CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3285|Reply: 0

BINTANG DI ALAM SEMESTA BAKAL MELETUP TAHUN 2022

[Copy link]
Post time 7-6-2020 10:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by zasrfikri at 7-6-2020 10:39 PM

GALAKSI VIRAL - Kajian mengenai bintang di alam semesta ini meletup sudah mula diperkatakan oleh masyarakat antarabangsa sejak tahun 2008 lagi. Ini adalah kerana terdapat satu bintang  yang diberi nama V1309 Scorpii tiba-tiba meletup di ruang angkasa dan ianya mengejut ramai ahli astronomi pada ketika itu. Dan kini, sekali lagi situasi bintang meletup bakal terjadi pada tahun 2022 dengan merujuk kepada kajian ahli astronomi. Penemuan mereka ini sememangnya pasti menarik perhatian ramai orang untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah sebenarnya yang berlaku apabila bintang di langit meletup dan apa kesannya kepada kita di planet Bumi. Oleh itu, jom kita baca info ringkas mengenai fenomena alam semesta ini bagi memahami situasi ini yang bakal berlaku pada tahun 2022.


Lakaran Imej Bintang Meletup - credit to Mr Scientific Youtube Channel



a) Ahli astronomi pertama yang memulakan teori bintang meletup ini pada tahun 2022 ialah Dr Larry Monar dan pembantu penyelidiknya Daniel Van Noord.

b) Dr Larry Malnor  adalah professor di Jabatan Fizik & Astronomi, Kolej Calvin, Grand Rapid, Michigan, Amerika Syarikat.

c) Dr Larry dan pembantunya mula menjalankan kajian mengenai sebuah sistem bintang yang diberi nama  KIC 9832227 pada tahun 2013 dan seterusnya mendapati sistem ini adalah sistem bintang binari (sistem bintang berkembar).

d) Bintang tersebut berada di dalam buruj Cygnus di langit utara dan jaraknya ialah 18 quadrillion km daripada Bumi.

e) Disebabkan kedua-dua bintang ini saling mengorbit di antara satu sama lain dengan jarak yang agak dekat dan ianya berputar seakan semakin laju setiap hari. Satu teori baru telah dicadangkan  iaitu bintang ini dijangka akan bertembung dan meletup menjadi Red Nova pada tahun 2015.


Dua Bintang Saling Mengorbit Antara Satu Sama Lain


Adakah bintang ini jadi meletup atau tidak, boleh rujuk sumber rujukan link ini untuk info lanjut  >>> BINTANG LANGIT MELETOP TAHUN 2022



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.066761 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list