CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4897|Reply: 23

Wanita Mualaf Dikebumikan Bukan Mengikut Cara Islam, Rakan Terdekat Alami Kejadi

[Copy link]
Post time 23-11-2020 01:07 AM | Show all posts |Read mode







Viral di laman TikTok, seorang individu berkongsi mengenai kisah yang pernah dialami oleh saudaranya pada tahun 2015 di Kota Kasongan, Kalimantan Tengah, Indonesia.


Menurut individu itu, dia mempunyai seorang ibu saudara yang dikenali sebagai 'Wati' (bukan nama sebenar). Seorang rakan kepada Wati dikhabarkan baru meninggal dunia dan arwah adalah seorang mualaf kerana bernikah dengan suaminya yang beragama Islam.


Malangnya, jenazah wanita mualaf itu dikebumikan bukan mengikut cara Islam oleh keluarganya. Suami arwah tidak dapat berbuat apa-apa kerana pengebumian itu diambil alih oleh keluarga mertuanya.


Hari pertama, tiada sebarang kejadian aneh yang berlaku. Tetapi masuk saja hari ketiga, kelibat arwah itu datang menghampiri Wati dalam keadaan duduk di tepi katil dalam keadaan wajahnya menunduk.


Rupa-rupanya, bukan Wati sahaja yang mengalami perkara itu, beberapa rakan terdekatnya yang beragama Islam juga mengalaminya. Bukan hanya sekali, tetapi dua tiga kali mereka berdepan dengan insiden itu. Sementara keluarga arwah sendiri tidak mengalami apa-apa.


Wati kemudian menghubungi keluarga arwah tetapi mereka tidak dapat menerima penjelasan Wati dan menganggap Wati serta yang lain hanya berhalusinasi.


"Kalau dia datang kat korang, kenapa dia tak datang pada keluarganya sendiri?" kata keluarga arwah.


Wati akhirnya berjumpa dengan seorang ustaz. Terus pada malam itu juga, ustaz dan rakan-rakannya pergi ke kubur arwah selepas solat Isyak. Pada malam pertama, tiada sebarang kejadian yang pelik berlaku. Mereka berada di tanah perkuburan itu sehingga jam 12 tengah malam.


Meskipun begitu, ustaz berkenaan masih tidak berputus asa. Sehingga malam berikutnya, mereka kembali lagi ke kubur arwah lebih awal iaitu selepas maghrib. Sekitar jam 7 malam, mereka ternampak asap keluar dari kubur arwah.


Dengan keizinanNya, ustaz berjaya 'memasukkan' arwah ke salah seorang rakannya bagi mengetahui apa motif sebenar arwah mendatangi rakan-rakannya. Rupa-rupanya arwah mahu dia dikebumikan semula secara Islam. Dan disebabkan itu juga, dia hanya mendatangi rakan-rakannya yang beragama Islam untuk meminta pertolongan.


Pihak keluarga arwah akhirnya bersetuju kerana mereka turut menyaksikan kejadian itu. Kubur arwah digali semula dan dikebumikan mengikut cara Islam.









Sumber: TikTok #idntknwwhs

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu belah2 sana, memang pelik2
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas aku baca perkataan indon, terus aku stop baca
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Usetad apoooo main jin
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 23-11-2020 01:39 AM
Usetad apoooo main jin

Uish.. X tido lagi acik?

Utk tak ot.

Setahu aku bila dah terpisah roh dari badan.  Roh tak boleh balik ke alam manusia.. Ustaz aku ajar mcm tu.. Mcm pelik saja cara rawatan ustaz ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-11-2020 01:49 AM
Uish.. X tido lagi acik?

Utk tak ot.

Ni haaaaaa ada budak bangkit tidoq dok sua kaki nak keluaq katil
Hang mai ngasuh dia sat sarah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2020 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 23-11-2020 01:54 AM
Ni haaaaaa ada budak bangkit tidoq dok sua kaki nak keluaq katil
Hang mai ngasuh dia sat sar ...

Dia minta susu la tu.. Hihihi.. Mai antar jitra.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82: Uish.. X tido lagi acik? Utk tak ot. Setahu aku bila dah terpisah roh dari badan.  Roh tak boleh balik ke alam manusia.. Ustaz aku ajar mcm tu.. Mcm p ...

Indon kan tiada yg pelik. Aku bca mcm kisah otomen plak bleh transfer2 roh bagai haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon pnye story mana penah nak kalah{:nose
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82: Uish.. X tido lagi acik? Utk tak ot. Setahu aku bila dah terpisah roh dari badan.  Roh tak boleh balik ke alam manusia.. Ustaz aku ajar mcm tu.. Mcm p ...

Ust indon ni ramai yang pelik.takde maknanya roh boleh masuk2 badan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
seksa nok dah mati kena keluar kubur pulak nak melawat kawan2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:32 AM | Show all posts
boleh pulak roh masuk dalam badan orang lain.. macam-macam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 07:47 AM | Show all posts
sukerrrti bangkitlah.... bangkitlah wahai sukerrtiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Uish... Scary mary
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pulak roh masuk2 badan orang lain. Tapi indon ni memang pelik. Harini atheist. Esok muslim. Lepas tu dia pergi sunday mass pulak. Agama dia bertukar ikut suka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye ye la suruh rasuk org lain pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2020 11:44 AM | Show all posts
Kat sini pun ada kes jenazah mualaf dikebumikan secara bukan islam. Kadang2 waris tak tahu yang si mati telah memeluk islam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2020 04:18 PM | Show all posts
Tak kiralah macam mana ceritanya nasib dah dikebumikan semula dengan cara islam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 02:39 PM | Show all posts
Kurex replied at 23-11-2020 01:35 AM
Lepas aku baca perkataan indon, terus aku stop baca

ahahahhahaha sama pulak kita

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Belah bagi nak caya ke tidak
Tpi wktu mendiang uncle aku mati accident, jadi kes mcm gini juga
Lepas kawen uncle aku masuk kristian ikut bini nya
So bila mati upacara mayat pun kebumi ikut cara kristian
Dlm seminggu gitu, ada sami buddha dari KL dtg umah tuk nenek aku.
Sami tu ckp mendiang uncle aku dtg dlm mimpi dia, suh atuk n nenek aku buat upacara kegamaan ikut budha pulak..sbb mendiang uncle aku tak tenang kat sana.
Jadi family tuk nenek aku pun buat la upacara tu, buat juga 1 lot peringatan utk uncle aku
Sejak tu..semua baik2 aje.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.336216 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list