Edited by debab_78 at 29-11-2020 09:44 AM
New Delhi: Akibat cuba menghalang pasangan sejenisnya berkahwin, seorang lelaki ditikam sampai mati oleh tunang 'kekasih gelapnya' itu sebelum mayatnya disumbat dalam beg pakaian dan dibuang dari atas kereta api di Bharuch, Gujarat. Mangsa berusia 46 tahun dikenali Neeraj Gupta dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan seorang pekerja lelakinya dikenali sebagai Faisal, 29.
Faisal bersama ibunya Shaheen Naaz, 45, serta tunangnya, Juber, 28, sudah ditahan polis, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Barat Laut Vijayanta Arya. Pada 13 November, Gupta bertengkar di rumah sewa Faisal di barat laut New Delhi membabitkan dia, tunang dan ibunya selepas Gupta membantah perkahwinan itu, kata polis. Gupta dipukul di kepala dengan batu-bata oleh Juber, ditikam tiga kali di perut dan lehernya dikelar. Wanita itu dan ibunya membantu Faisal yang juga tertuduh utama membuang mayat mangsa.Perkara itu menjadi perhatian selepas polis diberitahu Gupta hilang dari Taman Kewal di Adarsh Nagar di barat laut New Delhi.
Isteri Gupta memberitahu polis dia mengesyaki Faisal terbabit dengan kehilangan suaminya kerana Faisal dan Gupta mempunyai hubungan, kata seorang pegawai kanan. Berdasarkan laporannya, satu kes didaftarkan mengikut Kanun Keseksaan India Seksyen 365 (penculikan atau penculikan dengan niat secara rahsia dan salah untuk mengurung seseorang) dan Faisal disoal siasat, kata polis. "Ketika disoal siasat, Faisal mendedahkan dia bekerja untuk Gupta dan mempunyai hubungan sulit dengannya selama 10 tahun.
"Ibu bapanya mahu dia menikahi Juber, dan bertunang dengan wanita itu. "Ketika dia memberitahu hal ini kepada Gupta, mangsa membantah perkahwinan itu dan datang ke rumah sewa Faisal di Taman Kewal di Adarsh Nagar dan bertengkar dengan Juber, Faisal dan ibunya," kata Arya. Dalam pertengkaran itu, tindakan Gupta mendorong Faisal yang menaikkan kemarahan Juber dan menyerang dan membunuhnya, kata Faisal. Selepas membunuh Gupta, mereka memasukkan mayat ke dalam beg pakaian dan tiba di stesen kereta api Nizamuddin dengan teksi.
Juber yang bekerja di stesen kereta api itu menaiki Rajdhani Express dengan membawa beg pakaian dan membuang mayatnya dekat Bharuch di Gujarat. Pisau dan batu-bata yang digunakan dalam jenayah itu dijumpai dan usaha dilakukan untuk mengesan mayat itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd |