CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3196|Reply: 6

MALBATT 850 7 Dibubarkan, 850 Anggota Pengaman Terima Anugerah PNBB

  [Copy link]
Post time 5-12-2020 06:52 PM | Show all posts |Read mode


PORT DICKSON, 3 Dis - Seramai 850 pegawai dan anggota pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-7 menerima pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), hari ini.

Kontinjen yang diketuai Kolonel Khairul Anwar Soib itu terdiri daripada 80 pegawai dan 770 anggota lain-lain pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk 3 pegawai dan 27 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang pegawai awam kewangan daripada Kementerian Pertahanan Malaysia.

Pasukan MALBATT 850-7 baru sahaja menamatkan misi Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.

Penganugerahan pingat tersebut bagi mengiktiraf kejayaan pasukan tersebut menjalankan misi UNIFIL di Lubnan selama setahun mulai 17 Oktober tahun lepas.

Majlis disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM sempena perbarisan pembubaran MALBATT 850-7 dan upacara menanggalkan beret biru PBB di Padang Kawad PUSASDA.

Berucap pada majlis itu, Affendi berkata secara keseluruhannya, beliau berbangga dengan prestasi yang telah dipamerkan kontinjen MALBATT 850-7, sekali gus telah menaikkan nama dan imej Malaysia serta Brunei di persada antarabangsa terutama di kalangan negara PBB.

“Saya merasakan pengalaman ini perlu dikongsi sebagai pengajaran kepada kita tentang pentingnya nikmat kebebasan serta nikmat menjalani kehidupan yang serba mencukupi di bumi Malaysia yang bertuah ini,

“Sepanjang setahun penugasan, kontinjen ini telah menyaksikan bagaimana kecelaruan aspek domestik seperti pertelingkahan politik dan ketidakstabilan ekonomi yang berlaku mampu menggoyangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara yang akhirnya memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan serta kehidupan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Menurut Affendi, disebalik kemelut yang berlaku, kontijen MALBATT 850-7 tetap kekal fokus melaksanakan mandat yang diberi dengan berbekalkan prinsip Devoted Towards Peace.

“Kotinjen kita berupaya mengawalselia kawasan tanggungjawab seluas 288km persegi serta berjaya memantau keselamatan di 48 buah perbandaran,

“Selain itu, mereka turut berjaya melaksanakan sebanyak 52 aktiviti operasi secara berkala bersama Angkatan Tentera Lubnan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Affendi berkata dengan penubuhan Malaysian Hall di Marakah menunjukkan bahawa kehadiran MALBATT 850-7 di bumi Lubnan sangat disenangi dan diterima oleh semua rakyat tempatan.

Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Salleh Osman TUDM; Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad TUDM dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi.

MALBATT 850-7 telah diaturgerakkan kembali ke tanah air secara empat peringkat bermula 2 Oktober hingga 16 November lalu dengan menaiki pesawat sewa khas Malaysia Airlines (MAS) dari Beirut ke Pangkalan Udara Subang.

Misi seterusnya telah diambil alih oleh MALBATT 850-8 yang diketuai oleh Kolonel Azudin Hassan mulai 14 November lalu, juga selama setahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2020 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah semua anggota terlibat.. Kembali berkhidmat utk negara tercinta pula
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta maaf tanya soalan noob. Kat Lubnan tu sebenarnya ada krisis apa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Setahun di Lubnan tu berapa lh agaknya elaun yg dorang dapat ye....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 5-12-2020 08:51 PM
Setahun di Lubnan tu berapa lh agaknya elaun yg dorang dapat ye....

Monthly allowance USD 1K untuk semua termasuk Pegawai & LLP
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 10:07 PM | Show all posts
Mereka ini adalah wira negara, tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-12-2020 08:07 PM
Minta maaf tanya soalan noob. Kat Lubnan tu sebenarnya ada krisis apa?

Palestin dan Syria
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.097837 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list