CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20817|Reply: 102

Jangan Termakan Godaan Yang Akan Menjatuhkan Imej PDRM

  [Copy link]
Post time 1-12-2020 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Anggaplah rasuah seperti najis

IZWAN ROZLIN dan AHMAD ISMADI ISMAIL
21 September 2020

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... njatuhkan-imej-PDRM
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



PETALING JAYA - Isu rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara tidak langsung memberi imej buruk terhadap pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sepatutnya setiap anggota dan pegawai polis menganggap rasuah sebagai najis.

"Wang atau apa sahaja bentuk rasuah itu harus dilihat sebagai najis, ia boleh merosakkan negara dan bangsa.

"Rasuah ini jijik... Biar kita susah sikit, gaji tidak banyak... Cukup bulan kita dapat gaji yang halal," katanya dalam temubual khas bersama Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Nik Ezanee mengimbau kembali kejadian dua sindiket pengedaran dadah dan seorang pelajar cuba memberi rasuah kepadanya pada tahun 2014.

"Pada ketika itu saya bertugas di Jabatan Siasatan Narkotik, sindiket pengedaran dadah itu cuba memberi wang tunai sebanyak RM50,000 untuk melepaskan penjenayah, namun saya menolak rasuah itu," katanya.

Beliau berkata, seorang warga emas yang bekerja sebagai tukang cuci pernah mengadu perlu memberi sejumlah wang kepada polis jika mahu kes anaknya selesai.

"Pada ketika itu, saya bertugas di Sabah, wanita itu mahu menggadai rantai emas untuk selesaikan kes anaknya.

"Saya menasihati wanita itu, benda ini tidak betul, anaknya boleh membela diri di mahkamah," katanya.

Menurutnya, sebagai anggota polis, mereka perlu memberi penerangan dan nasihat kepada ahli keluarga tentang kesalahan yang dilakukan oleh suspek.

"Suspek boleh melakukan proses rayuan di mahkamah," katanya.

Nik Ezanee berkata, beliau berdiri teguh atas prinsip integriti.

"Saya menerapkan nilai kepimpinan melalui tauladan, kita perlu memberi contoh yang baik dan betul kepada anak buah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan melaksanakan tindakan 'check and balance' terhadap anggota polis di Petaling Jaya.

"Apabila, kita tidak menjalankan pemeriksaan terhadap individu itu, saya khuatir syaitan akan berbisik kepada individu itu untuk melakukan kemungkaran," katanya.

Nik Ezanee berkata, pihaknya turut melaksanakan 'open door policy' kepada masyarakat untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

"Masyarakat boleh tampil memberi maklumat atau aduan, saya akan menerimanya sebagai maklum balas," katanya.

Menurutnya, beliau takut tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik apabila diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.

"Saya bersyukur kerana ada timbalan dan pegawai kanan polis, mereka sangat membantu dalam penugasan anggota polis.

"Kita akan duduk dan berbincang, kadangkala ada persetujuan dan sebaliknya, namun ia akan berakhir secara harmoni," katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2020 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanggungjawab
Nik Ezanee berkata, antara tanggungjawab sebagai seorang ketua polis daerah adalah turun padang bertemu penduduk.

"Salah satu prinsip 'berperang' kita kena kenal kawasan. Saya perlu turun padang mengenali masyarakat daripada golongan B40 hingga golongan atasan.

"Saya perlu memahami pemikiran dan kehendak mereka dari segi keselamatan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kemudian akan mengadakan mesyuarat untuk memperbaiki kelemahan.

"Kita perlu 'tune' semula pengoperasian di kawasan itu dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk masyarakat," katanya.

Menurutnya, beliau mahu lihat PDRM sebagai pelindung kepada masyarakat pada masa hadapan.

"Apabila masyarakat mempunyai masalah, individu pertama yang mereka cari adalah polis.

"Mereka akan rasa selamat apabila melihat kereta peronda polis, malah persepsi negatif terhadap PDRM amat minimum," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah melaksanakan beberapa 'misi' antaranya menerapkan nilai murni seperti 'one good deed a day' di kalangan anggota dan pegawai polis Petaling Jaya.

"Buatlah baik sekali sehari... Kita akan memberi pertolongan apabila nampak warga emas melintas jalan atau individu dalam kesusahan.

"Masyarakat akan melihat sikap keikhlasan penugasan anggota polis itu," katanya.

Menurutnya, anggota polis juga perlu berkenalan dengan kejiranan di daerah ini.

"Perkara ini sudah dilaksanakan sejak sekian lama, namun disebabkan kesibukan tugasan, hubungan polis dengan masyarakat semakin berkurangan.

"Saya cuba menghidupkan semula hubungan kejiranan itu, malah kini anggota polis banyak menerima maklumat daripada masyarakat," katanya.

Nik Ezanee berkata, pengalamannya dalam Perhubungan Antarabangsa Urusetia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) turut diterapkan di Petaling Jaya.

"Saya mengambil contoh tindakan yang boleh digunakan di sini, malah dalam masa sama saya dapat lihat apa kesilapan yang pernah dilakukan oleh pihak berkuasa di luar negara.

"Perkara itu saya belajar dan ambil iktibar, ia adalah salah satu cara untuk mengurus pasukan," katanya.

Nik Ezanee berkata, setakat ini tidak ada individu yang mempengaruhi atau memberi 'tekanan' terhadap penugasannya di daerah Petaling Jaya.

"Saya mendapati individu berpengaruh termasuk golongan 'VIP' memberi dorongan terhadap tindakan yang telah saya laksanakan di daerah ini.

"Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador turut memberi nasihat kepada saya," katanya.

Nik Ezanee berkata, pihaknya akan mengkaji kelemahan yang ada jika timbul persepsi negatif masyarakat terhadap IPD Petaling Jaya.

"Salah satu cara untuk mengatasi persepsi negatif itu adalah mengkaji punca dan kelemahan serta segera memperbaikinya.

"Kita akan ambil tindakan, jika ada masalah disiplin di kalangan anggota," katanya.

Beliau berkata, polis mengambil tindakan terhadap aktiviti perjudian haram, namun ia tidak dimaklumkan kepada masyarakat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Strategi

"Kita juga harus memperkemaskan lagi strategi seperti bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad dalam menjalankan operasi pemotongan bekalan elektrik di premis yang disyaki ada aktiviti perjudian haram," katanya.

Beliau turut berkongsi pengalaman ketika ditugaskan untuk memantau kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di sini yang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 10 Mei lalu.

"Jika saya seorang berfikir mengenai tugasan itu mungkin agak rumit, namun tugasan berjaya dilaksanakan setelah bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM), Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Nik Ezanee berkata, kordinasi kesemua agensi cukup baik sepanjang tempoh 10 hari PKPD di kawasan itu.

"JKM segera mengedarkan makanan kepada penduduk yang mendiami lebih 400 rumah, setelah tentera siap memasang kawat duri di sekitar kawasan tersebut," katanya.

KKM sebelum ini mengesahkan terdapat 26 kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya melalui pengalaman manis hasil kerjasama daripada kesemua agensi itu.

"Penduduk turut memberi semangat dan bertepuk tangan ketika saya meronda sekitar kawasan berkenaan.

"Jika kita kerja dengan ikhlas apa yang kita buat akan berjalan lancar," katanya.

Nik Ezanee berkata, kejayaan terbesar IPD Petaling Jaya adalah mendapat sokongan daripada masyarakat.

"Kejayaan menumpaskan penjenayah itu adalah rutin. Kita akan berpuas hati setelah mendapat sokongan daripada masyarakat.

"Namun jangan leka dengan kejayaan itu, ini masa untuk kita mempertingkatkan lagi usaha dalam melaksanakan tanggungjawab," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara OCPD yg hensem....perut kempis...Segak bila ACP Nik Ezanee ni pakai bush jaket uniform.

Rasa diouls boleh naik pangkat CP dan jadik Ketua Polis Negeri nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok gambar dah tau sapa yg post
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-12-2020 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 1-12-2020 01:45 AM
Tengok gambar dah tau sapa yg post

Inspektor kantoi rogol perempuan Monggolia masa heols baru jadi ocpd. Macam dah biasa buat kan? Sape suruh cari penyakit kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Org bijak akan selalu manipulate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2020 01:51 AM
Inspektor kantoi rogol perempuan Monggolia masa heols baru jadi ocpd. Macam dah biasa buat kan? Sa ...

Sygkan... Dah berpangkat elok.. Kena dok dalam.. Iols rasa kes dia tu lebih kepada rasuah dlm bentuk kesedapan.. Ada la benda yg dia x bg tu kena.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 1-12-2020 01:37 AM
Antara OCPD yg hensem....perut kempis...Segak bila ACP Nik Ezanee ni pakai bush jaket uniform.

Ra ...

Semoga jadi Ketua Polis Kelantan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 1-12-2020 08:26 AM
Sygkan... Dah berpangkat elok.. Kena dok dalam.. Iols rasa kes dia tu lebih kepada rasuah dlm bent ...

Iols speku heols kantoi sebab dapat bos baru.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 1-12-2020 01:56 AM
Org bijak akan selalu manipulate

Masa posting kat KK sebelum ni macam tak dengar sangat cite heols.

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2020 12:38 PM
Iols speku heols kantoi sebab dapat bos baru.

bos baru Tuan NIk ni kan?

tu yg kantoi big time.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 1-12-2020 12:39 PM
bos baru Tuan NIk ni kan?

tu yg kantoi big time.

A'a. Heols pegang PJ bulan Februari.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2020 12:40 PM
A'a. Heols pegang PJ bulan Februari.

Mesti anggota PJ yg tak beramanah dok tengah ketaq lutut takut kantoi dgn bos depa ni.

tn Nik antara polis yg kita tau bersih selain dari Tn Ayub.

iols ingat arwah tokwan iols citer, masa dia jadi polis zaman British, uniform depa tak ada poket tak salah iols.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols ni herlokkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols ni start kadet Inspektor ke kadet ASP?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 1-12-2020 05:24 AM

Ezanee ni akan naik sekali dengan KP Johor ke BA nanti.
Keduanya nampak jelas pentingkan integriti dlm pasukan & cuba faham rakyat which is good lah kan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-11-2020 05:51 PM
Inspektor kantoi rogol perempuan Monggolia masa heols baru jadi ocpd. Macam dah biasa buat kan? Sa ...

Crush uols ke
Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 1-12-2020 01:36 PM

Sekarang ni sume mental fragile.mana tahan kena goda.. Monkey see monkey do Huhuu

Lihat minit 3.40

[youtube]LUKOKfda2j4[/youtube]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.084028 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list