CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11903|Reply: 40

KPN Ketiga - Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim

[Copy link]
Post time 22-6-2020 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sharlenetexas at 22-6-2020 06:59 PM

Sumber: https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/174667/amp

Mengenali KPN ketiga
Ditulis oleh: Tan Sri Khalid Abu Bakar

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali dalam siri mengenali Ketua Polis Negara (KPN), yang kini masuk ke minggu ketiga. Kali ini, saya ingin berkongsi sejarah perkhidmatan dan pengorbanan KPN Ke-3 iaitu Tan Sri Abdul Rahman Hashim.

Abdul Rahman dilahirkan pada 17 Julai 1925 di Yan, Kedah. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai kerani percubaan di Jabatan Pos dan Telegraf pada 6 Ogos 1941, sebelum memasuki perkhidmatan polis sebagai Chief Sub Inspektor pada 17 Oktober 1941. Berkat prestasi kerja yang cemerlang, beliau kemudian dimajukan ke pangkat Inspektor Percubaan pada 1 April 1946.

Pada 21 April 1953, beliau dihantar ke United Kingdom untuk mengikuti kursus tiga bulan di Mill Meece Police Training Centre, Staffordshire dan sekembalinya ke tanah air, ditugaskan ke Cawangan Khas pada 13 Oktober 1953. Antara 16 Mac 1954 sehingga 31 Disember 1954, beliau ditugaskan sebagai Ketua Jurulatih di Sekolah Latihan Cawangan Khas. Pada 22 September 1957, beliau sekali lagi dihantar ke United Kingdom untuk mengikuti kursus enam bulan di Bramshill Police College, Rynton-on-Dunsmore. Kejayaan demi kejayaan melakar kerjaya beliau di mana jawatan yang disandang merangkumi Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang (1960), Timbalan Pengarah Cawangan Khas (1963), Pengarah Cawangan Khas (1971), Timbalan Ketua Polis Negara (1972) dan kemuncaknya sebagai Ketua Polis Negara yang ke-3 pada 1 Februari 1973.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2020 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemantapan Perkhidmatan

Sebagai pemimpin dalam organisasi besar seperti PDRM, Abdul Rahman telah melaksanakan dasar untuk meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan PDRM kepada masyarakat. Usaha ini penting kerana negara ketika itu masih berhadapan dengan ancaman komunis, di samping ancaman jenayah yang berterusan mengganggu gugat keharmonian hidup masyarakat.

Dalam tahun pertama perkhidmatannya, beliau menyusun semula organisasi pasukan polis di semua peringkat, bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan untuk menyokong tanggungjawab beliau sebagai KPN. Beliau telah merangka strategi baru bagi meningkatkan keupayaan perkhidmatan di bidang pentadbiran, penyiasatan, operasi dan juga latihan, demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat dan negara. Abdul Rahman turut memperkenalkan konsep balai polis bergerak bagi tujuan memberikan perkhidmatan polis secara terus kepada orang ramai di lokasi yang ditetapkan dan konsep ini terus diguna pakai sehingga ke hari ini.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Semangat dan pengorbanan

Dalam melaksanakan tugas sebagai KPN, beliau bukan sahaja menumpukan usaha memantapkan perpaduan di kalangan anggota pasukan dan pencegahan jenayah, malahan untuk mematahkan gerakan anasir Parti Komunis Malaya (PKM) yang mula meningkatkan aktiviti keganasan bermula pada 1968, sewaktu era Insurgensi ke-2 PKM.

Ketegasan dan kecekapan beliau dalam merancang dan mengatur strategi untuk melaksanakan gerakan bagi mengekang keganasan dan kegiatan komunis, memberi kesan kepada pihak yang menimbulkan keadaan kekacauan dan huru-hara di dalam negara. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan anasir antinasional, terutama sekali pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan PKM.

Atas dasar ketegasan beliau yang tanpa rasa takut dan gentar melancarkan gerakan pembasmian ini, pihak musuh telah mengambil tindakan yang kejam dengan melancarkan serangan hendap ke atas beliau pada 7 Jun 1974, ketika kenderaan rasmi beliau berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu di belakang Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur. Ketika itu, dua lelaki yang tidak dikenali melepaskan tembakan terhadap Abdul Rahman dan pemandunya. Akibat serangan itu, beliau telah terbunuh dan pemandunya mengalami kecederaan parah. Abdul Rahman terkorban sebagai seorang wira.

Pengorbanan Allahyarham telah menyemarakkan lagi semangat juang seluruh warga PDRM dan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada anggota pasukan polis, bahkan juga kepada segenap lapisan masyarakat yang cintakan perpaduan dan keamanan negara. Walaupun hanya memegang jawatan sebagai KPN selama 16 bulan, pengorbanan Allahyarham amat tinggi nilainya kepada tanah air. Ia juga mengingatkan kita semua tentang mahalnya nilai sebuah keamanan dan kedaulatan negara yang harus kita pertahankan.

Watan kehilangan seorang wira dan PDRM kehilangan seorang pemimpin yang mempunyai semangat pengorbanan yang cukup tinggi.

Sama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan dihimpunkan di kalangan mereka yang syahid. Marilah kita sama-sama meneruskan semangat keperwiraan dan keberanian Allahyarham dalam memastikan negara ini bebas daripada sebarang bentuk percubaan dan agenda jahat pihak yang ingin mengganggu gugat keselamatan tanah air kita yang tercinta ini.

Salam hormat dan kita jumpa lagi di minggu hadapan untuk menelusuri pula sejarah perkhidmatan dan sumbangan KPN Keempat iaitu Tun Mohammed Hanif Omar. Insya-Allah.

Penulis Ketua Polis Negara

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 12:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 07:54 PM | Show all posts
Nice info TT, tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 22-6-2020 07:54 PM
Nice info TT, tq

Sama-sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-6-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Persoalan yang bermain di minda, siapa sebenarnya yang membunuh Allahyarham? Komunis? Anti-national?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 22-6-2020 08:35 PM

Kredit blog Dr Zahidi Zainul Rashid https://zahidizainolrashid.blogs ... dul-rahman.html?m=1

Sejarah Tragis Tan Sri Abdul Rahman Hashim – Ketua Polis Negara Ketiga

Oleh: ZAHIDI BIN DATO HAJI ZAINOL RASHID

Pada pukul 7 pagi, 7 Jun 1974 negara dikejutkan dengan berita yang penuh tragis. Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara yang ketiga itu telah di tembak 11 das oleh 2 lelaki di Jalan Tun Perak. Tujuh daripada 11 tembakan itu mengenai tubuhnya. Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman bersama dengan Sarjan Omar Yunus. Dua penjenayah yang dipercayai anggota subversif komunis, seorang daripadanya Lim Woon Chong, alias Ah Kwong, 21 tahun dipercayai pemimpin Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) seorang lagi Ng Foo Nam 23 tahun melepaskan tembakan yang membunuh Rahman. Mereka juga terbabit dalam pembunuhan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Khong di Jalan Ashbay, Ipoh pada November 1975. Mereka telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Aktar Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1978.

Tan Sri Rahman Hashim berpengalaman luas dalam kerjaya sebagai seorang pegawai polis dan telah berkhidmat selama 33 tahun. Dalam rentetan peristiwa yang telah dilalui, beliau baru berkhidmat dua bulan apabila tentera Jepun menyerang Pearl Harbour pada 8 Disember 1941 yang membawa kepada tercetusnya Perang Pasifik. Abdul Rahman adalah pegawai polis pertama yang memberikan kerjasama kepada tentera Jepun yang menyerang negeri Kedah. Tindakan itu bertujuan mengembalikan keamanan kepada negeri itu. Beliau turut menjadi anggota polis ketika pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1943.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2020 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan...

Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim telah dilahirkan pada 7 Julai 1923. Bapa beliau ialah Hashim bin Md Saman berasal dan Kampung Ceruk Tun Kun, Bukit Mertajam. Pak Hashim sebelum menjadi Guru Besar Sekolah Sungai Limau, beliau bekerja dengan Nyak Hussein (bapa Prof Ismail Hussein) di kedai jahit Tuk Su Hanafi. Beliau juga menjadi tukang masak di situ. Ibu beliau adalah Saadiah bt Othman. Tuk Othman bin Abd Samad berasal dari Kepala Batas, Seberang Perai. Isteri beliau bernama Aminah. Tan Sri Rahman mempunyai 3 orang adik-beradik. Kakak beliau bernama Zubaidah dan adiknya pulah adalah Khadijah. Suami Zubaidah ialah Cikgu Nadzim b Md. Akib dan Khadijah berkahwin dengan Cikgu Haji Othman Hanafiah.

Tan Sri belajar di Sekolah Melayu Sungai Limau. Pada waktu itu bapa beliau Pak Hashim menjadi Guru Besar dengan gaji RM8/- sebulan. Beliau memanggil adiknya Cikgu Said untuk mengajar di sekolah tersebut dan kemudian dihantar belajar di Tanjong Malim. Isteri Cikgu Said adalah kakak kepada Cikgu Saidin Hanafi. Tan Sri Abdul Rahman memasuki Kolej Sultan Abdul Hamid dan merupakan pelajar dari Sungai Limau yang pertama memasuki sekolah Inggeris. Bapanya telah mendirikan sebuah rumah untuk tempat tinggalnya di Seberang Perak dengan seorang perempuan tua sebagai tukang masak dan penjaganya.

Pada 17 Oktober 1941 Tan Sri telah dilantik sebagai seorang pegawai dalam polis negeri Kedah berpangkat Sub-Inspektor. Dalam pasukan polis beliau telah berkhidmat selama 33 tahun dalam berbagai jawatan di negeri-negeri Kedah, Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Di Kedah beliau telah berkhidmat di Bandar Baharu, Baling, Gurun, Kuala Nerang dan Alor Setar.

Pada masa Perang Pasifik tamat beliau adalah Ketua Polis Daerah Kuala Nerang. Pada tahun 1949 beliau telah dipindahkan ke Kajang sebagai Pegawai Penyiasat. Ini adalah pertukaran pertama baginya di luar Negeri Kedah. Ketika itu beliau berpangkat Inspektor. Pada bulan Januari 1952 beliau telah ditukarkan ke Kulai, Johor bertugas sebagai Penolong Ketua Polis Daerah berpangkat Penolong Penguasa Polis.

Beliau kemudian mengikuti Kursus Siasatan Jenayah di Mill Meece, Stafford, England pada 1953. Sekembalinya beliau bertugas di Ibu Pejabat Cawangan Khas di Kuala Lumpur. Pada bulan September tahun 1957 beliau sekali lagi dihantar menjalani Kursus Pegawai Kanan selama enam bulan di Ryton-on-Dunsmore.

Pada tahun 1960 beliau telah dinaikkan pangkat kepada Superintenden dan menjadi Ketua Jabatan Cawangan Khas di Pulau Pinang. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1963 dan menjawat jawatan pengarah pada tahun 1971. Jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara disandang pada 31 Januari 1972 dan Pemangku Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973 menggantikan Tun Mohamad Salleh Ismail.

Tan Sri Abdul Rahman tidak berkhidmat lama sebagai Ketua Polis Negara. Anugerah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ yang diterima daripada Yang di Pertuan Agong pada 5 Jun 1974 tidak berpanjangan. Beliau hanya sempat mengecapi gelaran itu selama dua hari sebelum ditembak 11 das oleh dua penjenayah di Jalan Tun Perak pada 7 pagi 7 Jun 1974. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang dengan penuh penghormatan negara. Beliau meninggal seorang balu Puan Sri Halimah Mohamed Isa. Puan Sri Halimah adalah anak perempuan kepada Sarjan Mohamed Isa dan bersama-sama tinggal sekampung di Sungai Limau. Tan Sri mempunyai tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan. Anak sulung beliau Sofiah pernah bertugas sebagai Chief Matron di Universiti Hospital. Najib Rahman pernah bertugas sebagai Editor Harian Metro. Datin Sofwanah adalah isteri kepada Dato’ Mohd Kamal Hussein, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengerusi Sateras.

Tan Sri Abdul Rahman amat disenangi oleh kakitangan pelbagai peringkat. Ini ialah kerana beliau mementingkan kebajikan kakitangannya. Beliau sentiasa mengambil berat dan prihatin mengenai hal ehwal kakitangan termasuk keluarga mereka. Pemergian beliau disambut dengan linangan air mata oleh setiap anggota polis dan rakyat negara Malaysia.

Sepanjang hayatnya Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman dikurniakan Ahli Mangku Negara (1961), Johan Mangku Negara (1968), Bintang Republik Indonesia (1970), Mahkota Kelas Pertama Thailand (1970, Bintang Bhayong Karya Indonesia (1972), DPMK, SMK, PMN. Tempat beliau digantikan oleh Tun Mohd Haniff Omar, Ketua Polis Negara Keempat.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru dua hari Allahyarham dapat gelaran Tan Sri lepas tu meninggal dunia dalam keadaan penuh tragis dan menggemparkan seluruh negara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
@sarah82
Sejak hari tu lagi iols tanya uols pasal pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1943. Post #8.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 22-6-2020 09:53 PM

Keratan akhbar berita pembunuhan Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 Jun 1974.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 22-6-2020 09:54 PM

Gambaran peristiwa pembunuhan Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim dalam filem Tanda Putera pada minit ke 1:13:40.
Sedih sangat tengok Najib, anak Allahyarham yang berlari ke lokasi kejadian tengok bapak dibunuh dengan kejam sambil panggil "Bapak! Bapak!" Padahal baru sebentar tadi dia bersalam dengan ayahnya




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Riezman Khuzaini tu sebagai watak sebenar atau fiksyenal?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-6-2020 08:53 PM
@sarah82
Sejak hari tu lagi iols tanya uols pasal pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1943. Post # ...

Masa ni jepun bagi kedah kat siam timbul balik sebab siam buka lalui utk serang dan takluk semenanjung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-6-2020 09:54 PM
Masa ni jepun bagi kedah kat siam timbul balik sebab siam buka lalui utk serang dan takluk semenan ...

Jadi Siam ada plan nak takluk semenanjung?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2020 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-6-2020 10:02 PM
Jadi Siam ada plan nak takluk semenanjung?

Dia nak kedah saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-6-2020 10:05 PM
Dia nak kedah saja.

Pastu Kedah lawan macamana? Iols tak tahu tentang sejarah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-6-2020 10:06 PM
Pastu Kedah lawan macamana? Iols tak tahu tentang sejarah ni.

Yg iols ingat masa pendudukan jepun TAR nak Sultan Abdul Hamid jngan sembunyi kan diri.
Tak byk sangat iols tau tentang kedah bawah siam 1943..nanti iols tanya org tua2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2020 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 22-6-2020 10:14 PM
Yg iols ingat masa pendudukan jepun TAR nak Sultan Abdul Hamid jngan sembunyi kan diri.
Tak byk  ...

Komunis lagi kat sempadan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.165917 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list