CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3943|Reply: 7

Bercamper' di pantai

[Copy link]
Post time 31-7-2020 08:41 AM | Show all posts |Read mode
'Bercamper' di pantai
















CAPAI impian dengan campercar. FOTO Asri Nawawi










Asri Nawawi
rencana@hmetro.com.my



SEMUA orang mempunyai impian yang ingin dikecapi. Begitu juga dengan penulis yang sering mencari peluang untuk mengecapi impian ketika remaja.
Antara impian penulis adalah mengembara dengan menggunakan campervan.
Jadi, penulis bermula pengembaraan itu menggunakan kereta Perodua Kancil yang dulunya adalah kereta ayah sejak November tahun lalu.
Selesa dengan konsep 'guna apa ada' saya cuba melakukan kelainan untuk menunaikan impian berkhemah menggunakan kereta kecil (campercar).

Berbanding kebiasaan orang yang menggunakan kenderaan besar seperti van.
Tambahan pula, konsep campercar ini mungkin akan lebih unik kerana menggunakan kereta kecil yang jarang diketengahkan di negara kita.

ASRI selesa dengan keretanya. FOTO Asri Nawawi

SERING memilih kawasan pantai. FOTO Asri Nawawi
Hanya kos yang minimum, penulis mula membuat modifikasi pada bahagian belakang dengan membuat lantai kayu untuk ruang tidur.
Kos modifikasi ruang rehat dan tidur tidak terlalu tinggi sebaliknya hanya perlu diolah dengan cara ringkas, tetapi kemas.
Untuk lantai penulis gunakan papan lapis dan selebihnya adalah ruang penyimpan kargo atas bumbung dengan kos sekitar RM500.
Bagaimanapun, bagi mengelakkan kesalahan modifikasi tempat duduk penumpang belakang adalah mudah alih.
Idea mengubah suai tempat duduk ini memudahkan urusan untuk membuka dan pemasangan dalam masa singkat selain mematuhi undang-undang.
Segala proses modifikasi Camperkancil ini sering dikongsi dalam bentuk video berepisod iaitu My CamperKancil di saluran YouTube Aceyie Channel yang pernah diviralkan sehingga ke Indonesia.
Secara tidak langsung ia memberikan dorongan dan idea kepada peminat campercar untuk memulakan aktiviti dan hobi yang santai ini.
Camperkancil juga memberi idea kepada pemula bidang ini untuk berfikir yang 'camperlife' ini tidak hanya perlu menggunakan van semata-mata.
Semuanya bergantung kepada bajet, kegunaan dan keselesaan sendiri.

RUANG dalam terhad dimanfaatkan sebaik mungkin. FOTO Asri Nawawi
Jika anda mempunyai bajet tinggi, mungkin anda punyai pilihan van untuk dibeli dan diubah suai menjadi campervan.
Bagaimanapun, perlu diakui cabaran utama menggunakan kereta adalah dari segi penggunaan ruang terhad, namun masih sesuai dengan keperluan penulis yang bergerak solo.
Bekerja sendiri dalam bidang pelancongan memberi kelebihan kepada penulis untuk 'bercamper' mengikut masa sendiri dan tidak terikat dengan komitmen kerja.
Selain itu, penulis juga sering berbasikal berkonsepkan 'bikepacking' ke tempat menarik di Malaysia dan sehingga ke Phattalung, Thailand.
Jadi, untuk melakukan aktiviti ini selalunya penulis memilih bergerak pada hari bekerja untuk mengelakkan pengunjung yang ramai di sesebuah tempat dikunjungi.
Dalam masa sama, ia memberikan mood yang lebih santai kepada penulis untuk membuat kandungan video untuk dikongsi kepada penonton.
Penulis sering ke Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah.

MENGGUNAKAN kereta bukan alasan untuk mengembara. FOTO Asri Nawawi
Di Terengganu pula, penulis gemarkan suasana 'bercamper' di kawasan pantai.
Berbekalkan peralatan berkhemah yang mencukupi ia memudahkan penulis untuk berhenti dan bermalam di mana-mana kawasan selamat.
Antara peralatan yang wajib disediakan termasuk dapur gas mini, beg tidur, kipas dan mini generator solar.
Sejujurnya, sepanjang terbabit dengan aktiviti ini, penulis risaukan kes kecurian dan lain-lain.

CAMPERCAR memberi ruang Asri untuk menikmati keindahan alam. FOTO Asri Nawawi
Oleh itu, selalunya penulis memilih kawasan yang selamat yang dekat dengan perkampungan atau sesekali penulis memilih kawasan tapak perkhemahan berbayar.
Ternyata, hanya sebuah Perodua Kancil 850cc, penulis sudah merealisasikan impian untuk mengembara dengan cara tersendiri.
Di masa hadapan penulis memasang impian memiliki sebuah van untuk lebih serius dengan aktiviti ini.
Buat masa sekarang, penulis bersyukur dengan apa yang ada dan jika diizinkan penulis bakal memulakan perjalanan ke Thailand.




Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 7:00 AM





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2020 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
menarikkk..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni renovate kancil dia jadi camper kancil.. Seorg lagi myvi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka jugak tengok video dia ni. Kemas dan menarik
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik. Boleh try ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Awesomeeeee

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2020 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Berak guane.. Masuk terus laut ka
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Nice video. Idea yang bagus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.068573 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list