CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2841|Reply: 0

[Aduan] 20,000 paip pembetung tersumbat sepanjang PKP

[Copy link]
Post time 17-8-2020 02:52 PM | Show all posts |Read mode
INDAH Water Konsortium (IWK) merekodkan sebanyak 20,000 kejadian paip pembetungan awam tersumbat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac hingga Jun lalu.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, sebahagian besar adalah disebabkan oleh pengumpulan lemak, minyak dan gris (FOG) yang tidak terkawal.
Menurutnya, FOG adalah bi-produk atau hasil sisa yang terhasil daripada aktiviti penyediaan makanan seperti sisa makanan, minyak masak dan lain-lain yang menyumbang masalah paip pembetungan tersumbat.

"Kegagalan penyelenggaraan pra-rawatan di premis makanan akan menyebabkan pengumpulan FOG dan ini akan menyebabkan paip pembetungan tersumbat serta air sisa kumbahan tersekat.
"Apabila ini berlaku, kemungkinan air sisa kumbahan itu melimpah ke saluran pembetungan yang pastinya mencemarkan sumber air dan sungai.
"Keadaan itu menyebabkan IWK terpaksa mengeluarkan belanja tinggi untuk membersihkan paip-paip pembetungan yang tersumbat sekali gus menambah lagi kos operasi IWK," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengosongan Sistem Perangkap Lemak, Minyak dan Gris antara IWK Sdn Bhd dan Nusa Baiduri Sdn Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.
Nusa Baiduri, syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara bangunan komersil Republik Damansara Heights adalah syarikat pertama memeterai perjanjian bersama IWK sejak FOG dilancarkan bulan lalu sekali gus menyaksikan komitmen pemain industri untuk menggunakan perkhidmatan FOG disediakan IWK.
Justeru, Dr Ahmad Masrizal menggesa semua pengusaha dan industri makanan mencontohi Nusa Baiduri dalam bekerjasama dengan IWK untuk mengeluarkan FOG dalam operasi harian dan menyelenggara perangkap minyak dengan baik.
Beliau berkata, premis makanan di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memenuhi syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan selaras keputusan Majlis Negara Kerajaan Tempatan 2005 yang mewajibkan penggunaan alat penapis sisa makanan serta minyak sebagai perangkap bagi mengekang masalah FOG berkumpul di paip pembetungan.
"Saya dimaklumkan ada beberapa syarikat pesaing yang melupuskan sisa di fasiliti IWK juga tetapi menyedihkan apabila ada yang melupuskan di tapak tidak diketahui seperti sungai," katanya.
Katanya, ia perbuatan tidak bertanggungjawab dan kerajaan tidak akan bertoleransi dengan syarikat sedemikian.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.079862 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list