CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20461|Reply: 201

[Tempatan] Lantaran jalan termasuk dalam sempadan lot rumah, pemilik bertindak menutup teru

  [Copy link]
Post time 4-10-2020 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 5-10-2020 10:35 PM

Jalan termasuk dalam sempadan lot rumah
NORAFIDAH ASSAN | | 4 Oktober 2020


Pemilik rumah bertindak menutup jalan dan memasang pagar selepas mendapat pengesahan sempadan daripada pihak JUPEM. (Gambar kecil: Syahrul Nizam Saleh)

JEMPOL - Tindakan seorang pemilik sebuah rumah di Taman Sornam, Bahau menutup laluan di sebelah kediamannya menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat sehingga tular di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Tindakan itu menyebabkan penduduk taman yang lain tidak boleh melalui jalan tersebut yang sebelum ini digunakan sebagai laluan keluar masuk antara lorong-lorong barisan rumah bersebelahan.

Pegawai Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, pihaknya telah turun ke kawasan itu pada 21 dan 25 September lalu untuk membuat siasatan awal dan perbincangan bersama pemilik rumah yang terlibat.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati jalan itu termasuk di dalam sempadan lot rumah tersebut.

"Pemilik menyedarinya selepas dia mengukur semula sempadan lot rumahnya.

"Pemilik rumah itu juga memaklumkan bahawa dia mula menutup jalan dan membina pagar setelah mendapat pengesahan daripada Pelan Hakmilik dan Pelan Akui yang telah disahkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bahawa sempadan sebenar rumahnya adalah termasuk jalan berkenaan.

"Rizab jalan sebenar yang telah diperuntukkan melalui projek perumahan asal adalah terletak di kawasan berbukit bersebelahan dengan jalan berkenaan," katanya.

Syahrul Nizam berkata, pihaknya juga telah memohon kerjasama JUPEM untuk membuat pengesahan rasmi dalam masa terdekat berkenaan pengukuran dan sempadan tanah tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan penjelasan ini, pihaknya ingin menegaskan perkara yang perlu diambil kira adalah pemilik tanah berhak membuat sebarang binaan dan memagar kawasan rumahnya selagi tidak melebihi sempadan tanah rumah dan tertakluk kepada kelulusan pelan bangunan oleh Majlis Perbandaran Jempol.

"Dalam hal ini juga kita tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana tiada sebarang pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh pemilik tanah.

"Oleh kerana itu, jalan sedia ada bukan lagi jalan awam yang boleh dilalui oleh orang awam dan sebarang penggunaan jalan tersebut adalah tertakluk kepada kebenaran daripada pemilik tanah.

"Pada masa ini, kita berpandangan tiada jalan baru yang akan dibina bagi menggantikan jalan sedia ada kerana terdapat banyak alternatif jalan lain yang boleh digunakan oleh penduduk selain implikasi kewangan untuk pengambilan tanah atau pembinaan jalan baru adalah tinggi," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -sempadan-lot-rumah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Islam ke beliau ni...moga tanah tu bawa mati kelak ya..... patut sedekah laluan buat amalan...ni sebaliknya...dah mengalahkan palestine dgn israel
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah gak kalau benda macam ni jadi, kan? Rumah kawan aku pulak, tanah kiri kanan terbiar sampai semak samun tahap hutan simpan Amazon dah. Siap rumah dia jadi laluan ular tedung dan biawak. Tiap bulan kena bayar berpuluh ringgit tebang dahan pokok yang hadang laluan masuk ke rumah. Dah dua kali ingatkan pemilik dua2 tanah, tapi dorang watdekkkk je. Boleh buay aduan ke? Sory terkeluar tajuk. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:19 PM | Show all posts
Kes sama terus berulang zaman berzaman bab tanah selalu masaalah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah dia bayar dan benda tu dia punya, suka hati la dia nak buat apa. Dia nak kumpul saham akhirat atau nak buat parking kereta ke, suka hati. Tanah kita kalau orang main pakai tanpa kebenaran pun kita tak suka. Salah yang buat jalan tu la. Kerja main2. Tak ukur betul2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak besarkan rumah kot, takpun nak bercucuk tanam nanti... Pihak berwajib buat la laluan baru, tu rumah dia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2020 04:31 PM | Show all posts
tkkn buat jalan main buat je, tk ukur dulu?
mendapat le
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 4-10-2020 04:13 PM
Islam ke beliau ni...moga tanah tu bawa mati kelak ya..... patut sedekah laluan buat amalan...n ...

Tak boleh jugak nak kata gitu kot sis noor? Kalau akak lah antara yang dah biasa lalu jalan tu tapi last2 dah tak boleh, akak akur jah sis. Sebab nak buat camna kan, dah memang hak dia sis. Nak mengata perli dia pun akak rasa tak layak sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2020 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau org lalu lalang. Tak selesa la rumah dia habuk ke.. retak ke.. rosak ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak dia laaa tanah dia..kalau aku pn akn buat benda yg sama..lg pn d.o ckp wokeh jahh ...soooo
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 4-10-2020 04:31 PM
Tak boleh jugak nak kata gitu kot sis noor? Kalau akak lah antara yang dah biasa lalu jalan tu tap ...

Betul juga tu bila difikirkan balik...dah hak dia....akur je la.....bila zoom gambar tu pun rumah tu mcm dah penghujung....dalam undang2 pun beliau x salah......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2020 04:39 PM | Show all posts
artikel tak cakap pulak berapa banyak bahagian jalan yang masuk tanah dia.

kalau selebar 2 lane tu boleh sebiji rumah lagi

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yang bodoh buat jalan tak ukur main tarah tanah orang ni. Rezab jalan ada g sebat tanah org yang rata.. bayar pampasan setimpal atau buat jalan baru
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 4-10-2020 04:13 PM
Susah gak kalau benda macam ni jadi, kan? Rumah kawan aku pulak, tanah kiri kanan terbiar sampai sem ...

Boleh report PBT. PBT akan dtg bersihkan tanah tu, bil akan dimasukkan dalam cukai tuan tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:44 PM | Show all posts
semoga diluaskan kubur beliau nanti
sehingga termasuk dalam lot kubur org lain
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 4-10-2020 04:41 PM
Boleh report PBT. PBT akan dtg bersihkan tanah tu, bil akan dimasukkan dalam cukai tuan tanah.

orait, nanti aku bgtau dia. tapi tu lah, takut jadi bermusuh dengan jiran tanah tu, macam kes kat atas ni. dia cuma nak amek hak dia, tapi tak memasal orang salahkan dia sebab berkira bagai. serba salah betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hak tuan tanah. Nak buat casino, with black jack & hookers, sukati dia. Tp kalau dia Islam, sangat rugi, selagi org lalu jalan tu, walaupun da beratus tahun mati, selagi tu pahala masuk. Benda tak nampak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:49 PM | Show all posts
Itu mmg hak dia...dlm Islam pun kita mmg berhak pertahankan hak....tuan tanah dah buat benda yg betul, ikut prosedur, Ukur sendii, pastu report kat Jabatan Pemetaan....seterusnya dapat pulak pengesahan....setakat ni aku tak nampak ada apa2 salah tindakan tuan tanah...some more dia kena bayar cukai tanah
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg org setaman tu pon nk sentap2 knape? Harta dia. Biar je la. Dia nk sekat ke, nk hadang ke. Korg klau nk guna harta benda org, x nyempat2 pikir ye
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2020 04:51 PM | Show all posts
Kan katenye ada beberapa jalan alternatif kan
so penduduk guna lah jalan alternatif tu
Dah itu tanah dia, hak dia, lagi nak kecoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.084859 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list