CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10092|Reply: 14

[Miscellaneous] CARA DAFTAR SENDIRI ATOMY MEMBERSHIP DI MALAYSIA

  [Copy link]
Post time 27-11-2020 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cyberdad at 31-12-2020 12:31 PM

Mendaftar keahlian Atomy Malaysia boleh dibuat sendiri tanpa perlu dedahkan maklumat peribadi anda (Nama, No MyKad, Alamat, Email & No Hp) kepada penaja atau sesiapa saja. Anda boleh lakukan hal ini tanpa perlu risau jika tidak mengenali penaja anda. Anda hanya memerlukan No ID & Guest Password (No ID 7 Kata Laluan Tetamu) & No ID Penaja (Sponsor ID) saja. Ini boleh anda minta dari penaja atau mana mana ahli Atomy berdaftar sedia ada. Setelah mendapat maklumat berkenaan, anda boleh terus login di website rasmi Atomy Malaysia dan memulakan pendaftaran sendiri bagi mendapatkan akaun Atomy.

Ada 2 bentuk keahlian Atomy iaitu Mendaftar sebagai Pelanggan (customer) atau sebagai Pengedar (distributor). Kedua dua bentuk keahlian ini adalah percuma. Perbezaan antara keahlian Customer & Distributor Atomy boleh anda rujuk di pautan ini. Apa yang penting anda haruslah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Atomy, antaranya ialah berusia minima 18 tahun, tidak berstatus muflis dan tiada rekod jenayah selain anda perlulah memilik akaun bank atas nama sendiri untuk membolehkan syarikat membayar komisyen anda nanti.

Berikut adalah Cara Mendaftar Atomy, Cara Membeli Produk, Kaedah Pembayaran & Pengiriman serta Penukaran & Pemulangan Produk yang telah digariskan oleh pengurusan Atomy:

1. Untuk menjadi ahli, anda mesti mempunyai penaja yang sudah mendaftar sebagai ahli Atomy.
2. Sila log masuk dengan ID & Kata Laluan Penaja anda untukpendaftaran.

Cara Mendaftar
Untuk menjadi ahli Atomy yang baru, anda mesti masuk melalui Atomy Malaysia (www.atomy.com/my/home), bersetuju dengan terma dan syarat syarikat, dan mengisi borang pendaftaran. Anda akan didaftarkan sebagai ahli setelah menerima nombor ID anda.

Prosedur Pendaftaran Ahli Baru
1. Isi borang permohonan di laman web Atomy Malaysia.
2. Nombor Pendaftaran Ahli (ID Ahli) akan diterima secara langsung melalui talian.
3. Pergi ke https://www.atomy.kr/m/mload_id/member/login.asp untuk mengesahkan keahlian anda. Muat naik foto MYKAD dan borang permohonan yang ditandatangani bersama dengan ID keahlian anda.
4. Proses pengesahan mungkin mengambil masa 3-5 hari bekerja. Anda akan menerima pemberitahuan e-mel setelah proses pengesahan anda selesai.

Cara Mengekalkan Keahlian
Cara Mengekalkan Keahlian: Tempoh sah keahlian Atomy adalah satu tahun, bermula setelah persetujuan permohonan keahlian anda. Keahlian akan diperbaharui secara automatik dengan pembelian minimum 1 produk Atomy tanpa sekatan harga. Tempoh pembaharuan keahlian dikira sebagai 1 tahun dari pembelian terakhir anda.

Pembatalan
1. Sekiranya anda ingin membatalkan keahlian Atomy, anda mesti mengisi borang permohonan penamatan keahlian.
Ahli yang keluar boleh mendaftar semula sebagai ahli selepas1 tahun dari tarikh penamatan keahlian. Keluarga ahli yang memutuskan keahlian,
termasuk pasangan,anak, dan keluarga tidak boleh mendaftarkan ahli sehingga ahli yang membatalkan keahlian mendaftar semula.

2. Apabila syarikat memutuskan untuk membatalkan keahlian untuk ahli, syarikat akan memberikan pemberitahuan terlebih dahulu melalui e-mel.


Cara Membuat Pembelian Produk

1. Pergi ke www.atomy.com/my


3. Pilih produk dan masukkan ke dalam Shopong Cart

4. Isi maklumat pembelian

5. Pilih kaedah pembayaran

6. Selesai


Penghantaran
Produk yang dibeli dihantar melalui perkhidmatan Atomi ke alamat ahli/pembeli. Masa dan kos penghantaran mungkin berbeza dari satu kawasan ke satu kawasan. Sila baca maklumat yang diberitahu semasa membuat pesanan


Kos Penghantaran: Percuma melebihi RM 290.00


Kaedah pembayaran

Pembayaran dapat dilakukan dengan menggunakan kad kredit, transfer bank, dan juga akaun maya.


Pertukaran & Bayaran Balik

Pemulangan Oleh Pelanggan
Sekiranya atas sebab apa pun anda tidak berpuas hati dengan produk Atomy, anda boleh mengembalikannya dalam 30 hari selepas pembelian untuk pertukaran atau pengembalian wang harga produk dan cukai yang berlaku. Semua produk dapat dikembalikan sekiranya produk berada dalam keadaan yang sama seperti ketika dibeli termasuk bungkusan produk atau jika anda menemui kerosakan produk. Hubungi Atomy melalui telefon atau faks untuk mendapatkan KEBENARAN PENGEMBALIAN sebelum penghantaran. Pembeli bertanggungjawab untuk caj penghantaran untuk pemulangan. Kad kredit anda akan dikembalikan atau cek pengembalian wang akan dikeluarkan berdasarkan bentuk pembayaran asal setelah item diperiksa. Bahan pembungkusan produk mestilah dalam keadaan yang sama seperti ketika diterima.

Pemulangan Oleh Distributor
Pengembalian oleh ahli/distributor akan diproses sesuai dengan peraturan pengembalian produk Atomy.

Garis Panduan dan Prosedur Pemulangan
Pulangan Oleh Pengguna: Bukti Pembelian Runcit

Pulangan oleh Ahli/Distributor: Bukti Pembelian, Fotokopi MYKAD, Borang Permintaan untuk Pengembalian & Pertukaran Produk.

* Sebarang kekeliruan, sila hubungi Custome Service Atomy Malaysia

Jika anda perlukan bantuan pendaftaran keahlian Atomy Malaysia, sila berhubung dengan Ahli Atomy Yang Sah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2020 06:08 PM | Show all posts
Edited by cyberdad at 3-12-2020 09:02 AM

Sejak Dr Tengku Asmadi DTA dan rakan groupnya seperti Prof Dr Muhaya, Dr Fadzilah Kamsah, Ustaz Wan Akasyah & isterinya Ustazah Nor Baayah dan ramai lagi menyertai bersama2 kami di Atomy ketika tempoh PKP lepas, keahlian Atomy dikalangan orang orang muslim khususnya kaum Melayu meningkat dengan drastik. Malah ramai yang telah menjana income yang luar biasa dalam tempoh yang begitu singkat.
.
Penyertaan Dr Tengku Asmadi @ DTA dan kelompok selebriti motivator/ustaz/ustazah terkenal ini membuktikan bahawa Atomy Malaysia Korea ini adalah satu platform yang sangat murni dan ia beroperasi berlandaskan syarie. Tidak ada alasan lagi buat kaum muslimin untuk tidak mengambil peluang ini yang tidak memerlukan apa apa pembayaran modal hatta satu sen pun untuk menyertainya walhal potensi dan manfaat Mall Atomy Malaysia Korea ini amat besar sekali.


@


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 09:15 AM | Show all posts
Dr Fadzilah Kamsah menyesal join Atomy?. Penipu atau scam ke Atomy? Atau kerana Atomy tak bayar bonus/komisyen, tidak ada lesen AJL dan produk tidak berkelulusan KKM atau tidak halal?. Jom dengar cerita sebenar dari mulut Dr Fadzilah Kamsah sendiri. Tonton Video Pengakuan Beliau! Jangan dengar cerita cerita yang tidak pasti...






Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_Arwen at 5-12-2020 11:32 AM


Ketika membuat research tentang atomy saya menemui ini di website mereka.  Boleh anda komen sikit mengenai perkara ini..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2020 07:05 AM | Show all posts
Edited by cyberdad at 23-1-2021 05:27 AM
cmf_Arwen replied at 5-12-2020 11:30 AM
Ketika membuat research tentang atomy saya menemui ini di website mereka.  Boleh anda komen sikit  ...

Atomy seperti semua MLM global lain memasuki Malaysia secara sah dan mematuhi segala peraturan dan undang undang negara. Pengurusan Atomy menyedari bahawa Islam adalah agama rasmi Malaysia. Atas sebab itu Atomy sedaya mungkin memastikan produk produk mereka khususnya pemakanan dan minuman adalah mematuhi status halal bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam. Ini juga selaras dengan hasrat kerajaan, G2G antara kerajaan Malaysia & Korea Selatan.

Anda sepertinya lupa tentang banyak platform lain yang pengasas dan pemiliknya juga non-muslim, Malah puluhan juta masyarakat muslim membeli belah di platform paltform berkenaan yang jauh lebih popular dari Atomy selain bertapak lebih lama di Malaysia. Malah pemilik pemilik gergasi seperti Google, Facebook, Microsoft dan beberapa syarikat MLM antarabangsa (anda sendiri barangkali adalah sebahagian yang mengguna dan manfaatkannya) adalah non-muslim dan jauh lebih banyak membuat sumbangan seperti mana didakwa terhadap Atomy. Apakah anda terlupa nak membuat research tentang hal ini (atau buat buat tak nampak) dan hanya memfokus kepada Atomy?. Bila anda hanya melihat disisi negatif, maka negatiflah bagi diri anda. Jika Atomy dijalankan tidak berdasarkan peraturan dan undang undang di Malaysia, mempromosikan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan negara, kerajaan Malaysia pastinya tidak akan berdiam begitu saja lebih lebih lagi jika didapati syarikat ini mempromosikan sesuatu yang salah kepada masyarakat muslim. Yang pasti Atomy harus beroperasi dan mematuhi undang undang sesebuah negara dimana mereka beroperasi. Sesuatu yang dibenarkan kerajaan negara lain kepada Atomy, belum tentu dibenarkan di Malaysia dan hal ini harus anda fahami. Setiap negara memiliki undang2nya tersendiri dan di Malaysia, Atomy tertakluk kepada undang undang dan peraturan negara ini.

Sila rujuk Video Ini dan jangan semudahnya menimbulkan prasangka apatah lagi menjatuhkan hukum selagi pihak berwajib peringkat tertinggi negara khususnya mufti belum menjatuhkan fatwa hitam putih perihal haramnya perniagaan ini. Jangan semudahnya -kerjaambil tugasan mengelirukan umat manusia yang lazimnya adalah kerja dan amalan syaitan.

Kenyataan Rasmi Atomy Malaysia


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 07:55 AM | Show all posts
cmf_Arwen replied at 5-12-2020 11:30 AM
Ketika membuat research tentang atomy saya menemui ini di website mereka.  Boleh anda komen sikit  ...

Elok sedara buka thread yang sesuai untuk debatkan. Ini thread jual beli lah.Tak kan tak faham
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-12-2020 07:20 AM | Show all posts
Cara Daftar Atomy Malaysia & Login ke akaun paling cepat dan mudah tanpa perlu muat naik dokumen pengenalan diri ialah dengan memilih menjadi pengguna/consumer. Walau pun status sebagai consumer Atomy, tapi anda masih boleh membeli kosmetik. skin care dan segala produk jenama Atomy pada harga murah, sama seperti harga sebagai distributor Atomy.

Dapatkan ID dan Password akaun Atomy anda sekarang. Ianya 100% PERCUMA. Lebih cepat anda bertindak, lebih untung dan besar potensi anda kerana orang orang yang mendaftar berikutnya selepas anda, akan berada di bawah anda. Sebulan, setahun dan beberapa tahun kemudian, anda berkemungkinan akan mempunyai ratusan, ribuan malah mungkin puluhan ribu ahli Atomy di bawah anda tanpa anda sedari (ramai yang telah menikmati manfaat ini dan seronok shopping di Atomy serta mendapat cash back/komisyen kerana bertindak membuat keputusan yang cepat).

Ramai golongan ternama dan popular telah sertai Atomy. Terbaru adalah penyanyi Fauziah Latif, Kumpulan Rabbani dan beberapa nama terkenal lagi. Jom sertai Atomy, platform jimat belanja barangan keperluan harian berkualiti sambil menjana pendapatan santai santai tanpa satu sen pun modal.

Klik Sini untuk info selanjutnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2020 11:48 AM | Show all posts
Edited by cyberdad at 29-12-2020 01:02 PM

Borang Permohonan Keahlian Atomy Malaysia - Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Atomy Langkah Demi Langkah
  • Anda boleh mulakan pendaftaran di website Atomy Malaysia secara online dengan bantuan penaja/distributor Atomy sedia ada (klik Sini jika perlu bantuan) untuk mendapatkan Nombor ID Atomy (auto generated by the system)
  • Anda boleh memilih untuk mendaftar sebagai pelanggan (customer) dulu atau terus mendaftar sebagai pengedar (distributor). Nyatakan ini kepada penaja anda (mendaftar sebagai pelanggan dulu adalah digalakkan kerana anda boleh terus login ke website Atomy Malaysia sebaik selesai pendaftaran dan boleh melihat/tinjau dulu (window shopping) Mall Online Atomy. Anda kelak boleh tukarkan status keahlian sebagai pelanggan/customer kepada status keahlian pengedar/distributor bila bila saja dengan mengisi borang Atomy Membership Status Change Application
  • Jika anda memilih mendaftar terus sebagai pengedar/distributor Atomy, anda mesti mengisi borang Atomy Membership Application
  • Setiap borang yang diisi mestilah lengkap, jelas dan maklumatnya harus sama dengan maklumat yang didaftarkan secara online sebelumnya. Borang yang tidak diisi dengan lengkap, tidak jelas atau maklumatnya tidak tepat akan ditolak oleh pihak pengurusan Atomy Malaysia.
  • Anda perlu ambil gambar borang yang telah diisi dengan lengkap (termasuk maklumat MyKad di dalamnya) dengan kamera hp anda (gambar mesti jelas dan segala maklumat di dalamnya mesti mudah dibaca) dan kemudian simpan (save) ia dalam bentuk file jpeg.
  • Seterusnya anda perlu kirim file borang tersebut kepada pengurusan Atomy Malaysia dengan cara memuat naik (upload) borang tersebut di pautan https://www.atomy.kr/m/mload_my/member/login.asp (sila login dengan ID dan password semasa anda mendaftar online pertama kali).
  • Jika anda telah berjaya memuat naik (upload) borang tersebut, anda akan mendapat pesanan automatik menyatakan tentang itu sebaik borang tersebut berjaya di muat naik.
  • Proses kelulusan permohonan anda oleh pihak pengurusan Atomy sekarang ini mengambil masa antara 3 ~ 5 hari. Jika anda masih tidak boleh login ke akaun Atomy anda selepas tempoh tersebut, besar kemungkinan permohonan anda telah ditolak disebabkan beberapa kesalahan dalam borang. Anda perlu hubungi pihak pengurusan atomy melalui talian telefon atau email yang disediakan (rujuk di laman utama website Atomy Malaysia).

* Whatsapp kami untuk dapatkan ID & Password login jika ingin mendaftar sendiri

*Hubungi/whatsapp kami jika anda perlukan sebarang bantuan berkaitan pendaftaran keahlian Atomy. Kami sedia membantu anda.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2020 12:30 PM | Show all posts
Edited by cyberdad at 31-12-2020 12:33 PM

PENTING! Pendaftaran Atomy anda akan ditolak atau gagal jika:

1. Borang Atomy Membership Application atau borang Atomy Status Request Change diisi tidak lengkap
2. Maklumat yang anda isikan dalam borang berkenaan tidak sama dengan maklumat semasa anda mendaftar online pertama kali.
3. Maklumat di dalam borang tidak jelas, sukar untuk dibaca
4. Gambar MyKad di dalam borang kabur dan maklumat didalamnya tidak boleh atau sukar dibaca
5. Tidak menyertakan gambar MyKad
6. Tidak kirim/muat naik borang seperti mana yang dikehendaki.
7. Tiada tandatangan/signature

*Sila pastikan borang telah diisi sempurna dan sewajarnya sebelum anda muat naik/upload borang tersebut ke pihak pengurusan Atomy. Jika anda masih tidak boleh login ke akaun Atomy anda atau status keahlian anda masih sebagai customer (untuk kes permohonan menukar status dari customer ke distributor) selepas 5 hari borang berkenaan dimuat naik/upload, besar kemungkinan permohonan anda adalah gagal dan perlu membuat permohonan ulang.

Hubungi kami jika anda hadapi masalah berkaitan pendaftaran keahlian Atomy Malaysia untuk dapatkan bantuan dan bimbingan!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2021 10:38 AM | Show all posts
Edited by cyberdad at 23-1-2021 04:52 AM

PANDUAN CARA UPGRADE CONSUMER ATOMY KE DISTRiBUTOR ATOMY

Panduan step by step cara menukar status Consumer Atomy kepada Distributor Atomy untuk layak dapat PV, Bonus dan segala faedah yang syarikat sediakan. Anda mestilah telah mendaftar Atomy sebelumnya dan mempunyai Nombor ID berstatus Customer @ pelanggan. Ikuti tutorial ini langkah demi langkah:

  • Cetak atau print dulu borang rasmi ATOMY MEMBERSHIP STATUS CHANGE APPLICATION (rujuk contoh sini). Borang ini boleh anda dapatkan dari dalam bahagian resources akaun Atomy setelah anda login atau boleh terus dapatkan dari sponsor anda.
  • Isi serta tandakan semua maklumat dalam borang tersebut dengan jelas, lengkap dan tepat (maklumat haruslah sama dengan maklumat semasa anda mula mendaftar sebelumnya). Anda boleh tulis tangan atau taip asalkan tulisan anda mudah dibaca oleh pihak pengurusan syarikat nanti.
  • Setelah borang diisi lengkap, letakkan MyKad anda di dalam kotak yang disediakan dalam borang berkenaan dan ambil gambar borang berkenaan dengan kamera hp anda (gambar borang mestilah jelas dan semua maklumat di dalam borang mestilah mudah dibaca termasuk tulisan dalam MyKad). Save atau simpan file gambar borang yang terbaik di dalam hp anda dalam bentuk Jpeg.
  • Kemudian muat naik atau upload borang yang telah siap diisi itu kepada pihak syarikat melalui pautanhttps://www.atomy.kr/m/mload_my (login di pautan ini dengan Nombor ID & Password yang anda dapat sebelumnya).
  • Jika anda berjaya muat naik/upload borang tersebut, anda segera akan mendapat mesej berkenaan perkara tersebut sebaik proses muat naik/upload itu selesai anda lakukan. Jika tidak, anda perlu mencuba lagi hingga berjaya.
  • Anda perlu menunggu selama 3 ~ 5 hari bekerja untuk permohonan anda itu diluluskan oleh pihak syarikat. Jika selepas tempoh berkenaan, anda masih juga tidak boleh login atau status akaun anda masih berstatus Consumer, segera berhubung dengan Support Team pihak syarikat atau dapatkan bantuan dari sponsor anda.


Contoh Borang Yang Perlu Diisi
@


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 09:04 AM | Show all posts
Edited by cyberdad at 3-3-2021 06:37 AM

Step By Step Buat Duit Di Atomy Tanpa Modal & Menjual
Cara menjana pendapatan di Atomy Malaysia-Korea langkah demi langkah tanpa perlu membuat jualan malah tanpa perlu pun keluarkan modal lagi. Anda hanya ikut step ini satu persatu, insyallah anda akhirnya akan boleh menjana pendapatan sampingan santai santai saja. Sejujurnya saya sendiri telah pun memperolehi puluhan Ringgit Malaysia (dah macam duit pencen pula, bertambah dari masa ke semasa walau pun telah resign sebagai eksekutif firma swasta) sejak istiqamah dengan Atomy. Tidak ada sebab anda tak boleh berjaya jika langkah langkah yang sama ini anda ulangi dan praktikkan. Langsug tak membebankan dan tak mencuri masa anda jika masih bekerja.

  • Daftar Sebagai Consumer/Pelanggan (percuma)
  • Tukar Status Consumer/Pelanggan Kepada Distributor/Pengedar (percuma)
  • Guna Produk Atomy iaitu tukarkan perbelanjaan produk keperluan harian anda di mall/kedai/supermarket lain selama ini dengan mula membelinya di Atomy untuk kumpul point 10,000 PV samada secara serentak atau sikit demi sikit (tak perlu pun keluar duit tambahan lagi kerana selama ni semua orang termasuk anda memang membeli barangan keperluan harian dari tempat lain, hanya ubah kebiasaan tersebut dengan membeli di Atomy)
  • Kongsi @ Share Kebaikan Produk & Manfaat Mall Atomy Kepada Sekurang2nya 2 Orang (boleh mulakan dikalangan ahli keluarga sendiri, saudara mara, jiran tetangga atau kawan kawan. Semua orang mudah join kerana ianya tanpa modal, tanpa resiko dan anda sendiri tak perlu pun risau tentang menipu dan merugikan sesiapa)
  • Pantau Point Kumpulan Kiri & Kanan (GPV) Untuk Capai Sasaran (point pembelian ahli kumpulan anda adalah secara timbunan/accumulate, sikit demi sikit akhirnya akan membukit & anda pasti mendapat bonusnya)

* Bonus lazimnya akan bermula dengan RM80 dan akan meningkat RM250, RM500 hingga RM5000 sehari mengikut jumlah Point Kumpulan Kiri & Kanan harian yang terkumpul. Komisyen atau bonus ini akan dimasukkan ke akaun bank anda secara automatik setiap hari Selasa selepas tempoh seminggu point anda mencapai target. Makin lama makin bertambah keahlian kumpulan anda, makin bertambah jugalah point kumpulan anda serta komisyen yang anda akan dapat. Proses inilah yang saya sendiri telah lalui dan terbukti sudah.

Sila rujuk carta di bawah untuk lebih memahami penjelasan tengtang Step By Step Buat Duit Di Atomy:


Jika anda inginkan bimbingan dan mahukan keahlian kumpulan Atomy anda berkembang cepat bersama Team Aktif, jangan segan segan hubungi kami!!!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2021 10:27 AM | Show all posts
DUIT PENCEN SWASTA ONLINE|PILIHAN TERBAIK UNTUK BUKAN KAKI TANGAN KERAJAAN

Di bawah ini satu pandangan tulus seorang pekerja swasta tentang alasan kenapa dia buat keputusan menyertai Atomy sejak 3 tahun dulu. Mungkin apa yang beliau catatkan ini boleh beri sedikit pencerahan buat kita semua.

Aku adalah pekerja swasta, eksekutif di sebuah kilang di Penang. Aku dah bekerja di company milik German ni dah hampir 5 tahun. Alhamdulillah, gaji boleh tahan laa. Cuma bila aku teliti dan saksikan sendiri perihal ramai pekerja pekerja swasta yang dah berhenti atau bersara (tak kira laa apa pun kerja mereka), aku mula rasa tak sedap hati. Aku kena lakukan sesuatu sebelum terlambat. Hangpa tau kenapa?

Aku dapati kenalan mau pun jiran serta mereka yang dah bersara swasta, hampir kebanyakan mereka ni mula hadapi kesukaran hidup selepas beberapa tahun pencen kerja. Duit tabungan KWSP kebanyakan pesara ni abis digunakan kurang 5 tahun selepas bersara. Hangpa bayangkan lah..dalam usia tua dan tanpa pekerjaan lagi, dan duit tabungan pun dah zero, macam mana lah mereka ni nak survive?. Tu sebab ramai dari mereka mereka ni yang dulunya berjawatan baik, kini terpaksa bekerja sebagai pengawal atau "security guard" ketika usia dah tua demi survival diri dan keluarga masing masing (kebanyakan masa mereka terpaksa dihabiskan diluar walhal inilah usia dan waktu untuk lebihkan amal ibadah menjelang akhir usia untuk bekalan menemui Ilahi). Ada sebahagian dari mereka itu telah jalankan perniagaan sendiri demi kelangsungan hidup (ada x-manager/engineer/eksekutif yang terpaksa jual ulam ulaman/air minuman, ikan dan lain lain kat pasar pagi/malam dengan pendapatan yang tak seberapa). Dengan kata mudah, ramai para pekerja sektor swasta itu terpaksa hadapi kepayahan hidup selepas persaraan mereka. Hal ini amat berbeza dengan bekas kaki tangan kerajaan kerana hampir semua mereka ini menerima duit pencen tiap tiap bulan (pendapatan pasif) sehinggalah ke akhir hayat. Hari hari tua kumpulan pesara kerajaan ini boleh mereka fokuskan untuk amal ibadah dengan mengimarahkan rumah Allah tiap hari dengan perasaan selesa dan tenang. Tapi pesara swasta masih terus bertungkus lumus ketika tenaga dan khudrat sudah terbatas, masa untuk dekati Allah bagai tidak bersisa lagi. Sedih.

Itu tentang kisah mereka yang akhiri kerjaya pada usia persaraan. Lain hal pula dengan mereka mereka yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan akibat syarikat hentikan operasi, muflis dan sebagainya (lebih lebih lagi setelah pandemi Covid 19 sejak 2 tahun kebelakangan ni). Pekerja swasta seperti aku tentunya paling beresiko. Amat ramai yang terkontang kanting akibat kehilangan pekerjaan, pening kepala dan stress untuk teruskan kehidupan dan menyarai keluarga. Situasi ini hampir pasti tak dialami oleh pekerja dan kakitangan tetap kerajaan. Kedudukan mereka ini lebih stabil bahkan tidak banyak terjejas berbanding kakitangan dan pekerja syarikat swasta. Mengenangkan semua ini, ia amat menakutkan aku. Terlalu banyak ketidaktentuan masa depan bagi seorang pekerja swasta seperti aku. Syarikat boleh gulong tikar bila bila masa saja selain situasi kerja yang memangnya lebih "stress", tertekan kerana dasar dan polisi private firm yang "profit oriented".

Aku dah lama perhati dan sedar keadaan ini kerana persekitaran kehidupan aku di Penang, ramai jiran dan tetangga yang dulunya adalah bekas atau pesara sektor swasta. Kebanyakan kehidupan mereka ini sekarang agak daif, bak kata pepatah "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang". Kalau sakit demam dan terlantar di hospital, nak "mengais" pastilah tak mampu lagi. Mana nak datang duit??? Sedihnya kerana ini berlaku ketika usia dah makin tua!!!. Situasi yang aku lihat sendiri membuat aku rasa cemas dan mula berfikir secara serius untuk lakukan sesuatu sejak 4 tahun dulu. Aku kena cari alternatif, cari jalan keluar terbaik agar aku tak ulangi apa yang telah dialami oleh mereka mereka itu, hidup serba dalam kesempitan dan kekurangan di usia tua!!!

Dalam usaha mencari peluang untuk "backup" kehidupan ketika usia tua nanti, setidaknya amat perlu aku pastikan ada sesuatu yang boleh sumbangkan sumber pendapatan pasif seperti pencen kakitangan kerajaan (lebih lebih lagi jika ditakdirkan terjadi sesuatu kepada syarikat yang aku sedang bekerja). Ini yang akhirnya membawa aku dapat tahu tentang Atomy Korea yang baru saja masuk ke Malaysia (lebih kurang 3 tahun dulu). Tu pun setelah aku google sana sini (tak ada siapa pun yang sampaikan kat aku tentang Atomy). Mulanya aku amat skeptikal tentang Atomy. Lagi lagi MLM!!!. MLM itu Suck! Hanya abiskan duit ada laa... itu yang aku faham sejak lama dulu. Aku pun tak pedulikan Atomy pada tahun 2017 tu.

Aku terus buat carian peluang peluang untuk cipta duit pencen walau pun aku hanya pekerja swasta. Macam macam aku jumpa termasuklah peluang sebagai agen insurance/takaful, program affiliate, skim pelaburan dan segala mak nenek. Tapi tak ada satu pun yang menyakinkan aku hingga aku kembali study lagi tentang Atomy setahun berikutnya (setelah dengar ramai yang berjaya). Akhirnya aku buat keputusan untuk cuba jalankan Atomy kerana ianya paling mudah, tak ada paksaan modal, tak ada langsung sebarang tekanan, felksibel dan sesuai dengan kerjaya aku yang sepanjang masa terpaksa menghabiskan waktu di kilang (masa emas aku dah digadaikan sebagai kuli orang lain). Aku tak letak harapan tinggi sangat kat Atomy ni..sekadar cukup kalau boleh dapat income 4 angka Ringgit Malaysia sebulan secara part time. So aku hanya perlu penuhi syarat asas saja sebagai permulaan untuk cari duit pencen dari Atomy, cuba membeli apa saja keperluan harian di Atomy (masih ingat, aku mula dengan berus dan ubat gigi saja sebelum ke produk produk lain seperti keperluan mandian dan dapur). Setidaknya beli di Atomy aku dapat kumpul PV berbanding beli di tempat lain. Sambil tu aku share tentang Atomy kat adik beradik dan kawan2 sekerja di kilang. Tup tup selepas beberapa bulan, aku tengok ada komisyen pertama masuk ke akaun bank aku (mulanya dalam RM80.00+ saja). Diawal 2018 tu adalah income aku ratusan Ringgit Malaysia sebulan (sikit kan?). Tapi menjelang akhir tahun 2018 komisyen dan mula masuk 4 angka sebulan (aku semak senarai orang yang buat belian, rupanya dah merata rata orang ada kat bawah rangkaian ahli Atomy aku berdasarkan nama mereka (dari Malaysia, Indonesia, Korea, Filipina dll) walhal aku tak tau siapa yang mengajak mereka itu join. Yang pasti ini terjadi hasil dari usaha awal aku berkongsi Atomy kepada adik beradik, kawan kawan kerja dan orang yang aku kenal. Itu saja.

Alhamdulillah usaha aku tak sia sia walau pun jalankan Atomy ni sambil sambil saja. Paling aku tertarik dulu, ketika join Atomy ni adalah kerana sistem dia yang murni, patform yang diback-up oleh kerajaan Korea Selatan (GLC), konsisten dan tak pernah sekali pun menukar atau merombak Plan Insentif ahli sejak ia nya mula beroperasi lebih 10 tahun dulu selain jaminan dapat mewariskan pendapatan hingga ke 3 generasi (duit pencen 3 keturunan). Selain tu tak seperti mana mana MLM dan syarikat lain, tiap kali ahli dapat komisyen, Atomy akan terus bayar ke akaun bank ahli tanpa ahli perlu buat arahan atau rayuan pengeluaran secara manual (maksudnya nak atau tak nak, duit tetap akan masuk ke akaun).

Sekarang ni dah pun tahun 2021, berarti sudah 3 tahun aku jalankan Atomy secara sambilan. Income alias Duit Pencen bulanan Atomy aku konsisten saja, tak pernah kurang dari 4 angka RM sebulan malah makin menuju ke 5 angka sebulan. Mungkin tak banyak income aku berbanding banyak ahli2 Atomy lain yang aktif promosikan platform ni sehingga mereka dapat pendapatan 6 angka RM sebulan. Tapi aku tetap bersyukur sangat sangat kerana apa yang aku dapat sekarang dah melebihi sasaran awal aku dulu. Thank to Allah juga kerana income aku makin bertambah tahun ke tahun walhal aku hanya jalankan sambil sambilan saja. Allah Maha Besar & Maha Mendengar keluhan dan kerisauan aku. Sekarang walau pun aku masih lagi bekerja sebagai pekerja swasta kilang di Bayan Lepas, tapi setidaknya aku telah berjaya membina sumber duit pencen untuk hari tua serta untuk anak cucu aku nanti kerana jaminan Atomy, Pendapatan Atomy Boleh Diwarisi Hingga 3 Generasi. Pencen kerajaan pun tak sebegini kan?.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2021 11:02 AM | Show all posts
Edited by cyberdad at 29-5-2021 11:12 AM

Atomy Malaysia di TV3. Pemfitnah Bakal Didakwa

Kalangan yang memfitnah bahawa Atomy Malaysia terlibat dalam misi penyebaran dakwah agama Kristian bakal hadapi tindakan undang-undang. Ini ditegaskan oleh pengurusan Atomy Malaysia menerusi peguam syarikat. Proses tindakan ini sedang berjalan terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab mencetuskan persepsi negatif dikalangan masayarakat dan menimbulkan suasana yang tidak baik. Rujuk berita Buletin Utama TV3 bertarikh 28 Mei 2021 di bawah:


Mudah2an anda dan orang ramai yang selama ini termakan dengan dakyah negatif berkenaan mendapat gambaran yang sebenar. Malah Atomy Malaysia juga sedang dalam proses mendapatkan Persijilan Shariah (Shariah-Based Quality Management System) & juga Persijilan ISO 9001:2015 (Quality Management System).

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum semua

Saya ahli dibawah kumpulan Dr Tengku Asmadi.
Sesiapa yg berminat nk join boleh whatapps saya di :

https://teamdrasmadi.wasap.my/

Terina kasih

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2022 01:19 PM | Show all posts
Bisnes tanpa modal MLM e-dagang Atomy Korea-Malaysia diperakui Patuh Syariah ( Syariah Compliance mulai 24 Jun 2022 oleh Syariah Advisory Council (SAC). Malah rangkaian produk-produk Atomy buatan asli Korea yang dipasarkan di Malaysia juga telah mendapat Pengiktirafan Sijil Halal JAKIM disamping pengesahan Sijil Halal Korea Selatan yg di"endorse" oleh JAKIM Malaysia.


Ini bermakna Atomy Malaysia-Korea adalah antara platform bisnes online global yang menyediakan peluang berniaga international tanpa modal yang menyediakan ratusan produk-produk asli keluaran Korea Selatan seperti kosmetik, skin care, supplement, keperluan rumah tangga dan banyak lagi yang Halal Compliant menerusi konsep perniagaan dan sistem kerja yang juga 100% Patuh Syariah






Samada anda ingin berniaga sambilan atau mahu menjana pendapatan sampingan mudah online yang 100% Patuh Syariah atau sedang mencari rangkaian produk buatan Korea asli yang selamat, suci serta berstatus Halal, Atomy Malaysia-Korea adalah platform terbaik kerana semua produk-produk Atomy disertakan dengan jaminan "Money Back Guarantee", bermaksud anda boleh kembalikan produk & menuntut wang anda kembali jika produk yang anda terima tidak menepati kualiti yang di nyatakan.


Kini semua orang boleh berbisnes dan menggunakan produk-produk berkualiti kelas dunia dari Korea Selatan tanpa was was lagi dengan mendapatkannya dari Mall Atomy Korea-Malaysia secara dalam talian di https://www.atomy.com:449/my/Home/Product/MallMain


Anda boleh terus shopping dan membeli terus dari Mall Atomy tanpa perlu melalui pihak ketiga agar tidak tertipu selain agar anda layak mendapat segala jaminan yang pihak Atomy Korea sediakan. Dapatkan akaun & keahlian Atomy Korea anda anda secara percuma sekarang dengan hanya melengkapkan Borang Pra-Daftar di bawah, insyallah pada hari yang sama juga anda sudah boleh login ke Website Atomy Korea untuk mulai shopping @ sekadar Door Shopping dulu (neninjau2 rangkaian produk).


Klik Borang Pra-Daftar Atomy di pautan iniuntuk memulakannya. Insyallah anda akan mendapat bimbingan dari A ~ Z tentang bagaimana cara untuk membuat belian atau jika ingin memulakan perniagaan samada sambilan atau sepenuh masa. Anda yang tentukan & kami pasti akan membantu anda.

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinteres




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.084791 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list