CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17573|Reply: 113

[Politik] Najib perlu bayar cukai 1.69 bilion - Mahkamah

  [Copy link]
Post time 22-7-2020 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 22-7-2020 04:55 PM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk penghakiman terus dalam dalam saman tuntutan cukai berjumlah RM1.69 bilion ke atas bekas perdana menteri Najib Razak.

Keputusan itu bermakna Najib perlu membayar cukai berjumlah RM1.69 bilion kepada LHDN.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan tanpa melalui perbicaraan penuh, iaitu antaranya tanpa mendengar keterangan saksi.

Pada 22 Jun lalu, hakim Ahmad Bache menangguhkan keputusan terhadap permohonan LHDN itu, selepas penghujahan peguam pihak LHDN dan Najib.

Kerajaan memfailkan saman itu terhadap Najib pada 25 Jun 2019.

Saman itu menuntut RM1.69 bilion daripada Najib, dengan kadar faedah tahunan lima peratus bermula tarikh notis taksiran, serta ganti rugi kos serta relif lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2020 04:33 PM | Show all posts
Mahkamah benarkan penghakiman terus, Najib perlu bayar cukai RM1.69b

https://www.malaysiakini.com/news/535579

Hidir Reduan Abdul Rashid

Diterbitkan Hari ini 3:39 pm
Dikemaskini Hari ini 4:18 pm



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk penghakiman terus dalam dalam saman tuntutan cukai berjumlah RM1.69 bilion ke atas bekas perdana menteri Najib Razak.

Keputusan itu bermakna Najib perlu membayar cukai berjumlah RM1.69 bilion kepada LHDN.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan tanpa melalui perbicaraan penuh, iaitu antaranya tanpa mendengar keterangan saksi.

Pada 22 Jun lalu, hakim Ahmad Bache menangguhkan keputusan terhadap permohonan LHDN itu, selepas penghujahan peguam pihak LHDN dan Najib.

Kerajaan memfailkan saman itu terhadap Najib pada 25 Jun 2019.

Saman itu menuntut RM1.69 bilion daripada Najib, dengan kadar faedah tahunan lima peratus bermula tarikh notis taksiran, serta ganti rugi kos serta relif lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 04:36 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusannya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 04:39 PM | Show all posts
kata kes najib punya keputusan bulan julai ni bila ya umum? excited nak tau bebas ke tak...tp walaucamana pun aku tak sokong apa shj kes2 najib ni, aku still rasa dia patut bebas supaya cina2 tak tepuk tangan...especially dapig
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk tu!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak tu.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2020 04:40 PM | Show all posts

Kalo Tak Bayor

EJALTI replied at 22-7-2020 04:33 PM
Mahkamah benarkan penghakiman terus, Najib perlu bayar cukai RM1.69b

https://www.malaysiakini.com ...

Ape jadi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 04:43 PM | Show all posts
keje PM kena cukai banyak tu ?
sori iols naive
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2020 04:47 PM | Show all posts
Ini dana dia dpt dari Saudi. Dana ni kena cukai. Ini bukan income dia ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 22-7-2020 04:40 PM
Ape jadi?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by safriehalim at 22-7-2020 05:58 PM

Memang masih ada saluran utk DS Najib membuat rayuan tetapi perlu sedar bahawa LHDN yg membuat tuntutan dan jika pemutus keputusan rayuan diserahkan kepada LHDN apa yg kita boleh agak?

DS Najib terlalu optimis LHDN dibawah menteri kewangan baru ini akan menerima rayuannya. Tetapi benda tu takkan berlaku, DS Najib perlu terlebih dahulu membayar tuntutan tersebut baru boleh membuat rayuan.

Persoalannya mampu ke DS Najib bayar dulu tuntutan RM1.69 bilion ? Beliau nak cari duit dari mana?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 05:50 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 22-7-2020 09:57 AM
safriehalim replied at 22-7-2020 09:13 AM
Memang masih ada saluran utk DS Najib membuat rayuan tetapi perlu sedar bahawa LHDN yg membuat tuntu ...
Persoalannya mampu ke DS Najib bayar dulu tuntutan RM1.69 bilion ? Beliau nak cari duit dari mana?

Bossku boleh keluarkan duit facebook, top up sana sini dan boleh tambah income macam contoh Abang Pilot di bawah ini, sebab Bossku sinonim dengan Y15 atau istilah popularnya Y Suku...

Daripada juruterbang ke penghantar makanan
AZRUL RADI AZRUL RADI Send an email23 hours ago
https://suaramerdeka.com.my/dari ... penghantar-makanan/




Tinggal tambah box di belakang sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 05:55 PM | Show all posts
Penjelasan hakim tentang keputusannya hari ini dalam kes tuntutan cukai RM1.7 bilion yang dikenakan oleh kerajaan PH dahulu ke atas saya jelas membuktikan penyalahgunaan kuasa PH semasa mereka kerajaan untuk menganiaya saya.

Hakim kata dasar "pay first, talk later" (bayar dulu, bincang kemudian) undang-undang LHDN tanpa mengira jika cukai itu patut, tersalah kira atau langsung tak betul adalah kejam tetapi ini adalah akta Cukai dan mahkamah tiada kuasa untuk pertikaikan, ubah atau hentikan tuntutan LHDN.

Bagaimanapun, hakim kata rayuan saya perlu didengar di Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan - bukan dalam mahkamah.

Hakim kata Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan adalah jalan seterusnya bagi saya untuk mansuhkan tuntutan tidak berasas kerajaan PH dahulu.

"Beliau berkata, mengikut Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan, mahkamah tidak boleh memenuhi permohonan Najib selaku defendan untuk mendengar rayuan bagi jumlah tunggakan yang dipertikaikan itu.

Bagaimanapun, hakim itu berkata, Najib masih boleh mengemukakan rayuan berhubung jumlah yang dipertikaikan itu kepada Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan."
https://www.bharian.com.my/…/najib-diarah-bayar-rm169-bilio…

Sebenarnya, saya bukan diarahkan hakim untuk membayar cukai tetapi hakim memberi penghakiman terus (summary judgement) kepada LHDN untuk teruskan tuntutan mereka terhadap saya.

"Penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan tanpa melalui perbicaraan penuh, iaitu antaranya tanpa mendengar keterangan saksi."

LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan.

Pada masa tuntutan cukai ke atas saya dan keluarga saya dikenakan juga merupakan masa Tony Pua dan Guan Eng bermaharajalela dan banyak menyalah gunakan kuasa (saman saya jika berani) untuk mengenakan saya dan orang BN.

Di bawah undang-undang cukai Malaysia, seksyen 106 jelas menunjukkan bahawa LHDN ada kuasa untuk mengenakan sebarang cukai tambahan dan penalti ke atas mana-mana orang dan seksyen 106 (3) juga mengatakan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mengurangkan atau membatalkan tuntutan cukai LHDN biarpun tuntutan cukai itu disalah kira, tak adil atau tak patut.

Akta Cukai Pendapatan 1967:

"Section 106 (3): In any proceedings under this section the court shall not entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed, under appeal or incorrectly increased."

Ini bermaksud, jika LHDN tuntut cukai RM3.76 Trilion pun, mahkamah perlu arahkan dfendan bayar RM3.76 Trilion.

Di bawah undang-undang yang saya sebut tadi, mahkamah tak ada kuasa untuk pertikaikan tuntutan cukai LHDN.

Bayar dulu. Lepas bayar, baru boleh membuat rayuan di panel rayuan LHDN untuk mendapat kembali bayaran yang tak patut.

Sebab itu, kerajaan PH dahulu boleh kenakan tuntutan dan penalti cukai sebanyak RM1.7 bilion ke atas saya untuk wang yang disebut RM2.6 bilion walaupun ianya jelas wang tersebut telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan selepas ianya diterima manakala RM632 juta adalah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi yang merupakan dana sumbangan asing yang tidak patut dikenakan cukai.

Tapi apalah nasib kita jika kuasa di bawah undang-undang cukai negara telah disalahguna oleh Guan Eng dan gengnya untuk mengenakan kita supaya mereka boleh memainkan propaganda untuk menipu mereka yang kurang faham akta dan proses tuntutan cukai?

Kebenaran akan dibuktikan akhirnya apabila kita menghadap panel rayuan Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatanhari nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 22-7-2020 04:40 PM
Ape jadi?

Aku lebih berminat nak tanya... kalau dia selamba jer bayar?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 06:01 PM | Show all posts
aku tak sangka la jibby ni kaki kencing jgk sama cam phanceng
kesian aku tgk follower jibby ni, angguk je apa si kepit bgtau
mentang2 kau bekas pm, slamber je xnk byr erkk.kalo rkyat marhaen x bayar cukai, bole dicop sbgai pengkhianat plak
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak pendapatan dia kan.
kesian rakyat yg masih duduk dalam bangsal, pergi sekolah redah jalan berselut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2020 06:13 PM | Show all posts
gadget replied at 22-7-2020 04:39 PM
kata kes najib punya keputusan bulan julai ni bila ya umum? excited nak tau bebas ke tak...tp walauc ...

28 Julai keputusan kes SRC. Apasal awak boleh fikir begitu, Cina akan tepuk tangan? Jangan generalise sokongan politik ikut bangsa. Bukan semua Cina sokong DAP. Cina yang sokong Najib pun ramai, cuba melawat lowyat forum tengok ramai mana supporter Najib. Media advisor Najib pun Cina cuma ramai yg tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 06:17 PM | Show all posts

Jumlah tu boleh dikenakan penalti sampai 10x ganda. Boleh kena penjara juga dan passport kena ban x boleh ke luar negara. Mmg dah kenapun sbb other court cases yg dia tengah hadap
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya nokkssszzz, suami kaka najanirah pun belum tentu boleh bayar banyak tu... Iols takmau kata apa kalau betul dia dapat banyak tu dan dia bersalah tak bayar cukai atau duit derma tu mesti di cukaikan, bayar je lah cukai tu untuk kebebasan lepasni, rezeki boleh di cari. Balance yang ada tu pun tak habis satu keturunan, malah manatau lepasni keturunan dapat hasilkan lagi banyak rezeki dari 1.7b tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2020 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sicvitaest replied at 22-7-2020 06:17 PM
Jumlah tu boleh dikenakan penalti sampai 10x ganda. Boleh kena penjara juga dan passport kena ban  ...

Boleh juga diisytiharkan muflis dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan tidak boleh bertanding pada PRU akan dtg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.096046 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list