CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4857|Reply: 1

Mengganti kapasitor dryer jenama ELBA DIY.

[Copy link]
Post time 24-10-2020 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamu’alaikum semua.
Akak bukannya pakar bab2 baik pulih barangan electrical ni. Cuma biasa tolong suami je sejak kahwin. Banyak penjimatan boleh dibuat. Tp sejak 8 tahun kebelakangan ni dah jarang dia baikpulih barangan electrical sendiri. Dia lebih suka serah kat anak yg sulung dan ajar anak yg bongsu.
Dryer ni dah lebih sebulan x boleh spin. Bunyi tu ada. Cuma drum tu stagnant aje. Lama tunggu, kan.. Dia suruh cari org baiki. Akak nak baiki sendiri jadi google dan study dari fb, Youtube dan bacaan.

Kerjaan akak hari ni sampaikan terlupa nak masak.
Alasan sangat kan.. Sampai terlupa nak masak...


Ni dryer dah beli 9-10 tahun dulu. Brand Elba. Dah pernah sekali rosak tp panggil org. X sampai 10 minit dah kena bayar RM160. Dia kata siap service.

So kali ni kita goggle dan dah dpt conclusion. Mcm capacitor yg rosak. Model ni senang sikit.


Ni belakang dia. Ada model nak buka belakang ni kena buka kepingan atas dryer dulu.. Alhamdulillah akak pilih yg ni je dulu. Harga dalam RM999 aje masa tu sale. Nak beli Electrolux, x mampu time tu. Iye la kan. Time nak berjimat cermat sebab nak renovate rumah dan nak cari kitchen appliances baru time tu..


Ni capacitor  dah dicabut. Betul kat sebelah belt dia tu. Memang dah rosak. Siap dah terbuka dah penututp capasitor. Overworked kot.. Dah letih.. Buka le topi dia.




Ni filter tempat keluar habuk, sisa2 benang  dan apa2 benda alah yg melekat kat baju yg baru keluar dari washing machine dan angin dia. Macam2 ada... Ada skru kiri dan kanan kepingannya je. Senang sangat nak bukanya.


Mak ai.. Tanjat gigirl! Bukan habuk dan sisa benang aje yg dah terkumpul. Duit syiling pun ada. Makcik kayo hari ni!

Dah lap dan buang semua habuk tu, boleh la basuh filter plat dia dan lap kering sebelum dipasang balik. Selesai dah bahagian filter dia.

Ni rupa capasitor baru . Husband akak minta tokey bagi capasitor yg lebih “lasak” utk ganti yg lama tu. Biar lama sikit dia bekerja sebelum pencen. Dia budget mesti dlm Ram30-RM40...


Rupanya.. RM8.80 aje!


Pasangkan capasitornya. Capasitor lama diikat dgn cable tie. Tp capasitor ni pakai skru je kat tempat bulatan hijau tu. Disitu ada tapak skru dia. Then dipasang 2 keping washer.Sorry. Tadi husband pasangkannya, akak kat atas so x sempat ambil videonya.
Dah siap, pasangkan balik plat dia.


Ni akak sertakan video bagi dryer lain tp cara dia pasang capasitor sama je.

Sorry ya. First time buka thread mcm ni..
Kalau ada yg biasa buat utk brand lain, jom la share sini. Mana tahu boleh membantu yg nak jimat duit dgn berDIY saja. Jimat banyak ooo...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh.. Kalau sy.. Siap la.. Cari tukang repair
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049340 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list