CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8557|Reply: 4

PERBANDINGAN ANTARA ANDROID DAN IPHONE

  [Copy link]
Post time 3-6-2020 12:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 3-6-2020 12:39 AM






PERBANDINGAN ANTARA ANDROID DAN IPHONE



Katakanlah anda ingin membeli telefon pintar baru dan anda sedang memikirkan sama ada ingin bertukar selera – Android ke iPhone atau iPhone ke Android. Anda mungkin tidak berapa pasti sama ada pilihan anda beralih arah ini tepat atau tidak memandangkan kedua-duanya, telefon pintar Android dan iPhone ini ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing.


Oleh yang demikian, artikel ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua ‘mazhab utama’ telefon pintar ini. Terlebih dahulu, artikel ini cuma gambaran ringkas sahaja perbandingan di antara dua ekosistem ini dan tentunya, pengikut fanatik Android dan iPhone sudah terlalu taksub dengan pendirian masing-masing.


Berdasarkan statistik terkini yang diterbitkan oleh StatCounter setakat Februari 2017 yang lalu, Android kini hampir menyamai Windows dari sudut sistem operasi yang paling kerap digunakan di seluruh dunia apabila mencatatkan penguasaan 37.4 peratus, menghampiri Windows yang kini sedang mengungguli 38.6 peratus. iOS dari Apple pula menguasai sekitar 13 peratus.


Menurut GSM Arena pula, Samsung merupakan penjual telefon terbesar di dunia dengan jumlah jualan mencecah 308.5 juta pada tahun 2016. Mendahului Apple yang telah menjual 2.15.5 juta. Diikuti dengan Huawei di tempat ketiga dan Xiaomi di tempat keempat.


Android vs iPhone: Aplikasi

Beberapa tahun sebelum ini, para pembangun pada kebiasaannya menyediakan aplikasi untuk iPhone terlebih dahulu sebelum aplikasi berkenaan hadir untuk pengguna Android. Kadang-kadang tu terlampau lama sampai makan tahun.
Tapi hal ini sudah hampir tidak berlaku lagi pada masa ini memandangkan aplikasi-aplikasi sekarang selalunya akan diterbitkan untuk kedua-dua sistem operasi – iOS dan Android. Cuma, kadang-kadang tu ada juga sesetengah aplikasi yang hanya terhad untuk Android sahaja atau iPhone sahaja.


Android vs iPhone: Perkakasan
Dari segi pilihan, memilih model iPhone adalah lebih mudah jika dibandingkan untuk memilih model telefon pintar Android. Misalnya, untuk iPhone pada setiap keluaran, model yang ditawarkan adalah sekitar tiga atau empat pilihan sahaja dalam satu-satu masa. Pilihan selalunya berkisar pada saiz skrin, 4.0 inci untuk iPhone SE hinggalah yang bersaiz 5.5 inci untuk iPhone 7 Plus. Atau yang sedang-sedang, 4.7 inci untuk iPhone 7.
Dari segi harga pula, iPhone paling murah adalah iPhone SE yang kini boleh diperoleh pada harga sekitar RM1,949 hinggalah yang paling mahal, iPhone 7 Plus – RM3,799.


Telefon pintar Android, lain pula halnya. Pilihannya adalah terlalu banyak hinggakan anda mungkin rambang mata dengannya. Dari harga serendah-rendah RM199 hinggalah ada yang mencecah RM2,499. Juga dari pengeluar yang terkenal seperti Samsung dan Sony hingga ke entah apa jenama yang mungkin anda sendiri belum pernah mendengarnya.


Jadi, adakah iPhone lebih baik dari telefon pintar Android yang terbaik? Jawapannya, belum tentu iPhone lebih bagus. Sesetengah telefon pintar Android menawarkan kamera yang lebih baik dari kamera iPhone, seperti yang ditawarkan oleh Huawei P10. Ada juga sesetengahnya memiliki paparan resolusi skrin yang lebih tinggi serta menawarkan ciri-ciri tambahan lain yang tidak disediakan pada iPhone seperti NFC, pemeriksa degupan jantung atau yang paling penting – ruang storan yang boleh diperbesarkan melalui slot kad mikro SD.


Anda mungkin boleh membeli iPhone yang menawarkan ruang storan yang lebih besar. Namun, bukan semua model iPhone yang menawarkan ruang storan sehingga 128GB dan pastinya harga yang ditawarkan pada model berkenaan pula adalah lebih tinggi.


Berbeza dengan Android, anda mungkin boleh menambahkan ruang storan telefon pintar Android anda sehingga 64GB melalui slot kad mikro SD pada harga sekitar RM89. Anda boleh bayangkan berapa banyak beza harga antara kedua-duanya hanya untuk menambah ruang storan sahaja.
Cuma kelebihan menggunakan storan dalaman sahaja tanpa menggunakan kad mikro SD memudahkan anda untuk mencari di mana anda menyimpan fail-fail seperti imej, aplikasi, muzik, video dan sebagainya. Tambahan pula, prestasi aplikasi-aplikasi yang dipasang pada storan dalaman juga lebih baik berbanding yang dipasangkan pada kad mikro SD dan ia juga bergantung dengan jenis kad mikro SD apa yang anda gunakan.


Android vs iPhone: Perisian


Android hari ini telah jauh lebih maju jika dibandingkan dengan saat ianya pertama kali dipertontonkan kepada khalayak. Kini, Android dan iOS kedua-duanya boleh dianggap sebagai sama taraf. Pun begitu, ada juga hal-hal kecil lain yang masih lagi membezakan di antara kedua-duanya, bergantung kepada selera pengguna seperti;


Home Screen

Paling ketara, kesemua aplikasi-aplikasi iPhone ditempatkan pada ‘home screen’. Walaupun pengguna dibenarkan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi ke dalam folder, home screen iPhone tetap tidak boleh diubahsuai sesuka hati.
Manakala Android pula, pengguna diberikan lebih kebebasan, termasuklah pilihan untuk menyimpan aplikasi pada ‘app tray’ atau meletakkannya pada home screen seperti iPhone. Pengguna juga diberi pilihan untuk memaparkan imej-imej hiasa menarik pada home screen, menambah widget-widget tertentu seperti pemakluman cuaca, waktu dunia dan sebagainya.


Pembantu (Assistants)


iPhone ada Siri, Android pula ada Google Now. Kedua-dua mempunyai peranan yang sama, cuma kebolehannya sahaja yang berbeza. Google Now bukanlah pembantu maya yang boleh anda ajak berborak. Siri pula, sekurang-kurangnya masih boleh dibawa berborak cuma ada masanya boleh tahan juga dia punya mengarut.
Pengguna boleh menggunakan Siri dan Google Now untuk menetapkan alarm, peringatan, mendapatkan petunjuk arah dan pelbagai lagi termasuklah menghantar mesej berteks.
Bagaimanapun, untuk arahan-arahan tertentu, Siri dilihat lebih memahami jika dibandingkan dengan Google Now yang pada kebiasaannya akan memaparkan hasil carian melalui internet.
Melalui iOS 10, Apple telah membuka Siri untuk digunakan oleh pembangun aplikasi untuk menjadikannya lebih bermanfaat mengikut kesesuaian aplikasi.
Cuma, untuk pembantu maya yang menerima arahan suara dari pengguna ini, pengguna perlu meluangkan masa untuk mempelajari dan menyesuaikan cara memberikan arahan untuk memastikan kelancaran penggunaannya.


Fleksibel


Untuk memasang aplikasi-aplikasi pula, Android masih lagi membenarkan penggunanya memasang aplikasi-aplikasi dari sumber yang tidak diketahui (unknown sources) termasuk fail-fail berformat .APK yang disalin dari tempat lain seperti komputer, Bluetooth dari kawan-kawan dan sebagainya.
Tapi untuk Apple iPhone, pengguna hanya dibenarkan untuk memasang aplikasi-aplikasi yang ditawarkan pada App Store sahaja. Itupun, lain negara, lain pula aplikasi yang ditawarkan oleh App Store. Pengguna mungkin boleh melakukan jailbreak pada iPhone, namun ia datang bersama-sama risiko-risiko tertentu yang mungkin sesetengah pengguna tidak berani membuatnya.
Dari segi penyambungan ke komputer pula, Android apabila disambungkan ke komputer akan bertindak seperti sebuah storan luaran (external hard disk, pemacu USB etc) dan pengguna boleh melihat, menyalin dan memadamkan fail sama seperti pada pemacu USB yang disambungkan ke komputer. Oleh itu, kerja-kerja memindahkan video, imej, fail dan muzik amat mudah dilakukan di antara komputer dengan telefon pintar Android.
Berbeza dengan iPhone, apabila ia disambungkan ke PC, ia akan menyediakan fungsi seperti menyambung ke kamera digital. Pengguna hanya dibenarkan untuk melakukan pemindahan foto, video dan muzik melalui perisian tertentu seperti iTunes sahaja. Pengguna langsung tidak dibenarkan untuk mengakses ke sistem-sistem fail pada iPhone melalui PC.


Keselamatan dan Privasi


Apple diketahui umum amat menitik beratkan soal privasi pengguna. Hatta, kalau FBI sekalipun yang datang meminta darinya, ia tidak akan dapat dengan cara yang mudah. Google pula, ia sememangnya akan mengumpulkan data-data dari pengguna untuk tujuan pengiklanan. Jadi, bagi anda yang mementingkan privasi, iPhone lebih sesuai untuk anda.

Kes baru-baru ini yang melibatkan di antara FBI dan Apple menunjukkan betapa ketatnya tahap keselamatan iPhone. Kesemua data-datanya telah dienkripsikan dan tidak boleh diakses tanpa memasukkan passcode. Melalui penambahan ciri keselamatan pada iOS 8, iPhone yang telah dicuri tidak boleh digunakan selagi tidak memasukkan passcode yang betul.

Tahap keselamatan Android pula, hanya baru-baru ini sahaja dipertingkatkan sejak kehadiran Android 6.0 Marshmallow yang mewajibkan enkripsi full-disk. Bagaimanapun, fungsi ini mungkin tidak dapat disokong pada telefon-telefon pintar Android versi yang terdahulu.
Android juga lebih terdedah dengan ancaman malware atas sebab ianya lebih banyak digunakan (sekitar 80 peratus penguasaan, berbanding iOS yang sekitar 20 peratus) menjadikannya sasaran utama penjenayah siber. Tambahan pula, ekosistem Android lebih terbuka jika dibandingkan iPhone.
Bagaimanapun, pengguna masih boleh melindungi telefon pintar Android masing-masing dari ancaman malware dengan hanya memasang aplikasi dari Google Play dan mengelakkan diri dari mengunjungi laman-laman web yang tidak bermoral.






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2020 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni artikel zaman bila ni tt?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Berbandingan...
Pengguna iphone sebenarnya lagi sengkek dari android
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Iphone user asal bergaya.. hakikat hutang.. x semua lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2020 04:41 PM | Show all posts
Megikari replied at 3-6-2020 07:59 AM
Ni artikel zaman bila ni tt?

kalau ikut blog tu 2019
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.064823 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list