bagi TT tacang 1000

aku dh bc cite2 ni kat reddit tapi nak translate tuuu, m ...

hehehe tq tq uols..tp i cuma citer balik pakai ayat2 simple je. tak pandai sangat karang ayat mcm cik es
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2020 02:19 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 15-12-2020 02:48 PM

Kisah Kawan Aku : Kematian Misteri Dalam Hutan

Masa aku masih baru lagi dalam dunia penyelamatan dalam hutan ni, pelatih dan senior aku sebenarnya tak pernah cerita pasal pengalaman misteri diorang dalam hutan ni kat aku.  Ntahla mungkin diorang taknak aku berenti awal kot.  Tapi beberapa bulan aku bekerja sebagai penyelamat hutan, aku pegi minum-minum dengan kawan aku ni, kawan aku ni mabuk dan dia terlepas la beberapa cerita pasal hutan tempat aku bekerja tu kat aku.

Kawan aku kata, dalam hutan tu dah banyak kali berlaku kematian pengunjung yang tak tau punca.  Pada suatu hari di musim bunga,  dia penah jumpa mayat yang terbaring atas laluan atau trail yang pengunjung selalu guna.  Mayat lelaki tu mati dengan keadaan bahagian belakang kepala dia yang hancur macam kentang lenyek.  Tengkorak pecah, otak hancur dan meleleh keluar dari celah tempurung kepala yang pecah tu.  Lelaki tu orang tua, jadi kawan aku ni rasa mungkin dia terjatuh dan kepala terhantuk pada batu.  Cuma, kat jalan tu mana ada batu.  Tunggul kayu pun takde.  Lagipun takde  kesan darah di tempat lain.  Maksudnya lelaki tu mati di kawasan tu jugak.  Tapi kalau nak kata pembunuhan tu, laluan tu memang ramai orang masa tu, cuma diorang tak nampak la orang tua tu, tapi memang ada orang pakai laluan tu. bukan laluan yg sunyi la orang kata.  Kalau ada orang yang serang hendap lelaki tu dari belakang pun, tak mungkin la pengunjung lain tak perasan.  Kawan aku ni ibaratkan, macam orang tua tu tengah jalan tetiba ada batu jatuh dari atas hempap kepala dia, tapi batu tu ghaib.

Kawan aku cerita jugak, 5 tahun yang lalu tapi kat taman negara lain la, dia penah terjumpa mayat seorang wanita yang sedang memeluk sebatang pokok.  Kawan aku dan team dia pun cubalah nak gerakkan mayat perempuan tu, sekali tu keluarlah air dari mulut mayat tu,memang banyak sungguh sampai terkena kasut kawan aku tu.  Tapi baju, rambut dan tubuh mayat tu kering je.  Bile buat autopsi, laporan mengatakan yang mayat tu meninggal sebab lemas.  Paru-paru, perut mayat tu penuh dengan air.  Padahal tasik terdekat pun berbatu-batu jauhnya dari tempat tu.  Kalau nak kata pembunuhan, kenapa nak bunuh cara macam tu kenapa tak tikam je. Kenapa nak lemaskan dalam tasik pastu angkut pulak ke pokok tu?

Sebagai orang baru memangla aku dengar cerita dia pun rasa macam seriau je.  Sehinggalah 6 bulan kemudian, berlaku satu kejadian misteri pada aku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2020 02:38 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 15-12-2020 02:46 PM

Budak Misteri Berwajah Sedih

6 bulan kemudian, lepas perbualan aku dengan kawan aku yang tengah mabuk tu, aku terima satu kes melibatkan seorang lelaki Down Syndrome yang berumur 20an.  Lelaki tu hilang di laluan utama, padahal lelaki tu tak penah berenggang dengan mak die masa benda tu berlaku.  Mak dia yakin yang anak die diculik, tapi kitorang tak rasa macam tu, sebab yelah buat ape la nak culik orang OKU macam tu

Untuk operasi kali ni, kami mintak bantuan polis tempatan.  Operasi mencari orang hilang pun dimulakan.  Malam pertama tu, lelaki itu tak berjaya ditemui.  Kami dah rasa patah hati sebab kami kesiankan lelaki tu, dengan keadaan dia yang macam tu duduk hutan seorang diri malam-malam.  Kami beranggapan mungkin dia ada je kat depan kami dan tengah merayau-rayau dalam hutan tu tanpa tujuan.

Esoknya, kami guna khidmat helikopter. Barulah nampak lelaki tu rupanya dah terjatuh dalam gaung. Lelaki tu masih hidup lagi, tapi kecederaan dia agak parah.  Tulang belakang dia patah, tak boleh nak gerak bahagian bawah, kedua-dua kaki dia dah patah termasuk sebelah tulang paha dia, dan dia juga dah kehilangan banyak darah.  

Aku yang temankan dia masa nak bawak dia ke hospital naik helikopter. Aku pun tanyalah, kenapa merayau-rayau dalam hutan seorang diri?  Lelaki tu menangis, pastu lelaki tu cakap, masa dia tengah merentas hutan dengan mak dia tu, dia ternampak seorang budak lelaki yang nampak macam sedih ajak dia main.  Budak lelaki tu cakap, dia nak 'buat pertukaran'  sebab budak lelaki tu nak 'balik rumah'.  Dia kelip mata, bila bukak mata je dah ade dalam gaung tu. Lelaki tu menangis nakkan mak dia, aku pegang tangan dia dan cuba nak tenangkan lelaki tu.  Lelaki tu mengadu yang dia rasa sejuk, sejuk sangat dia rasa kaki dah beku.  Makin lama dia makin lemah, dia dah tak mampu nak bukak mata dan akhirnya dia berhenti bercakap.

Lagi 5 minit nak sampai hospital, lelaki tu terjaga, dia pandang aku dengan air mata mengalir di pipi, 'Ibu dah tak boleh nak jumpa saya lagi.  Sayang ibu, saya nak ibu ada di sisi'.  Perlahan-lahan dia menutup mata.......dan tak bangun-bangun lagi.  

Pengalaman itu betul-betul mengganggu jiwa dan fikiran aku.  Betul-betul mengganggu sampaikan aku terpaksa luahkan pada senior aku.  Dia banyak bantu aku dalam mengembalikan kekuatan aku dan kami jadi rapat macam kawan baik.  Lama kelamaan, bila kami dah makin rapat, dia pun kongsilah pengalaman pelik dia pulak pada aku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 15-12-2020 09:17 AM
ye uols, tapi thread ni lama dah. last i check 5 thn lepas punye thread

Oh..kat dlm r/nosleep tu mmg byk creepy story tapi tak larat nak scroll satu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.802848 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list