Kecoh di laman sosial membincangkan isu penampakan susuk di bahagian punggung wanita berusia 55 tahun ketika melakukan imbasan X-ray.
Seram melihat ratusan susuk dalam gambar yang dikongsikan Tasqia Syabira di Instagram.
Jelasnya, dari ilmu perubatan sains, pemakaian susuk disebut Charm Needles kerana bentuknya kelihatan seperti jarum.
Menurut pensyarahnya, susuk berkenaan akan kelihatan dalam foto X-ray, namun tidak akan dapat dikesan apabila pembedahan dilakukan.
Ia 'muncul' ketika menjalani ujian X-ray kerana diperbuat dari emas dan tembaga.
Susuk biasa dipakai untuk kelihatan cantik atau membuat orang yang memandang jatuh cinta pada si pemakai. Namun, tidak dapat dipastikan fungsi susuk dipakai di punggung wanita terbabit.
"Dalam dunia perubatan, ia masih misteri kenapa susuk tak terlihat penampakannya saat melakukan pembedahan.
Kredit foto: IG Tasqia Syabira
"Susuk jarang menyebabkan komplikasi, namun berbahaya apabila berlaku jangkitan kuman kerana sukar dikesan untuk mengeluarkannya," tulisnya. - CARI |