CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5937|Reply: 48

[Tempatan] Seorang lelaki tak sangka hidap barah payudara tahap empat

  [Copy link]
Post time 25-6-2020 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 25-6-2020 05:49 PM

Lelaki derita hidap barah payudara


"SAYA tidak menjangkakan jadi sebegini tetapi terima ujian ini sebagai takdir tuhan," kata pesakit barah payudara, Md Fairul Ab Rahman, 42, bapa kepada enam anak yang disahkan menghidap penyakit itu Januari lalu.

Penyakit itu kini berada di tahap empat dan kini, Md Fairul tidak dapat bekerja sebaliknya hanya menjaga empat daripada enam anaknya berumur lima bulan hingga lima tahun manakala dua lagi tinggal bersama bekas isteri.

Berkongsi pengalamannya sebagai pesakit barah payudara, Md Fairul berkata, tanda penyakit itu mula ada sejak dua tahun lalu tetapi tidak dapat dipastikan sehingga doktor mengesahkannya.

"Payudara kanan saya mula membengkak selepas salah seorang anak melompat di dada dan saya ingatkan ia bisul.

"Lama kelamaan, bengkak itu semakin serius hingga nanah pecah dan berdarah selepas anak saya membaling mainan di bahagian dada.

"Akhirnya, bahagian bernanah itu jadi busuk dan pemeriksaan awal mendapati saya menghidap barah sebelum doktor mengesahkan penyakit berkenaan sudah di tahap tiga pada 20 Januari lalu," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Pangsapuri Lagoon Perdana,Bandar Sunway, di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Md Fairul, penyakit itu merebak dengan pantas kerana dua hari lalu, doktor memaklumkannya barah yang ada sudah berada di tahap empat.

Katanya, sukar untuk menerima kenyataan itu tetapi terpaksa kuat kerana memikirkan anak yang masih kecil.

"Rasa seperti hendak terjun bangunan sewaktu diberitahu doktor, kelmarin mengenai perkembangan penyakit saya namun cuba tenangkan diri dengan beristighfar.

" Sejak disahkan menghidap barah, emosi saya sukar dikawal malah penyakit ini juga menimbulkan rasa tidak selesa dan ada kalanya tertekan hingga tanpa sengaja melepaskan kemarahan pada anak.

" Namun, saya pujuk semula mereka kerana apa yang berlaku bukan salah sesiapa sebaliknya takdir dan ujian Allah buat saya," katanya.

Di sebalik ujian itu, Md Fairul bersyukur kerana keluarganya mahupun isteri banyak memberi sokongan termasuk bantuan kewangan sewaktu memerlukan.

" Dulu, saya ke klinik untuk mencuci luka tetapi kos untuk satu kali cucian saja mencecah RM60.

" Bagi menjimatkan kos, saya beli sendiri barangan diperlukan di farmasi manakala isteri membantu mencuci luka pada bahagian payudara saya di rumah," katanya

Sementara itu, isterinya, Siti Sapiah Hasan Basri, 28, berkata, sejak suaminya disahkan menghidap barah payudara, dia yang mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga.

Katanya, selain mencari rezeki, rutin hariannya kini kini adalah membantu mencuci luka suaminya ketika di rumah dengan mempelajarinya berdasarkan pemerhatian sendiri memandangkan tiada latar belakang dalam bidang perubatan.

" Ibarat patah kaki juga kerana sebelum ini, suami yang memandu untuk ke mana-mana tetapi sejak dia sakit, saya perlu berdikari.

" Namun, apa yang terjadi buat saya lebih kuat dan belajar untuk bersyukur kerana tahu, ramai lagi yang lebih susah dah kurang bernasib baik di luar sana.

"Alhamdulillah, majikan memahami keadaan saya dan ketika ini, biarlah saya berkorban demi suami serta anak," katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan dan membantu keluarga ini boleh menyumbang menerusi akaun Maybank, Md Fairul Ab Rahman (164258444764).


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2020 @ 4:59 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 05:51 PM | Show all posts
iols pun tak sangka lelaki pun boleh kena sebab chance untuk lelaki kena lagi rendah dari perempuan... bila baca ni baru tersedar

semoga cepat sembuh dan mampu di rawat walaupun dah stage 4 tapi insyallah dengan kuasa allah kalau panjang umur pakcik ni maka panjang lah...

semoga di permudahkan juga urusan2 dia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit barah tak kenal org. Semoga keluarga ni tabah menghadapi dugaan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 05:57 PM | Show all posts
Jarang lelaki dpt BC..  
Semoga segala urusan rawatan perubatan dipermudahkan..
Kalau ada apa2 perubahan di tubuh,  jangan biar..
Sel kanser ni, cepat merebak..
Kita peka pada tubuh kita sendiri..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 06:38 PM | Show all posts
baru pertama kali akk tau lelaki pun bole dpt kanser mcm ni...semoga dipermudahkan semuanya dan cpt sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
selama ni cuma tau yg kes barah payudara cuma jd pd perempuan je.. ni la aku baru tahu.. semoga dpt bertahan dan sembuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2020 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jage la payudara masing2 xkira laki ke ppuan gais !!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 25-6-2020 05:51 PM
iols pun tak sangka lelaki pun boleh kena sebab chance untuk lelaki kena lagi rendah dari perempuan. ...

Hari tu saya terbaca ayah melly goeslaw iaitu penyanyi melky goeslaw pun kena barah payu dara. Disebabkan beliau penyanyi popular maka rakyat Indonesia mendapat tau lebih dekat tentang lelaki kena barah payu dara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Seniga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Done derma sepuluh ringget.... Tu je mampu bang
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik anak melompat & sbbkan luka asbab nak detect barah.smg cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 25-6-2020 08:30 PM
Done derma sepuluh ringget.... Tu je mampu bang

Takpa. Seringgit pun xde mslh. Asalkan ikhlas. Sedekah ni lah org paling susah nk buat. Sbb was2 betul ke tindakan tu. Jgn lupa mak ayah jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua kali try xdpt. Acc tak authorised.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 25-6-2020 08:42 PM
Dua kali try xdpt. Acc tak authorised.

Hem? Maybe sebab dah byk org transfer kot... Kdg kan mcmtu.. bank block bila byk transaction.. ni spekuan je
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 25-6-2020 08:35 PM
Takpa. Seringgit pun xde mslh. Asalkan ikhlas. Sedekah ni lah org paling susah nk buat. Sbb was2 b ...




Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
padris replied at 25-6-2020 05:57 PM
Jarang lelaki dpt BC..  
Semoga segala urusan rawatan perubatan dipermudahkan..
Kalau ada apa2 pe ...

Jarang sbb biasanya sel bc ni estrogen receptor dependant
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2020 09:08 PM | Show all posts
kes jarang2 tapi mmg ada...kt luar negara ada je kes..
moga dipermudahkan segala urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kali pertama ank lompat atas dada
Kali kedua anak pi baling mainan kt ats dada plk, tmpt sama plk tu

Awat ank nakai sgt ni
Pi tenang kt location yg sm plk tu

Lg 1, confirm BC januari, tahap 3 lg
Ank bongsu 5 bln
Ngam2 sblm tau ka, slps
Klu slps mcm x patut ja
Mn nk jg hang, mn nk jaga ank kecik lg

Hope for the best utk family ni
Tuhan lbh tau yg terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau laki pun boleh kena tp amat jarang baca kisah pesakit ni di negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena jaga pemakanan. Makanan sekarang bny perasa tiruan, colouring etc yg blh trigger sel barah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.088024 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list